Home TIPS KESIHATAN 9 Kebaikan Minyak Habbatus Sawda’ Yang Meningkatkan Kesihatan Anda
9 Kebaikan Minyak Habbatus Sawda’ Yang Meningkatkan Kesihatan Anda

9 Kebaikan Minyak Habbatus Sawda’ Yang Meningkatkan Kesihatan Anda

0
0

Terdapat beberapa isu yang tidak dapat diatasi oleh tubuh badan. Ada yang mengaitkan dengan kebaikan minyak Habbatus sawda dengan kekuatan penyembuhannya yang berpotensi adalah agak tidak dapat dipercayai bagi mereka yang pertama kali mendengar tentangnya!

Sila baca untuk mengetahui tentang kebaikan minyak habbatus sawda serta khasiat yang terkandung di dalamnya.

Apakah itu Kebaikan Minyak Habbatus Sawda’?

Minyak habbatus sawda’ adalah dihasilkan daripada biji pokok jintan hitam (Nigella sativa) yang mana tergolong dalam keluarga tumbuhan ranunculus (Ranunculaceae). Pokok jintan hitam ini merupakan tanaman yang berasal dari barat daya Asia, Mediterranean dan Afrika.

Ia juga telah ditanam sejak berkurun lamanya untuk mendapatkan aroma dan perisanya yang boleh digunakan sebagai bahan rempah atau ubat-ubatan herba. Minyak habbatus sawda’ juga biasanya dikenali sebagai minyak biji jintan hitam. Hati-hati, memandangkan ia seringkali tertukar dengan jintan yang sebenar (Cuminum cyminum),  lada hitam atau bijan hitam.

Hal ini menjadi lebih jelas apabila kajian yang telah dilakukan berjaya mengaitkan Nigella sativa ini dengan keupayaan rintangan terhadap bakteria. Hal ini memandangkan wabak yang dikenali sebagai “superbugs” sudah mula menjadi risiko yang berbahaya terhadap kesihatan masyarakat. Menurut the National Institute of Health:

  • Ampaian bakteria dan virus yang memiliki rintangan-antimikrobial menjadi sukar untuk dirawat seperti HIV, tuberculosis, influenza, candida dan malaria.
  • Antara 5 hingga 10% pesakit di semua hospital mengidap jangkitan daripada “superbugs”.
  • Lebih daripada 90,000 orang pesakit meninggal dunia setiap tahun, bahkan meningkat sehingga 13,300 kematian pada tahun 1992.
  • Mereka yang dijangkiti dengan “superbugs” kebiasaannya akan berada di hospital lebih lama dan memerlukan rawatan yang rumit bahkan sukar untuk pulih semula.

Satu kajian yang telah dijalankan oleh para pengkaji di Jawaharlal Nehru Medical College bertujuan untuk sekuat mana minyak hababtus sawda’ dalam melawan penyakit yang disebabkan oleh “superbugs” ini dan ia digandingkan bersama beberapa antibiotik seperti Amoxicillin, Gatifloxacin dan Tetracycline.

Menurut dapatan kajian tersebut, “Daripada 144 ampaian yang telah diuji yang kebanyakannya bersifat tahan antibiotik, 97 daripadanya telah berjaya dimasuki oleh minyak habbatus sawda’.”

Hampir dengan minyak oregano, terdapat beberapa bahan lagi di planet kita ini boleh melawan mikrob seperti ini. Kajian ini telah menunjukkan bahawa minyak habbatus sawda ini berkesan melawan ampaian yang tahan antibiotik seperti P. aeruginosa and S. aureus.

Kunci utama untuk kita memahami mengapa minyak habbatus sawda’ ini sangat baik untuk badan adalah disebabkan ia kaya dengan tiga bahan kimia semula jadi yang utama iaitu thymoquinone (TQ), thymohydroquinone (THQ) dan thymol. Mari kita lihat dengan lebih dekat tentang komponen-komponen minyak habbatus sawda’ yang menakjubkan ini.

Kuasa di Sebalik Khasiat Minyak Habbatus Sawda’: Pitokimia

Dalam usaha untuk memberikan penyelesaian terhadap mereka yang menghadapi masalah kerintanganan antifungal, kajian terkini yang telah dilakukan untuk mengenalpasti adakah minyak biji Nigella sativa boleh membantu.

Kajian ini telah diterbitkan dalam the Egyptian Journal of Biochemistry & Molecular Biology, para saintis telah menguji thymol, TQ and THQ terhadap 30 jenis patogen manusia dan mereka semua terkejut dengan hasil penemuan yang diperoleh:

  • Setiap sebatian menunjukkan 100% jangkitan 30 jenis patogen telah diuji.
  • Thymoquinone merupakan bahan antifungal yang terbaik untuk melawan dermatophytes dan yis, kemudian diikuti dengan thymohydroquinone dan thymol.
  • Thymol pula merupakan bahan antifungal yang terbaik melawan kulat kemudian diikuti dengan TQ dan THQ.

Apa yang diberikan kepada kita melalui hasil kajian ini adalah minyak Nigella sativa mengandungi bahan kimia yang unik di mana ia bukan sahaja berkesan secara individual bahkan secara kolektif. Secara asasnya, ia membuktikan bahawa fungus dan kulat tidak boleh hidup dengan kehadiran pitokimia ini.

Jadi, tidak hairanlah mengapa para pengkaji sedang berusaha untuk menyelesaikan masalah “superbug” ini dengan menggunakan habbatus sawda’.

Thymoquinone: Merupakan sejenis bahan aktif yang ada dalam habbatus sawda’ yang mana telah dikaji sejak tahun 1969-an lagi. Ia juga dikenali dengan ciri-ciri kandungan antioksidan, antikeradangan dan antikanser yang mana telah dilaporkan dapat membantu masalah encephalomyelitis, diabetes, asthma and carcinogenesis.

Lebih menarik lagi, thymoquinone bertindak sebagai satu bahan radikal bebas tambahan pula ia dapat membantu memelihara enzim antioksidan glutathione peroxidase dan glutathione-S-transferase. Kedua-dua bahan ini sudah dikenalpasti dapat menjadi penyahtoksik yang utama dan dapat membantu sistem pertahanan antioksidan sel disebabkan ia melindungi hati daripada toksin.

Thymohydroquinone: Mirip kepada thymoqinone, ia merupakan salah satu bahan acetylcholinesterase (AChE) di planet kita ini. AchE merupakan bahan kimia yang memberhentikan aktiviti enzim yang mana meningkatkan tempoh masa dan menjadikan neurotransmitter acetylecholine kekal aktif dalam otak. Bagi memberikan gambaran tentang kegunaannya dalam bidang perubatan, ia sudah mula digunakan untuk merawat pelbagai masalah seperti:

  • Kelesuan
  • Penyakit Alzheimer
  • Autism
  • Glaukoma
  • Myasthenia gravis
  • Masalah Neurodegenerative
  • Sindrom postural tachycardia
  • Schizophrenia
  • Penyakit Parkinson

Cuba anda fikirkan betapa mahalnya kos yang diperlukan untuk merawat penyakit ini. Padahal masih terdapat alternatif yang lebih baik dan memberikan harapan kepada jutaan orang untunk menggunakan pendekatan berasaskan tumbuhan yang lebih selamat ini!

Thymol: Merupakan bahan aktif yang memberikan minyak pati thyme. Ia merupakan sejenis bahan semula jadi yang memiliki banyak khasiat. Sebagai contoh:

  • Ia biasanya digunakan sebagai bahan untuk membunuh virus TB dan pelbagai virus yang lain.
  • Ia digunakan sebagai bahan pencegah jangkitan.
  • Ia digunakan sebagai bahan bahan perisa makanan, minyak wangi, pencuci mulut dan bahkan juga kosmetik.

Kesemua bahan pitokimia ini menunjukkan betapa banyaknya khasiat minyak habbatus sawda’ ini yang mana semua itu akan saya kongsikan kepada anda semua sekarang!

9 Khasiat Utama Minyak Habbatus Sawda’

1.Membantu Bagi Melawan Kanser

Terima kasih kepada kandungan pitokimia dan antioksidannya yang berkesan. Minyak habbatus sawda’ telah menunjukkan ia berupaya untuk membantu secara semula jadi bagi merawat kanser. Para saintis Croatia telah mengkaji aktiviti antitumor bagi thymoquinone dan  thymohydroquinone menggunakan model kajian haiwan dan mereka telah mendapati bahawa kedua-dua bahan pitokimia tersebut memberikan hasil dengan penurunan sebanyak 52% pengurangan sel tumor.

Dalam kajian in-vitro beberapa tahun kebelakangan ini juga telah membuktikan bahawa bahan thymoquinone, yang merupakan bahan bioaktif dalam minyak habbatus sawda’ ini dapat membantu mengurangkan proses apoptosis (kematian sel) dalam sel leukemia, kanser payu dara dan sel kanser otak.

Tambahan pula, para pengkaji dari the Sidney Kimmel Cancer Center telah menunjukkan bahawa bukan sahaja habbatus sawda’ dapat membunuh sel kanser pankreas, bahkan juga ia dapat mencegah pembentukan kanser tersebut juga. Keupayaan pencegahan kanser ini adalah disebabkan oleh tindak balas thymoquinone dan ciri-ciri anti-keradangan yang ada padanya.

2.Menjaga Kesihatan

Hati merupakan antara organ yang paling penting kepada tubuh badan. Hampir setiap toksin yang masuk ke dalam badan kita diproses oleh hati dan hempedu daripada hati merupakan kunci utama untuk penghadaman lemak dan memastikan minda dan tubuh badan anda gembira dan sihat.

Buat mereka yang menghidap masalah kegagalan fungsi hati disebabkan oleh kesan sampingan daripada pengambilan ubat-ubatan, alkohol dan penyakit, minyak habbatus sawda’ boleh membantu kepada proses penyembuhan. Dalam kajian menggunakan model haiwan baru-baru ini, para saintis telah mendapati bahawa minyak habbatus sawda’ ini berkhasiat bagi fungsi hati dan membentu mencegah kerosakan dan penyakit hati.

3.Melawan Diabetes

Sebagaimana yang telah dijelaskan dalam artikel terbaru yang diterbitkan dalam the Journal of Endocrinology and Metabolism, para pengkaji dari the Indian Council of Medical Research telah menemukan bahawa minyak habbatus sawda’ “menyebabkan penghasilan semula sel beta pankreatik, meningkatkan kepekatan serum insulin yang rendah dan mengurangkan kandungan serum glukosa yang meningkat.” Hal ini sebenarnya menunjukkan bahawa habbatus sawda’ ini merupakan antara bahan yang membantu mencegah kedua-dua jenis diabetes iaitu diabetes tahap 1 dan 2.

Hakikatnya, menurut kajian tersebut, habbatus sawda’ “meningkatkan toleransi glukosa sebagaimana metformin; memandangkan ia tidak menunjukkan kesan sampingan dan memiliki kadar toksik yang sangat rendah.” Hal ini disebabkan oleh metformin iaitu sejenis ubat yang digunakan untuk merawat diabetes tahap 2 boleh menyebabkan kesan sampingan yang teruk seperti:

  • Rasa mual
  • Sembelit / sakit perut
  • Ketidakhadaman gas
  • Pedih ulu hati
  • Sekit kepala
  • Perubahan kuku
  • Rasa tidak selesa dalam mulut
  • Sakit otot
  • Sakit perut

4. Membantu Menurunkan Berat Badan

Dakwaan tentang minyak habbats sawda’ dan penurunan berat badan sebenarnya masih lagi tidak dibuktikan melalui kajian saintifik lagi. Namun, the Journal of Diabetes and Metabolic Disorders telah menerbitkan satu kajian secara sistematik yang mana melakukan tinjauan literatur terhadap tumbuh-tumbuhan yang memiliki ciri-ciri anti-obesiti dan yang menariknya habbatus sawda’ tergolong dalam senarai tersebut.

Selain itu, satu tinjauan yang lain pula yang telah diterbitkan pada tahun 2018 telah mengenengahkan hasil kajian terhadap 11 ujian klinikan placebo-terkawal yang menunjukkan keupayaan suplimen habbatus sawda’ untuk membantu menurunkan berat badan.

Suplimentasi tersebut juga menunjukkan bahawa ia dapat menurunkan BMI dan ukur lilit pinggang. Namun adalah perlu untuk dinyatakan di sini bahawa tidak ada kesan sampingan yang serius akibat daripada pengambilan suplimen tersebut yang dilaporkan oleh mana-mana kajian tersebut.

5.Melindungi Kulit

Dalam satu kajian yang dilakukan oleh para pengkaji dari Iran, Nigella saliva telah didapati berkesan untuk mengurangkan masalah eczema. Selagi anda tidak memiliki tindak balas alahan kepada habbatus sawda’. Ia tidaklah memberikan kesan sampingan yang banyak sebagaimana krim konvensional yang ada di pasaran.

Betamethasone, yang terkandung dalam krim konvensional sebagai contoh boleh menyebabkan pembengkakkan pada muka dan tangan selain daripada kesukaran untuk bernafas, perubahan warna kulit, lemah otot dan juga pertambahan berat di sekeliling leher, belakang, payu dara, muka atau pinggang.

Saya tidak tahu bagaimana dengan anda, namun saya akan lebih memilih untuk menggunakan sesuatu yang semula jadi pada kulit saya seperti minyak habbatus sawda’.

6.Khasiat untuk Rambut

Selain daripada menjadi bahan untuk rawatan kulit secara semula jadi, minyak habbtus sawda’ juga berkhasiat untuk rambut. Tidak hairanlah mengapa ia sering kali tersenarai sebagai bahan yang boleh digunakan untuk merawat rambut dan kulit kepala secara semula jadi.

Disebabkan ia mengandungi nigellone, berupaya untuk membantu merawat keguguran rambut disebabkan oleh masalah androgenic alopecia atau alopecia areata. Dengan ciri-ciri antioksidan, antibakteria dan antikeradangannya, ia juga dapat membantu menyihatkan kulit kepala secara umumnya selain daripada menghilangkan kelumumur dan kekeringan kulit kepala dan dalam masa yang sama menyihatkan rambut.

7.Melawan Jangkitan (MRSA)

Daripada kebanyakan “superbug” yang boleh dibunuh oleh minyak habbatus sawda’, methicillin resistant staphylococcus aureus (MRSA) tidak boleh dipandang ringan. MRSA telah melanda hospital dan rumah diseluruh dunia disebabkan oleh jangkitan tersebut telah dapat melawan antibiotik.

Golongan berusia terutamanya sangat berisiko untuk menghidap masalah ini disebabkan oleh mereka kebanyakannya telah menjalani prosedur seperti pembedahan dan penggunaan sendi buatan. Disebabkan oleh kelemahan sistem imun, golongan berusia yang menghidap masalah ini di serata dunia sangatlah membimbangkan.

Namun, salah satu daripada minyak habbatus sawda’ yang paling kuat dapat membantu. Para saintis dari Pakistan telah mengambil beberapa ampaian MRSA dan telah menemui bahawa setiap satunya sangat sensitif terhadap habbatus sawda’. Hal ini membuktikan bahawa minyak habbatus sawda’ boleh membantu memperlahankan atau menghentikan MRSA daripada merebak secara tidak terkawal.

8.Meningkatkan Kesuburan

Selain daripada membantu mengurangkan masalah keguguran rambut, masih terdapat khasiat minyak habbatus sawda’ ini seperti ia dapat membantu meningkatkan kesuburan secara semula jadi. Dalam satu ujian klinikal telah dijalankan bagi menguji samada minyak habbatus sawda’ ini boleh membantu golongan lelaki yang mengalami masalah ketidaksuburan.

Terdapat golongan lelaki yang menjadi pemboleh ubah terkawal diberikan 2.5 ml minyak habbatus sawda’ manakala kumpulan yang lain pula diberikan jumlah yang sama cecair paraffin dua kali sehari untuk tempoh dua bulan. Apakah hasilnya? Hasilnya mendapati bahawa kumpulan yang diberikan minyak habbatus sawda’ telah dilihat mengalami peningkatakan dari segi bilangan sperma yang dihasilkan begitu juga dengan isi padu air mani mereka.

Satu tinjauan sistematik yang telah diterbitkan pada tahun 2015 dalam the Journal of Herbal Medicine juga meninjau tentang kesan pengambilan habbatus sawda’ terhadap ketidaksuburan lelaki. Para pengkaji telah membuat tinjauan terhadap kajian yang dilakukan antara tahun 2000 dan 2014 dan mereka simpulkan bahawa habbatus sawda’ boleh “memberikan pengaruh yang positif terhadap sperma, air mani, sel Leydig, organ reproduktif dan hormon seksual.”

9.Menyeimbangkan Kolestrol

Adakah anda tahu bahawa minyak habbatus sawda’ ini baik untuk kolestrol? Ya sudah tentu! Satu kajian yang menggunakan model haiwan telah diterbitkan pada tahun 2017 dan telah mendapati bahawa ekstrak Nigella sativa bukan sahaja memiliki kesan anti-diabetik terhadap haiwan yang dikaji bahkan juga membantu menyeimbangkan kolestrol.

Selepas enam minggu memberikan sedikit dos habbatus sawda’ kepada haiwan yang diabetik, jumlah kolestrol, kolestrol LDL dan glukosa telah menurun manakala jumlah HDL pula meningkat.

Kajian rawak yang lain juga telah dilakukan terhadap manusia yang mengalami hipertensi. Dalam satu kumpulan placebo, yang mengambil 100 ml habbatus sawda’ dua kali sehari manakala kumpulan yang lain pula diberikan 200 ml dua kali sehari.

Selepas lapan minggu pemberian suplimentasi tersebut, para pengkaji mendaati bahawa mereka yang mengambil habbatus sawda’ mengalami penurunan tekanan darah. Tambahan pula, ekstrak suplimen habbatus sawda’ juga boleh menyebabkan penurunan baik dalam jumlah kolestrol dan kolestrol LDL.

Jadi, secara keseluruhannya, jelaslah bahawa habbatus sawda’ boleh membantu menurunkan paras kolestrol begitu juga kandungan gula dalam darah serta tekanan darah juga.

Kegunaan Minyak Habbatus Sawda’

Setelah menyenaraikan khasiat minyak habbatus sawda’, anda sudah pasti terfikir kita membicangkan tentang khasiat ubat multivitamin. Namun, hakikatnya tidak. Kita hanya menceritakan tentang sejenis biji yang menakjubkan. Sekarang, mari kita lihat pula bagaimana cara untuk menggunakan minyak habbatus sawda’.

Sebagai permulaan, minyak habbatus sawda’ boleh digunakan begitu sahaja. Namun, sentiasa pastikan untuk melarutkannya terlebih dahulu dengan beberapa sudu teh minyak pembawa seperti minyak kelapa atau minyak almond.

Sebaik sahaja dilarutkan, ia dapat membantu merawat masalah kulit seperti jerawat dan eczema. Semua itu adalah disebabkan oleh kandungan antibakteria dan antikeradangan yang ada padanya. Ada juga yang mendapati bahawa ia juga dapat membantu bagi mengatasi masalah psoriasis dan rosacea.

Ia juga boleh ditambah kepada minyak urutan dan losyen bagi merasai pelbagai khasiatnya. Untuk urutan yang sedikit panas, tambahkan sahaja satu titik minyak habbatus sawda’ kepada minyak pembawa. Untuk meningkatkan kesihatan rambut dan kulit kepala, tambahkan beberapa titis minyak habbatus sawda’ kepada syampu dan perapi rambut.

Sekiranya anda gemar membuat wangian menggunakan pati minyak, adalah bagus untuk anda ketahui bahawa minyak habbatus sawda’ juga memiliki bau seperti lada hitam.

Dengan rasanya yang sedikit pedas, minyak habbatus sawda’ yang berkualiti boleh digunakan dalam pelbagai jenis resipi yang melibatkan daging sehinggalah resipi sup dan stew. Anda juga boleh menambahkannya ke dalam minuman seperti teh latte chai dan smoothie.

Manakala, minyak habbatus sawda’ yang premium boleh juga seakan-akan asli. Sesetengah syarikat juga menjelaskan bahawa produk minyak habbatus sawda’ mereka itu diproses secara tekanan-sejuk yang bermakna minyak yang dihasilkan itu diekstrak daripada biji Nigella sativa tanpa melibatkan penggunaan haba. Kadang kala, minyak yang dihasilkan secara tekanan-sejuk ini dikatakan lebih kuat rasanya.

Sekiranya anda tidak mahu mengambil suplimen yang berbentuk cecair, anda juga boleh mendapatkannya dalam bentuk kapsul.

Sukatan bagi pengambilan minyak habbatus sawda’ pula boleh menjadi berbeza-beza mengikut individu dan status kesihatan seseorang. Jadi, tidak ada lagi satu sukatan piawai namun berdasarkan kajian saintifik:

  • Untuk diebetes: 1 gram serbuk habbatus sawda’ diambil dua kali sehari selama 12 bulan.
  • Untuk tekanan darah tinggi: 0.5–2 gram serbuk habbatus sawda’ setiap hari sehingga 12 minggu atau 100-200 ml minyak habbatus sawda’ diambil dua kali sehari untuk tempoh lapan minggu.
  • Untuk meningkatkan fungsi sperma: 2.5 ml minyak habbatus sawda’ dua kali sehari selama dua bulan.
  • Untuk asthma: 2 gram hababtus sawda’ panggang yang diambil setiap hari selama 12 minggu.

Kemungkinan Kesan Sampingan Pengambilan Minyak Habbatus Sawda’ dan Langkah Pencegahannya

Habbatus sawda’ boleh menyebabkan alahan apabila diambil melalui mulut atau disapu pada kulit. Sebelum menggunakan pati minyak tersebut, adalah baik untuk melakukan sedikit ujian untuk memastikan adakah anda benar-benar tidak mengalami kesan negatif penggunaannya. Sentiasa elakkan mata dan membran bermukus apabila menggunakan minyak habbatus sawda’ ini.

Apabila diambil dengan cara makan, minyak habbatus sawda’ boleh memberikan kesan sampingan seperti sakit perut, muntah ataupun sembelit. Bagi sesetengah individu, ia boleh menjadi risiko yang teruk.

Dapatkan nasihatan doktor terlebih dahulu sebelum menggunakan minyak habbatus sawda sekiranya anda hamil, menyusukan anak, sedang mengambil ubat atau mengalami masalah kesihatan seperti diabetes, tekanan darah rendah atau masalah pendarahan. Sekiranya anda mengambil minyak tersebut dan anda akan menjalani pembedahan, adalah disarankan agar anda berhenti mengambil minyak tersebut sekurang-kurangnya dua minggu sebelum tarikh pembedahan.

Bagi minyak pati pula, pastikan anda menyimpan minyak hababtus sawda’ ini di tempat yang bebas haba dan cahaya dan sudah tentu jauh daripada gangguan kanak-kanak.

RUMUSAN

  • Minyak habbatus sawda juga dikenali sebagai minyak jintan hitam yang berasal daripada pokok jintan hitam (Nigella sativa) dan telah lama digunakan dalam perubatan tradisional.
  • Terdapat banyak kajian yang mendapati bahawa habbatus sawda’ ini dapat melawan dan mencegah pelbagai jenis penyakit kanser termasuklah kanser payu dara, prostat dan otak.
  • Kajian juga mendapati bahawa habbatus sawda’ boleh meningkatkan kesihatan hati dan membunuh “superbugs”.
  • Antara khasiat lain minyak habbatus sawda ialah dapat membantu menangani masalah diabetes, tekanan darah tinggi, kolestrol tinggi dan obesiti.
  • Minyak habbatus sawda’ juga digunakan sebagai bahan kosmetik untuk merawat masalah jerawat, eczema dan keguguran rambut.
  • Sentiasa beli minyak habbatus sawda’ yang 100% asli, grad teraputik, disahkan oleh USDA untuk mendapatkan minyak yang paling selamat dan penuh dengan khasiat semula jadi.

 

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *