Home JOM SEDEKAH Bantulah Dania kembali tersenyum
Bantulah Dania kembali tersenyum

Bantulah Dania kembali tersenyum

0
0

Bantulah Dania Kembali Senyum itulah harapan saya bila anda berkongsi rezeki di sini..

Bismillah..pemula bicara

Bantulah Dania Kembali Senyum

Takdir hidup kita sememangnya Allah S.W.T yang tentukan. Adakalanya segala yg kita hajatkan … bukanlah terbaik untuk kita kerana apa pun anugerah yg Maha Mengetahui itu adalah yang terbaik utk kita. Saya Kongsikan kisah adik Dania Alia Binti Mohd Amry  dari Mambau, Negeri Sembilan untuk sama-sama kita berkongsi rezeki yang ada.

Kisahnya adik Dania Alani bt Mohd Amry lahirnya sebagai anak sulung yg sihat dan comel. Membesar sebagai seorang kakak yang sangat sayangkan adik-adiknya. Malah sebagai anak sulung …Dania lah harapan ibu dan ayah untuk membantu ibu melayan karenah adik-adik.


Namun ketika usianya 6 tahun… Dania mula mengadu sakit kepala dan kerap kali tidak sihat. Ibu pula menyangka Dania inginkan perhatian kerana ketika itu ibu mula keluar rumah untuk bekerja bagi meringankan beban suami yang hanya bekerja di bengkel pertukangan besi.

12247658_992373274142722_4726245794464985290_o
Kemuncaknya pandangan Dania mulai kabur. Beliau selalu saja terlanggar objek yang ada di rumah bila berjalan hinggakan beliau enggan lagi berjalan dan mulai mengesot sahaja.Akhirnya ibu dan ayah membawa Dania ke hospital. Bagai di panah halilintar membelah langit…kelam dunia ibu dan ayah bila doktor mengesahkan Dania mengidap kanser otak dan berada di tahap empat.


Pembedahan segera dijalankan untuk membuang ketumbuhan. Dua tahun yg penuh tragis itu sudah berlalu kini usia Dania sudah 8 tahun. Dania sudah melengkapkan kemeoterapi dan tidak disarankan utk sebarang rawatan lagi. Dania kini berada di bawah paliative care. 


Namun ibu dan ayah tidak pernah berputus asa dan masih mengharapkan Dania akan sembuh suatu hari nanti.
Terharu melihat kehidupan keluarga ini bergelut membesarkan lima anak yang masih kecil dan Dania yang sakit bukanlah tugas mudah . Pendapatan bekerja di bengkel besi pun tidaklah seberapa. Mujurlah ada menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk meringankan sedikit beban kewangan keluarga Dania.


Saya kagum dgn ketabahan ibu Dania yang cukup bersyukur kerana tubuh Dania tidak lagi berselirat wayar biarpun kini Dania tidak lagi mampu berkomunikasi. Saban hari Dania hanya terbaring tanpa sepatah ayat pun dari bibir tiada lagi tangis atau tawa terlontar dari bibir munggil ini. Matanya terbuka tetapi tak pasti adakah dia mampu melihat.


Sahabat saya dari Prisma Optometrist Bangi yg sama-sama melawat Dania tidak dpt manahan air mata melihat keadaan Dania. Mengenangkan bagaimana seorang anak yang dulunya sangat periang dan penyayang tiba-tiba terlantar.


Kata ibu Dania…Dania suka minum coco tamar Al Hadad. Jika ada sahabat di sini yg ingin menghadiahkan minuman itu pada Dania tinggalkan mesej di komen dan saya akan berikan alamat keluarga Dania.


Kepada sahabat yg ingin berkongsi rezeki dengan keluarga Dania dan membantu meringankan kewangan boleh menyumbang ke No akaun seperti di bawah


MAYBANK:
Noor hasni bt hasan ( ibu )
155015044897

Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah membuka pintu rezeki.
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
“Hai Zubair,ketahuilah bahwa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy,
yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya.
Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain,
niscaya Allah membanyakkan baginya.Dan siapa yang menyedikitkan niscaya Allah menyedikitkan baginya.”,

(Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

12241247_992372880809428_3076946406322301509_n

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *