Home TIPS KESIHATAN Kenali Dan Ketahui Mengapa Kolestrol Diperlukan Oleh Tubuh Badan?
Kenali Dan Ketahui Mengapa Kolestrol Diperlukan Oleh Tubuh Badan?

Kenali Dan Ketahui Mengapa Kolestrol Diperlukan Oleh Tubuh Badan?

0
0

Dengan semua publisiti yang menyatakan bahawa kolestrol itu adalah tidak baik, kita pasti akan terkejut sekiranya mengetahui bahawa sebenarnya mengapa kolestrol diperlukan serta penting kepada kita. Apa yang memeranjatkan juga ialah tubuh badan kita menghasilkan kolestrol tersebut secara semula jadi. Namun begitu, kolestrol juga bukanlah baik secara keseluruhannya, maka disebabkan itulah ia merupakan satu topik yang kompleks dan amat perlu untuk diketahui.

Definisi Apakah Itu Kolestrol & Mengapa Kolestrol Diperlukan

Kolestrol merupakan satu bahan yang dihasilkan di hati di mana ia sangat penting kepada manusia. Anda juga boleh mendapatkan kolestrol daripada makanan. Disebabkan ia tidak dihasilkan oleh tumbuhan, maka, anda hanya akan memperolehnya hanya daripada sumber makanan daripada haiwam seperti daging dan produk tenusu.

Dalam tubuh badan kita, kolestrol berperanan dalam tiga fungsi utama:

  1. Membantu penghasilan hormon seks.
  2. Membina blok-blok sel tisu manusia.
  3. Membantu penghasilan hempedu di dalam hati.

Kesemua peranan penting ini sangat bergantung kepada kehadiran kolestrol. Namun, sekiranay terlalu banyak kolestrol pula bukanlah suatu yang baik.

Jenis-jenis Kolestrol

LDL vs. HDL

Apabila bercakap soal kolestrol, ramai yang sering menggunakan terma LDL dan HDL. Kedua-dua merupakan sejenis lipoprotein yang mana komponennya berasal daripada lemak dan protein yang bertanggungjawab untuk membawa kolestrol ke seluruh badan melalui aliran darah. LDL merujuk kepada low-density lipoprotein atau lipoprotein berketumpatan rendah sering kali disebut sebagai “kolestrol jahat”. Manakala HDL pula ialah high-density lipoprotein atau lipoprotein berketumpatan tinggi pula dikenali sebagai “kolestrol baik”.

Mengapa LDL “Jahat”?

LDL dikenali sebagai “kolestrol jahat” disebabkan oleh apabila terlalu banyak kolestrol ini boleh membawa kepada pengerasan arteri. Menurut the American Heart Association, LDL menjadi punca kepada pembentukan plak pada dinding arteri anda. Apabila plak ini terhasil, maka ia akan menyebabkan dua masalah.

Pertama, ia boleh menyempitkan saluran darah, mengurangkan pengaliran darah yang mengandungi oksigen di seluruh badan. Kedua, ia boleh membawa kepada pembentukan darah beku sehingga menyekat pengaliran darah apabila darah beku tersebut mula menghasil pengaliran darah. Akhirnya menyebabkan serangan jantung atau angin ahmar.

Apabila ia melibatkan bilangan kolestrol, maka LDL inilah yang anda mahu kekal rendah  secara idealnya kurang daripada 100 miligram bagi setiap desiliter darah (mg/dL).

Mengapa HDL “Baik”?

HDL membantu anda untuk mengekalkan sistem kardiovaskular anda berada dalam keadaan baik. Ia juga membantu membuang LDL daripada arteri. Ia membawa kolestrol jahat tersebut kembali ke hati di mana ia akan dihancurkan dan dibuang daripada tubuh badan.

Kandungan HDL yang tinggi juga berupaya untuk memberikan perlindungan daripada angin ahmar dan serangan jantung. Manakala HDL yang rendah pula sebaliknya akan meningkatkan risiko-risiko tersebut.

Menurut the National Institutes of Health, paras HDL sebanyak 60 mg/dL dan lebih adalah yang terbaik untuk bertindak sebagai pelindung manakala di bawah 40 mg/dL pula membawa kepada risiko penyakit jantung.

Sasaran Jumlah Kolestrol

Apabila anda telah memeriksa tahap kolestrol anda, anda akan menerima satu ukuran bagi paras HDL dan LDL anda selain daripada jumlah kolestrol dan trigliserida.

Jumlah kolestrol yang ideal ialah kurang daripada 200 mg/dL. Mana-mana antara 200 dan 239 mg/dL pula masih lagi selamat dan sekiranya lebih daripada 240 mg/dL dikiran sebagai tinggi.

Trigliserida pula merupakan sejenis lemak yang ada di dalam darah anda. Seperti kolestrol, terlalu banyak dalam darah akan membara kemudaratan kepada anda. Namun, pakar-pakar sendiri masih lagi tidak mendapat gambaran yang jelas tentang lemak-lemak ini.

Kandungan trigliserida yang tinggi biasanya akan turut sama mengikuti paras kolestrol yang tinggi juga dan akan meningkatkan risiko penyakit jantung. Namun, masih lagi tidak jelas adakaha trigliserida ini menjadi faktornya. Secara umumnya, doktor akan menimbang tara kandungan trigliserida anda kepada obesiti, paras kolestrol dan sebagainya.

Apa yang Perlu dilakukan

Sentiasa Memeriksa Bilangannya

Terdapat beberapa perkara yang mempengaruhi jumlah kolestrol anda  kebanyakannya adalah perlu kepada pengawalan anda. Jadi, perlunya untuk berdiet, mengawal berat badan dan bersenam. Makan makanan yang rendah kolestrol dan lemak tepu, bersenam dan mengawal berat badan semua ini akan menurunkan paras kolestrol dan mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.

Ada Masalah Kolestrol Tinggi KLIK SINI

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *