Home KELAB DIET Kelebihan Kurma Untuk Diet Sihat
Kelebihan Kurma Untuk Diet Sihat

Kelebihan Kurma Untuk Diet Sihat

0
0

Kelebihan Kurma Untuk Diet Sihat

Resepi Smoothies Kurma

Kurma diangkat tinggi oleh Rasulullah saw kerana mempunyai nilai kandungan makanan yang tinggi. Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0 peratus, serat 2.0 hingga 4.0 peratus manakala kandungan gulanya 50 hingga 57 peratus glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula di dalamnya telah ditukar secara semulajadi.

Kebaikan Serat Kurma

Kita makan kurma tanpa buang kulitnya yang mengandungi serat. Amat baik untuk mencegah barah usus besar kerana ia melawaskan. Sementara kandungan vitamin A dan C amat tinggi pada peringkat khalal atau rotab dan menurun sedikit pada peringkat tamar. Selain itu ia mengandungi zat galian dan yang paling banyak dikenali sebagai potasium. Potasium diperlukan oleh tubuh untuk sistem saraf kerana kurma adalah excellant source atau sumber mujarab.

Kurma dalam Bidang Perubatan

Dalam bidang perubatan dengan ketiadaan kolesterol, lemak dan gula di dalam kurma, ia amat baik untuk meredakan tekanan darah tinggi. Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus atau dijadikan serbuk seperti teh. Direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.

Petua Kurma

Melalui petua tertentu, kurma dimakan bersama badam dan madu untuk menyembuhkan penyakit. Kurma dikatakan menambah tenaga seksual atau batin. Jus buah kurma mungkin baru di negara ini, sebaliknya di negara pengeluar selain dimakan segar, kering atau salai, kurma dibuang biji dan diganti dengan kacang tanah, badam atau gajus bagi mengenakkannya. Kurma juga dibuat jem, sirap atau bahan tambahan dalam aiskrim.

Resepi Kurma untuk Kesihatan

pasti kita ada cara yang terbaik untuk maksimunkan cara makan kurma saya akan berikan resepi ringkas untuk Smoothies Kurma yang sangat berkhasiat dan membekalkan sumber tenaga untuk sedang berdiet .

Bahan-bahan:
•  10 buah kurma segar, buang bijinya
•  100 ml susu  rendah lemak
•  Sedikit Yogurt
•  Sedikit Madu untuk tambahkan perisa sbb kurma memang ada yg dah manis

Amallkan Smoothies ini diwaktu pagi untuk sarapan atau pun makan malam pasti mengenyangkan

 

Selamat Mencuba tau…

 

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *