Home TIPS KURUS 4 Kesan Bahaya Diet Fad (Diet Penurun Berat Badan)
4 Kesan Bahaya Diet Fad (Diet Penurun Berat Badan)

4 Kesan Bahaya Diet Fad (Diet Penurun Berat Badan)

0
0

Ramai golongan dewasa kini telah mengamalkan diet dalam hidup mereka. Kebanyakan mereka berharap agar dapat menurunkan lebih banyak berat badan. Sesetengah orang pula terlalu mengikuti nasihat diet dan plan diet tertentu yang ada hari ini. Adalah mudah untuk kita rasa lega dengan maklumat-maklumat yang diperoleh itu yang mana kebanyakannya adalah saling bercanggah. Dari pil diet sehinggalah ke detoks, kini diet penurun berat badan pula ada di mana-mana. Namun, adakah diet yang berbentuk sebegini menyihatkan?

Kebanyakan pakar nutrisi telah bersetuju bahawa masalah yang paling utama dengan diet penurut berat badan ini adalah ia bersifat tidak berkekalan. Sudah tentu, anda boleh meninggalkan sebahagian besar kumpulan makanan untuk satu tempoh masa atau dapat bertahan dengan kalori yang sedikit berbanding yang tubuh badan anda benar-benar perlukan. Namun, fasa ‘berbulan madu’ seperti itu tidaklah dapat bertahan lama. Seperti mana yang anda akan ketahui lebih lanjut selepas ini, diet penurun berat badan ini juga boleh memberikan anda risiko serta kesan sampingan tertentu.

Bahaya pengamalan nasihat diet yang terlalu keterlaluan – bahkan sekiranya orang tersebut merupakan pakar bidang pemakanan yang bertauliah dan memiliki niat yang baik untuk membantu anda. Untuk lebih jelas lagi, melakukan perubahan tertentu dalam diet anda seperti meninggalkan makanan yang diproses dan menggantikannya dengan makanan yang asli adalah lebih baik dan tidak menjadikan apa-apa masalah. Namun, adalah perlu untuk disedari bahawa setiap individu adalah berbeza. Maka, diet yang berkesan kepada rakan anda atau diberikan oleh doktor boleh jadi tidak sesuai untuk anda.

Apa yang dapat diketahui tentang diet penurun berat badan ini? Berbanding beralih kepada diet ini untuk menurunkan berat badan dengan cepat, saya menyarankan untuk jadikan kesabaran dan melebihkan usaha unda untuk mengamalkan pendekatan yang bersifat jangka masa panjang untuk membentuk satu tabiat pemakanan yang sihat dan berpanjangan.

Apakah Itu Diet Fad?

Menurut the Association of UK Dietitians:

“Diet penurun berat badan adalah sejenis plan diet di mana anda perlu makan mengikut diet yang sangat ketat dengan hanya beberapa jenis makanan atau dengan kombinasi makanan yang lain daripada biasa untuk satu tempoh masa yang singkat serta ia dapat menurunkan berat badan dengan cepat. Walaubagaimanapun, kebanyakan orang akan berasa cepat putus asa dan mula makan secara berlebihan, memilih makanan yang tidak sihat dan akhirnya berat badan kembali bertambah semula.”

Diet ini kebiasaannya akan menjadi terkenal untuk satu tempoh masa, seperti beberapa tahun atau dekad dan kemudiannya akan diganti pula oleh teori diet yang lain yang mana ia sudah tentu akan menjadi sangat berbeza dengan diet yang sebelumnya. Secara umumnya, diet penurun berat badan ini terbahagi kepada dua kategori iaitu diet rendah karbohidrat / tinggi protein atau diet tinggi karbohidrat / rendah lemak.

Antara contoh diet penurun berat badan yang terkenal adalah seperti:

  • Diet makrobiotik.
  • Diet Atkin.
  • Diet Ornish.
  • Diet Zone.
  • Diet South Beach.
  • Diet Master Cleanse.
  • Diet Vegetarian.
  • Diet DASH.
  • Diet Paleo dan Diet tanpa Gluten – juga semakin popular sejak lima hingga 10 tahun lepas juga dikira sebagai diet penurut berat badan bagi sesetengah pengkaji kesihatan.

Apakah yang dimaksudkan dengan “fad makanan”?

Fad makanan adalah makanan yang dikenali sebagai “makanan pembakar lemak magikal” yang dapat menurunkan berat badan atau meningkatkan kesihatan dengan mudah dan cepat. Ia juga boleh tergolong dalam ketogori ini apabila mengelakkan sesetengah jenis makanan atau bahan sehingga membawa kepada limitasi yang keterlaluan. Sebagai contoh adalah meninggalkan makanan satu kumpulan makanan seperti karbohidrat atau produk tenusu. Gejala faddisme makanan pula merujuk kepada makan hanya satu jenis makanan sahaja atau sesetengah kombinasi makanan yang tertentu.

Apakah yang dimaksudkan dengan gejala faddisme?

Faddisme merujuk kepada satu trend yang menggalakkan orang untuk mendapatkan dan mengikuti diet-diet yang luar daripada kebiasaan, kepercayaan tertentu, peraturan dan sebagainya. Fad juga biasanya terkait dengan rasa selesa, sesuai dengan kumpulan tertentu, keseragaman dan kebersamaan. Manakala definisi yang lain juga termasuklah “suatu kecenderungan untuk menyukai satu gaya, aktiviti atau minat dalam satu tempoh yang singkat.”

Melalui definisi di atas, dapatlah difahami bahawa faddisme itu tidaklah bertahan lama. Menurut the Boston University School of Medicine, kebanyakan orang tidak sedar bahawa diet jarang sekali berkesan untuk satu tempoh lebih daripada hanya beberapa minggu atau bulan. Mereka yang berdiet pula kebiasaannya tidak sedar akan perkara-perkara yang berkait dengan bagaimana berdiet memberikan kesan kepada kesihatan mereka atau mengapa diet fad ini sering kali gagal. Kajian telah menunjukkan bahawa kira-kira:

  • 98% daripada mereka yang berjaya menurunkan berat badan melalui diet kembali bertambah berat badan dalam tempoh lima tahun.
  • 90% daripada mereka yang telah berjaya menurunkan berat badan mengalami pertambahan berat badan lebih banyak berbanding berat badan yang hilang sebelum ini.
  • Hanya 5% hingga 10% daripada mereka yang mengamalkan diet dapat mengekalkan penurunan berat badan yang mana ianya lebih besar daripada 10% daripada berat asal mereka.
  • Beberapa sebab mengapa diet seringkali gagal adalah disebabkan oleh mereka yang berdiet itu telah kehilangan semagat atau motivasi yang mana akhirnya menyebabkan mereka kembali kepada tabiat asal mereka. Selain itu, mereka juga ada yang sakit disebabkan oleh rasa lapar dan penat disebabkan oleh rasa tertekan dan terkongkong. Juga, disebabkan oleh perubahan isyarat hormon dalam badan yang mendorong untuk makan.

4 Bahaya Diet Fad

1. Boleh Menyebabkan Anda Rasa Letih, Lapar dan Lemah

Disebabkan oleh plan diet fad kebiasaannya diberikan kepada mereka yang mahu menurunkan berat badan, mereka akhirnya terikat dengan sekatan makanan tertentu dan mengalami kekurangan kalori. Tidak makan makanan yang mengandungi jumlah kalori yang mencukupi sepertimana yang tubuh badan anda perlukan, berdasarkan kepada aktiviti dan genetik anda, boleh menyebabkan anda mengalami kesan negatif.

Ia seperti dengan memaksi diri anda untuk berada dalam keadaan metabolik atau disebut sebagai “mod kelaparan.” Ingat bahawa walaupun nilai bacaan penimbang anda sudah turun, itu tidak bermakna ia merupakan suatu perkara yang baik. Pengurangan tisu lemak diikuti dengan peningkatan tindak balas seperti tindak balas insulin. Namun, pengurangan berat badan sahaja mungkin bermakna anda juga telah kehilangan jisim di bahagian badan anda yang tidak sepatutnya.

Banyak kajian telah mendapati bahawa amalan berdiet yang kronik dan bersenam secara berlebihan boleh memberikan kesan negatif kepada metabolisme, tahap kelaparan, tenaga, mood, tidur, hormon/kesihatan reproduktif serta berat badan. Perubahan berat badan secara drastrik dan pantas bahkan boleh membawa kepada kehilangan tisu dalam organ penting anda, pengurangan ketumpatan tulang dan otot. Tambahan pula, proses kognitif seperti berfikir, koordinasi dan ingatan juga akan menjadi lembap sekiranya anda tidak bertenaga secukupnya.

Hal ini boleh membawa kepada tidak bersemangat, keletihan dan lemah otot. Penghasilan ATP yang rendah pula akan menyebabkan isyarat yang dihantar kepada otak anda kadang kala tidak betul. Semua ini merupakan kesan negatif daripada penggunaan tenaga rehat anda dan bahkan boleh meningkatkan risiko masalah metabolik seperti masalah tiroid.

2. Boleh Memberikan Kesan Negatif kepada Kesihatan Hormon dan Metabolisme Anda

Pengambilan makanan yang kurang daripada keperluan tubuh badan boleh membawa kepada gejala pengambilan kalori yang cepat. Apabila anda tidak memberikan tindak balas kepada isyarat ini, kajian mendapati bahawa ia akan menyebabkan penurunan kadar metabolisme anda yang mana akan menyebabkan anda mengalami pertambahan berat badan.

Diet fad yang terlalu mengurangkan pengambilan kalori boleh mengurangkan keupayaan anda untuk menggunakan tenaga (kalori) daripada makanan yang anda makan. Hal ini disebabkan oleh ia akan menghantar isyarat hormon kepada tubuh badan anda untuk menyimpan sedikit tenaga agar dapat digunakan pada waktu kelaparan (kekurangan makanan). Sesetengah bahaya diet fad yang melibatkan kekurangan makan sehingga beberapa hari boleh menyebabkan masalah tidur, ketidaksuburan, jeragat, peningkatkan lemak badan, pengurangan tenaga dan bahkan juga tekanan.

3. Boleh Meningkatkan Tekanan, Rasa Bersalah dan Keresahan Apabila Memilih Makanan

Sekiranya sebelum ini telah mengamalkan suatu jenis diet yang “telah gagal”, anda pasti menyedari bahawa ia telah menyebabkan keupayaan mental dan perasaan anda mengalami kesan yang teruk. Satu perkara yang anda perlu tanya pada diri anda sendiri adalah bagaimana anda akan berfikir apabila melibatkan pemilihan makanan anda. Sekiranya anda percaya bahawa hanya satu jenis diet sahaja adalah yang terbaik, maka, adalah mudah untuk anda bersikap suka menilai sesuatu.

Penilaian ini bukan hanya melibatkan orang yang tidak mengamalkan diet yang sama sahaja bahkan ia juga boleh berpaling kepada diri anda sendiri sehingga menyebabkan anda akan berasa serba salah apabila anda melanggar diet tersebut. Kajian telah mendapati bahawa mereka yang berdiet kadang kala berasa serba salah atau malu apabila mereka tidak dapat teruskan dengan diet tersebut.

Rasa malu tersebut juga disertai dengan masalah tabiat pemakanan sehingga boleh menyebabkan masalah seperti binge eating, anorexia atau bulimia. Jadi, sekiranya anda mendapati diri anda berasa serba salah, resah atau tidak dapat mengawal pengambilan makanan – atau menceritakan kepada semua tentang kejayaan diet anda dan mengajar orang lain untuk mengikuti diet tersebut – maka tibalah masa untuk anda berfikir semula tentang pendekatan “pemakanan sihat” anda itu.

4. Diet ini Boleh Menjadi Tidak Berkesan dan Membuang Masa Anda!

Adalah menyenangkan untuk menerima satu idea berkenaan satu bentuk cara pemakanan tertentu, satu kumpulan makanan atau sekatan diet yang “baik” – iaitu jawapan yang anda cari-cari selama ini. Manakala bagi orang lain, perkara sebegitu pula adalah “tidak baik”. Namun, adalah lebih bijak untuk anda kekal berfikiran terbuka dan kekal fleksible. Apa-apa pun, walaupun kajian tertentu telah menyokong kebaikan sesetengah diet, itu tidak bermakna ia diperlukan atau dapat membantu sesiapa sahaja. Apa yang perlu kita ingat, kita semua adalah berbeza.

Sebagai contoh, sekiranya anda memiliki alahan, ketidakseimbangan atau sensitif kepada produk tenusu atau gluten, adalah logik sekiranya anda perlu menjauhi makanan tersebut. Namun, sekiranya anda merasakan tidak ada apa-apa ketika memakannya secara sederhana, terutamanya apabila diet anda sudah seimbang serta tidak menunjukkan apa-apa tanda masalah kesihatan, maka, tindakan untuk menjauhi makan tersebut adalah merupakan tindakan yang sia-sia sahaja.

Sentiasa inagt bahawa diet fad mampu untuk menjadikan seseorang bersemangat dan menjadikan mereka percaya bahawa mereka hanya perlu mengikuti satu-satunya diet ini atau jika tidak kesannya adalah buruk sekali. Namun, sebagaimana Alan Levinovitz, seorang penulis tentang budaya diet dan professor keagamaan di James Madison University mengatakan:

“Apabila anda mahukan suatu benda yang pasti dalam sains nutrisi, anda kelak akan berakhir dengan kepastian sains tersebut. Namun, apa yang terjadi adalah anda akan berakhir dengan memberikan dakwaan yang ditokoktambah. Walhal dalam sains, menokok tambah itu adalah hanyalah suatu penipuan sahaja.”

Berikut Merupakan Diet yang Berkesan

Suatu diet akan menjadi diet yang paling menyihatkan dan berkesan untuk menyelesaikan masalah seperti berat badan berlebihan atau obes bergantung kepada beberapa faktor.  Antaranya ialah sejarah perubatan, tahap aktiviti, berat, genetik dan kecenderungan seseorang. Bagi saya, saya lebih mengutamakan diet yang berasaskan makanan yang lengkap. Saya panggil ia sebagai “Diet Penyembuh”. Apa yang penting adalah untuk banyakkan makan makanan yang asli, tidak diproses, kurangkan makanan berpek dan tidak memiliki sumber kalori.

Berikut merupakan saranan diet sihat yang berbeza mengikut tujuan anda:

  • Diet Sup Kobis (untuk jangka masa singkat sehingga beberapa minggu):

Diet sup kobis ini juga tidak terlepas daripada kritikan atau kontroversi diet fad. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang dapat kita pelajari daripada diet ini iaitu banyakkan makan sayur-sayuran yang rendah kalori. Saya pula tidaklah menyarankan agar hanya mengamalkan makanan ini sahaja untuk tempoh yang panjang. Tetapi, melalui cara ini, ia akan membantu proses detoksifikasi, mengubah tabiat buruk dan meningkatkan pengambilan nutrien seperti elektrolit dan serat.

  • Diet Keto (untuk jangka masa singkat sehingga beberapa bulan):

Diet keto ini mungkin seperti diet rendah karbohidrat dan diet fad. Namun sebenarnya terdapat banyak kajian yang telah menyokong kesan positifnya seperti dapat membantu masalah obesiti, diabetes bahkan juga dapat merawat sesetengah jenis kanser. Diet ketogenik (menyerupai diet yang memiliki  karbohidrat yang paling rendah) secara asasnya bertindak dengan “memperdaya” tubuh badan supaya berfikir bahawa ia sedang berpuasa dan sedang membuang glukosa yang terkandung dalam makanan berkabohidrat.

Ramai orang mengalami penurunan berat badan yang pantas melalui kebaikan diet rendah karbohidrat atau diet ketogenik ini disebabkan oleh penurunan paras insulin dan peningkatan tubuh badan untuk membakar lemak yang tersimpan lebih banyak. Walaupun kesan sampingan seperti keletihan dan sembelit mungkin berlaku akibat daripada diet rendah karbohidrat ini, namun kebanyakan orang yang sihat boleh bertahan dengan pengurangan karbohidrat selama beberapa bulan atau lebih lama. Sekiranya anda seorang yang sangat aktif, anda boleh cuba kitaran karbohidrat atau paling kurang amalkan diet keto yang telah diubahsuai yang tidak terlalu mengehadkan pengambilan karbohidrat.

Diet Anti-Keradangan

  • Kajian telah menunjukkan bahawa diet yang dapat mengurangkan keradangan seperti Diet Mediterranean atau Diet Okinawa boleh membantu merawat atau mencegah penyakit seperti penyakit jantung, osteoporosis, diabetes dementia dan bahkan juga sesetengah penyakit kanser.
  • Makanan yang kaya dengan diet anti-keradangan seperti sayur-sayuran segar, sayur-sayuran laut, buah-buahan, herba segar dan rempah ratus, 100% bijirin penuh, ikan liar dan makanan laut (kaya dengan asid lemak omega-3), minyak zaitun, kekacang dan sejumlah kecil daging, produk tenusu serta telur.

Diet Penyembuh bagi Sindrom Kebocoran Usus dan Penyakit Autoimun 

Jika anda bercadang untuk mengelakkan sesetengah makanan yang menyebabkan alahan seperti produk tenusu atau bijirin yang mengandungi gluten, anda mungkin boleh cuba diet tanpa bahan tersebut atau diet bagi merawat sindrom kebocoran usus.

Melalui pengeluaran makanan tertentu daripada diet, anda dapat membantu anda mengetahui makanan yang manakah menjadi penyebab kepada simptom tersebut. Melalui cara ini, ada dapat mengeluarkannya daripada diet anda. Sebagai contoh, sesetengah orang menghadapi kesukaran untuk mencerna dengan baik makanan seperti bijirin, kekacang atau sayur-sayuran. Namun, hal ini tidak bermakna orang tersebut perlu mengenepikan kesemua makanan yang ada dalam ketegori tersebut. Hanya sebahagian sahaja.

Makanan penyembuh seperti tulang sum sum, sayur-sayuran yang distim, protein kolagen dan lemak sihat seperti minyak kelapa boleh membekalkan kalori dan nutrien ketika sedang berdiet.

Mungkin tidak perlu untuk mengikuti kesemua jenis diet ini selamanya memandangkan diet tersebut boleh menjadi terlalu mengongkong. Namun begitu, ia bagus untuk membantu anda membaiki sistem pencernaan serta menyerap nutrien dengan lebih baik.

KESIMPULAN

  • Diet fad kebiasaannya adalah sangat ketat, tidak dapat bertahan lama. Ia tidak mengajar anda untuk mengamalkan tabiat pemakanan yang sihat dan kadang kala boleh membahayakan.
  • Contoh diet fad adalah seperti diet DASH, Atkin, Paleo, bebas gluten, Zone dan South Beach.
  • Daripada mencuba diet fad, saya sarankan untuk mengamalkan diet eliminasi sekiranya anda mengalami masalah pencernaan atau diet ketogenik jangka pendek jika anda mahu menurunkan berat badan. Tidakpun diet keradangan yang mana ia bersifat tahan lama dalam masa yang sama memberikan perlindungan. 

Sumber artikel di sini.

 

 

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *