Home TIPS KESIHATAN Hakikat disebalik Kandungan Gula di dalam Buah-buahan
Hakikat disebalik Kandungan Gula di dalam Buah-buahan

Hakikat disebalik Kandungan Gula di dalam Buah-buahan

0
0

Saya selalu bertemu dengan orang yang mempersoalkan khasiat yang dimiliki oleh buah-buahan. Mereka mengatakan. “Ia penuh dengan kandungan gula.”

Anda sudah tentu akan terkejut mendengar kenyataan ini. Bagi saya, ia bukanlah kali pertama saya mendengar kenyataan seperti ini yang mengaitkan kandungan gula di dalam gula sebagai tidak baik.

Tanggapan seperti ini walaubagaimanapun adalah satu tanggapan yang tidak baik muncul bersama dengan diet rendah karbohidrat beberapa tahun yang lalu. Namun, ia hanyalah mitos.

Kini saya sudah tidak mendengar lagi ada yang mengelak daripada makan buah-buahan kerana faktor gula di dalamnya. Maka, saya di sini akan meluruskan kembali tanggapan yang salah ini bagi mempertahankan beberapa makanan yang terbaik di dunia dari segi kandungan khasiatnya.

Fakta Berkenaan Kandungan Gula dalam Buah-buahan

Saya akan mempertikai dahulu kenyataan ‘buah-buahan kesemuanya adalah gula’ kerana ia ternyata salah. Buah-buahan segar menawarkan terlalu banyak bukan setakat kandungan gula semula jadi di dalamnya.

Ia termasuklah air, vitamin, mineral, serat dan polinutrien semua ini adalah berasal daripada sebatian semula jadi tumbuhan yang memberikan faedah yang banyak kepada tubuh badan manusia.

Di manakah lagi anda boleh dapatkan pakej yang mengandungi 75 kalori bagi setiap hidangan?

Tanggapan bahawa buah-buahan “dipenuhi dengan karbohidrat” atau “dipenuhi dengan gula” perlu diletakkan kepada satu perspektif yang betul. Adalah benar apabila anda makan buah-buahan, kebanyakan kalori yang anda peroleh itu adalah bersumberkan karbohidrat. Ia kebanyakannya berada di dalam bentuk fruktosa yang merupakan sejenis gula semula jadi di dalam buah-buahan.

Karbohidrat yang Menyihatkan dan Lagi

Namun, secara semula jadinya bukan hanya ada pada buah-buahan sahaja bahkan ada pada semua jenis makanan yang berbentuk tumbuhan. Kebanyakannya adalah mengandungi karbohidrat.

Hal ini bermakna bukan sahaja gula semula jadi sahaja yang ada bahkan juga kanji yang menyihatkan juga ada seperti selulosa yang memberikan serat. Apabila anda makan sayur-sayuran, kebanyakan kalori yang anda makan itu datangnya daripada karbohidrat.

Namun, anda tidak pula mendengar ada yang mengadu pula yang ‘sayur-sayuran dipenuhi dengan karbohidrat.”

Sebelum menggabaikan sesuatu makanan disebabkan oleh kandungan gula dan karbohidratnya yang tinggi, pertimbangkan semula bahawa bukan hanya jumlah gula atau karbohidrat yang anda makan sahaja perlu diambil berat namun bentuk-bentuk karbohidrat tersebut juga penting untuk diketahui.

Hal ini kerana terdapat perbezaan yang besar antara nilai nutrisi bagi karbohidrat semula jadi yang terkandung di dalam buah-buahan dan makanan berasaskan tumbuhan yang lain. Hal ini kerana terdapat kalori yang kosong (tanpa nutrien) berasal daripada gula tambahan yang menyelinap masuk di dalam semua makanan daripada brownies sehinggalah ke sos barbeku.

Berapa Gula Dalam Buah

Berhadapan dengan hidangan buah-buahan, berapa kandungan gula yang ada? Secara purata, sebiji buah oren hanya mengandungi kira-kira 12 gram gula semula jadi, atau kira-kira sebanyak tiga sudu teh.

Satu cawan buah strawberi pula mengandungi kira-kira tujuh gram kurang daripada dua sudu teh. Dalam masa yang sama, anda juga akan mendapatkan tiga gram serat, vitamin C untuk sehari, antioksidan yang menyihatkan dan beberapa asid folik serta kalium. Semua itu hanya berjumlah kira-kira 50 atau 60 kalori. Adakah semuanya adalah gula? Saya rasa tidak.

Sebaliknya, sebotol pepsi atau minuman berkarbonat akan memberikan anda kira-kira 255 kalori. Dan malangnya, ia tidak akan membekalkan anda apa-apa antioksidan, vitamin, mineral atau serat.

Anda akan hanya akan minum air berkabonat, perwarna  tambahan dan perasa. Tidak lupa juga kira-kira 60 gram gula tambahan bersamaan 1/3 cawan.  Inilah yang sebenarnya “dipenuhi dengan gula.”

Buat pilihan dengan bijak perpandukan ilmu dan bukan hanya mendengar apa orang cakap.

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *