Home TIPS KURUS Ketahui Kenapa Gula Berlebihan Punca Anda Gemuk
Ketahui Kenapa Gula Berlebihan Punca Anda Gemuk

Ketahui Kenapa Gula Berlebihan Punca Anda Gemuk

0
0

Bukanlah lemak yang menyebabkan anda gemuk, tetapi jangan terkejut dengan pendedahan yang menunjukkan gula berlebihan akan menyebabkan anda gemuk.Ketahui kenapa gula berlebihan punca anda gemuk , dan ini tidak boleh dipandang ringan.

Ketahui Punca Gula Berlebihan Punca Anda Gemuk

Tanggapan bahawa lemak membuatkan anda gemuk telah menguasai budaya dan polisi masyarakat lebih dari lima dekad, tetapi setelah sains nutrisi berkembang akhirnya kita memahami bahawa diet berlemak tidak semestinya menjadikan anda gemuk. Walhal, lemak yang baik di dalam jumlah yang betul sangat penting untuk badan yang sihat.

Kajian berkenaan topik ini masih lagi dijalankan, dan faktor-faktor lain seperti bahan kimia tiruan dan hormon memainkan peranan, tetapi bagaimanapun, sekarang kita memahami bahawa pengambilan gula berlebihan adalah selalunya punca utama mengapa kita menyimpan berat berlebihan.

Tetapi sebelum kita bincangkan dengan lebih mendalam bagaimana gula boleh membuatkan anda gemuk, kita haruslah mengetahui sejarah ringkasnya supaya kita dapat lebih memahami bagaimana benda manis boleh mendatangkan masalah yang besar, dan mengapa anda masih lagi bergelut untuk menurunkan berat badan walau sehebat mana anda berusaha.

Sejarah Ringkas

Sejak seorang doktor bernama Ancel Benjamin Keys menjalankan satu kajian besar-besaran pada tahun 1950 yang menunjukkan pengambilan lemak berlebihan menyumbang kepada peningkatan penyakit jantung yang berlaku pada masa itu, budaya rakyat Amerika telah bergantung kepada idea bahawa lemak adalah tidak baik, membuatkan apa jua perbandingan lain kelihatan ok.

Apabila pengguna mula menghindari makanan berlemak seperti keju, krim, daging, kacang, mentega, dan sebagainya, industri makanan terpaksa mencari idea untuk terus menjual produk yang sedap tanpa rasa savuri yang biasanya datang dengan ramuan berlemak. Jadi, lemak bersamaan dengan rasa. Apabila anda keluarkan lemak, anda perlu menggantikannya dengan sesuatu yang lebih menarik. Pengilang mula menambahkan gula, dengan jumlah yang banyak! Walaupun di dalam makanan savuri. Biskut kraker adalah contoh yang baik. Periksa label nutrisi biskut kraker bebas lemak dan anda akan lihat jumlah gula yang sangat banyak disenaraikan

Lemak Ada Yang Baik

Sekarang kita tahu bahawa terdapat kesilapan di dalam kajian oleh Keys dan sesetengah bentuk lemak yang terhasil secara semulajadi – seperti yang boleh anda dapati di dalam minyak kelapa, avokado, minyak zaitun, kacang dan ikan berlemak – sebenarnya baik untuk anda.

Satu perbezaan yang penting: selalulah mengambil lemak daripada sumber asli. Lemak trans dihasilkan di dalam makmal melalui proses yang dipanggil hidrogenasi dan tidak patut diambil. Lemak trans biasanya diikuti oleh perkataan “hidrogenasi” di dalam senarai kandungan, dan sumber yang biasa termasuklah Crisco dan marjerin.

Pengenalan Kepada Gula

Kembali kepada gula. Digabungkan dengan kajian yang silap tentang lemak dan kepesatan ekonomi di dalam industri makanan segera sekitar tahun 90’an, pengguna dihujani dengan berbagai label produk baru yang mengujakan dengan perkataan seperti bebas lemak, diet, 0%, baik untuk jantung, dan berbagai lingo gimik pemasaran. Jika anda mula memberi perhatian kepada label makanan anda, anda akan terkejut melihat di mana anda boleh menemukan jumlah gula yang tinggi – walaupun di dalam produk yang dipanggil “sihat”.

Jadi, Apakah Masalahnya dengan Terlalu Banyak Gula?

Pertama sekali, gula tidak mempunyai khasiat dan menghalang kemasukan makanan yang padat dengan khasiat yang diperlukan untuk kesihatan badan anda. Apabila anda memulakan hari dengan teh tarik atau kuih seri muka, anda terlepas peluang untuk makan (kerana tidak dapat masuk) makanan yang padat dengan khasiat seperti telur atau “smoothie” berasaskan tumbuh-tumbuhan.

Seterusnya, gula tidak membuatkan anda rasa kenyang atau memuaskan selera anda, dan selalunya ia membuatkan anda semakin lapar sejam kemudian berbanding sebelum anda makan. Lemak semulajadi pula bertindak sebaliknya. Memakan lemak yang sihat bukan sahaja memenuhi selera anda, ia juga menyumbang kepada kesihatan organ dan kulit yang bersinar.

Dan akhir sekali, pengambilan gula yang berlebihan akan menyebabkan paras “gula darah” anda terkeluar dari tahap normal yang sihat dan menyebabkan paras insulin naik dan turun secara mendadak – biasanya dirujuk sebagai “high-glycemic rollercoaster” – di mana ia membuatkan anda merasa lebih lapar, mempunyai perubahan mood yang ketara (mood swing), menyimpan lebihan lemak, dan lebih buruk lagi, membawa kepada sindrom metabolik (atau pra-diabetis) malahan diabetis tahap 2.

Sesetengah Kajian Menunjukkan Gula Sangat Menagihkan, Dan Sesetangah Doktor Memanggilnya “NIKOTIN BARU”.

Perkara penting yang harus diingat ialah tidak semua gula dicipta sama. Katakan anda makan sebiji epal yang mengandungi 18gram gula. Bagaimanapun, gula tersebut digabungkan dengan fiber untuk memperlahankan penyerapan, begitu juga dengan antioksidan yang baik untuk anda, dan ia menyumbang kepada kesihatan keseluruhannya. Ia tidak sama dengan memakan sekeping biskut yang mempunyai kandungan gula yang sama tetapi akan menyebabkan tindakbalas insulin serta-merta dan tidak memberikan anda sebarang faedah kesihatan.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesyorkan pengambilan gula tambahan sebanyak 25 gram atau kurang sehari. Sebagai perbandingan, satu tin minuman soda mengandungi 40 gram dan sekeping bar granola yang dibeli dari kedai biasa mengandungi 10-20gram. Jadi, jika anda makan kudapan yang manis lebih dari sekali sehari anda berkemungkinan telah melebihi had yang disyorkan untuk sehari.

Gula bersembunyi di tempat yang paling misteri, walaupun di dalam makanan savuri. Anda sudahpun tahu tempat yang nyata seperti manisan.

Berikut Adalah Beberapa Punca Terbesar Yang Mengandungi Gula Tambahan.

Sos pasta di dalam tin atau jar

Sos dan lain-lain perasa

Roti, walaupun “whole wheat”

Kudapan bebas gluten

Biskut kraker, walaupun kraker beras

Sup di dalam tin

Kuah salad

Snek bar

Minuman bertenaga

Makanan Bawa Pulang (take out food)

Hampir semua makanan di dalam tin

Yogurt manis

Tepung bertapis, yang memproses di dalam badan sama seperti gula

Berikut Cadangan Untuk Kurangkan Pengambilan Gula Anda.

  • Minum air lebih banyak, terutamanya sebelum mengambil kudapan.

Keinginan gula boleh menjadi tanda dehidrasi, jadi cuba ambil segelas air tulen/bertapis untuk memastikan sama ada anda betul-betul lapar.  Secara amnya, sasarkan untuk mengambil air tulen sebanyak separuh dari berat badan anda di dalam auns setiap hari.

  • Jika anda perlu memaniskan sesuatu, gunakan pemanis semulajadi.

Apabila anda hendak makan sesuatu yang manis, gunakan pemanis semulajadi yang memang mengandungi vitamin dan mineral, seperti madu asli dan sirap maple. Elakkan dari pemanis tiruan.

  • Makan secukupnya semasa waktu makan.

Kudapan adalah merupakan sumbar gula berlebihan yang biasa, jadi cubalah kurangkan keperluan untuk memakan kudapan dengan mengambil makanan secukupnya semasa waktu makan. Salad yang ringkas untuk makan tengahari mungkin satu pilihan yang sihat, tetapi tidak jika ia membuatkan anda lapar dan menyebabkan anda mengambil makanan yang tidak sihat sejam kemudiannya.

  • Capai makanan berprotein, lemak sihat dan makanan kaya fiber, terutamanya semasa sarapan.

Makanan seperti kekacang, quinoa, kacang dan bijirin, dan telur organik penuh dengan khasiat dan akan membuatkan anda rasa puas jadi kebarangkalian anda mengalami keinginan untuk gula tambahan adalah kurang. Sasarkan untuk mengambil 15 gram sehingga 20 gram protin pada setiap waktu makan dan selalu masukkan satu sudu makan lemak sihat dan apa jua jenis fiber juga. Rujuk rencana saya tentang minyak kelapa jika anda memerlukan inspirasi bagaimana untuk menggabungkan lebih banyak lemak sihat di dalam diet anda.

  • Baca label SETIAP KALI.

Ia mungkin jelas brownie coklat mengandungi gula tetapi anda akan terkejut apabila mengetahui berapa banyak produk lain yang penuh dengan gula seperti yang disebutkan di atas. Lihat label, bandingkan produk, dan ambillah yang mana mempunyai kandungan gram gula paling kurang untuk satu hidangan.

  • Masak makanan anda sendiri sekerap yang boleh.

Masakan di rumah adalah cara terbaik untuk mengetahui apa yang anda makan dan mengawal kualiti dan kuantiti pemakanan anda.

Seperti perkara lain, kuncinya ialah keprihatinan, keseimbangan dan kesederhanaan. Biskut dan lain-lain pemanis mulut mempunyai rasa yang enak, terutamanya jika ia dibuat di rumah dengan penuh kasih sayang, dan anda tidak harus menghalang diri anda daripada menikmatinya sekali-sekala. Cuma beringatlah sekali-sekali bermakna tidak selalu, dan ia haruslah diperbuat daripada bahan yang bermutu.

Jika anda sedar yang anda mula mengambil buah-buahan untuk sarapan, kudapan manis selepas makan tengahari, dan pencuci mulut secara kerap, jus minuman sepanjang hari, anda mungkin ingin mempertimbangkan untuk menggantikan manisan tersebut dengan makanan lain. Saya berjanji anda akan merasa perubahan yang amat ketara dari segi tenaga, dan mungkin waktu tidur, kulit yang bersinar, mood, sakit-sakit, dan berbagai lagi kesan yang bermanfaat.

Ini satu eksperimen untuk mengukur berapa banyak gula yang anda benar-benar ambil: tulis semua benda yang anda makan di dalam sehari, tanpa mengadilinya. Gunakan label bahan atau anggaran “Google” untuk mengukur berapa banyak gula yang terkandung di dalam setiap makanan dan campurkan ia. Jika ia melebihi 25 gram tidak perlu merasa marah atau mengkritik diri sendiri, cuma lebih peka keesokannya dan teruskan usaha untuk mengurangkan kandungan gula sehinggalah tunas rasa anda dapat menyesuaikan diri dan anda akan mendapati kegemaran anda terhadap benda-benda manis akan dapat dipenuhi dengan makanan yang lengkap.

Sumber 

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *