Home TIPS KURUS Gemuk Selepas Menopos: Punca Dan Cara Mengatasinya
Gemuk Selepas Menopos: Punca  Dan Cara Mengatasinya

Gemuk Selepas Menopos: Punca Dan Cara Mengatasinya

0
0

Masalah gemuk selepas menopos memang menjadi satu isu yang sangat besar kepada kaum wanita. Berat badan kebanyakkan wanita mula bertambah secara beransur-ansur setelah mereka mencapai umur 45 tahun atau di peringkat pra-menopos.

Anda mungkin tidak menyedarinya, tetapi hormon estrogen yang dikenali ramai sebagai ‘hormon wanita’ akan berkurangan pada usia menopos dipercayai boleh meningkatkan berat badan wanita.

Gemuk Selepas Menopos : Punca Dan Cara Mengatasinya

Selain makan secara berlebihan dan pemilihan makanan yang kurang sihat, faktor penurunan paras hormon estrogen dan hormon lain juga boleh memberikan kesan terhadap saiz dan bentuk tubuh badan anda. Jika anda tidak mengambil langkah-langkah proaktif untuk menjaga berat badan anda, tubuh anda akan bertukar dari bentuk PEAR ke bentuk EPAL secara perlahan-lahan.

Hal yang demikian berlaku kerana tubuh anda memerlukan estrogen dalam membantu metabolisme karbohidrat serta mengawal atur paras gula dalam darah dengan berkesan. Apabila paras estrogen menurun selepas menopos, kalori tambahan yang tidak digunakan akan bertukar menjadi lemak, yang tersimpan di bahagian perut, pinggul dan peha.

Penurunan Kadar Metabolisme

Penurunan kadar metabolisme selepas menopos mengakibatkan proses pencernaan makanan serta tenaga yang dihasilkan menjadi tidak efektif. Wanita cenderung menjadi lebih pasif sekaligus kalori tambahan yang tidak digunakan akan ditukarkan menjadi lemak.

Kebanyakan wanita menopos tergolong dalam golongan yang telah bersara atau kurang melakukan aktiviti sosial. Justeru itu, mereka merasakan tidak ada keperluan untuk menjaga bentuk badan mereka. Malah mereka juga kerap makan di luar, kerana anak-anak lazimnya sudah dewasa dan wanita-wanita menopos ini inginkan kehidupan yang lebih santai dan mudah

Emosi Tidak Stabil

Emosi yang tidak stabil pada usia menopos juga menyebabkan perubahan pada tabiat pemakanan dan gaya hidup seharian.

Terdapat segelintir kaum wanita yang cuba mengatasi masalah ini dengan mengamalkan pengambilan hormone replacement therapy (HRT). Namun kaedah ini mempunyai risiko yang tersendiri dan memerlukan pemantauan pihak doktor. Golongan wanita yang ingin mencuba HRT perlu menjalani beberapa pemeriksaan seperti pemeriksaan darah, mammogram dan Pap smear.

Walaupun wanita-wanita menopos ini berpendapat penampilan bentuk badan mungkin tidak penting pada usia ini, perlu ditegaskan bahawa berat badan berlebihan sememangnya akan meningkatkan risiko mendapat penyakit kencing manis, strok, darah tinggi, sakit jantung serta kanser wanita seperti kanser kolorektal, payu dara dan lain-lain.

Cara terbaik untuk menurunkan berat badan selepas menopos

Bagi wanita yang telah mengalami masalah berat badan, jangan sesekali berputus asa untuk menurunkan berat badan anda! Keazaman yang tinggi diperlukan untuk menurunkan berat badan bagi menjamin anda mempunyai kesihatan yang unggul pada usia menopos.

Pertama sekali, kita perlulah menerima hakikat bahawa menopos adalah proses fisiologi normal yang pasti berlaku kepada semua wanita. Menopaus adalah proses yang tidak dapat dihindari. Tidak dinafikan ramai wanita bimbang akan perubahan sistem biologi badan, sedikit sebanyak mempengaruhi kestabilan emosi serta fizikal, khususnya saiz tubuh yang semakin mengembang.

Wanita menopos boleh mendapatkan khidmat nasihat doktor untuk mempelajari kaedah yang betul untuk membantu menyelesaikan masalah berat badan mereka selepas menopos.

Cara yang terbaik bagi menurukan berat badan yang boleh diamalkan :

1.Senaman Perlu Dilakukan

Senaman secara rutin selama 15 hingga 30 minit setiap hari. Senaman yang boleh dilakukan adalah senaman yoga, aerobik, berbasikal dan berjalan kaki. Sekiranya anda baru berjinak-jinak dengan senaman, lakukan senaman ringan terlebih dahulu pada peringkat awalnya kemudian barulah ke peringat senaman yang lebih berat apabila anda sudah mulai berasa selesa. Bagi wanita yang mempunyai masalah kesihatan, misalnya mempunyai masalah jantung, sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu

2. Buat Pilihan Makanan Yang Sihat

Kawal tabiat permakanan dan juga buat pilihan makanan yang lebih sihat. Kurangkan makanan terutama dari gula yang berlebihan. Pastikan anda makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang. Wanita memerlukan kalori 200 kilo kalori lebih rendah setiap hari apabila telah mencapai umur 50 tahun ke atas

3. Diet Yang Seimbang Dan Sihat

Berjaga-jaga dengan permakanan harian. Bagi menurukan berat badan secara efektif, wanita digalakkan mengambil diet yang mengandungi banyak sayur-sayuran hijau, buah-buahan, bijirin serta daging tanpa lemak. Pengambilan diet yang mengandungi kandungan gula yang tinggi serta lemak tepu tidak digalakkan kerana boleh menyumbang kepada pengumpulan lemak di dalam badan pada jangka masa yang panjang serta boleh menyebabkan saluran darah pada jantung tersumbat.

4. Libatkan Diri Dengan Masyarakat

Melibatkan diri dengan aktiviti sosial. Cara ini dapat mengatasi masalah emosi yang tidak seimbang yang sering berlaku selepas menopos seperti kemurungan, keresahan dan sukar tidur malam. Selain itu, ianya dapat menjadikan golongan wanita menopos itu berasa lebih muda dan yakin!

Akhir kata, menurut satu peribahasa Inggeris – “You Don’t Stop Dancing Because You Grow Old, You Grow Old Because You Stop Dancing!’ mengingatkan kita bahawa untuk menjadi seorang individu yang sihat, kita perlulah sihat dan sejahtera dari segi mental dan fizikal. Kesihatan mental memerlukan kita memiliki pandangan dan sikap yang positif serta proaktif terhadap diri sendiri dan orang lain. Usia bukan penghalang kita untuk hidup sihat dan sejahtera. Wanita-wanita perlu kekal sihat dan cantik di usia menopos.

Semoga Perkongsian Ini dapat menjadikan anda insan positif dan sentiasa ingin berubah menjadi lebih sihat. Artikel perkongsian dari sini.

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *