Home TIPS KESIHATAN Garam Himalaya : Garam Yang Berkhasiat Berbanding Garam Biasa
Garam Himalaya : Garam Yang Berkhasiat Berbanding Garam Biasa

Garam Himalaya : Garam Yang Berkhasiat Berbanding Garam Biasa

0
0

Garam Himalaya Merah Jambu sering dikatakan sebagai garam yang bermanfaat serta garam yang paling bersih di planet ini. Ia mempunyai pelbagai jenis nutrisi dan terapeutik, bukan sekadar untuk kegunaan dalam masakan.

Anda boleh menggunakan ia sebagai pilihan yang lebih sihat berbanding garam proses. Anda juga boleh menggunakannya untuk menghasilkan sapuan badan buatan sendiri serta bahan mandian, dan anda mungkin pernah melihat lampu garam Himalaya buatan sendiri daripada garam Himalaya merah jambu. Dari segi sejarah, penduduk Himalaya telah menggunakan garam ini untuk mengawet daging dan ikan.

Sebagaimana penyelidikan saintifik telah menegaskan, “garis panduan pemakanan mengesyorkan pengambilan sodium harian sebanyak 2300 mg, tetapi bukti-bukti pengambilan sodium membawa kepada kematian adalah tidak konsisten.”

Garam yang betul dalam jumlah yang betul adalah sebenarnya amat baik untuk kesihatan anda. Garam laut Himalaya Merah Jambu mengandungi lebih 84 mineral dan unsur surih, termasuk kalsium, magnesium, kalium, tembaga dan besi, jadi ia lebih daripada sekadar membuatkan rasa makanan anda menjadi lebih baik.

Mari kita lihat mengapa anda mungkin mahu menukar ke garam Himalaya ini disebabkan faedah kesihatannya yang mengagumkan. Daripada terus meninggalkan garam semuanya, mengapa tidak kita memberikan naik taraf kepadanya?

Apakah Itu Garam Himalaya Merah Jambu? 

Garam Himalaya Merah Jambu merupakan garam yang benar-benar unik. Ia juga dikenali sebagai garam merah jambu, garam laut Himalaya, garam batu dan garam Kristal Himalaya. Garam ini dikelaskan sebagai garam batu atau Halit, yang datang dari Wilayah Punjab, Pakistan kira-kira 190 batu dari Himalaya.

Rantau ini mempunyai salah satu medan garam terkaya di seluruh dunia, dan mereka adalah sangat, sangat lama. Saya anggarkan bahawa ia mula terbentuk sejak zaman Precambrian atau lebih 4 bilion tahun yang lalu apabila planet bumi pertama terbentuk! Daripada sejarahnya yang kembali ke tarikh ketika bumi mula diciptakan.

Garam kristal Himalaya datang daripada garam galian yang tertanam 5,000 kaki di bawah banjaran gunung Himalaya. Garam dari lombong ini telah mengalami tekanan yang besar sejak lebih berjuta-juta tahun yang lalu dan dikatakan lebih daripada 99 peratus adalah tulen.

Warna merah jambu garam ini menunjukkan kandungan mineralnya. Warnanya boleh jadi merah jambu, putih atau merah. Sebagai garam, ia terdiri daripada natrium klorida (NaCl), yang didefinisikan sebagai “bahan mineral yang sangat penting untuk kesihatan manusia dan haiwan.”

Garam laut Celtic adalah setanding dengan garam Kristal Himalaya dari segi komposisi dan manfaat kesihatan, tetapi ia adalah garam yang berbeza sama sekali yang datang dari sumber yang berbeza (Brittany, Perancis), mempunyai warna yang berbeza (kelabu).

Banyak syarikat garam Himalaya mengatakan bahawa garam Himalaya pink mengandungi mineral surih 84, tetapi terdapat perbahasan bahawa kedua-duanya mengandungi 60 mineral. Walau apa pun, kedua-duanya sangat kaya dengan mineral.

Secara amnya, garam sangat penting untuk mengekalkan fungsi kesihatan sel-sel badan, pengaliran saraf, penghadaman, serta penyerapan nutrien dan penyingkiran sisa dalam badan.

Mengapa Garam Himalaya Lebih Baik daripada Garam Biasa ?

Garam Himalaya merah jambu adalah pilihan yang lebih seimbang dan sihat berbanding garam biasa. Memang benar, garam Himalaya merah jambu yang berkualiti tinggi adalah salah satu garam paling tulen yang anda boleh dapati.

Ia juga biasanya dilombong dengan tangan. Ia sangat berbeza daripada garam biasa yang melibatkan banyak gangguan luar. Garam biasa mengalami proses yang rumit sehingga menghilangkan mineral yang ada.

Garam komersial secara lazimnya terdiri daripada 97.5 peratus hingga 99.9 peratus sodium klorida. Sementara itu, garam laut Himalaya yang berkualiti tinggi memiliki hanya kira-kira 87 peratus sodium klorida. (6)

Kebanyakan garam komersial melalui proses pelunturan dan mengandungi aluminium derivatif dan bahan-bahan lain yang berbahaya kepada kesihatan manusia.

5 Khasiat Utama Garam Himalaya

Terdapat banyak khasiat yang menakjubkan ada pada garam ini. Berikut merupkan antara khasiatnya yang utama.

1. Membaiki Masalah Pernafasan

Menurut Institut paru-paru, garam bersifat anti-bakteria, anti-radang, mengurangkan mukus yang berlebihan , menghapuskan patogen di udara seperti debunga dan mengurangkan tahap IgE (sistem imun yang terlalu sensitif).

Jika anda Google “Gua garam Himalaya”, anda dapat melihat bahawa garam Himalaya kini terdapat di seluruh negara (dan dunia) supaya orang boleh mendapatkan kesan-kesan yang baik kepada Kesihatan, terutama apabila melibatkan sistem pernafasan.

Terdapat satu istilah untuk jenis rawatan semulajadi ini. Ia dipanggil halotherapy. Berasal dari perkataan Greek untuk garam, “halos”, halotherapy atau terapi garam melalui penyedutan garam kering halus dalam sebuah bilik yang menyerupai sebuah gua garam. Kajian telah menunjukkan bahawa halotherapy menjadi sebahagian dariapda rawatan bebas dadah dan amat berkesan bagi merawat penyakit bronkitis yang kronik.

2. Menyeimbangkan pH Badan

Kandungan mineral yang kaya dalam garam Himalaya boleh membantu menyeimbangkan tahap pH badan anda. Anda mungkin fikir ini bukanlah masalah besar, tetapi apabila pH anda mempunyai nisbah asid-untuk-alkali yang sihat, ia memberikan perbezaan yang besar kepada kesihatan anda secara keseluruhan.

PH yang sesuai membantu memupuk daya ketahanan diri dan menggalakkan sistem penghadaman anda yang baik. Dengan khasiatnya yang mengandungi natrium serta elektrolit yang lain, ia juga mempunyai kesan langsung ke atas pH darah anda.

3. Bantuan Pencernaan Semula Jadi

Anda boleh gunakan garam Himalaya merah jambu untuk membuat sendiri minuman, yang mengandungi air dan garam Himalaya. Garam himalaya digunakan di mana anda boleh menggunakan garam Himalaya merah jambu untuk membantu anda mendapatkan sebanyak mungkin manfaat air garam.

Menurut pengamal kesihatan semulajadi seperti Dr. Mark Sircus, pakar Akupuntur dan doktor perubatan oriental dan pastoral, satu dos setiap hari benar-benar boleh membantu sistem penghadaman dengan cara yang utama.

Beliau berkata bahawa “pengamalan air garam ini dipercayai mampu merangsang proses peristalsis organ pencernaan, mengimbangkan asid perut, menyokong penghasilan cecair pencernaan dalam hati dan pankreas, mengawal metabolisme dan mengharmonikan keseimbangan asid-alkali.”

4. Pembersih Udara

Apabila garam Himalaya merah jambu digunakan untuk dijadikan lampu, ia boleh memberikan rumah atau pejabat anda dengan udara yang lebih bersih. Salah satu daripada manfaat lampu garam Himalaya yang utama dalam ialah kemampuannya untuk membersihkan udara.

Bagaimanakah caranya? Dalam keadaan yang sedia ada seperti garam, (iaitu Blok garam Himalaya pink tulen) menarik wap air serta pencemar udara kepadanya. Wap air tersejat disebabkan haba yang dihasilkan oleh lampu garam, tetapi habuk dan alergen yang melekat pada garam daripada masuk ke dalam badan anda.

5. Memberikan Tidur yang Lebih Baik

Garam laut Himalaya dikatakan dapat membantu menggalakkan tidur yang lebih baik dan lebih tenang kerana kandungan mineralnya yang tinggi. Ia mungkin sukar untuk dipercayai, tetapi pengambilan garam yang cukup dalam diet anda setiap hari adalah sebenarnya kunci kepada tidur yang lebih baik.

Kajian telah dilakukan pada tahun 1989 menunjukkan bahawa diet yang mengandungi natrium yang rendah boleh menyebabkan corak tidur terganggu dan tidak teratur. Kajian ini adalah secara kecil-kecilan, tetapi memberikan keputusan yang sangat menarik.

Responden yang mengambil diet yang rendah-natrium (kira-kira 500 miligram sehari) akan terjaga pada waktu malam hampir dua kali ganda lebih kerap dan mendapatkan kira-kira 10 peratus kurang tidur berbanding diet yang normal (2,000 miligram natrium sehari). Diet yang tinggi-natrium (5,000 miligram sehari) membawa kepada tidur lebih lama daripada diet yang biasa dengan sedikit terjaga pada waktu malam.

Sebagai mana yang dinyatakan oleh Dr. Michael V. Vitiello, Pengarah Program penyelidikan tidur dan penuaan di Universiti Washington di Seattle, “tahap sodium dalam darah yang rendah menyebabkan isipadu darah berkurangkan, dan sistem saraf sympathetic menjadi lebih aktif untuk menggantikannya. Keadaan ini menyebabkan seseorang yang tidur akan bangun lebih kerap dan mempunyai kesukaran untuk kembali tidur.”

Saya tidak menggalakkan anda untuk bersikap liar dengan garam dalam hidangan anda selepas ini, tetapi ia adalah baik untuk mengetahui bahawa mengelakkan garam secara keseluruhannya atau tidak mendapatkan khasiat garam yang cukup dalam diet anda secara berterusan boleh menyebabkan atau menyumbang kepada tidur yang bermasalah.

Manfaat tambahan khasiat garam Himalaya termasuklah:

  •  Kitaran paras air dalam badan untuk berfungsi secara menyeluruh
  •  Membantu mengurangkan tanda-tanda biasa penuaan
  •  Menggalakkan tahap gula dalam darah yang sihat
  •  Menggalakkan penghasilan tenaga sel
  • Mengurangkan kekejangan (seperti kekejangan kaki)
  • Mempertingkatkan penyerapan nutrien daripada makanan
  • Membantu Kesihatan vaskular
  • Mengurangkan kadar masalah resdung dan menggalakkan kesihatan keseluruhan sinus
  •  Menyediakan peredaran darah sokongan
  •  Meningkatkan kekuatan tulang
  •  Memupuk libido yang sihat
  •  Memberikan buah pinggang dan pundi hempedu lebih sihat berbanding garam yang dirawat secara kimia

Sejarah Garam Himalaya Merah Jambu

Seperti yang saya katakan, sejarah garam Himalaya merah jambu adalah sangat, sangat panjang, tarikhnya kembali ke waktu bumi diciptakan. Garam Himalaya berasal dari banjaran garam yang merupakan satu sistem bukit di wilayah Punjab, Pakistan.

Ia mendapat namanya daripada depositnya yang terdiri daripada banyak garam batu. Ahli geologi berminat terutamanya kepada kawasan ini kerana ia mengandungi jujukan geologi yang paling lengkap di dunia dengan batu-batu yang terdedah secara berturutan dari awal zaman Cambrian (kira-kira 540 juta tahun dahulu) hingga ke zaman Pleistocene (kira-kira 2.6 juta ke 11,700 tahun yang lalu). (13)

Kawasan ini dikatakan tidak disentuh sejak berjuta-juta tahun lalu sehinggalah pada tahun 1849. Sehinggalah apabila Dr. Warth, seorang jurutera perlombongan British, membantu mereka bentuk dan membina sebuah terowong ke Banjaran garam hingga tiba ke kawasan deposit garam.

Cara perlombongan beliau adalah teknik yang masih digunakan sampai sekarang yang memerlukan pembuangan separuh daripada garam manakala setengah yang lain ditinggalkan sebagai struktur sokongan bagi lombong.

Sehingga kini, lombong garam kini merangkumi kawasan kira-kira 43 batu persegi dengan terowong kira-kira satu setengah batu ke gunung. Berapa banyak garam yang masih ada? Garam di kawasan ini dianggarkan masih lagi antara 80 juta tan hingga 600 juta tan.

Langkah-langkah Keselamatan Garam Himalaya Merah Jambu 

Anda perlu sentiasa menyimpan garam dalam satu bekas kedap udara, dilindungi di tempat yang sejuk, kering untuk pastikan ia berada dalam keadaan yang terbaik. Anda perlu memastikan garam Himalaya tersebut berasal dari Pakistan, yang menjadi sumber garam Himalaya yang sebenar.

Saya akan mengelakkan diri daripada “garam Himalaya” yang dijual dengan harga terlalu rendah. Ini mungkin tanda-tanda bahawa garam yang dikumpulkan itu berasal dari ketinggian yang lebih tinggi berbanding lombong garam lebih dalam. Semakin dalam semakin tulen garam tersebut. Garam yang diambil dari kawasan yang lebih tinggi adalah lebih cenderung untuk mengandungi kekotoran, yang akan menjadikan ia kurang khasiatnya.

Kerana garam Himalaya ini mengandungi banyak mineral, ianya sangat memberikan manfaat kepada tubuh badan, tetapi sebagai garam, ianya masih lagi kaya dengan sodium. Jadi, seperti mana garam yang lain, anda tidak boleh mengambilnya secara berlebihan.

Mendapat terlalu banyak sodium dalam diet (terutamanya dengan kalium tidak cukup bagi menyimbangkannya) boleh membawa kepada tekanan darah tinggi bagi sesetengah orang. Ia juga boleh membawa kepada pembentukan bendalir dalam bagi mereka yang menghidapi kegagalan jantung congestif, cirrhosis hati atau penyakit buah pinggang.

Tanggapan Terakhir Mengenai Garam Himalaya Merah Jambu

Apabila digunakan secara sederhana, garam benar-benar boleh menjadi makanan tambahan yang sihat untuk diet anda — terutamanya jika anda memilih rasa yang tulen dan berkhasiat seperti garam laut Himalaya ini.

Ia boleh menjadikan makanan akan menjadi lebih sedap dan  juga menyediakan anda dengan satu rangsangan nutrien utama dan khasiat yang sepetutnya. Sebagai contoh, manfaat garam Himalaya merah jambu ini termasuklah memperbaiki masalah pernafasan, mengimbangi tahap pH, membantu penghadaman, menulenkan udara dan menggalakkan tidur yang lebih baik.

Garam Himalaya merah jambu merupakan salah satu pilihan utama saya untuk kegunaan masakan dan terapeutik. Pernahkah anda mencubanya? Sedang memikirkan tentang penukaran dari garam biasa anda ke Himalaya? Saya benar-benar berharap anda akan menyukainya seperti yang saya lakukan.

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *