Home TIPS KESIHATAN 10 Khasiat Beras Perang Untuk Kurus Secara Sihat
10 Khasiat Beras Perang Untuk Kurus Secara Sihat

10 Khasiat Beras Perang Untuk Kurus Secara Sihat

0
4

Beras perang mampu memberikan anda energi yang berganda sekaligus buat anda cepat kenyang ketika menjamahnya. Anda juga akan kenyang lebih lama. Beras perang adalah beras yang tidak dikisar atau separuh dikisar.Beras perang merupakan sejenis biji-bijian semula jadi yang lengkap. Rasanya seperti berkacang dan lebih kenyal serta berkhasiat daripada beras putih. Ini saya sarankan anda amalkan beras perang kerana terdapat banyak khasiat beras perang untuk kesihatan anda.

Beras perang kini adalah lebih mahal berbanding beras putih. Namun, ramai yang tak tahu perbezaan antara beras putih dan beras perang. Beras perang adalah lebih berkhasiat dan baik untuk kesihatan berbanding beras putih yang biasa dimakan.

Jika dilihat dari segi luaran, beras perang kelihatan sama dengan beras putih tetapi apa yang membezakan adalah beras perang tidak dibuang selaput kulit yang meliputi beras tersebut.

Beras perang dan beras putih mempunyai jumlah kalori, karbohidrat dan protein yang seakan-akan sama. Perbezaan utama diantara kedua-dua beras ini bergantung kepada cara pemprosesan dan kandungan zat.

Hanya lapisan luar benih beras dialihkan dan menghasilkan beras perang. Untuk menghasilkan beras putih, lapisan berikutnya (sekam dan germ) akan dialihkan dan meninggalkan endosperm yang berkanji. Beberapa vitamin dan dietary minerals hilang dalam pengalihan ini dan juga dari proses pengilatan. Sebahagian dari zat makanan yang hilang ini ialah seperti vitamin B1, Vitamin B3 dan besi.Oleh sebab itu, ramai di antara kita lebih menggemari beras putih kerana ia lembut dan cepat dimasak berbanding beras perang yang agak keras.
Beras perang merupakan jenis beras yang kurang diproses dan memiliki nutrisi yang tinggi. Dengan menggantikan beras perang daripada beras biasa, ia mampu memberi manfaat kepada kesihatan dari pelbagai segi. Ia menjadi makanan ruji yang amat baik dan sumber karbohidrat yang sihat kerana mengandungi nutrien yang baik seperti vitamin B, fosforus, selenium, potasium dan magnesium.

10 Khasiat Beras Perang

 1.Mengurangkan risiko kanser kolon

Beras perang mengandungi kadar selenium yang tinggi, dan juga terdapat fenol yang dijumpai di dalamnya sekali gus mengaitkan fungsi beras perang dalam mengurangkan risiko kanser kolon. Tahap fenol dalam beras perang ternyata lebih tinggi dalam berbanding beras biasa. Manakala, kandungan serat yang tinggi mendorong kepada kolon dan sistem penghadaman yang sihat.

2.Mencegah sakit jantung

Pengambilan beras perang yang tinggi dalam diet dapat membantu dalam mencegah penyakit kardiovaskular. Ini kerana ia mengandungi kandungan serat yang mencukupi. Terdapat kajian yang mendapati lapisan tisu yang berada di sekeliling beras perang dapat mengurangkan tindakan protein Angiotensin II yang diketahui meningkatkan tekanan darah.

3.Perlindungan daripada kanser payudara

Pytonutrient Lignin yang terdapat di dalam beras perang dikatakan membantu untuk menyekat sel kanser pada payudara.

4.Mengurangkan kolesterol

Salah satu kelebihan yang terdapat pada beras perang yang dapat dilihat jelas adalah mengurangkan tahap kolesterol jahat atau kolesterol LDL di dalam darah. Ini kerana ia bertindak sebagai serat mudah larut sangat baik untuk menyerap lemak ini.

5.Mengekalkan berat badan seimbang

Apabila anda mengambil diet yang tinggi serat, sekali gus membuatkan anda kenyang dalam masa lebih lama dan seterusnya mengurangkan pengambilan makanan. Hal ini termasuklah mengekang anda daripada teringin mengambil makanan yang manis

6.Membantu penghadaman

Melalui kandungan serat mudah larut yang terdapat dalam beras perang, ia akan menyerap air di dalam usus seterusnya menyebabkan pembuangan najis lebih lembut dan mengelakkan berlakunya sembelit.

7.Mencegah batu karang

Kajian yang dilakukan pihak American Journal of Gastroenterology mendapati serat yang terdapat pada beras perang berperanan mengurangkan risiko batu karang di kalangan kaum wanita.

8.Mengawal kadar gula dalam darah

Pengambilan beras perang akan menyebabkan penghadaman karbohidrat lebih perlahan berbanding pengambilan nasi putih biasa. Ini bermakna pengeluaran gula dalam darah akan lebih terkawal ditambah dengan faktor kandungan glicemic index (GI) yang lebih rendah dalam beras perang. Ia mampu membantu menstabilkan paras gula serta mengurangkan risiko perkembangan diabetes jenis 2.

9.Makanan bayi yang sempurna

Ia menjadi alternatif yang bagus kepada pemakanan bayi yang sedang membesar berbanding bijirin yang diperbuat daripada beras biasa.

10.Tulang yang sihat

Beras perang menjadi sumber yang baik untuk magnesium yang menjadi kunci kepada tulang yang sihat. Magnesium membantu mengurangkan berlakunya osteoporosis di masa akan datang. Satu cawan beras perang mengandungi 21 peratus keperluan harian magnesium buat anda.

Cara Memasak Beras Perang

Untuk mendapatkan nasi dari beras perang yang enak tanpa mengurangkan kandungan khasiatnya, ikuti cara memasak beras perang ini.

Memasak beras perang memerlukan waktu yang lama berbanding beras putih dan ia juga memerlukan penggunaan air yang banyak. Nasi dari beras perang boleh menjadi mentah jika dimasak dalam waktu yang singkat.

Sebaiknya, jangan gunakan rice cooker untuk memasak beras perang kerana nasi dari beras perang akan menjadi kurang masak. Gunalah cara tradisional untuk memasak nasi dari beras perang ini.

 

  • Untuk mendapatkan nasi yang lembut, sebaiknya beras perang direndam dahulu selama setengah jam setelah dicuci bersih.

 

  • Ketika menanak nasi dari beras perang ini, gunakan air yang banyak berbanding nasi dari beras putih.

 

  • Setelah nasi yang dimasak sudah kering airnya, itu bermaksud beras perang tadi telah separuh masak.

 

  • Kemudian, kukus semula nasi tadi supaya ianya lebih lembut. Ingat, panaskan dahulu air sebelum mengukus nasi tadi.

 

  • Jangan menutup nasi terlalu lama setelah masak kerana ia boleh membuatkan nasi bertambah lembik.

 

  • Jangan menggunakan api yang terlalu kuat kerana air akan cepat kering sebelum nasi tadi sempat masak.

Tapi ..perlu diingat ya , walaupun beras perang portion atau pun bahagian karbo juga perlu di jaga , perlu di ambil dalam kadaran segenggam sahaja , kalau makan seperiuk U all tanggung sendiri , jangan kata saya tak kasi tahu ..Jom kita Kurusku Adalah Ibadahku

 

Comment(4)

  1. Sy almost 1 bulan bertukar ke beras perang setelah sedar berat bdn mnigkat..huhu…selain dr itu sy menitik beratkan kesihatan suami sy dr segi pengawalan kolestrol n gula .mencegah lebih baik dr merawat kn…so time sihat ni…i jaga semua tu…
    Sy masak mnggunakan pressure cooker Noxxa…1 cawan beras perang=2 cawan air dan set time 20 minit…beras akan masak dengan sempurna..lembut n kembang dengan cantik…sy pernah masak mnggunakan rice cooker biasa…beras masak tidak sempurna…actually ramai org kata beras perang x sedap…tp klu itu yg sudah di set di dalam minda masing2…mmg x sedap la rasanya…tp klu mind set untk healthy n senang nk beribadah….inshaAllah nikmat makanan itu dpt di rasai….

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *