Home TIPS KURUS 8 Diet Cara Saya Turun 5kg Sebulan Tanpa Berlapar
8 Diet Cara Saya Turun 5kg Sebulan Tanpa Berlapar

8 Diet Cara Saya Turun 5kg Sebulan Tanpa Berlapar

0
64

“aku diet ni tak boleh makan tengahari dengan kau” , pernah ke dengar ayat ini bila kita ajak kawan makan tengahari bersama waktu lunch. Perkataan diet, nak kurus , aku dah gemuk memang sinonim kan , tapi sedarkan mereka yang nak kurus ini bahawa apa yang dilakukan itu adalah sangat tidak betul dan salah . Kenapa saya kata salah?Sebabnya berlapar atau tahan perut dari makan bukanlah amalan pemakanan yang betul dan akan memberikan kesan jangka panjang. Siapa nak tahu diet cara saya turun 5kg sebulan tanpa perlu berlapar. Nak tahu apa rutin dan apa yang saya makan yang dapat membantu turunkan berat badan dengan sihat dan nampak kesan yang lebih baik.

Boleh ikuti Diet Cara Saya Turun 5Kg Sebulan Tanpa Perlu Berlapar.

1 Detox Pagi

khasiat halia untuk kurus

Bermula jam 6 pagi setelah bangun pagi semasa nak solat subuh tu minum dahulu segelas air kosong, ini adalah kaedah detox semulajadi yang menjadi amalan saya. Jika anda ada masalah susah nak buang air besar ini merupakan salah satu langkah yang boleh menyelesaikan masalah penghadaman ini. Air liur awal pagi mengandungi bakteria baik yang akan bertindak di dalam membantu detox kan toksin dalam badan kita.

2.Detox Sebelum Sarapan

kurus dengan air detox

Kebiasaannya kita akan terus ambil sarapan kan, kalau bukan nasi lemak sudah tentu kuih muih yang pastinya manis kan . Ok ini apa yang anda perlu buat sebelum sarapan ambil segelas air suam masukkan 1 inci halia yang diketuk , rendamkan selama 2-5 minit , selepas itu masukkan dalam rendaman halia tadi perahan lemon ataupun limau nipis serta satu sudu madu. Amalkan setiap pagi sebelum sarapan. Ini membantu memberikan tenaga secara pantas dan juga dapat menyekat selera makan. Jadi takdalah mengidam nak makan nasi lemak ke atau sebarang sarapan yang tidak sihat.

Baca : Resepi Air Detox

3. Sarapan 300 kalori atau lebih

sarapan untuk kuruskan badan

Saya tahu nafsu makan sarapan orang malaysia ini kalau bukan nasi lemak ditambah lak dengan ayam goreng ataupun sotong pedas memang tak sah kan ? Kalau anda nak tahu sebenarnya kita boleh nak ambil nasi lemak sebagai sarapan tetapi dengan cara yang lebih sihat , sebagai contoh nasi tu ambil 1 genggam sahaja dan kurangkan sambil dan minta lebih sayur dengan makcik penjual, kan nasi lemak juga.

Tapi ini sarapan yang lebih baik kepada anda saya berikan adalah mengamalkan makan oat yang penuh dengan serat. Saya tahu tekak melayu ini ramai yang tak boleh telan oat macam itu aje kan . Ini saya berikan cara 5 minit dah siap hidangan sarapan dah la sihat pahtu memang sangat kenyang. Caranya mudah sahaja ambil segenggam oat dicampur dengan susu rendah lemak serta 3 biji kurma (biji tu buanglah ya kan tak pasal-pasal rosak blander mak tu) , nak lagi sedap satu sudu yogurt asli rendah lemak serta 1 biji pisang. Kisarkan semua bahan ini dan terus aje minum , rasanya tak sampai 5 minit selesai resepi sarapan ini, nak buat menu bersahur pun boleh ini, antara mahu dan tidak aje..Jangan banyak alasan dik ..

Selain itu cadangan sarapan lain adalah 2 keping roti wholemeal biasa jenama Gardenia saya guna ( opss terpromosi lak ) saya letakkan sebiji telur rebus dan juga sayur-sayuran , kepit jadikan sebagai sandwich. Ini pun sedap.

4. Air Kosong

Ini lagilah saya lihat ramai yang masih tidak mengamalkan dengan betul. Bila di tanya air kosong kadang-kadang segelas atau dua sahaja dan selebihnya adalah air manis. Air kosong di sarankan minum 6-8 gelas sehari ataupun 2 atau 3 liter sehari. Tapi kan ada yang cakap nanti ulang alik ke tandas lak asyik membuang. Itulah fungsi air kosong membuang toksin dalam badan , kan masa ulang alik ke tandas tu kan senaman takdala melekat aje punggung kat kerusi tu..Usaha dik nak kurus sihat ini kena usaha kalau nak tahu. Kurus  datang dalam mimpi tapi itu bukan realiti..mainan aje tu dik

Nak minum air kosong ada perisa sedap tak ?meh ikut sini ambil 1 botol diisi dengan 2 liter air kosong dan letakkan hirisan lemon dalam 1/2 biji serta letak juga hirisan timun dalam 1/2 biji . Kenapa nak buat macam ni ?Ini adalah salah satu cara detox yang mudah untuk membantu anda , air detox ini akan membantu yang ada masalah penghadaman. Amalkan tau air ni sehari sekurangnya 2 liter atau lebih.

Baca : Kebaikan Air Kosong

5. Snek Pagi dan Petang

Jangan lupa untuk ambil snek waktu pagi dalam jam 10pagi hingga jam 11pagi. Apa yang biasa saya ambil atau dijadikan snek adalah kurma dalam 2 atau 3 biji ataupun buah epal hijau ataupun betik. Anda boleh pilih buah-buahan segar untuk dijadikan snek. Saya sarankan makan buah dahulu sebelum menjamu selera waktu tengahari dan bukan makan buah selepas makan tengahari.

Begitu juga snek jam 3 petang hingga jam 4 petang, amalkan buah-buahan seperti tembikai atau buah epal hijau.

Baca : Makanan Serat Tinggi Snek Yang Baik

6. Menu Makan Tengahari

resepi sup ayam sihat

Wajib makan tengahari dan jangan sesekali tak nak makan kononnya nak diet. Itu tak betul dik jangan nak mogok laparkan diri semata-mata nak kuruskan badan, sangat tidak bagus untuk jangka masa panjang. Menu makan tengahari sangat mudah jika suka sangat makan nasi (kan tak makan nasi mati laa I -ayat tak sedar diri dah gemuk ) , ambil segenggam nasi sebesar penumbuk (dik segenggam aje tau jangan nak nasi tambah segeggam lagi kan abg kasi tambah genggam tu haha ) nasi segenggam , lauknya adalah ikan atau ayam yang dibakar, dikukus, panggang ataupun yang ber sup.Elakkan lauk pauk yang bersantan , goreng dan yang sewaktu dengannya. Selain itu lebihkan sayur sayuran hijau tak pun ulam-ulaman segar. Barulah awet muda macam abg dik, makan ulam aje .

Setiap hari tukarlah lauk baru tak jemu, nak lagi mudah catat buat diari.Diari makanan yang di ambil kan mudah untuk dirujuk kembali nanti.

7.Menu Makan Malam.

Ni satu lagi selalu tak makan malam kan , jangan tau ini abg kasi amaran, makan malam adalah wajib tu dia wajib ya. Menu apa yang nak di ambil waktu malam ini. Saya cadangkan ambil makan malam awal sebelum maghrib antara jam 6petang ke 8 malam. Jangan makan lewat malam, perut tu pun perlukan masa nak proses dan perut pun nak rehat juga macam kita dik jangan ingat kita aje nak rehat , perut pun nak rehat tau.

menu makan malam selalunya boleh buat sup ayam atau pun bihun sup tetapi bihun (adalah karbohidrat) jadi ambil 1 genggam sahaja dan lebihkan sayur dalam sup itu. Ini pun boleh kenyang tau. Kalau pemalas sangat nak masak buat aje oat dengan susu dan kismis selesai masalah kemasalan itu.

Baca : Cara Bijak Sediakan Makanan SIhat

8. Detox Malam

Seperti detox pagi boleh juga amalkan detox halia yang saya jelaskan tadi. Boleh rujuk resepi dan cara buat di no 1 ya. Selain resepi detox halia anda juga boleh amalkan cuka epal dan madu. caranya campurkan 1 sudu cuka epal dan 1 sudu madu dengan perahan lemon ataupun limau nipis. Minum sebelum tidur dan cuka epal dan madu ini bagus juga untuk dapatkan tidur yang lebih lena tau..

 

9.Senaman.

melompat untuk bakar lemak

Perlu ke senaman ini?Sangatlah perlu tapi bukanlah perlu senaman berat macam masuk gym 2 jam sehari. Apa yang saya buat adalah lakukan sesuatu yang mudah dan saya suka. Saya suka berjalan jadi setiap hari saya akan berjalan santai dalam 30 -45 minit sambil layan whatsapp kawan-kawan, kadang-kadang tanpa sedar dekat 1 jam sebab asyik sangat melayan kawan kat whatsapp. Jika yang duduk rumah apartment bertuahnya anda, naiklah tangga sehari 5-6 tinggat ok sudah jangan terlalu paksa diri , buat apa yang anda suka itu kata kuncinya.

Baca : Senaman Lompat Tali Bakar Lemak

Maca mana mudah ke diet cara saya ini?tak susah kan, tak perlu berlapar, tak perlu nak ikat perut , plan ini akan nampak dalam jangka panjang sebab sebenarnya anda merubah gaya hidup anda. Bila anda merubah gaya hidup dan gaya pemakanan dengan sendirinya anda akan menjadi lebih sihat InsyaAllah.Yang penting adalah Usaha kan ..Usaha Lift Kejayaan ..No U Turn.

P/S: Jika tulisan ini bermanfaat untuk anda sila LIKE dan SHARE dengan seramai mungkin kenalan anda.

Untuk Dapatkan Tips Percuma Kurus Cara Saya SIla Like & Share Tengku Asmadi di FACEBOOK  & Instagram 

Akak nak Saya Bantu Ubah Pemakanan Akak Dan Kurus Secara Sihat Tanpa Suppliment Seperti mereka >

img_5474

14333105_1791512987799631_2271965643394577978_n

KLIK SINI Saya akan Bantu Kak14368700_1791512997799630_316173878586564523_n

 

Comment(64)

  1. Salam nk tnya skrg ni sy dlm proses diet dh dlm sebulan lebih dan dh trun 7 kg dlm 2 mggu pertama. Selepas mggu ke 3 dan ke 4 kenapa berat sy dh x trun? Pdahal diet pemakanan sy sama je. Sy ada terbaca pada minggu pertama dan ke 2 tu sbb kitani gemuk air tu yg senang nk trun kan berat bdan. Betul ke?

    1. Salam Mohamad syakir

      kebiasananya berat yang hilang dalam minggu pertama dan ke dua adalah berat air itu adalah betul , boleh saya tahu plan diet yang macam mana ya awak amalkan ?adakah less karbo atau lebihkan protein ?

  2. Salam tengku, sya alin nak bertanya bagaimana sya nak turunkan berat bdn sya dan maintain…
    Skrg sya 58kg n sya nak turunkan lg 3kg dan maintain 55kg aje…sya berkerja xtentu mse dan makan ape yg ade..tp keblkgan nie mmg ssh skit nak turun… trima kasih.

    1. Salam ALin , untuk turunkan berat badan boleh aje follow step yang saya berikan , dan perlukan pemakanan yang sihat walaupun kerja tak menentu , yang penting konsisten dan displin .berikan matlamat untuk lebih sihat dan cergas

  3. Hye Tengku sy berat sy skg 53kg sy ingin menurunkn berat shingga 47-48kg dgn cara yg sihat..apakah tips yg sesuai n sihat?

    1. hi Tiacitata ..boleh amalkan pemakanan yang sihat seperti apa yang saya kongsikan di dalam artikel saya dan juga lakukan senaman secara kerap

    1. Aina ..pemakanan 70% senaman 30% ..senaman kalau boleh cuba cari masa hari minggu 30-45 minit jalan santai atau lakukan aktiviti yang sihat

  4. SAYA BERUSIA 50 TAHUN
    BERAT BADAN 62 KG
    TINGGI 152 CM

    SAYA DI KATEGORIKAN SEBAGAI “LEBIH BERAT BADAN”

    SAYA BERMINAT DENGAN TIP MENGURANGKAM BERAT BADAN.

    BAGAIMANA UTK DAPATKAN BUKU DI ATAS.

    MOHON SHARE…

    1. Terima kasih puan Noraiza berminat dengan program saya , untuk sertai sila puan whatsapp nama ke 0169550465 terima kasih

  5. 1)Bagaimana sy nk follow page ni or join group ni? Just whatsapp?

    2) bagaimana nk subscribe ebook tu?

    1. Salam Lia ..program saya tiada libatkan makan any supplement atau ubat hanya panduan pemakanan sihat dan senaman sahaja

  6. Dah masuk 5 minggu sy berdiet…tp statik je timbgn sy…mcmana nk hilangkn rasa teringin nk mkn sst….nafsu mkn ni kdg2 x blh control..sy nk join la program u..

    1. Pelita : diet yang macam mana amalkan selama 5 minggu ?sebab kena ada banyak faktor nak lihat kenapa berat statik ..nak join mudah sahaja whatsapp nama ke 0169550465 terima kasih

  7. Salam.. saya on diet sekarang. Bulan puasa ni.. saya makan 1 genggam nasi dan sejenis lauk sahaja. Air kosong saya minum tapi 15 minit lepas tu.. sebelum ni turun 3 kg dalam masa 5 hari.. Tapi sekarang dia maintain.. tak turun. Macam mana nak bagi dia turun lagi ya?

  8. Assalamualaikum Tg……saya nsk kurus tp saya mmg tiada masa untuk bersenam…tlg bg tips utk sy kurus tanpa bersenam…berat saya mmg obesiti 125kg tinggi sy 170cm

    1. waalaikummusalam wbt nak kurus bukan hanya kena bersenam tetapi juga kena lihat kepada pemakanan harian kita , kena ubah diri , masa semua ada cuma bagaimana kita susun masa kita …ubah gaya hidup , ubah pemakanan insyaAllah akan beri kesan

    1. Ebook dah stop jualan tapi jika berminat boleh whastapp saya 0169550465 saya ada buku 8 Rahsia Menguruskan Badan Tanpa Berdiet Tulisan Dr Norman

  9. As-salam Tuan, saya dah nak masuk usia warga emas, tahap obes saya adalah tahap 4, berat 97kg, tinggi 5’2″, pernah buat stanting untuk jantung, satu sumbat, kencing manis dah ada tanda nak bermula. Adakah program diet ini sesuai untuk peringkat umur saya. Tk.

    1. Waalaikummusalam wbt tuan , diet ini semua untuk semua peringkat umur sbb apa yang saya kongsikan dalam plan pemakanan adalah pemilihan makanan sihat yang dapat bantu turunkan berat badan dan juga bantu perbaiki tahap kesihatan seseorang , asalkan mahu ubah pemakanan dan gaya hidup boleh sertai saya …

  10. Salam. Kenapa berat saya lambat turun ye. Lepas sebulan hanya turun 0.3kg. Keesokan paginya timbang balik naik semula 0.4kg.

  11. thank you bg tips..terbaik la blog ni..sy skrg ni tiap2 pg buat detoks dgn halia..cuma nk tnya utk snacking klu amik whole meal bread yg sapu dgn peanut butter boleh x? sbb sy xberapa suka mkn buah..

    1. terima kasih ..

      snek sebaiknya serat dari sumber buah ataupun kacang , roti tu dah dikira heavy meal dan tak sesuai di ambil sebagai snek
      cuba cari buah yang suka makan dan amalkan …

  12. salam tengku. saya ni berat 48kg tapi ketinggian 148cm. saya ada baca artikel yang berat ideal untuk ketinggian 148cm ialah 43kg. mcm mana ni? perlu diet ke? saya ni kecik…

  13. Hi tengku asmadi..sy selalu failed bila dh start diet sihat+ bersenam..paling lama 2 minggu n then stop sebab keja shift yg x menentu. cmna nak tingkatkan motivasi diri supaya dapat teruskan diet..

  14. Salam Tengku Asmadi..saya nk bertnya suami sy berat dalam 100kg tinggi 180cm ..dari segi makan nasi die kurang sbb cepat kenyang but he likes to drink air yg manis mcm air sirap or air yg dibancuh daripada air putih.air putih jrg diambil then mcm mane nk bg suka minum air putih..senaman pun jrg2 because of time.boleh x bg panduan kepada sy utk kuruskan berat bdan suami

    1. waalaikuumusalam wbt pertama dia kena stop minuman manis tu puan dan kena banyakkan minum air kosong dan juga pemakanan tu kena tengok macam mana ..sbb kalau jenis makan kat luar agak susah nak kawal pemakanan tu

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *