Home TIPS KURUS 6 Cara Bakar Lemak Semasa Tidur
6 Cara Bakar Lemak Semasa Tidur

6 Cara Bakar Lemak Semasa Tidur

0
2

Siapa yang tak cukup tidur dan rasa dirinya susah nak kuruskan badan? Kalau nak tahu sebenarnya tidur ini bukan sahaja untuk berehat setelah penat melakukan aktiviti seharian tetapi yang penting tidur juga membantu membakar lemak semasa tengah lena dibuai mimpi indah.

Sebab itu saya akan kongsikan apa yang perlu anda buat untuk bakar lemak semasa tidur.

1. Makan Malam Awal

Jika makan sebelum tidur proses pencernaan akan menjadi tidak lengkap & sistemnya akan menjadi perlahan. Ia akan membuatkan jumlah lemak sedia ada berkembang malah akan membuatkan sisterm pencernaan akan hadapi masalah. Akan terjadi masalah sembelit dan keasidan. Oleh itu pastikan makan malam lebih awal untuk memastikan sistem pencernaan membantu sistem penghadamanserta kadar metabolisme berfungsi dengan baik semasa anda berehat .

2. Senaman Ringan Selepas Makan

Salah satu yang boleh dibuat ialah berjalan-jalan pada kelajuan perlahan selepas makan malam. Ia membantu fungsi penghadaman yang lebih baik dan menjaga metabolisme anda kekal tinggi walaupun ketika sedang tidur. Selain itu, kualiti tidur juga bertambah baik.

3. Angkat Berat

Orang yang mengamalkan latihan angkat berat atau perlu buat kerja mengangkat benda berat dapat membakar lebih lemak sepanjang hari dan juga pada waktu malam. Fizikal menggunakan kekuatan membantu meningkatkan metabolisme dan membakar lebih banyak kalori apabila badan berada dalam keadaan rehat.

4. Lebih Sejuk Banyak Kalori Diperlukan

Mekanisme pertahanan semulajadi badan dibina supaya jika anda merasa lebih sejuk, badan akan membelanjakan lebih banyak kalori untuk memanaskan badan. Oleh itu, jika anda bercadang menurunkan berat badan, cari kehangatan yang datang dari dalam tubuh bukan dari sumber sumber yang berada di luar seperti menggunakan pemanasan.

 

5. Minum Teh Hijau atau Air Limau Suam

Minuman ini mengandungi antioksidan yang dapat melindungi tubuh daripada kerosakan yang disebabkan oleh tahap radikal bebas plumbum metabolisme badan. Jadi ia akan membuatkan anda berasa segar dan bertenaga sepanjang hari

BACA : Petua Kulit Putih Semulajadi

6. Tidur Selama Tujuh Atau Lapan Jam

Tidur yang cukup dan berkualiti sangat penting. Tidur malam yang baik boleh meningkatkan kesejahteraan anda. Mereka yang kurang tidur akan mempunyai metabolisme perlahan pada siang hari dan cenderung menambah berat badan. tetapi jika keperluan tidur dipenuhi, anda akan mempunyai matebolisme yang lebih baik sepanjang hari.

 

Sumber Rujukan : Majalah Mingguan Wanita 18-24 September 2015

Nak Saya Jadi Mentor Anda Kurus Tanpa Ubat !!!Sila Whatsapp “mentor” ke 0169550465

Comment(2)

  1. Assalamualaikum tengku asmadi..sy suka baca semua info yang ada..sy minta izin juga utk kongsi info ni bersama org lain boleh?terima kasih

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *