Home KISAH KU Ketagihan Gula Putih: Ikuti Perjalanan Saya Berpisah dengan Gula
Ketagihan Gula Putih: Ikuti Perjalanan Saya Berpisah dengan Gula

Ketagihan Gula Putih: Ikuti Perjalanan Saya Berpisah dengan Gula

0
0

Kisah ini saya kongsikan daripada pengalaman peribadi Cik Maizatul Husna dan agar kisah ketagihan gula putih ini serta kisah perjalanan  maizatul dapat memberikan insipirasi kepada anda untuk buat perubahan dalam kehidupan.

Ketagihan Gula Putih : Ikuti Perjalanan Saya Berpisah Dengan Gula

Asalamualaikum dan salam sejahtera kepada sahabat-sahabat yang telah memilih untuk meningkatkan kualiti hidup melalui mendapatkan berat badan ideal.

Pada malam ini saya ingin berkongsi, pengalaman saya berpisah dengan “Gula”

Perkara pertama yang saya lakukan adalah mendapatkan ilmu. Pada zaman dunia maklumat dihujung jari, pekara ini sangat mudah dilakukan. Google saja ‘’ side effect of sugar”, “ life without sugar”, “ No sugar diet”. Saya baca cerita-cerita mereka yang hidup tanpa gula.

Bagaimana permulaan perjalanan hidup tanpa gula. Kesan healing crisis, kesan psychology. Selain itu saya juga turut mendapatkan maklumat jenis “Gula” . Bagaimana dia bersembunyi disebalik makanan. Bagaimana pengeluar makanan menyembunyikan gula di sebalik “ makanan sihat”

Setelah itu saya tekadkan hati dan perasaan. Saya cipta sebab mengapa saya perlu lakukannya. Saya tanam segala keinginan saya dalam minda luar sedar saya, supaya ia kekal berhantu dalam diri saya.

Bila nak tidur saya, saya akan cakap pada diri saya, saya mesti dapat berat badan ideal, saya bayangkan diri saya memiliki tubuh macam Lara Croft dalam cerita tomb rider. Seksi dan tangkas beraksi. Bangun tidur saya fikir yang sama.

Berangan-angan berada dipucak pergunungan Himalaya. Menjadi Mulan pantas bemain beraksi diatas tembok besar Negeri China. Berangan nak jadi Kajol sambil menjelajah wilayah agra. Bagaimana semua itu akan terjadi kalau nak jalan pun tak larat.

Cipta berapa banyak alasan dan tanamkan dalam minda luar sedar kita. Carilah hot button atau killer point mengapa? Sama ada dari pengalaman hidup sendiri atau menjadikan kehidupan orang lain sebagai sumber inspirasi.

Langkah yang ketiga yang saya buat, kosongkan rumah saya daripada segala makanan bergula termasuk refined charbohydate. Tiada lagi biscuit, tiada lagi kerepek, donut, roti. Dengan kata lain tiada lagi makanan yang berproses .

Yang tinggal hanya gula pasir untuk tujuan scrub muka dengan tomato. Selain daripada scrub muka saya juga guna untuk scrub kaki….hahaha mesti anda nak tahu bagaimanakan. Senang je, campurkan gula dan minyak zaitun, dan scrub tumit dan kaki anda bagi buang daki-daki dan kulit mati. Bukan muka saja cantik dan flawless, kaki pun kena cantik jugakan.

Apabila rumah saya sudah kosong daripada makanan yang menipu dan sampah. Saya perlu shopping untuk mengantikan dengan makanan yang sihat dan berkhasiat. Sebelum shopping, sila makan dahulu bagi menjaga budget dan pocket anda.

Ini kerana bila di dalam keadaan lapar kita akan shopping dengan keadaan yang tidak logic dan rasional. Tak percaya? Cuba tengok pada bulan Ramdhan berapa banyak makanan yang dibazirkan. Bila kita lapar kita akan membeli barang yang bukan keperluan. Ketika anda shopping, anda akan terlintas dalam hati anda “ Mahalnya”. Namun ingatlah satu pekara apabila anda sakit lagi mahal yang anda kena bayar.

Setelah itu, bermulalah perjalanan hidup saya tanpa gula. Hari pertama dan kedua saya lalui tanpa halangan. Tetapi apabila masuk hari ke 3, saya mula rasa mual, nak muntah , pening dan lesu. Rasa macam demam tapi tak deman.

 Mulut rasa macam nak pecah dan asyik nak terkencing. Sampai rasa nak tidur dalam bilik air. Pada masa ini saya pastikan, saya minum air yang cukup. Kemana-mana saya pergi saya akan kelek botol air.

Hari 4-5, saya mengalami mood swing. Perasaan nak marah, nak mengamuk walaupun benda yang kecil dan remeh. Semasa waktu berkerja, bila saya rasa macam tu, saya lari masuk stor untuk mengelakkan saya marah atau terlepas cakap pada mereka yang tak berdosa.

Cukup seminggu, saya hadiahkan diri saya satu meal ( kira cheat meal la). Namun begitu saya tetap meletakan syarat terhad kepada clean diet. Biasanya cheat meal saya….nasi lemak, laksam, tepung talam, pulut sambal, roti jala, ubi kayu rebus cicah sambal ikan bilis.

Jadi saya ada list yang panjang. Sebab satu minggu saya hanya boleh makan satu jenis saja untuk satu meal dengan portion yang terhad. Kalau anda tanya saya bila kali terakhir saya makan nasi lemak. Saya tak ingat, sebab terlalu panjang masanya.

Ada satu malam, saya rasa bagai orang gila rasa nak makan makanan macam twistess, mammie monster. Sampai saya dah bertukar menjadi monster. Tak pasal nurain dan fendi (kucing saya) kena marah.

Tetapi masa tu tiada satu pun makanan sampah yang ada dalam rumah saya. Saya nak keluar beli pun tak boleh sebab kedai semua dah tutup. Saya berjalan ke dapur buka peti ais. Hampir setengah jam saya bertelegu mengadap peti ais yang terbuka. Yang ada hanya buah tomato.

Sambil menangis sendirian, saya gigit buah tomato namun ia tidak mampu menahan keinginan saya yang meluap-luap. Mana taknya sambil gigit tomato sambil tengok buku resepi nak buat cake lah, nak buat apamlah, Nak buat kerialah. Maka tengah malam saya terpaksa bersiram, mandi lama-lama macam orang buat rawatan ke atas penagih dadah pula. Patutlah gula dikatakan sebagai dadah yang dihalalkan

Dari hari ke hari, minggu ke minggu, bulan ke bulan, dan kini “ Ada aku kisah dengan gula”. Terus terang saya katakan sekarang saya tidak lagi bergantung pada pemanis gantian stevia. Botol yang terakhir saya guna masih lagi ada separuh botol yang saya buka 8 bulan yang lalu.

Kadang-kadang lalu dekat kedai cake dan roti, sekadar untuk cuci mata dan ambil bau sahaja. Cheat meal saya sekarang 2 atau 3 minggu sekali. Manakala cheat day saya bila saya berjumpa dengan keluarga atau bila saya pergi bercuti. Itupun saya hadkan terhadap refine carbohydrate sahaja. Tidak untuk minuman manis.
Kesannya….anda sendiri maklum dan mengalaminya. Saya berasa lebih bertenaga dan cergas berbanding dahulu. Emosi lebih stabil dan rasional. Dan sudah tentula…saya rasa tidak lama lagi saya akan menjadi Lara Croft “ see the world as a small granite”

PS: Gambar ni diambil pada September 2015, sebelum saya register belajar. Muka tak mandi selepas 48 jam dari Kuala Lumpur-Yangoon- Bagan. Pukul 5 pagi diatas Temple purba mereka. Anda kira mampukah saya panjat temple berkenaan jika saya masih bersama gula?

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *