Home TIPS KESIHATAN 9 Khasiat Barli Dan Ketahui Bagaimana Barli Bantu Untuk Kuruskan Badan Anda
9 Khasiat Barli Dan Ketahui Bagaimana Barli Bantu Untuk Kuruskan Badan Anda

9 Khasiat Barli Dan Ketahui Bagaimana Barli Bantu Untuk Kuruskan Badan Anda

0
0

Sungguhpun barli tidaklah sepopular bijirin yang lain seperti oat, gandum atau qiunoa, namun ia tetap memiliki khasiatnya yang tersendiri. Khasiat barli serta kandungannya yang kaya dengan serat, vitamin dan mineral selain daripada antioksidan, menjadikan barli sebagai antara pilihan bijirin yang paling menyihatkan.

Barli sebenarnya merupakan salah satu daripada bijirin yang paling lama digunakan di dunia. Ia merupakan bijirin yang digunakan oleh para petani pada zaman pertengahan dahulu yang kini ia juga menjadi sebahagian besar diet bagi orang-orang Eropah, Afrika dan negara-negara timur tengah yang telah menggunakan barli ini sejak beribu tahun dahulu.

Khasiat Barli  Yang Terlepas Pandang

Barli memberikan banyak vitamin dan mineral seperti serat, selenium, vitamin B, kuprum, kromium, fosforus, magnesium, niacin dan sebagainya. Apabila ia dibandingkan dengan bijirin yang lain, barli memiliki lemak dan kalori yang lebih rendah namun, ia sangat kaya dengan serat dan mineral. Sebagai contoh, satu cawan hidangan barli memiliki kalori yang lebih rendah namun serat yang tinggi berbanding jumlah yang sama bagi quinoa, beras perang, amaranth, sorghum, mittet ataupun beras liar.

Fakta Nutrisi Barli

Satu cawan barli yang dimasak, yang  mana lebih kurang 1/3 cawan yang tidak dimasak memberikan:

  • 217 kalori
  • Kira-kira 1 gram lemak
  • 10 gram serat
  • 7 gram protein
  • 45 gram karbohidrat
  • 1 mg manganese (60%)
  • 23 mg selenium 42%)
  • 3 mg kuprum (34%)
  • 4 mg vitamin B1 (33%)
  • 162 mg fosforus (23%)
  • 80 mg magnesium (20%)
  • 8 mg vitamin B3 (18%)

Bagi mendapatkan khasiat barli sepenuhnya, adalah disarankan untuk terlebih dahulu rendamkan serta biarkan bertunas biji barli mentah yang telah dibuang kulitnya atau anda juga boleh beli tepung barli yang telah bertunas untuk membuat kek atau roti.

Bijirin yang bertunas ini dapat membantu mengeluarkan nutrien yang terkandung di dalamnya dan membolehkan tubuh badan dapat menyerap dan menggunakan vitamin serta mineral yang ada.

Hal ini disebabkan oleh semua bijirin penuh mengandungi beberapa antinutrien seperti asid pitik (phytic acid) yang bercantum bersama nutrien sehingga menjadikan nutrien suka untuk diserap.

Merendam dan membiarkan bijirin bertunas boleh membantu merendahkan paras bahan antinutrien dan menjadikan bijirin tersebut lebih berkhasiat dan mudah untuk dihadam. Cara ini juga dapat mengurangkan jumlah gluten yang ada dalam barli dalam sesetengah keadaan.

Banyak kajian telah mendapati bahawa apabila bijirin direndam dan dicambahkan, kadar keboleh hadaman dan penyerapan nutrien seperti viamin, mineral, protein dan antioksidan dilihat meningkat.

Untuk mencambahkan barli anda, anda boleh rendamkan barli mentah tersebut selama 8 hingga 12 jam dan biarkan ia bertunas kira-kira dalam tempoh tiga hari.

Khasiat Utama Barli

1.Sumber Serat yang Tinggi

Salah satu daripada khasiat barli yang utama ialah ia kaya dengan kandungan serat. Setiap satu cawan hidangan barli memberikan kira-kira 6 gram serat. Kebanyakan serat yang terkandung dalam barli pula ialah serat jenis tak larut yang mana membantu  proses penghadaman, metaboslime glukosa dan menyihatkan jantung.

Mengambil makanan yang kaya dengan serat juga menjadikan anda lebih kenyang memandangkan serat akan memenuhi saluran pencernaan anda. Hal ini menjadikan anda rasa lebih kenyang setiap kali selepas makan dan lebih berupaya untuk mengawal paras gula dalam darah dan tidak mudah berasa lapar.

2.Boleh Membantu Pencernaan

Serat juga membantu dalam melawan sembelit dan sakit perut dengan cara membentuk gumpalan dalam saluran pencernaan sekaligus melancarkan pergerakan tinja. Kajian pada tahun 2003 telah dilakukan bagi melihat kesan penambahan lebih banyak barli ke dalam diet seorang wanita dewasa dan hasilnya telah mendapati selepas 4 minggu pengambilan barli tersebut memberikan kesan yang baik terhadap metabolisme lipid dan fungsi pencernaan.

Serat dalam barli juga sangat penting bagi mengekalkan kesihatan bakteria baik dalam saluran pencernaan. Kesannya adalah dapat membantu mencegah jenis-jenis kanser tertentu yang melibatkan sistem pencernaan termasuklah kanser kolon.

3.Membantu Menurunkan Berat Badan

Serat memberikan diet yang sihat tanpa sebarang kalori tambahan memandangkan tubuh badan tidak boleh menghadamnya. Hal ini menjadikan serat yang terdapat pada barli sangat berguna untuk menurunkan berat badan.

Satu kajian yang dilakukan pada tahun 2008 telah mendapati bahawa apabila golongan dewasa menambahkan serat barli yang banyak ke dalam diet mereka selama 6 minggu, berat badan mereka didapati menurut secara signifikan sebagaimana kesan apabila mereka berlapar.

Banyak lagi kajian yang telah dijalankan melibatkan perbandingan barli dengan produk bijirin yang lain seperti roti putih. Sebagai contoh, pengambilan bijirin penuh seperti barli dapat menurunkan paras kelaparan dan secara positifnya dapat memberikan kesan terhadap tindak balas metabolik kepada karbohidrat dengan cara menyerap kanji secara lebih perlahan-lahan.

4.Membantu Mengawal Paras Gula dalan Darah

Khasiat barli boleh memberikan manfaat terhadap pengawalan paras gula dalam darah dan menjadikan ia sebagai bijirin pilihan yang terbaik untuk mereka yang menghidap diabetes atau mana-mana sindrom metabolik disebabkan ia dapat membantu merendahkan kadar di mana gula dibebaskan ke dalam salur darah.

Barli mengandungi 8 asid amino yang utama yang menjadi bahan binaan bagi protein begitu juga kandungan serat larut yang tinggi dapat mengawal rembesan insulin sebagai tindak balas kandungan gula dalam barli dalam bentuk karbohidrat.

Dalam dinding sel barli terdapat sejenis serat larut yang dikenali sebagai beta-glucan. Beta glucan ini merupakan sejenis serat yang tidak boleh dihadam. Ia akan bergerak melalui saluran pencernaan kita tanpa diserap masuk. Apabila ia bercantum dengan air dan molekul yang lain dalam saluran pencernaan, ia sekaligus dapat memperlahankan penyerapan glukosa daripada pengambilan makanan.

Satu kajian haiwan yang dijalankan pada tahun 2010 telah mendapati apabila tikus diberikan barli dengan banyak untuk tempoh tujuh minggu, ia dapat membantu menurunkan berat, mengurangkan pembentukan lemak dan meningkatkan kesensitifan insulin berbanding dengan kumpulan tikus makmal yang tidak diberikan barli.

Disebabkan oleh sebatian seratnya yang istimewa ini, khasiat barli telah pun diketahui bagi membantu mengawal paras gula dalam darah dengan lebih baik berbanding bijirin penuh lain seperti oat.

5.Membantu Merendahkan Paras Kolestrol yang Tinggi

Satu diet yang kaya dengan serat telah dikaitkan dengan kemampuannya untuk mengurangkan masalah jantung, lebih-lebih lagi disebabkan oleh keupayaannya bagi membantu merendahkan paras kolestrol.

Kandungan serat taklarut  yang tinggi dalam barli meningkatkan kesihatan jantung memandangkan ia membuang sejumlah besar kolestrol jahat yang boleh diserap oleh usus.

Dalam satu kajian pada tahun 2004, 28 orang lelaki yang menghidap kolestrol tinggi telah diberikan diet dengan kandungan barli yang tinggi, secara kasarnya 20% daripada pengambilan kalori mereka adalah bersumberkannya.

Selepas 5 minggu, jumlah kolestrol baik HDL meningkat selain daripada paras triacylglycerol juga dicatatkan menjadi lebih baik. Jadi, para pengkaji telah menyimpulkan bahawa dengan meningkatkan kandungan serat terlarut melalui pengambilan barli sebagai sebahagian daripada diet yang sihat, seseorang itu boleh mengurangkan beberapa faktor penyebab kepada masalah kardiovaskular.

Serat barli membantu untuk membentuk sejenis asid yang dikenali sebagai asid propionik yang berupaya untuk menggalakkan enzim yang terlibat dalam penghasilan kolestrol oleh hati.

Serat yang terkandung dalam barli juga memberikan beta glucen, sejenis bahan yang diperlukan untuk mencantumkan hempedu dalam saluran pencernaan kepada kolestrol dan sekaligus memudahkan ia untuk melalui kolon dan keluar daripada tubuh badan dengan mudah.

6.Membantu Mencegah Penyakit Jantung

Salah satu daripada kelebihan khasiat barli ialah ia dapat meningkatkan kesihatan jantung.  Barli mengandungi nutrien termasuklah vitamin B3 niacin, vitamin B1 thiamine, selenium, kuprum dan magnesium yang mana membantu bagi merendahkan paras kolestrol, tekanan darah tinggi dan risiko lain yang melibatkan penyakit jantung.

Kesemua mineral ini dapat membantu mengawal penghasilan dan metebolisme kolestrol, mencegah pembekuan darah yang berbahaya, menyihatkan arteri dan juga penting untuk fungsi saraf yang membantu mengawal proses kardiovaskular seperti nadi jantung.

Khasiat barli juga penting terutamanya bagi memperlahan pertumbuhan atherosclerosis, sejenis keadaan apabila plak terbina dalam arteri dan boleh membawa kepada penyakit jantung, serangan jantung ataupun angin ahmar. Khasiat barli juga dapat membantu salur darah menjadi bersih dan membolehkan darah mengalir lancar dan mengurangkan keradangan.

7.Memberikan Antioksidan

Barli memberikan khasiat kepada tubuh badan dengan pelbagai cara disebabkan ia mengandungi antioksidan pitonutrien yang dikenali sebagai lignan. Lignan dikaitkan dengan kesannya menurunkan kadar kanser dan penyakit jantung memandangkan ia berupaya untuk mengurangkan keradangan dan melawan  proses penuaan pada tubuh badan.

Jenis lignan yang terkandung dalam barli dikenali sebagai 7-hydroxymatairesinol. Kajian telah menunjukkan bahawa lignan jenis ini memberikan perlindungan daripada pembentukan kanser dan penyakit jantung disebabkan ia membantu tubuh badan untuk melakukan proses metabolisme bakteria dan untuk mengekalkan nisbah bakteria baik kepada bakteria jahat dalam perut sekaligus mengurangkan keradangan.

Antioksidan yang terkandung di dalamnya juga membantu untuk meningkatkan paras serum enterolactones, yang merupakan sejenis sebatian yang dikaitkan dengan pengawalan paras hormon dan dalam masa yang sama melawan kanser yang berkaitan dengan hormon seperti kanser prostat dan kanser payu dara.

8.Kaya dengan Vitamin dan Mineral

Antara khasiat barli yang sering diketengahkan adalah ia merupakan sejenis bijirin penuh yang merupakan sumber terbaik  bagi nutrien seperti selenium, magnesium, kuprum, niacin, thiamine dan sebagainya.

Khasiat yang terkandung dalam barli berfungsi disebabkan kandungan mineralnya yang tinggi. Kuprum sebagai contoh sangat penting bagi mengekalkan fungsi kognitif apabila memasuki usia lanjut, menyokong metabolisme, sistem saraf dan menghasilkan sel darah merah.

Selenium yang terkandung dalam barli juga berkhasiat untuk meningkatkan kesihatan kulit dan rambut selain daripada menyokong metabolisme yang sihat. Selenium juga bertindak balas bersama vitamin E untuk melawan ketegangan oksidatif.

Manganese yang terkandung dalam barli penting untuk kesihatan otak dan menyokong fungsi saraf. Satu cawan barli yang dimasak juga memberikan sebanyak 20% daripada keperluan mangnesium yang anda perlukan.

Magnesium diperlukan untuk pelbagai enzim yang penting kepada tubuh badan termasuklah penghasilan dan penggunaan glukosa. Magnesium juga membantu mengawal fungsi otot, melancarkan saluran darah dan sebagainya.

9.Memberi Perlindungan Terhadap Kanser

Satu diet yang mengandungi bijirin penuh telah menunjukkan ia berupaya untuk memberikan perlindungan daripada pelbagai jenis kanser termasuklah kanser payu dara, kolon dan prostat.

Bijirin penuh mengandungi sebatian yang memiliki keupayaan untuk melawan kerosakan radikal bebas dan keradangan termasuklah lignan, asid lemak politaktepu, oligosakarida, streol tumbuhan dan saponin.

Kesemua khasiat ini juga memiliki kesan mekanistik yang mana termasuklah menempel kepada karsinorgen yang berbahaya dan membuangnya keluar daripada tubuh badan. Ia juga dapat membantu meningkatkan kesihatan perut sekaligus memberikan imuniti melalui bantuan antioksidan dan penyerapan nutriennya.

Juga, kandungan antioksidan dalam barli juga membantu memberikan perlindungan daripada semua jenis kanser yang melibatkan hormon.

Khasiat Barli & Gluten

Sungguhpun kita ketahui bahawa barli mengandungi pelbagai khasiat, ia juga turut memberikan kesan negatif yang mana perlu untuk anda ketahui. Sama seperti bijirin penuh gandum dan rye, barli juga mengandungi protein gluten.

Hal ini bermakna barli tidak sesuai untuk dimakan oleh mereka yang menghidap penyakit Celiac atau kesensitifan terhadap gluten. Sekali lagi, kesemua protein gluten ini boleh dikurangkan dengan cara mencambahkan bijirin tersebut, atau menapaikannya.

Memandangkan gluten menyukarkan ramai orang sukar untuk menghadamkannya serta boleh menyebabkan tindak balas seperti kekurangan serapan nutrien, sindrom kebocoran perut, lemah tenaga, mual, sembelit dan pelbagai simptom yang lain.

Walaupun dengan mencambahkan barli tersebut boleh mengurangkan kandungan glutennya, barli masih lagi tetap mengandunginya dan ia perlu dielakkan oleh sesiapa yang menghidap masalah yang berkaitan dengan gluten.

Sekiranya anda memiliki sistem pencernaan yang sensitif, IBS atau tanda-tanda sindrom kebocoran perut, adalah lebih baik untuk mengelakkan barli dan bijirin yang lain. Hal ini sekurang-kurangnya untuk satu tempoh masa yang membolehkan perut anda kembali sembuh.

Nutrien yang terkandung dalam barli juga turut didapati dalam pelbagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan sungguhpun barli dan bijirin lain tidak menjadi satu keperluan untuk mendapatkan diet yang sihat.

Sekiranya anda tidak memiliki apa-apa tindak balas negatif terhadap bijirin atau gluten, maka barli sesuai untuk menjadi sebahagian daripada diet anda.

Sejarah Barli

Barli merupakan sejenis tumbuhan daripada keluarga rumput dan ia merupakan salah satu jenis bijirin yang popular di dunia. Pada tahun 2007, dalam satu senarai kedudukan bijirin yang ditanam di serata dunia, barli telah tersenarai sebagai bijirin yang keempat banyak ditanam di dunia dengan kira-kira 136 juta tan setahun!

Antara pengeluar barli yang utama hari ini ialah Rusia, Jerman, Perancis, Kanada dan Sepanyol. Manakala dalam laporan pada tahun 2013 pula menunjukkan bahawa barli telah ditanam hampir di 100 buah negara di seluruh dunia.

Barli domestik datang daripada jenis tumbuhan rumput liar yang dikenali sebagai Hordeum vulgare spontaneum. Ia mula-mula ditanam di padang rumput di Asia Barat dan Timur Laut Afrika sejak beribu tahun dahulu.

Para pengkaji percaya bahawa barli telah ditanam untuk dijadikan sebagai sumber makanan sejak seawal era tamadun Mesopotamia lagi iaitu pada millennium kedua sebelum masihi.

Barli dan hidangan berasaskan barli telah banyak diamalkan diserata negara Eropah dan Asia sejak berkurun lamanya. Hidangan berasaskan barli atau tepung barli merupakan bahan asas untuk penghasilan hidangan bubur tradisional di Scotland sebagai contoh.

Selain itu, ia juga telah digunakan untuk menghasilkan “gruel” iaitu sejenis hidangan bubur tradisional bagi masyarakat Arab sejak bertahun lamanya. Sup barli juga secara tradisionalnya dimakan ketika bulan Ramadan di Arab Saudi dan ia juga termasuk dalam hidangan tradisional kaum Yahudi yang dimakan pada hari Sabbath. Manakala di Afrika, barli merupakan salah satu daripada makanan utama yang memberikan khasiat bagi meningkatkan kesihatan.

Barli juga memiliki sejarah yang panjang dalam proses pembuatan minuman beralkohol disebabkan oleh beberapa kandungannya sesuai untuk proses penapaian. Selain itu, sesetengah gula yang terkandung dalam barli akan ditapaikan dan diguna untuk menghasilkan beer dan minuman beralkohol yang lain seperti whiskey.

Dalam undang-undang yang ke-15 era Empayar Roman Suci telah membenarkan barli sebagai bijirin yang boleh digunakan untuk penghasilan beer.

Pada abad ke-18M, wain barli telah dihasilkan di England, Ireland dan Scotland. Ia telah menjadi minuman beer yang digemari dalam tradisi penghasilan beer Inggeris. Minuman beralkohol yang dihasilkan daripada barli ini dihasilkan dengan cara mendidihkan barli dalam air kemudian campurkan barli tersebut dengan wain putih dan bahan-bahan yang lain.

Peratusan yang tinggi dalam penanaman bijirin barli di serata dunia hari ini telah menjadikan barli digunakan untuk produk lain seperti alkohol atau sirap.

Barli yang telah bercambah secara semula jadinya mengandungi maltosa yang tinggi di mana ia merupakan sejenis gula yang boleh digunakan untuk pelbagai tujuan. Maltosa daripada barli ini digunakan untuk menghasilkan sirap malt yang dijadikan sebagai pemanis semula jadi.

Khasiat Barli: Bagaimanakah Cara untuk Memasak Barli?

Barli telah diketahui kaya dengan perasa seperti kekacang dan memiliki tekstur yang boleh dikunyah. Sekiranya anda menyukai tekstur dan rasa bijirin penuh yang lain seperti farro atau beri gandum, maka anda sudah tentu akan menyukai barli juga.

Barli merupakan bahan tambahan yang sesuai untuk menyedapkan lagi makanan seperti sup dan stew memandangkan ia menyerap banyak perisa dan memberikan tekstur yang mudah dikunyah kepada hidangan.

Apabila membeli barli, anda sudah tentu mahu mencari yang 100% barli asli namun perlu elakkan daripada membeli barli yang telah diproses. Barli yang telah dibuang kulitnya masih lagi mengandungi khasiat yang terkandung dalamnya.

Sebelum memasak barli mentah, bilaskan ia di bawah air yang mengalir. Pastikan buang mana-mana kulit atau bahan-bahan yang terapung di mana ia boleh membawa bakteria.

Masak barli menggunakan nisbah satu bahagian barli kepada tiga bahagian air didih. Ia bermakna anda akan menambahkan 1/3 cawan barli ke dalam satu cawan air ketika merebusnya.

Kemudian, rebuskan barli yang sudah dibasuh itu dan perlahankan api bagi membolehkan barli tersebut menjadi lembut dan masak sepenuhnya. Ia biasanya mengambil masa kira-kira 1 ½ jam.

Resipi Bubur Barli

Bahan-bahan

1 cawan barli di rebus sehingga kembang
3 biji kurma jika saiz besar 1 biji dah cukup
2 sudu teh serbuk susu kambing mady’z

Senang yang amat nak buat resepi ni ,bila barli dah kembang masukkan dalam pengisar tambah kurma dan susu. Siap dah ini boleh buat sahur ataupun sarapan.

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *