Home TIPS KESIHATAN 5 Gejala Strok Perlu Dikenalpasti
5 Gejala Strok Perlu Dikenalpasti

5 Gejala Strok Perlu Dikenalpasti

0
0

Masalah gangguan kolestrol ataupun kolestrol tinggi menjadi masalah ramai hari ini. oleh itu anda hendak tahu gejala strok perlu dikenalpasti agar dapat mencegah sebelum terlambat. Ada yang menamakan masalah ini sebagai ‘Silent Killer’ .Ramai juga tidak mengetahui mereka sebenarnya mengidap masalah kolestrol tinggi dek tidak peka dengan signal tubuh.

5 Gejala Strok Perlu Dikenalpasti.

1.Rasa Berat Pada Tengkuk

Kadar kolestrol yang normal sekitar 160 hingga 200mg sahaja.Apabila ia mencecah 240mg, bermakna sudah berada pada zon bahaya dab boleh mengakibatkan strok. Mungkin anda menganggap gejala ini berlaku disebabkan badan yang kepenatan dan sebagainya. Langsung tidak terlintas bahawa itu petanda kolestrol dalam badan sudah tinggi. Gejala ini sebenarnya terjadi disebabkan kurangnya oksigen dalam badan. Ia tidak menyakitkan tetapi anda berasa berat pada tengkuk. Jika ini berlaku, ia sebenarnya isyarat untuk anda melakukan pemeriksaan kolestrol dalam badan.

2. Cepat Mengantuk

Rasa mengantuk ini disebabkan oleh kurangnya oksigen yang disalurkan ke otak akibat pembuluh darah yang sudah sempit akibat daripada lemak akibat kolestrol tinggi. JIka anda mengalami hal ini, bermakna kolestrol sudah tinggi dan lakukan pemeriksaan segera kerana gejala strok telah ditunjukkan.

3.Kebas Pada Bahagian Tertentu

Ini terjadi disebabkan darah yang terlalu pekat. Kolestrol yang tinggi akan membuatkan darah menjadi pekat dan mudah membeku malah tersumbat. Akibat sering merasa kebas pada bahagian-bahagian tertentu, anda perlu berwaspada mungkin kadar kolestrol dalam badan anda semakin tinggi. Oleh itu anda perlu mengubah gaya hidup dengan segera.

4. Mudah Berasa Penat

Plan yang terbentuk pada dinding arteri akan menyebabkan keadaan seperti atherosclerosis, penyakit jantung koronari dan penyakit microvaskuler. Gangguan pada hal inilah menyebabkan anda berasa penat dan lelah.

5. Kaki Membengkak

Hal ini disebabkan ketika pembuluh darah menyempit dan kemasukan oksigen berkurang, maka aliran darah ke bahagian kaki menjadi semakin berkurang. Semakin lama, ia akan  menyebabkan kaki terus membengkak. Keadaan ini hampir sama dengan keadaan ketika anda duduk terlalu lama dalam perjalanan.

Cara Menurunkan Kolestrol

Ada banyak tips untuk menurunkan kolestrol tinggi dalam badan, baik secara alami ataupun cara moden. Antaranya adalah

1.Avokado

Buah avokado mengandungi asid folik, asid pantotenat, niasin,vitamin B1, vitamin B6, vitamin C, vitamin E, fosforus, zat besi, kalium , magnesium dan glutation, juga kaya dengan serat dan asid lemak. Kandungan ini mampu menurunkan kadar trigliserida dan kolestrol darah. Amalkan makan buah avokado yang mentah setiap hari untuk dapatkan hasilnya.

2. Belimbing Manis

belimbing

Serat belimbing yang tinggi mampu menghalang penyerapan lemak sehingga dapat menurunkan kadar kolestrol dan mencegah tekanan darah tinggi. Serat tinggi juga memudahkan pencernaan, sementara kandungan vitamin C yang tinggi baik untuk anti-kanser. Caranya ialah buah belimbing dimakan selepas makan pagi dan malam.

3. Kunyit

Kunyit berkhasiat melancarkan darah dan tenaga vital, menghilangkan sumbatan antibakteria, anti inflamasi dan melancarkan pengeluaran hempedu ke usus. Ambil 10gram kunyit segar, kemudian bersihkan dan dihiris nipis. Rebus dalam dua gelas air.Biarkan sampai memekat ke satu gelas.Setelah sejuk, tapis dan minum sekaligus.Lakukan petua ini tiga kali sehari selama 12 minggu.

4. Saderi

daun-seledri

Saderi, akarnya mengandungi asparagin , pentosan, glutamin, tirosin, manit, zat pati, lendir dan minyak atsiri. Khasiatnya meningkatkan enzim pencernaan dan melawas pembuangan air kecil. Bersihkan 30gram akar saderi segar dan selepas dicuci lalu direbus dengan 2 gelas air bersih dan biarkan memekat menjadi satu gelas air. Setelah sejuk tapis dan lalu minum sekaligus.

Sumber Mingguan Wanita September 2014

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

EBOOK PERCUMA !

36 Tips Untuk Pastikan Azam Kurus Anda Berjaya!

Perkongsian ini akan membuka minda dan juga hati anda untuk melihat satu perspektif yang berbeza mengenai cara kuruskan berat badan
SAYA NAK EBOOK!
close-link