Home TIPS KURUS 9 Tips cara Pilih produk kurus
9 Tips cara Pilih produk kurus

9 Tips cara Pilih produk kurus

0
0

Anda Sering keliru dengan berbagai jenis produk suppliments yang berada di pasaran? Pening tak tau mana nak pilih sama ada sesuai atau tidak dengan anda ?

Saya sendiri kadang-kadang tak tahu mana satu yang jadi pilihan, oleh itu bagi membantu anda semua di sini saya berikan  9 Panduan dan Tips  Cara Pilih produk kurus.

Berikut adalah tip mudah membeli apa-apa jenis suplemen:

1. Jangan Mudah Terpedaya

Kita sering diperdaya dengan “headlines” atau dakwaan “sebelum dan selepas”. Saya nasihatkan baca label dan penerangan produk dengan berhati-hati dan buatlah juga kajian mengunakan google yang paling mudah.

2. Kaji Kos Pengambilan

Anda sering terkeliru antara kos pengambilan produk dengan kos produk. sebagai contoh kos produk adalah RM200 sekotak dan untuk bekalan selama 1 bulan. Jadi Kos pengambilan anda adalah RM200/30 hari = RM6.60 sehari adalah kos pengambilan anda. Anda boleh kira sendiri sama ada kos ini berbaloi atau pun tidak.

3. Periksa Bahan-Bahan Produk.

Jangan mudah membeli tanpa usul periksa dulu bahan kandungan di dalam produk. Tanya dahulu dengan penjual dapatkan maklumat sepenuhnya dan bila sudah puas hati dengan jawapan baru boleh dipertimbangkan. Ingat tau jangan cepat buat keputusan semata-mata tengok testimoni tapi periksa dahulu supaya tidak menyesal kemudian hari.

Baca Juga : Oat Karbo Baik Untuk Kurus

4. Periksa tarikh Luput.

Ini sangat penting tau, setiap kali nak membeli produk pastikan tarikh luput sekurangnya 6 bulan ke atas. Nanti dah beli tengok tarikh luput seminggu aje nak naya tuh , tak sempat nak kurus kan lain lak jadinya.

5. Cari Kualiti berbanding Kuantiti.

Banyak tak semestinya berkualiti , kena ingat tu. Jangan terpengaruh dengan kuantiti yang banyak dalam sesuatu produk. Carilah produk yang berkualiti dan kita pasti puas hati dengan hasilnya nanti.

6. Berbalik Kepada Asas.

Perlu di ingat ya sebelum membeli apa-apa produk kurus atau diet, kena tahu dahulu asas nutrisi dan juga senaman kerana tiada ubat kurus dengan mudah yang boleh melakukan “ajaib” tanpa asas nutrisi yang betul. Ini bermaksud anda juga perlu tahu plan pemakanan yang sesuai. Apa yang perlu di ambil jadikan diet yang seimbang.

7. Jangan Terlalu Percaya pada kata-kata penjual.

Ada penjual yang tidak mempunyai pengetahuan mendalam mengenai cara diet yang sesuai. Mereka bukan pakar kesihatan dan motif utama adalah untuk menjual barang. Oleh itu hati-hati dan tapislah tiap apa yang diberitahu oleh penjual dan buat juga kajian sendiri.

8. Kajian.

Seperti yang saya beritahu sebelum ini lakukan dahulu kajian secara sendiri. Sekarang ini banyak sumber maklumat yang dapat kita diperolehi di hujung jari sahaja. Layarilah laman web bandingkan harga, pandangan serta kualiti produk.

9. Dapatkan tawaran yang bijak

Jika anda telah berpuas hati dengan segala maklumat yang diberikan , dapatkan tawaran yang bijak secara terus dengan penjual. Kira kos anda dan tentukan sama ada berbaloi atau tidak.

itu sahaja panduan dan tipscara  pilih produk kuruskan badan. Sekali lagi saya ingatkan jangan terlalu teruja dengan testimoni tapi lakukan kajian supaya produk sesuai dengan diri anda.

Bijak memilih ya 🙂

Nak dapatkan Tips dan Resepi yang Sihat untuk Kuruskan Badan jangan Lupa tau daftarkan nama anda sekarang .

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *