Home KISAH KU Aku Nak Kurus : BerDOA Adalah Jawapannya
Aku Nak Kurus : BerDOA Adalah Jawapannya

Aku Nak Kurus : BerDOA Adalah Jawapannya

0
0

Oleh kerana coach telah kongsi video mengenai doa semalam, Maizatul Husna Mohamed Ramli pula berkongsi kisah beliau, atas galakkan coach, meh saya nak kongsi juga permulaan perjalanan sihat saya dengan doa juga. Bagi saya berdoa adalah jawapannya untuk saya terus istiqamah dalam kuruskan badan secara sihat. Semenjak dua menjak ni pun ramai yang pm tepi tanya tips, dan jawapan pertama saya adalah DOA…

Berdoa Adalah Jawapannya

Sebelum ni bukan tak pernah berdoa. Biasala, kita semua berdoa… tapi selalunya doa yang biasa-biasa kan… panjang umur, murah rezeki & sihat tubuh badan… doa umum…

Sebelum ni juga, cuba bermacam-macam cara & produk nak kurus… tapi tak berkesan, kalau berkesan pun sat je lepas tu naik balik… dan 2 tahun lalu rasa paling kronik, cubala apapun kira kalori, puasa, kurangkan makanlah konon tapi badan yang macam di pam-pam masa tu @ 86kg tak berkurang walau sekilo pun!

berdoalah adalah jawapannya
Nampak Tak beza dua tahun dahulu dengan sekarang

Kebetulan pada masa tu beli Jurnal Inspirasi Diri oleh Prof Muhaya, yang menyarankan kita tulis perancangan hidup & harapan kita setiap hari. Pada masa tu saya yang desperate nak turunkan berat badan telah menulis secara spesifik pada bahagian fizikal diri dalam jurnal tu yang saya nak turunkan berat badan, untuk mudah beribadah, cergas, produktif & kelihatan cantik & menarik di mata suami… dan pada masa yang sama istiqomah berdoa selalu dapat turun 80kg pun jadilah Ya Allah…

Dijadikan cerita, tak lama lepas tu saya ditakdirkan mengandung 😂😂😂

Tapi itula sebenarnya Allah jadikan permulaan perjalanan penurunan berat badan saya… alah makan nasi 9 bulan! 😅. Mula-mula tu makan mee pun tak lalu… asal makan, memang muntah… walaupun sesuap. Bukan mengada dibuat-buat ye… teringin sikit je pun bayangkan ada masa-masa cuba jamah nasi dengan lauk kegemaran asam pedas yang mak masak… suap sikit je pun keluar balik. Maka bertabahla makan roti, bihun atau ratah lauk pauk je 9 bulan tu.

Memang elok je lepas bersalin, keluar dari dewan bersalin je, suami suapkan nasi memang makan bersungguh-sungguh! Kemaruk dah lama tak jumpa nasikan… & alhamdulillah tak muntah. Maka memang sah penangan baby yang tak bagi makan nasi 😅.

Tapi sejak dari tu, dah tak berapa hairan kalau makan nasi sedikit sahaja atau makan benda lain selain nasi sebab dah terbiasa tak makan nasi. Kalau tak dulu, bila lauk sedap, haruslah nasi penuh sepinggan dua huhu. Tapi jangan lupa, nasi tak bersalah. Tapi kita yang derhaka lupa daratan bila jumpa nasi 😂😂😂.

Lepas bersalin tu secara otomatik berat saya turun 10kg ke lebih kurang 75-76kg sebab berat tak naik sangat pun masa mengandung. Baby pun terus membantu menguruskan ibunya… baby boy kan.. menyusu bersungguh-sungguh, sampailah sekarang. Nampak tak, kita minta sikit, 80kg je… Allah bagi lebih!

Lepas tu saya lebih yakin sangat dengan kuasa doa tu… Yela, sebelum ni mana kita pernah terfikir nak berdoa nak kuruskan. Tapi sesungguhnya memang sepatutnya Allah tempat kita meminta, untuk sekecil-kecil benda pun. Jadi selepas itu saya terus berdoa lagi untuk 70kg. Kemudian direzekikan terjumpa blog coach Tengku Asmadi & sejak tu saya terus subscribe & follow tips dalam group ni.

Berbaloi-baloi sangat berbanding segala produk yang pernah dicuba dulu. Kebetulan pulak, tema group… Kurusku Adalah Ibadahku… sesuaikan dengan permulaan perjalanan sihat saya… dengan DOA. Sejak tu terus turun lagi berat hingga sekarang lebih kurang 64-65kg tanpa apa-apa produk yang sangat mahal atau ubat kurus, cukup sekadar dengan mengubah pemikiran secara lebih positif, istiqomah jaga pemakanan dengan makanan sihat serta makanan sunnah dan bersenam ikut kemampuan.

aku nak kurus
Sekarang Lebih bertenaga untuk buat aktiviti bersama keluarga

Sekali lagi yang penting DOA. Jangan segan-segan juga untuk meminta bantuan rakan-rakan dan ahli keluarga untuk mendoakan untuk kita kerana doa mereka juga insyaAllah boleh membantu kita dalam pelbagai perkara. Berdoalah dengan tulus ikhlas dan dengan niat yang betul, bak ingatan seorang sahabat, jadi kurus ni pun kadang-kadang jadi ujian buat kita. Berbaik sangkalah dengan Allah. Kita minta sikit Allah bagi lebih.. InsyaAllah 😊.

*Gambar pipi pau bersama anak no.3 😅 dan gambar terkini bersama anak no. 4 😊. Masih berusaha menurunkan 3-4kg lagi, tapi alhamdulillah gembira dengan perubahan diri & berazam dapat memberi motivasi kepada yang lain, InsyaAllah. Doakan saya ye 😉… & saya juga mendoakan anda semua akan mencapai berat yang diingini & sihat sejahtera hendaknya. Amin.

zairah
Nampak tak beza ?

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *