Home TIPS KURUS Bersenam dan Penurunan Berat Badan: Bagaimana untuk Menjadikan Ia Berkesan?
Bersenam dan Penurunan Berat Badan: Bagaimana untuk Menjadikan Ia Berkesan?

Bersenam dan Penurunan Berat Badan: Bagaimana untuk Menjadikan Ia Berkesan?

0
0

Saya bukan inginkan badan yang sasa dan sado tetapi bersenam merupakan  sebagai salah satu faktor yang membantu dalam mengurangkan berat badan.

Memandangkan apabila menguruskan berat badan secara berkesan adalah bergantung kepada keseimbangan pemakanan, maka adalah munasabah sekiranya kita bukan sahaja membincangkan tentang diet (kalori yang masuk) malah kita juga perlu membincangkan juga tentang senaman (kalori yang keluar) juga.

Bersenam dan Penurunan Berat Badan: Bagaimana untuk Menjadikan Ia Berkesan?

Kebanyakan orang dengan mudah ingin mengetahui berapa banyak senaman yang mereka perlukan untuk menurunkan berat badan atau mengekalkan berat badan setelah diturunkan. Jadi, berikut merupakan beberapa kunci utama yang saya akan beritahu mereka berkenaan senaman dan berat badan.

1. Turunkan berat badan dengan melakukan aktiviti yang sukar dilakukan.

Untuk menurunkan satu paun dalam tempoh seminggu dengan bersenam, anda perlu membakar kira-kira 500 kalori sehari dan lebih serta melepasi kadar aktiviti harian anda yang biasa. Ia bukan satu kerja yang mudah. Anda perlu mendaki bukit selama satu jam bersama 10 paun beg galas atau berenang selama 90 minit tanpa henti. Sekiranya anda cuba menurunkan berat badan hanya dengan meningkatkan aktiviti atau mengurangkan kalori, kesannya tidaklah sebaik mana jika dibandingkan dengan kombinasi antara diet dan senaman yang dilakukan bersama.

2.Membakar kalori boleh menyebabkan kadar metabolik anda jatuh mendadah.

Kadar metabolik anda mewakili bilangan kalori yang dibakar oleh tubuh badan anda untuk meneruskan kelangsungan fungsi badan dan ia melibatkan sebahagian besar kalori yang keluar. Namun, kadar metabolik anda boleh jatuh sekiranya anda tidak makan. Jadi, walaupun kandungan kalori yang masuk anda mungkin rendah, kalori yang keluar juga akan turut jatuh juga sehingga menyebabkan gangguan kepada keseimbangan kalori anda.

3.Latihan kekuatan boleh membantu meningkatkan kadar metabolik anda

Apabila sebut sahaja tentang senaman, apa yang difikirkan hanyalah senaman aerobik seperti berbasikal, berenang atau berjoging. Namun begitu, latihan kekuatan sangat penting juga. Ia merupakan sebahagian daripada langkah untuk membina jisim tubuh anda yang akan meningkatkan kadar metabolik anda dan mengawal kadar penurunan kalori akibat proses pembakaran kalori tersebut.

4.Mudah untuk melakukan kesilapan apabila menghitung jumlah kalori – yang masuk dan keluar.

Seseorang akan boleh tersilap menganggarkan jumlah kalori yang hilang ketika bersenam dan juga kalori yang mereka dapat apabila makan. Hal ini membantu untuk menjelaskan mengapa ramai orang yang berasa lemah semangat apabila mereka sudah terlalu yakin bahawa semuanya betul namun jarum skala penimbang menunjukkan yang sebaliknya.

5.Anda perlukan lebih banyak senaman untuk menurunkan berat badan, namun anda bahkan perlukan lebih banyak lagi usaha untuk mengelakkan ia datang kembali.

Sekali anda sudah berjaya menghilangkannya, adalah perlu mengekalkan aktiviti sedia ada untuk mengelakkan ia kembali. Namun, ia bukanlah dilakukan dengan bersenang lenang. Mereka yang telah berjaya mengurangkan berat badan kira-kira 30 paun dan mengekalkannya untuk tempoh masa satu tahun membakar secara purata kira-kira 2800 kalori setiap minggu melalui senaman. Hal ini bersamaan dengan kira-kira 90 minit senaman seperti berjoging sejauh 4 batu setiap hari.

6.Senaman ialah kunci kepada kesihatan yang baik

Apabila mereka mendengar bahawa mereka mungkin perlukan satu jam atau lebih untuk bersenam setiap hari bagi mengawal berat badan mereka, maka akan timbulah rasa berkira-kira. Namun, usahlah jadikan bilangan tersebut melemahkan semangat anda. Lakukan apa yang anda boleh lakukan, secara kerap dan cuba senaman yang lebih berat sedikit demi sedikit.

Jadi anda perlu melakukan senaman dengan konsisten tapi jangan lupa pula pemakanan perlu juga diambil kira. Pemakanan sihat dan senaman seiring baru memberi kesan kepada kesihatan dan juga penurunan berat badan.

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *