Home TIPS KESIHATAN Adakah Gula Tidak Baik Untuk Anda?Berikut Merupakan Cara-cara Gula Merosakkan Tubuh Badan Anda
Adakah Gula Tidak Baik Untuk Anda?Berikut Merupakan Cara-cara Gula Merosakkan Tubuh Badan Anda

Adakah Gula Tidak Baik Untuk Anda?Berikut Merupakan Cara-cara Gula Merosakkan Tubuh Badan Anda

0
0

Adakah gula tidak baik untuk anda? Bolehkah ia memberikan kesan dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki terhadap kesihatan tubuh badan manusia? Apabila kita bercakap tentang gula tambahan, jawapannya ialah “Ya”.

Sungguhpun industri-indusrti gula bersungguh-sungguh mendakwa bahawa gula itu tidak membahayakan, namun kita sedia maklum bahawa kini sudah diketahui bahawa kesan pengambilan gula boleh dikatakan hampir kepada seluruh sistem organ tubuh badan kita.

Adakah Gula Tidak Baik Untuk Anda?

Apa yang saya harapkan adalah, kajian terkini dapat membantu untuk menangani gejala ketagihan gula. Mari kita lihat bagaimanakah gula merosakkan tubuh badan anda.

1.Masalah Jantung

Kebanyakan orang menyalahkan kandungan lemak yang menjadi penyebab kepada penyakit jantung. Manakala terdapat sesetengah industri pula menyalahkan lemak trans yang menyebabkan penyakit jantung.

Namun, punca utamanya ialah gula. Pada tahun 2016, para penyelidik telah membongkarkan satu skandal terbesar yang melibatkan industri gula yang akhirnya membuktikan bahawa para pelobi gula telah membayar beberapa orang pengkaji dari Harvard untuk mengaburi mata masyarakat tentang kesan daripada pengambilan gula dan mengalihkan tumpuan masyarakat terhadap penyakit jantung yang disebabkan oleh lemak.

Kita semua tahu bahawa perkara tersebut adalah tidak benar. Pada tahun 2014, para pengkaji telah berupaya secara saintifiknya menunjukkan bahawa pengambilan terlalu banyak gula tambahan boleh meningkatkan risiko kematian disebabkan oleh penyakit kardiovaskular.

Hakikatnya, seseorang itu akan mendapatkan 17 hingga 21% kalori daripada gula tambahan yang mana akan menghadapi 38% lebih tinggi risiko kematian disebabkan penyakit kardiovaskular ini dan hanya mendapatkan 8% sahaja kalori daripada gula tersebut. Risiko secara relatif ini bahkan lebih daripada 2 kali ganda bagi mereka yang mengambil 21% atau lebih kalori daripada gula tambahan.

Kini, kebanyakan golongan dewasa di Malaysia mengambil kira-kira 22 sudu teh gula tambahan setiap hari. Hal ini telah melebihi apa yang telah ditetapkan oleh American Heart Association (AHA) yang menyarankan :

• Tidak boleh lebih daripada 6 sudu teh atau 100 kalori gula sehari untuk wanita.
• Tidak boleh lebih daripada 9 sudu teh atau 150 kalori gula sehari untuk lelaki.

2.Hati akan Menjadi Berlemak

Berikut merupakan antara sebab lain mengapa gula perlu dikurangkan. Penyakit hati yang disebabkan oleh lemak bukan alokohol kini sedang meningkat di A.S. Namun, apakah yang kini dipersalahkan ?

Gula! Sirap jagung yang kaya dengan fruktosa telah digelar sebagai “satu senjata kepada kemusnahan massa.” Penyakit hati yang disebabkan oleh lemak badan bukan alkohol terjadi apabila lemak mula terkumpul di dalam hati.

Menurut satu kajian yang dilakukan di the University of Sydney lebih tepat di Westmead Hospital, Australia, penyakit ini mewakili 17% hingga 33% daripada penyakit yang dihidapi oleh warga A.S. Peratusan yang meningkat ini selari dengan kekerapan gejala obesiti, rintangan insulin, sindrom metabolik serta diabetes jenis 2.

Tambahan pula, ramai rakyat Malaysia yang menghidapi penyakit ini tanpa mengalami apa-apa sindrom. Para pengkaji dari Tuft University telah menemui bahawa mereka yang minum minuman bergula sehari boleh mengadapi risiko untuk berhadapan dengan penyakit lemak di hati ini berbanding mereka yang mengelakkan minuman yang mengandungi gula tambahan ini.

3.Masalah Perut & Penyakit Metabolik yang lain

Adakah gula boleh merosakkan perut? Anda cuba meneka. Mengetahui bahawa mikroorganisma yang hidup dalam perut anda sebenarnya bertindak terhadap gula, begitulah ia organ metabolik anda bertindak balas terhadapnya. Kini, para pengkaji mula bercaya bahawa perubahan yang dibawa oleh gula kepada mikrobiota boleh meningkatkan gejala kebocoran perut.

Hal ini bermakna, apabila gejala ini berlaku, ia akan membenarkan perpindahan bahan daripada perut masuk terus ke dalam salur darah. Kesannya, akan meningkatkan penyakit metabolik yang kronik.

Meninggalkan pengambilan gula berlebihan merupakan kunci kepada rawatan gejala ini. Gula tambahan ini akan memberikan makanan kepada yis dan bakteria jahat yang ada dalam perut anda dan seterusnya menyebabkan kerosakan pada dinding usus anda sekaligus menyebabkan gejala kebocoran perut ini berlaku.

4.Diabetes

Satu kajian pada tahun 2013 telah diterbitkan dalam the journal PLOS ONE mendapati bahawa bagi setiap 150 kalori gula yang diambil oleh seseorang setiap hari (bersamaan satu tin soda) akan meningkatkan risiko mereka untuk menghidap penyakit diabetes jenis 2 kepada 1.1%.

Peningkatan ini benar-benar berlaku walaupun para pengkaji mempertimbangkan juga terdapatnya makanan yang lain dimakan seperti daging, minyak, bijirin dan makanan berserat tinggi.

Mereka juga menemui kesan yang dibawa oleh gula iaitu diabetes bagi mereka yang mengamalkan gaya hidup yang tidak aktif mahupun mereka yang mengambil alkohol.

5.Penyebab Kanser 

Adakah gula menyebabkan risiko kanser? Ketika the National Institutes of Health melakukan penyelidikan terhadap kaitan gula kepada 24 jenis penyakit kanser, mereka tidak menemui banyak kajian yang telah dilakukan mengenainya namun mereka merasakan perlu untuk dilakukan kajian seperti ini.

Sungguhpun begitu, mereka telah berjaya untuk mengaitkan beberapa jenis gula yang berbeza kepada jenis-jenis penyakit kanser yang tertentu.

Sebagai contoh, gula tambahan akan meningkatkan risiko esofagus manakala fruktosa tambahan pula akan menyebabkan peningkatan risiko kanser usus kecil. Manakala kajian yang juga memberikan petunjuk bahawa terdapat satu hubungan antara pengambilan gula tambahan yang tinggi kepada kanser kolon.

Risiko ini kekal sama disebabkan oleh pengambilan gula tambahan walaupun cuba untuk mengaitkan puncanya kepada faktor lain seperti terlebih berat badan ataupun menghidapi diabetes.

Gula biasa juga didapati boleh meningkatkan risiko kanser payudara dan metastasis kepada paru-paru. The University of Texas MD Anderson Cancer Center telah menerbitkan satu kajian pada tahun 2016 yang mendapati bahawa kandungan gula biasa yang tinggi dalam kebanyakan diet Barat kelihatan memberikan kesan kepada laluan isyarat enzim yang dikenali sebagai 12-LOX (12-lipoksinenas) yang akhirnya akan menyebabkan kanser payudara.

“Kita mendapati bahawa pengambila sukrosa oleh tikus makmal dan dibandingkan dengan diet Barat membawa kepada peningkatan pembesaran ketumbuhan serta metastasis berbanding dengan diet tanpa gula kanji…Kajian lepas telah mengkaji peranan gula, terutamanya glukosa dan laluan metabolik berasaskan tenaga kepada perkembangan penyakit kanser.

Walaubagaimanapun, laluan kepada penyebab keradangan boleh jadi satu jalan alternatif untuk mengkaji karsinogenesis yang disebabkan oleh gula yang mana ia memerlukan kajian lebih lanjut.” – Peiying Yang, PhD, pembantu professor di palliative, rehabilitation and integrative Medicine.

Para pengkaji telah mengenalpasti fruktosa sebagai gula yang bertanggungjawab dalam perkembangan metastasis dalam kajian ketumbuhan kanser payudara.

Kajian lepas dalam bidang epidemiologikal telah menunjukkan bahawa pengambilan gula memiliki kesan yang terhadap perkembangan kanser payudara di mana di situ terdapatnya peranan gejala keradangan yang memainkan peranan penting.

Dalam kajian yang dijalankan terhadap haiwan, 30% daripada tikus makmal yang menerima diet yang mengandungi kanji dikenal pasti menghidapi ketumbuhan. Adakah ia melibatkan diet yang mengandungi sukrosa? 50 hingga 58% menghidapi ketumbuhan di bahagian putting susunya.

Sukrosa merupakan komponen utama dalam gula biasa. Manakala kanser payu dara kelihatan lebih banyak merebak kepada paru-paru tikus yang diberikan diet yang mengandungi sukrosa atau fruktosa berbanding dengan tikus yang diberikan diet yang berasaskan kanji.

Adakah Gula Tidak Baik untuk Anda? Ya, dan Berikut Merupakan Bahan-bahan yang Perlu dielakkan dalam Gula

Gula tambahan boleh dikenali dengan pelbagai nama dalam label kandungan sesuatu produk itu. Disebabkan adalah hampir mustahil untuk memberitahu peratusan gula yang datang daripada gula semula jadi atau gula tambahan sekarang, maka adalah lebih baik kita melihat label yang ada. Pada pertengahan 2018 nanti, kita membayangkan untuk melihat satu label “Gula Tambahan” di dalam label Fakta Nutrisi.

Salah satu cara untuk mengenail kandungan gula tersembunyi ialah dengan mengenal pasti mana-mana bahan yang memiliki nama “ose” di akhirnya. Itu menunjukkan salah satu jenis gula. Jangan tertipu dengan nama-nama yang dikenali dengan “semula jadi”.

Bahan-bahan pemanis seperti jus tebu, buah-buahan, beras dan sebagainya masih lagi tergolong dalam jenis-jenis gula. Sila perhatikan juga senarai bahan-bahan yang ada pada produk tersebut juga. Semakin tinggi kandungan bahan-bahan tersebut dalam senarai, maka tinggilah kandungan gula dalam produk tersebut.

Antara nama lain yang merujuk kepada gula tambahan ialah :

  • Anhidrous dekstrosa.
  • Gula perang.
  • Gula serbuk manisan.
  • Sirap jagung.
  • Dekstosa.
  • Fruktosa.
  • Sirap jagung tinggi-fruktosa (HFCS).
  • Laktosa.
  • Gula malt.
  • Maltosa
  • Sirap pankek.
  • Sukrosa.

Tanggapan Terakhir kepada Soalan: “Adakah Gula Tidak Baik untuk Anda?”

  • Adakah gula tidak baik untuk? Ya. Gula tambahan boleh meningkatkan risiko kematian yang lebih cepat.
  • Gula memberikan kesan kepada fungsi otak, boleh menyebabkan pembentukan lemak pada hati dan meningkatkan risiko penyakit jantung.
  • Gula tambahan boleh meningkatkan risiko kanser payudara dan metastasis kepada paru-paru.
  • Terdapat pelbagai nama yang diberikan kepada jenis-jenis gula tamabahan dalam senarai kandungan bahan. Walaubagaimanapun, gula semula jadi tidak diasingkan daripada gula tambahan ini melainkan sebagaimana yang diramalkan akan ada lebel khusus untuk gula semula jadi.
  • Hanya perlu mengurangkan pengambilan makanan dan minuman yang diproses untuk mengurangkan pengambilan gula anda.
  • Sekiranay anda perlu menggunakan gula, gunakan gula yang tidak berbentuk gula proses. Sebagai alternatif, saya sarankan penggunaan stevioa hijau untuk tujuan memberikan rasa manis.
  • Dapatkan protein, serat dan makanan yang ditapai bagi membantu anda mengurangkan ketagihan anda kepada gula.

Jom Baca Lagi : Ketagihan Gula Putih: Ikuti Perjalanan Saya Berpisah dengan Gula

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *