Home TIPS KURUS Kekal dengan Diet Anda Melalui 5 Langkah
Kekal dengan Diet Anda Melalui 5 Langkah

Kekal dengan Diet Anda Melalui 5 Langkah

0
0

Ia mengambil banyak masa dan tenaga untuk menyesuaikan diri dengan pelan diet baru dan terus kekal dengannya. Berikut adalah beberapa sebab-sebab yang biasa mengapa anda mungkin akan terdorong untuk berhenti daripada diet anda dan juga beberapa cara untuk terus kekal dengannya.

Tidak ada soalan lagi yang pernah diajukan tentang cara-cara untuk berpegang kepada diet yang berkesan. Sebaik sahaja anda telah membuat keputusan untuk menjaga berat badan anda, anda perlu berubah daripada rutin biasa anda.

Daripada makan tanpa berfikir terlebih dahulu dan menghabiskan waktu malam di atas sofa, kini anda perlu berfikir tentang perancangan dan memasak makanan anda. Bukan lagi dengan cara mengira kalori anda dan bersenam. Semua itu merupakan suatu yang agak sukar dan inilah sebabnya mengapa begitu ramai orang yang mengalami kesukaran untuk berpegang kepada diet.

Berapa Lamakah Purata Diet akan Berkekalan?

Ia secara amnya telah diketahui bahawa kebiasaannya seseorang itu akan mudah untuk berdiet (dan juga mudah berputus asa), tetapi secara purata tempoh masa seseorang itu kekal dengan dietnya itu sebenarnya  agak sukar untuk diketahui.

Satu tinjauan dari UK mendapati bahawa wanita bermula, secara purata, tiga diet yang berbeza setahun tahun. Dan pada setiap setnya mereka dapat bertahan secara purata adalah kira-kira 19 hari. Pada hari yang  kelima, dua pertiga daripada mereka yang berdiet akan mulai menipu dalam diet mereka paling tidak adalah dengan makan makanan satu daripada lima makanan ini iaitu: coklat, kerepek kentang, pizza dan kek.

Undian lain dari Britain adalah lebih menggalakkan dan lebih tepat. Dalam 1,000 wanita yang telah disoal selidik, satu keputusan telah diperoleh iaitu secara puratanya mereka akan berdiet secara puratanya selama lima minggu, dua hari dan 43 minit.

Hal ini serupa dengan tinjauan yang lain juga apabila ¼ daripada responden telah menyerah kalah selepas berdiet selama dua minggu dan masuk minggu yang keempat hampir ½ daripada mereka telah berhenti berdiet.

Tidak kira bagaimana tempoh masanya – samada lima minit atau lima minggu – apa yang penting ialah ramai orang mengalami waktu-waktu yang sukar untuk berdiet. Mengapakah berdiet amat sukar? Apa yang paling penting, apakah yang anda mampu lakukan?

5 Sebab Mengapa Sukar untuk Kekal Berdiet

1. Tidak Sesuai dangan Gaya Hidup Anda

Saya pernah menyebutkan sebelum ini tentang perkara ini, namun adalah perlu untuk saya sebut semula. Apabila anda mengatakan bahawa anda ingin berdiet, ia menunjukkan bahawa pada satu tahap, anda akan meninggalkan diet anda itu. Perkara ini kerap terjadi apabila mereka cuba untuk meniru satu perancangan diet yang tidak sesuai dengan gaya hidup mereka.

Mungkin ia memerlukan kepada penyediaan makanan yang banyak dan dalam masa yang sama anda pula tidak gemar memasak ataupun anda tidak mempunyai banyak masa.Boleh jadi juga ia terlalu banyak sekatan yang ketat. Maka, akhirnya anda mudah berasa bosan atau anda tidak dapat mencari apa-apa yang boleh anda makan apabila anda pergi keluar bersama rakan dan keluarga misalnya.

Cara Mengatasi: Berbanding mencuba diet yang terkini, anda perlu tumpukan perhatian untuk mengubah gaya hidup anda untuk jangka masa yang panjang terlebih dahulu. Sekiranya anda tidak mempunyai banyak masa untuk memasak atau anda tidak menyukainya, anda boleh mencari resipi yang mudah dan cepat. Selain itu, anda juga boleh mencari menu-menu di restoran yang sesuai dengan keperluan diet anda.

2. Jangkaan Anda yang Tidak Realistik

Sebaik sahaja anda telah mengambil keputusan untuk berdiet, anda mungkin memiliki sangkaan-sangkaan yang tinggi untuk menurunkan berat badan terutamanya sekiranya anda tahu bahawa anda akan melakukan pengorbanan yang besar.

Namun, sekiranya anda jangkakan bahawa anda akan dapat kurangkan berat badan yang banyak maka anda hanya boleh mencapainya dalam tempoh masa yang tertentu, Jadi, anda sebenarnya meletakkan diri anda kepada kegagalan kelak. Jika anda jangkakan bahawa dengan menukar cara diet akan menjadi lebih baik, anda sebenarnya mungkin akan meninggalkan terus diet tersebut kerana sedikit demi sedikit anda mula akan tersasar dan juga menipu dalam diet anda.

Cara Mengatasi: Pertama, kenal pasti bahawa kadar penurunan berat badan yang munasabah dan selamat ialah  kira-kira satu kilogram setiap minggu. Ketahui juga bahawa apabila anda mahu memulakan tabiat baru, adalah menjadi kebiasaan apabila kadang-kala kita tidak mengikutinya. Berbanding membiarkan diet tersebut menjadi gagal, cuba untuk belajar daripada kesilapan anda dan berikan sedikit masa untuk tabiat baru anda itu benar-benar kukuh dan diamalkan.

3. Anda Tidak Mengubah Persekitaran Anda

Persekitaran anda memberikan kesan yang besar kepada pemakanan anda. Fikirkan apa yang anda simpan di dalam peti ais anda, di dalam peti sejuk beku, almari dapur, snek-snek di atas meja, serta gerai-gerai burger di sekitar kawasan anda. Semua ini sekiranya anda tidak mengambil perhatian terhadapnya maka anda akan menjadi mudah untuk mengalah.

Cara Mengatasi: Gantikan makanan yang tinggi lakori di dalam rumah anda dan gantikannya dengan makanan yang lebih sihat. Gantikan balang yang dipenuhi dengan gula-gula di atas meja anda atau beg biskut di dapur anda dengan buah-buahan ataupun snek berprotein. Potong sayur-sayuran segar dan letakkan di bahagian yang mudah dilihat di dalam peti ais anda. Sekiranya anda tidak boleh mengelak daripada melintasi restoran makanan kegemaran anda tanpa membeli sesuatu di bahagian pandu lalu, anda boleh menggunakan jalan yang lain.

4. Anda tidak Makan Makanan dan Snek Secara Biasa

Sering kali kita dengar ada yang mengatakan bahawa cara yang paling pantas untuk menghilangkan berat badan ialah dengan cara makan dengan sedikit yang mungkin. Jadi, mereka tidak makan sehingga menyebabkan mereka berasa lapar dan penat. Kemudian, mereka mula mengambil gula dan kafien untuk memberikan tenaga kepada mereka. Hakikatnya, meninggalkan makan biasanya tidaklah membantu anda mengurangkan berat badan kerana anda berkemungkinan akan makan dengan banyak pada waktu makan yang seterusnya.

Cara Mengatasi : Kekalkan corak pemakanan yang boleh mengelakkan anda daripada menjadi terlalu lapar. Secara umumnya, seseorang akan mula berasa lapa kira-kira 3-4 jam pada waktu pagi yang bermaksud, apa yang diperlukan secara minimumnya sebanyak tiga hidangan dan satu snek ketika tengah hari. Apabila anda tahu bahawa anda akan makan pada setiap beberapa jam, ia akan menjadi mudah untuk mengawal jumlah pengambilan makanan anda setiap hari. Anda juga boleh mengajar diri anda untuk makan hanya untuk membolehkan anda menunggu waktu makan yang seterusnya. Pastikan juga setiap hidangan dan snek tersebut membekalkan beberapa makanan berprotein rendah untuk memastikan rasa lapar anda terkawal.

5. Anda Makan Bukan Kerana Lapar

Seseorang yang beremosi akan menjadikan makanan sebagai sasaran apabila mereka berasa tertekan atau marah. Sekiranya mereka sudah mula untuk berdiet dan tiba-tiba mula mencari makanan untuk menenangkan diri mereka, anda sendiri boleh bayangkan apa yang akan terjadi. Mereka akan menjadi bertambah tertekan dan marah. Sekiranya anda mendapati bahawa diri anda makan dalam keadaan diri anda yang secara fizikalnya tidak lapar, anda akan mula mencari cara lain untuk menjadikan diri anda berasa lebih baik.

Cara Mengatasi : Apabila anda mula beremosi dan berasa perlu makan, ambil sedikit masa untuk memikirkan apa yang anda sebenarnya anda rasa. Daripada terus menghalakan perasaan negatif kepada makanan, ia mungkin boleh membantu sekiranya anda tuliskan apa yang anda rasa atau hubungi rakan untuk bersembang dengannya. Anda juga boleh mengambil masa lima atau 10 minit untuk menenangkan diri dan sibukkan diri sehingga anda menjadi lupa tentang makan. Selain itu juga, senaman merupakan salah satu cara menenangkan mood. Daripada anda terus tenggelam dalam kesedihan dengan makan manisan, lebih baik anda pergi bersiar-siar atau melakukan sedikit regangan badan.

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *