Home TIPS KURUS Katakan yang Positif kepada Diri Sendiri: Kunci kepada Masalah Penurunan Berat
Katakan yang Positif kepada Diri Sendiri: Kunci kepada Masalah Penurunan Berat

Katakan yang Positif kepada Diri Sendiri: Kunci kepada Masalah Penurunan Berat

0
0

Alhamdulillah baru-baru ini, saya telah ditemubual oleh wartawan dari majalah mingguan wanita berkenaan strategi atau cara saya untuk membantu masyarakat menurunkan berat badan. Saya beritahu salah satu kuncinya adalah katakan yang positif pada diri sendiri sangat penting.

diet pemalas

Bermula dengan the right mindset dan be positive memainkan peranan dalam perjalanan menurunkan berat badan.

Caranya ialah dengan cara ‘fikirkan bahawa anda kurus’ yang mana akan menumpukan kepada perubahan sikap apabila melibatkan pemilihan makanan kepada sesuatu yang lebih ‘mempercayai cara anda kurus.’

Semua ini adalah berasaskan kepada perubahan sikap. Sekiranya anda beritahu diri anda serta percaya bahawa anda sebenarnya merupakan seorang yang sihat, aktif yang makan dengan baik, kemudian anda akan lebih cenderung untuk bersikap seperti itu.

Oleh yang demikian, sikap-sikap yang baik ini sebagai balasan akan membantu anda untuk mencapai apa yang anda mahukan kelak.                                                                                                                  

Katakan yang Positif kepada Diri Sendiri                    

Secara psikologinya, penurunan berat badan kebanyakannya menumpukan kepada mengubah cara-cara bagaimana seseorang mengambil makanan, seperti menentukan apa yang boleh membawa kepada terlebih makan dan bagaimana untuk menggantikan sikap yang tidak baik ini kepada yang baik.

Ia juga bermaksud, mengajar suara hati kita untuk bersikap lebih baik. Kata-kata yang positif kepada diri sendiri pula bermaksud, kita tidak akan menyalahkan diri kita sendiri apabila kita tergelincir.

Tambahan pula, suara hati kita akan mengingatkan kita bahawa hanya kerana kita telah tergelincir tidak bermakna kita perlu jatuh.

Perubahan Psikologi

Perubahan yang baru kepada psikologi ini boleh membawa kita lebih jauh. Ia bukanlah sekadar percaya bahawa kita perlu ada apa yang membantu kita mencapai matlamat kita untuk menurunkan berat badan tetapi sebenarnya kita memberitahu diri kita sendiri bahawa sebenarnya kita sudah pun mencapainya.

Cara berfikirnya adalah seperti berikut; Sekiranya kita sering mengatakan kepada diri kita sendiri bahawa kita seorang yang gemuk dan malas, kemungkinan besar kita akan bersikap seperti itu.

Namun, sekiranyanya kita melakukan yang sebaliknya seperti kita katakan kita sihat dan aktif, kita akan lebih bersikap seperti mereka yang sihat. Kita akan makan dengan lebih baik, banyakkan bersenam dan akan menukarkan tanggapan kita kepada sesuatu yang lebih positif.

Serpihan Yang Kompleks

Sudah tentu, cara ini tidaklah akan memandu anda untuk menurunkan berat badan secara terus, namun, cara ini umpama salah satu bahagian puzzle yang kompleks kepada masalah pengawalan berat badan.

Seiring dengan perubahan sikap, pengurusan berat badan yang berhasil juga bermakna mempelajari cara-cara yang baru seperti masakan yang menyihatkan serta kiraan kalori, mencari masa untuk bersenam serta mempelajari cara pemakanan yang sihat.

Apa Yang Kita Rasa

Jadi, apa yang anda lakukan adalah penting, namun apa yang anda rasa terhadap diri anda juga perlu. Ia bukan sekadar berapa banyak kalori yang anda makan atau berapa banyak langkah yang anda telah masukkan ke dalam pedometer anda.

Ia adalah tentang memberikan satu pujian kepada diri anda atas usaha yang telah dilakukan dan mengetahui berapa sihat dan kuat anda rasa selepas situ.

Namun, kadang kala diri kita sendiri akan menjadi musuh yang paling berbahaya. Kita mengatakan kepada diri kita sendiri bahawa kita tidak akan mampu menurunkan berat badan atau senaman yang dilakukan itu amat memenatkan.

Jangan Jadi Pemalas

Namun sekiranya kita sudah menjadi bosan, ia bahkan menjadi lebih teruk. Akhirnya kita akan mula mengatakan; “Saya tidak berupaya lagi” atau “saya pemalas.” Fikiran kita akan menjadi terarah kepada perkara-perkara yang negatif berbanding yang positif.

Katakanlah sekiranya anda telah tersasar mungkin anda telah memakan donut di tempat kerja. Suara hati anda akan berkata, “Disebabkan oleh saya telah tersilap, jadi saya boleh makan apa yang saya suka selepas ini.

” Namun, anda sebenarnya boleh tukarkan tanggapan tersebut dengan mengatakan, “Semua ini bukan penamatnya, sekiranya saya lebih berhati-hati selepas ini sudah tentu tidak akan menjadi masalah.”

Jangan Kata Apa Yang Kita Tidak Mahu

Ada satu pepatah mengatakan, “Janganlah kamu kata apa-apa kepada diri kamu apa yang tidak kamu katakan kepada orang lain.” Sekiranya salah seorang kawan anda mengadu kepada anda tentang masalah mereka yang sedang berusaha menurunkan berat badan mereka, anda sudah tentu tidak akan mengatakan bahawa mereka malas atau mereka tidak akan dapat mencapai hasrat mereka itu.

Adakah anda sanggup? Jadi mengapa anda pula mengatakan sebegitu kepada diri anda sendiri?

Belajarlah untuk memberikan galakan dan semangat kepada diri anda sebagaimana anda berikannya kepada rakan-rakan anda. Hal ini kerana, apabila ia melibatkan soal penurunan berat badan, sekiranya anda katakan bahawa anda boleh lakukannya, maka ia menunjukkan bahawa anda akan mendapatkannya.   

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *