Home TIPS KESIHATAN Ketahui Fakta-fakta Berkenaan Serat Yang Perlu Dalam Pemakanan Sihat
Ketahui Fakta-fakta Berkenaan Serat Yang Perlu Dalam Pemakanan Sihat

Ketahui Fakta-fakta Berkenaan Serat Yang Perlu Dalam Pemakanan Sihat

0
0

Adakah anda ketahui bahawa terdapat lebih daripada satu jenis serat? Mempelbagaikan makanan yang berasaskan tumbuhan boleh membantu anda memenuhi apa yang anda perlukan.

Serat sangat penting di dalam diet anda dan kebanyakan orang tidak mendapatkan kandungan serat yang sepatutnya mereka perlu ada. Selain itu, untuk makan serat yang cukup, anda juga perlu makan pelbagai jenis serat.

Ketahui Fakta-fakta Berkenaan Serat

Hal ini kerana tidak semua serat memiliki fungsi yang sama. Serat yang berbeza memberikan kesan yang juga berbeza kepada tubuh badan anda. Oleh itu, anda perlu luaskan skop pemakanan serat anda untuk mendapatkan nutrien yang pelbagai.

Kepelbagaian diet juga turut membantu anda untuk mendapatkan serat yang pelbagai juga.

Apakah Itu Serat dan Berapa Banyakkah yang Anda Perlukan?

Serat merupakan satu komponen struktur bagi makanan yang berasaskan tumbuhan. Jadi, ia terkandung di dalam sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang serta bijirin seperti jagung atau beras perang. Serat, tidak terkandung di dalam daging, ikan atau produk tenusu.

Secara purata, anda disarankan untuk mendapatkan sebanyak 25-30 gram serat setiap hari. Namun, hakikatnya, kebanyakan mereka hanya mendapatkan 10 gram sehari sahaja yang bermakna sebahagian besar daripada khasiat yang diperlukan di dalam diet tidak dapat diperoleh.

Serat Membantu Pencernaan

Serat sudah tentu membantu proses pencernaan. Bukan itu sahaja, makanan berserat tinggi juga mempercepatkan rasa kenyang sehingga dapat membantu mengawal kelaparan. Selain itu, terdapat sesetengah serat juga membantu pertumbuhan bakteria baik di dalam saluran pencernaan anda.

Sekiranya anda tidak mendapatkan serat yang cukup, ia akan meningkatkan jumlah pengambilan makanan anda selama beberapa minggu. Tambahan pula, sekiranya terlalu banyak serat di dalam diet anda dalam tempoh yang pendek juga boleh membawa kepada ketidakselesaan di bahagian abdomen dan akan menyebabkan penghasilan gas di dalam perut.

Jadi, ambil serat perlahan lahan untuk memberikan laluan sistem anda untuk menjalankan fungsinya dengan baik. Selain itu, minum banyak air untuk membolehkan serat tersebut menjadi lembut dan mudah untuk dihadam.

Perbezaan Jenis Serat Serta Peranannya

Terdapat dua jenis kelas serat di dalam diet serat terlarut dan serat tak terlarut.

Serat Terlarut

Serat terlarut banyak terkandung di dalam buah-buahan seperti epal, oren, lobak merah, kentang, oat, barli dan kekacang. Serat ini larut di dalam air dan menjadi tebal.

Sekiranya anda pernah memasak oat di rumah, sudah tentu anda perasan apabila ia menjadi tebal dan bergam setelah dimasak. Hal ini adalah disebabkan oleh serat terlarut yang ada di dalam oat tersebut melarut di dalam cecair.

Apabila serat ini bertindak balas dengan cecair yang ada di dalam perut anda, ia akan menebal juga yang akhirnya akan menyebabkan anda berasa kenyang.

Serat terlarut juga memperlahankan penyerapan glukosa (gula) di dalam saluran darah dan ia boleh mengekalkan paras gula dalam darah berada dalam keadaan normal sepanjang hari.

Serat Tak Terlarut

Serat tak terlarut juga menyokong kesihatan sistem pencernaan anda namun dengan cara yang lain. Serat jenis ini tidak melarut di dalam air tetapi ia akan menyerap air di dalam saluran usus kecil.

Kesannya, akan menyebabkan ia akan menjadi bergumpal-gumpal. Serat ini, banyak terkandung di dalam sayur-sayuran, gandum, jagung, beras dan kebanyakan bijirin penuh yang bertindak mempercapatkan pergerakan bahan buangan di dalam saluran pencernaan.

Bagaimana Untuk Anda Ketahui Manakah Serat Larut dan Serat Tak Larut?

Sebenarnya mudah untuk mengenal kedua-dua jenis serat ini. Apabila anda menyediakan sup barli atau mengukus kentang, anda akan dapat lihat cecair kukusan tersebut menjadi tebal.

Hal ini adalah disebabkan oleh barli dan kentang kaya dengan serat larut. Sebaliknya, apabila anda mengukus beras perang, ia tidak melekit kerana serat yang terkandung di dalamnya tidak larut bersama air. Ia bahkan menyerap air ketika dimasak dan menyebabkan bijirin tersebut untuk mengembang.

Tips untuk Meningkatkan Pengambilan Serat

  • Makan buah-buahan bersama kulitnya berbanding jus buah-buahan.
  • Gunakan buah-buahan sebagai pencuci mulut.
  • Makan pelbagai jenis sayur-sayuran – yang dimasak dan mentah.
  • Gunakan roti 100% bijirin penuh, waffle dan bijirin sarapan dan elakkan daripada mengambil yang diperbuat daripada tepung yang telah ditapis.
  • Gunakan tortilla jagung berbanding tepung.
  • Gunakan beras perang, beras liar, millet, barli dan gandum sebagai ganti kepada beras putih.
  • Tambahkan kekacang ke dalam hidangan sup, steu, cili atau salad.
  • Sekiranya anda menghadapi masalah dalam mendapatkan keperluan serat anda, anda juga boleh menggunakan suplimen serat. Namun, ingat bahawa suplimen tersebut tidak dapat menggantikian buah-buahan segar, sayur-sayuran dan bijirin penuh yang sepatutnya anda ambil.

Jika anda rasa artikel ini bermanfaat saya mohon kongsikan dengan sahabat dan juga kenalan moga mereka juga dapat menambah ilmu tentang pemakanan sihat

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *