Home TIPS KESIHATAN Bahaya Lemak Trans Kepada Kesihatan Anda
Bahaya Lemak Trans Kepada Kesihatan Anda

Bahaya Lemak Trans Kepada Kesihatan Anda

0
0

Pernahkah anda ternampak label makanan menyatakan “Produk ini bebas lemak trans”.Tapi ada juga yang tidak tahu bahaya lemak trans kepada kesihatan mereka.

Apa Bahaya Lemak Trans?

Bebas lemak trans? Apakah yang dimaksudkan dengan bebas lemak trans? Bukankah kita harus risaukan kuantiti lemak tepu di dalam diet harian sahaja?

Perkataan “trans” tidak merujuk kepada sifat keterlarutan lemak tersebut. Inilah penerangan yang diberikan oleh seorang rakan saya yang tidak mempunyai latarbelakang perubatan. Sebaliknya, “trans” merujuk kepada perletakan gemotri atom hidrogen pada molekul lemak- iaitu asid lemak. Ya! Lemak tidak tepu tetap merbahaya terhadap kesihatan.

Lemak sayuran wujud dalam bentuk cecair. Atom hidrogen mampu ditambah kepada lemak sayuran melalui proses penghidrogenasi. Pernambahan atom hidrogen akan menyebabkan keadaan “trans” atau separa pepejal. Lemak sayuran ini hanya dihidrogenasi sebahagiannya maka lahirlah nama “minyak separa hidrogenasi”.

Sekiranya proses hidogenasi dibenarkan berlarutan sehingga tiada ruang untuk atom hidrogen terletak lagi, asid lemak akan menjadi tepu, maka lahirlah lemak tepu.

Mengapa harus menggunakan lemak trans?

Dari segi sejarah, lemak trans digunakan sebagai lelemak. Asid lemak trans membantu memanjangkan jangka hayat pelbagai jenis makanan. Itu merupakan tujuan utama penghidrogenasi apabila proses ini dipaten. Ia juga lebih murah. Ia membaiki tekstur dan rasa banyak makanan yang diproses. Lemak trans boleh dijumpai dalam pastri (termasuk kuih donut), ayam goreng, biskut, pizza (atau roti canai) dan juga makanan ringan yang diminati oleh kanak-kanak Malaysia. Proses menggoreng turut menghasilkan lemak trans.

Walaupun makanan kaya dengan lemak trans yang kita makan setiap hari sangat lazat, kita harus akui kesan buruk akibat lemak trans terhadap sistem badan kita. Terdapat pelbagai kajian yang menunjukkan kesan negatif lemak trans terhadap badan.

Kenapa saya harus menjauhi lemak trans?

Penambahan lemak trans di dalam diet harian menambahkan faktor risiko menjejaskan kesihatan yang sedia ada pada setiap individu. Lemak trans terbukti mengurangkan paras HDL (kolesterol baik) dan meningkatkan paras LDL  (kolesterol jahat). HDL merupakan faktor lemak yang paling tepat dalam meramal kebarangkalian seseorang individu untuk mendapat serangan jantung. Lebih rendah paras HDL, lebih tinggi kebarangkalian serangan jantung.

Sebenarnya, lemak trans itu sendiri mampu mengakibatkan kerosakan terhadap lapisan dalam salur darah. Bayangkan lemak trans seakan peluru berpandu yang menyerang kubu pertahanan badan atau sel-sel lapisan dalam salur darah manusia. Serpihan yang terhasil akibat serangan ini mampu menyekat laluan darah yang diperlukan oleh jantung, maka meningkatkan kebarangkalian serangan jantung.

Kesan Lemak Trans

Lemak trans turut menyebabkan insulin, sejenis hormon yang mengawal aras glukosa dalam darah, menjadi tidak efektif. Akibatnya, lemak trans menjadi faktor risiko diabetes. Bagi pesakit diabetik, terutamanya pesakit obes, kawalan aras glukosa menjadi lebih sukar meskipun dengan ubat dengan pengambilan lemak trans.

Walau bagaimanapun, lemak trans wujud secara semula jadi dalam diet harian kita. Ia boleh didapati di dalam daging lembu, daging kambing dan makanan tenusu. Bakteria yang wujud di dalam perut lembu menghidrogenkan minyak dari makanan untuk menghasilkan lemak trans. Kesan lemak trans semulajadi di dalam diet masih tidak diketahui. Beberapa kajian menyatakan bahawa lemak trans semulajadi meningkatkan HDL (kolestrol baik) dan mengurangkan LDL (kolestrol jahat). Terdapat juga kajian yang mendapati bahawa lemak trans dalam kuantiti yang sedikit tidak mempunyai apa-apa kesan ke atas sistem badan manusia. Walau bagaimanapun, pengambilan lemak trans semula jadi dalam kuantiti yang banyak mungkin memberi kesan negatif yang sama seperti pengambilan lemak trans buatan.

Jauhi Lemak Trans

Sehingga kepastian dicapai, adalah disarankan untuk menjauhi makanan yang mengandungi lemak trans. Oleh kerana penyingkiran lemak trans semulajadi daripada makanan harian adalah tidak munasabah, kita seharusnya berusaha untuk mengurangkan kadar pengambilannya.

Denmark di anatara negara yang telah sedar kepentingan mengurangkan lemak trans dari diet harian. Ia merupakan negara pertama yang mengehadkan kandungan lemak trans di dalam makanan. Amerika Syarikat pula telah mewajibkan setiap produk yang mengandungi lebih 0.5g lemak trans setiap hidangan dinyatakan kandungan lemak trans. Makanan yang mengandungi 2g lemak trans bagi setiap 100g lemak telah diharamkan dari pasar raya.

Kurangkan Pengambilan Lemak Trans Seharian 


Lemak trans merupakan nutrien yang tidak mempunyai Saranan Kuantiti Pengambilan (RDA). WHO mengsarankan pengambilan lemak trans kurang daripada 1% sehari. Kuantiti yang lebih rendah adalah lebih baik. Sebenarnya, tidak mengambil lemak trans langsung adalah yang terbaik.
Beberapa negara menghadapi kesukaran untuk menguatkuasakan polisi bebas lemak trans dalam makanan. Ini kerana lemak trans semula jadi tetap terdapat di dalam makanan dalam kuantiti kecil. Industri pemprosesan makanan menggunakan fakta ini sebagai hujah menyatakan bahawa hanya lemak trans buatan shaja yang dapat disingkirkan. Maka, kita tidak dapat mengklasifikasikan sebarang makanan terproses sebagai bebas lemak trans kerana lemak trans semula jadi tetap akan wujud. Terdapat juga beberapa pihak yang mengutarakan bahawa penyingkiran lemak trans dari sumber asalnya akan mengakibatkan kesan yang tidak diketahui terhadap kesihatan individu.

Sehingga kini, tiada peruntukan perundangan yang mengehadkan kuantiti lemak trans dalam makanan. Malah, lemak trans belum tersenarai dalam Pangkalan Data Komposisi Makanan Malaysia. Walau bagaimanapun Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengkelasifikasikan makanan yang mengandungi kurang 1.5g lemak trans per 100g lipid sebagai makanan rendah lemak trans. Kajian terkini telah memutuskan bahawa makanan di Malaysia secara amnya mempunyai kandungan lemak trans yang rendah berdasarkan panduan ini. Ini mungkin disebabkan penggunaan minyak sawit sebagai minyak masak secara meluas di Malaysia. Minyak sawit cukup stabil untuk mengelakkan pemebentukkan lemak trans sewaktu penghasilan makanan.Walaupun secara amnya makanan Malaysia mempunyai kandungan lemak trans yang rendah, makan yang digoreng seperti ayam goreng dan makanan yang menggunakan marjerin seperti roti canai mengandungi lemak trans yang agak tinggi.

Sebagai pengguna, terdapat beberapa langkah mudah untuk mengurangkan nafsu pengambilan lemak trans.

  1. Pilih produk yang bebas lemak trans. Ini termasuklah produk yang menyenaraikan “minyak separa hidrogenasi” di dalam ramuannya kerana “minyak separa hidrogenasi” adalah nama lain bagi lemak trans.
  2. Pilih produk rendah lemak tepu dan rendah kolestrol, sebaik-baiknya kurang daripada 5% peruntukan harian. Lebih rendah nilai ini, lebih rendah kemungkinan pengambilan lemak trans.
  3. Penggunaan lemak monotaktepu (minyak zaitun, minyak canola) atau lemak politaktepu (minyak bunga matahari, minyak jagung) sekiranya resipi memerlukan lemak.
  4. Jangan menggunakan minyak masak lebih lagi sekali.
  5. Elakkan makanan yang mungkin mengandungi lemak trans, terutamanya kini ketika pemakluman kandungan lemak trans belum diimplementasi. Sebagai panduan am, elakkan makanan yang mengandungi marjerin, pastri atau biskut, makanan segera (kentang goreng, ayam goreng dan burger) makanan sejuk beku (pizza beku, nugget beku, pau).
  6. Makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran, gandum dan daging/daging ayam yang dibuang kulit dan lemak.

Beringatlah sebelum menikmati roti canai atau nasi lemak harian anda, sebelum terlambat.

Dr. Helmy Hazmi pakar perubatan komuniti serta pengkhususan dalam bidang Epidemiologi dan Biostatistik. Beliau kini bekerja di Sarawak. Kenali beliau dengan lebih lanjut di laman The Team. Artikel ini diterjemah dari artikel asal bertajuk The Evils of Trans Fat oleh Dr Hidayatul Radziah Ismawi.

Sumber Artikel 

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *