Home TIPS KESIHATAN Awas Bahaya Minuman 3 in 1 Yang Tidak Didedahkan
Awas Bahaya Minuman 3 in 1 Yang Tidak Didedahkan

Awas Bahaya Minuman 3 in 1 Yang Tidak Didedahkan

0
1

Minuman 3-in-1 boleh mendatangkan bahaya kerana ramai yang tidak menyedari ia sebenarnya mengandungi gula yang berlebihan selain digembar-gemburkan mampu menambah tenaga. Selain itu bahaya minuman 3 in 1 yang tidak didedahkan kepada umum.

Bahaya Minuman 3 in 1 Yang Tidak Didedahkan

Pensyarah Program Dietetik, Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Madya Shariza Abd. Razak berkata, walaupun ada minuman itu dikatakan mengandungi ginseng atau tongkat ali untuk menambahkan tenaga namun kandungannya amat sedikit.

“Ia tidak memberi sebarang kesan dalam penjagaan kesihatan sebaliknya ia mengandungi gula yang banyak iaitu lebih daripada tiga sudu teh.

“Namun ramai yang tidak menyedarinya kerana ditenggelamkan oleh rasa pahit kopi tersebut,” katanya ketika dihubungi Kosmo!.

Menurut Shariza, selain kandungan gula yang tinggi, kebanyakan minuman 3-in-1 yang dijual di pasaran juga menggunakan krimmer susu bukan tenusu iaitu yang dihasilkan daripada minyak kelapa sawit.

 

Katanya, krimmer tersebut merupakan sejenis lemak tepu yang boleh membahayakan kesihatan kerana ia boleh menyumbat saluran arteri darah dan seterusnya menyebabkan penyakit koronari jantung dan angin ahmar.
Kesannya, para pesakit jantung atau diabetes yang minum minuman itu secara tidak terkawal boleh menyebabkan penyakit mereka menjadi lebih serius.

Sementara itu, Shariza menjelaskan, antara factor yang menyebabkan minuman 3-in-1 menjadi pilihan ramai ketika ini adalah disebabkan kosnya yang murah iaitunantara 50 sen hingga RM1 bagi setiap paket.

Menurutnya, gaya hidup masyarakat yang sering sibuk dan terikat dengan jadual kerja harian turut memainkan peranan mempopularkannminuman itu kerana ia mudah dibancuh walaupun di tempah kerja.

Beliau bagaimanapun menegaskan, pengambilan minuman tersebut bukannya tidak dibenarkan tetapi perlu diambil secara sederhana dan turut diseimbangkan dengan makanan lain.

3in1

Info Kandungan minuman 3-in-1:

– Mengandungi lebih tiga sudu the gula dalam setiap pek.
– Gula yang berlebihan bertujuan mengurangkan rasa pahit dalam minuman tersebut.
– Selain gula, krimmer yang digunakan adalah sejenis lemak tepu yang boleh membahayakan kesihatan
– Turut mengandungi kafein yang menyebabkan rasa berdebar (palpitasi) dan menyukarkan tidur pada waktu malam.
– Setiap pek mengandungi sehingga 200 kalori.
– Jumlah kalori itu sama dengan dua keeping roti atau sepinggan nasi.
– Jika diambil tiga paket sehari, ia bersamaan 600 kalori dan turut menyumbang kepada berat badan berlebihan.
– Kandungan untuk meningkatkan tenaga seperti tongkat ali, kacip fatimah dan ginseng adalah sangat sedikit kerana bahan-bahan itu mahal dan sukar untuk diperoleh.

Oleh kerana itulah saya menasihatkan anda semua untuk mengurangkan minum minuman 3 in 1 , lebih baik buat kopi sendiri dan kita boleh kawal kandungan dan jumlah gula yang kita inginkan. Rajinkan diri bancuh kopi atau teh jangan terlalu bergantung kepada minuman 3 in 1 sebab lebih banyak mudarat dari sihat dari minuman ini.

Kurangkan Manis dalam minuman Lebihkan Manis Dalam Senyuman

 

Sumber:
– Program Dietetik, Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia
– Akhbar kosmo!

Comment(1)

  1. Tak sangka minuman 3 in 1 pun boleh sebabkan obes juga ya. Dulu masa belajar memang selalu juga beli 3 in 1, yelah sebab mudah nak bancuh kan. Tapi sekarang Alhamdulillah memang jarang sangat dah ambil minuman jenis ni 😊

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

EBOOK PERCUMA !

36 Tips Untuk Pastikan Azam Kurus Anda Berjaya!

Perkongsian ini akan membuka minda dan juga hati anda untuk melihat satu perspektif yang berbeza mengenai cara kuruskan berat badan
SAYA NAK AKSES >>
close-link