Home TIPS KECANTIKAN 8 Buah Untuk Kuruskan Badan
8 Buah Untuk Kuruskan Badan

8 Buah Untuk Kuruskan Badan

0
0

Kalau citer pasal Vitamin C pasti ramai duk ingat limau aje kan , sebenarnya ada banyak lagi buah penambah Vitamin C untuk kecantikan dan kesihatan kita tau.Meh sini saya nak bagitahu 8 buah untuk kuruskan badan

1. Jambu

 

buah jambu untuk kuruskan badan

Secawan jus jambu ada sekurangnya 337 mg Vitamin C. Jumlah ini lebih 4 kali ganda vitamin C yang diperlukan oleh lelaki dan 5 kali ganda bagi wanita. lepas ni boleh laa beli buah jambu mesti jambu lawa heheh 🙂

2. Cili Benggala Kuning

 

Kita pernah makan cili benggala atau bahasa omputihnya capsicum kan .Tahukah anda yang cili benggala ini sangat kaya dengan vitamin C sebanyak 155mg. Saya secara peribadi suka makan mentah sebab rasanya manis juga. Apa lagi cuba lah tak rugi tau

3. Cili Benggala Merah

 

capsicum merah

Lebih kurang sama dengan cili benggala kuning, cili benggala merah juga ada kandungan vitamin C yang tinggi malah dipercayai secawan cili ini boleh mencapai sekurang-kurangnya 190mg vitamin C.

4. Buah Betik

 

buah betik

Buah betik selain bagus untuk penghadaman, buah ini juga mengandungi tahap vitamin C yang tinggi. buah betik yang berukuran separuh besar ada 238mg vitamin C. see i told you betik kan baik , tak yah nak tunggu lagi amalkan makan betik kulit pasti cun melecun 🙂 badan pun sihat tau .

5. Kiwi

 

buah kiwi untuk kurus Nampak aje warna hijau kiwi ni tetapi rasanya ada yang manis dan sedikit masam kalau pandai pilih manis . Tapi khasiatnya memang sangat baik dan secawan buah kiwi yang dikisar ada 167mg vitamin C dan juga tinggi serat, kalium, magnesium, folat dan vitamin K. Buah kiwi sesuai untuk amalkan sebagai diet seharian.

6. Mangga

 

buah mangga

Sekarang musim mangga harum manis kan, nak tahu tak yang mangga ini mempunyai khasiat vitamin C yang baik sebanyak 122mg. Senang sahaja kupas dan makan atau pun boleh dikisar menjadi jus memang enak dan berkhasiat

7. Nenas

buah nenas

 

 

 

 

 

 

 

Nenas mengandungi sekitar 80mg vitamin C sekaligus memberi manfaat pada tubuh kita. boleh diambil sebagai jus atau pun makan begitu sahaja pun sodap.

 

8. Starwberi

 

buah starwberries

 

 

 

 

 

 

 

Selain menyegarkan buah ini juga kaya dengan sumber vitanin C seperti buah limau. Khasiatnya juga dipenuhi dengan anthocyanin iaitu zat yang berupaya membakar lemak yang tersimpan di dalam tubuh. Perasan tak orang Korea KPop tu kurus sebab makan starwberi hehe. Lepas ini habis kena borong

BACA JUGA : TIPS MATA CANTIK 

Sumber Dari : Majalah Mingguan Wanita Bilangan ke 1639

Like dan Follow : FACEBOOK dan TWITTER serta INSTAGRAM

 

 

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *