Home TIPS KURUS Bagaimana untuk Menghilangkan Lemak di Perut: 11 Langkah + Mengapa Ia Sangat Penting
Bagaimana untuk Menghilangkan Lemak di Perut: 11 Langkah + Mengapa Ia Sangat Penting

Bagaimana untuk Menghilangkan Lemak di Perut: 11 Langkah + Mengapa Ia Sangat Penting

0
2

Seringkali kita dengar sukar untuk hilangkan lemak di perut dan terdapat banyak nasihat di luar sana tentang bagaimanakah untuk menurunkan berat badan dengan cepat dan kadang kala sehingga kepada cara yang menggunakan sedikit sahaja usaha dan tenaga.

Disebabkan sebab utama anda untuk mempelajari bagaimanakah untuk menghilangkan lemat di perut adalah disebabkan oleh ingin bermegah-megah, terdapat juga banyak sebab dari segi kesihatannya yang menyebabkan anda perlu untuk merampingkan pinggang anda.

Sebagai contoh, lemak viseral  yang berbahaya  ia merupakan lemak yang akan berkumpul di kawasan perut anda dan akhirnya menyelaputi organ-organ penting anda meningkatkan risiko penyakit yang berbahaya termasuklah penyakit jantung, diabetes dan banyak lagi.

Bagaimana untuk Menghilangkan Lemak di Perut

Menurut satu laporan yang diterbitkan di dalam the Lancet, sehingga tahun 2005, secara globalnya “Berat badan berlebihan merupakan yang keenam faktor yang berisiko menyebabkan penyakit yang membebankan di seluruh dunia.

” Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan pada tahun 2005 lebih kurang terdapat seramai 1.6 juta otang di seluruh dunia yang mengalami berat badan berlebihan dan paling kurang seramaoi 400 juta golongan dewasa mengalami obesiti.

The National Institute of Diabetes and Digestive and Kidney Disorders (NIDDK) telah menyatakan bahawa obesiti yang melibatkan juga masalah lemak perut berlebihan boleh menyumbang kepada masalah-masalah kesihatan berikut :

  • Diabetes jenis 2.
  • Penyakit jantung koronari dan angin ahmar.
  • Sindrom metabolisme
  • Pernafasan berhenti ketika tidur (apnea).
  • Osteoartritis.
  • Penyakit pundi kencing.
  • Penyakit hati berlemak.
  • Komplikasi ketika hamil.

Sungguhpun begitu, kajian menunjukkan bahawa menghilangkan hanya 10 – 20 paun ( atau kira – kira 5 – 10% daripada jumlah berat badan anda) – termasuklah mencari jalan bagaimana untuk menghilangkan lemak di bahagian perut boleh memberikan perbezaan yang jelas bagi mengurangkan risiko daripada menghidapi penyakit-penyakit yang berbahaya tersebut.

Bagaimana & Mengapa Lemak di Perut Semakin Bertambah bagi Kebanyakan Orang

Jika anda merupakan salah seorang daripada golongan dewasa, menghilangkan lemak berlebihan di kawasan perut anda adalah satu halangan yang terbesar dalam proses menurunkan berat badan anda.

Anda mungkin telah mengalami pengalaman apabila melihat nombor-nombor pada skala penimbang menurun, namun anda masih lagi tidak melihat satu penurunan pada lemak yang ada di perut anda sebagaimana yang anda harapkan.

Ataupun, mungkin anda tergolong dalam jenis orang yang mudah berasa terharu dengan apa yang ada namun mengalami masalah dalam menerima nasihat berkenaan diet di luar sana. Maka, anda akhirnya tidak memulakan langsung langkah untuk menurunkan berat badan atau menyelesaikan masalah lemak di perut walaupun anda tahu anda memerlukannya demi kesihatan anda sendiri.

Tidak perlu disembunyikan lagi bahawa kadar obesiti telahpun meningkat sejak beberapa dekad sehingga kini dan kajian saintifik terus melakukan kajian untuk menyimpulkan tentang bagaimanakah dengan makan makanan yang diproses memiliki kaitan dengan pertambahan berat badan yang mana ia merupakan antara penyumbang kepada kebanyakan penyakit kronik.

Menurut the Center for Disease Control and Prevention (CDC), kadar obesiti antara tahun 1980 dan 2000 meningkat dua kali ganda dalam kalangan golongan dewasa dan kanak-kanak. Apa yang lebih memeranjatkan, jumlah ini telah meningkat tiga kali ganda dalam kalangan golongan remaja.

Mengapa Ramai Alamai Obesiti?

Mengapakah terlalu ramai orang yang semakin bertambah berat badannya, sungguhpun pelbagai usaha yang mereka telah lakukan? Tidak semua pakar bersetuju dalam hal apa yang perlu dilakukan untuk memperbetul semula “gejala obesiti” ini.

Kebanyakan mereka menyokong teori bahawa terdapat beberapa faktor utama yang perlu dipersalah atas peningkatan kadar pertambahan berat badan yang tidak sihat ini. Pergumpalan lemak viseral yang berbahaya ini (terutamanya lemak di perut yang anda mahu hilangkannya) dan obesiti biasa dikatakan sebagai “satu proses patologi yang kompleks menggambarkan satu interaksi dengan persekitaran dan genetik,” yang melibatkan :

  • Makan banyak makanan proses, dalam masa yang sama kurang makan sayur-sayuran segar. Perubahan besar yang berlaku pada akhir-akhir ini melibatkan pengambilan secara berlebihan makanan yang tinggi kalori termasuklah minyak sayuran yang diproses, minuman bergula, makanan segera dan semua jenis snek yang manis.
  • Peningkatan tahap tekanan dan jadual yang padat, bermakna kurangnya masa untuk menyediakan makanan dan tabiat yang sihat seperti tidur atau bersenam; makan banyak ketika tidak tenteram dan makan dengan menggunakan emosi.
  • Bagi sesetengah populasi, adalah menjadi satu kesukaran untuk mendapatkan makanan yang sihat. Hal ini didapati terdapat segolongan dalam satu-satu komuniti yang tidak berkepentingan kelihatan akan mengalami risiko yang lebih besar untuk menghidapi obesiti berbanding mereka yang hidup mewah jika dibandingkan dengan umur yang sama.
  • Ada juga yang disebabkan oleh faktor genetik, seperti diwarisi daripada seorang ibu kepada anaknya. Kajian kini telah menunjukkan bahawa melalu persekitaran ibu, tabitan dan dietnya ketika hamil boleh memberikan kesan kepada anaknya dari segi berat badan dan risiko untuk menghidapi penyakit-penyakit yang kronik.
  • Kurangnya aktiviti fizikal, termasuklah apabila seseorang itu bekerja dalam suasana yang tidak melibatkan aktiviti fizikal yang banyak.
  • Perubahan dalam paras toksiti di dalam tubuh badan serta proses neurobiologikal (seperti perembesan sesetengah hormon) yang mengawal pengambilan makanan.
  • Jaringan sosial. Kajian telah menunjukan bahawa kesan pertambahan berat badan berkait rapat dengan rakan-rakan, adik beradik dan pasangan.  Seseorang itu berisiko untuk mengalami obes meningkat sebanyak 57% sekiranya rakan karibnya juga mengalami obesiti. Manakala 40% sekiranya ada dalam kalangan adik beradiknya yang obes dan 37% sekiranya pasangannnya merupakan seorang yang obes.

Betapa Bahayanya Pergumpalan Lemak di Bahagian

Lemak viseral juga dikenali sebagai “lemak organ” atau “lemak intra-abdominal” dan ia merupakan sebab yang utama mengapa anda perlu mengetahui cara untuk menghilangkan lemak di perut. Lemak ini terdapat hampir dengan bahagian orang yang penting termasuklah hati, buah pinggang serta organ-organ pencernaan yang lain.

Hal ini bermakna adalah perlu untuk mengambil tahu tentang perkara ini. Lemak sebenarnya hampir menyerupai kepada satu organ dalam soal merembeskan sebatian-sebatian di dalam darah dan mengganggu paras hormon.

Apabila lemak disimpan berhampiran dengan organ-organ tersebut, adalah mudah kepada darah tersebut untuk memasuki salur darah dan mengalir ke seluruh badan. Maka, kesannya akan menyebabkan masalah seperti arteri tersumbat, hipertensi dan bahkan juga masalah yang berkaitan dengan fungsi metabolik di dalam badan.

Sesetengah hormon terlibat dalam perkumpulan lemak perut antaranya insulin, ghrelin, leptin dan kortisol. Berikut merupakan beberapa cara bagaimana gaya hidup moden kini boleh menyebabkan lemak tersebut mula bertambah :

  • Insulin merupakan hormon yang dirembeskan apabila kita mengambil karbohidrat. Ia membantu untuk mengeluarkan glukosa (gula) daripada salur darah dan membawanya masuk ke dalam sel untuk digunakan sebagai tenaga. Walaubagaimanapun, apabila terlalu banyak glukosa kekal berada di dalam darah, ia akan disimpan dan menjadi lemak badan.
  • Hormon selera, termasuklah ghrelin dan leptin berfungsi untuk mengawal lapar dan kenyang ketika sebelum, selepas dan antara dua waktu makan. Makan makanan yang dihasilkan secara kimia (boleh menyebabkan kelaparan), faktor genetik dan tekanan boleh menggangu kitaran selera.
  • Kortisol sering kali disebut sebagai “hormon tekanan” kerana kita akan merembeskannya lebih banyak apabila kita mengalami tekanan emosi dan fizikal. Walaupun kita memerlukan hormon ini untuk sesetengah fungsi utama, namun terlalu banyak kandungannya boleh menyebabkan perkumpulan lemak di sekeliling bahagian perut dan meningkatkan selera makan bagi sesetengah orang, menggangu kualiti tidur serta kesan-kesan negatif yang lain.

Adalah jelas berdasarkan daripada beratus-ratus kajian yang berbeza bahawa penurunan berat badan yang berkesan untuk jangka masa panjang yang mengurangkan lemak di bahagian perut adalah bergantung kepada perubahan kualiti diet, pengambilan kalori (tenaga), tabiat gaya hidup serta aktiviti fizikal juga.

Semua perubahan ini bukanlah suatu yang mudah untuk dilakukan, namun dalam tempoh masa yang tertentu, tabiat yang lebih sihat boleh menjadi mudah untuk diuruskan ditambah pula dengan usaha yang dilakukan untuk mengekalkannyaa sehingga membuahkan hasil yang memuaskan.

 11 Cara untuk Mengempiskan Perut Anda

1.Makan lebih banyak makanan pembakar lemak

Secara semula jadinya, langkah pertama untuk mengetahui bagaimanakah untuk menghilangkan lemak di bahagian perut anda adalah bermula dengan makanan. Makan makanan yang asli iaitu yang berasal daripada sumber semula jadi dan elakkan daripada makan makanan tiruan.

Makanan yang asli terdiri daripada makanan yang dimakan oleh manusia sepanjang sejarah seperti sayur-sayuran, buah-buahan, bijian, daging dan ikan, minyak zaitun , minyak kelapa dara  serta kekacang tanpa sebarang bahan kimia.

Makanan tiruan pula ialah apa yang anda perlu elakkan. Semua itu terdapat di pasar raya dan dalam bentuk pek, kotak, sejuk beku serta kaya dengan bahan-bahan penambah perisa dan pengawet yang anda tidak mahu ada di dalam tubuh badan anda.

  • Fokus untuk makan makanan yang asli terutamanya sayur-sayuran apabila anda berusaha untuk menghilangkan lemak di perut. Cara ini akan membantu anda bukan sahaja untuk menghilangkan lemak-lemak yang tidak diperlukan bahkan memberikan tubuh badan anda nutrien yang penting untuk memastikan fungsi-fungsi tubuh berjalan dengan baik. Percayakan saya, anda akan rasa dan lihat perbezaannya apabila anda melakukan perubahan dengan meniggalkan makanan tiruan kepada makanan yang sebenar.
  • Makan makanan yang sebenar juga akan membuatkan anda makan lebih banyak makanan berserat dan berkhasiat untuk mengawal selera makan anda, pencernaan, kesihatan jantung dan sebagainya. Para pengkaji obesiti telah menyatakan bahawa “meningkatkan pengambilan serat dalam diet dengan buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh dan kekacang merupakan langkah yang penting untuk mengelakkan gejala obesiti.”

Ketahui Klik Sini: Bagaimana OLIVIE membantu anda Membakar Lemak di Perut!!

2.Jauhi Gula, Cecair Berkalori dan Bijirin

  • Gula sebenarnya tidak baik untuk anda. Anda sudah tentu mahu elakkan daripada pengambilan gula apabila anda sedang berusaha untuk menghilangkan lemak di perut anda termasuk jugalah kandungan gula yang tersembunyi seperti susu lemak manis, jus atau snek yang dihasilkan daripada bijirin.
  • Jangan minum kalori anda! Minum banyak air kosong, teh herba atau air buah bersama hirisan lemon.
  • Kurangkan pengambilan bijirin (terutamanya yang telah diproses). Tidak semua bijirin tidak baik (terutamanya bijirin yang bertunas atau bijirin bebas gluten), namun ia tidak akan membantu anda untuk menurunkan berat atau memberi kesembuhan daripada satu-satu masalah kesihatan. Lebih baik, utamakan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang rendah gula serta tinggi kandungan seratnya.

3.Beringat ketika makan

Ia bermaksud:

  • Makan dengan perlahan supaya anda tidak terlalu makan berlebihan dan cepat.
  • Sentiasa sedar berapa banyak makanan yang anda makan untuk pastikan anda betul-betul kenyang bukan terlalu kenyang.
  • Makan ketika anda tidak berasa terganggu dan elakkan daripada melakukan banyak kerja.
  • Elakkan daripada makan ketika mengalami tekanan emosi dengan mengenal pasti cara yang lain untuk mengawal tekanan tersebut.
  • Makan dengan sihat berbanding hanya untuk menurunkan berat badan dengan cepat.

4.Berpuasa Secara Berselang seli

Mahu tahu bagaimanakah cara untuk menghilangkan lemak di perut? Maka inilah masanya untuk memperkenalkan tubuh badan anda kepada satu amalan berpuasa yang merupakan satu pendekatan yang terbaik untuk mengubah gaya hidup dan corak pemakanan dan ia bukanlah satu bentuk diet.

Tidak perlu kepada mengira kalori atau mengukur berapa banyak gram, hanya tumpukan kepada melanjutkan tempoh masa antara waktu makan makan sihat dengan diikuti dengan lemak sihat serta protein.

Terdapat pelbagai cara untuk mengamalkan puasa termasuklah: tidak mengambil sarapan, hanya makan apa yang anda gemari untuk tempoh lima hari sahaja dalam seminggu, hadkan pengambilan kalori atau tidak makan atau juga hadkan waktu makan anda hanya untuk tempoh enam hingga lapan jam sehari sahaja.

Antara kesan berpuasa terhadap perubahan hormon:

  • Ia memberikan kesan terhadap hormon pertumbuhan manusia yang membolehkan otot-otot diperbaiki dengan lebih cepat.
  • Ia mungkin boleh memperlahankan proses penuaan.
  • Ia membantu untuk meregulasi paras insulin yang merupakan kunci kepada mereka yang menghidapi masalah diabetik atau obes.
  • Boleh mempertingkatkan proses detoksifikasi dan membantu tubuh badan menggunakan glukosa dengan lebih berkesan.
  • Membantu mengurangkan pengambilan kalori.

4.Senaman HIIT

Salah satu daripada cara yang berkesan untuk menghilangkan lemak yang tidak diperlukan ialah dengan melakukan senaman pembakar lemak atau dikenali sebagai HIIT workouts. Senaman yang melibatkan pergerakan yang banyak telah terbukti menjadi satu cara yang terbaik untuk membakar lemak dalam tempoh masa yang singkat dan juga membantu meningkstkan prestsi atlet dalam pelbagai bidang.

High-intensity interval training (HIIT) menggabungkan senaman yang pendek, memenatkan dengan fasa pemulihannya yang perlahan diulangi untuk satu tempoh 15-20 minit. Ia dilakukan pada kadar 85-100% denyutan nadi seseorang berbanding 50-70% dalam aktiviti kecergasan yang sederhana.

Kebanyakan orang tidak menyedari bahawa bebanan kardio/senaman aerobik sebenarnya boleh melonggarkan sendi-sendi, meningkatkan hormon tekanan (termasuklah kortisol) dan menyebabkan rasa penat . Cara yang lebih baik ialah untuk menukar-nukarkan jenis dan bilangan senaman yang anda lakukan, melakukannya dengan kuat namun untuk satu tempoh masa yang pendek (seperti TABATA) dan sebagainya untuk memberikan kekuatan kepada sistem kardiovaskular.

5.Mengurangkan Tekanan

Tekanan kronik telah dialami sejak dahulu lagi dan ia bukan sahaja bahaya meningkatkan risiko sakit jantung, diabetes, masalah mental dan penyakit autoimun  namun ia juga dikaitkan dengan penambahan berat badan serta tabiat makan yang tidak baik.

Tekanan memberikan tanda-tanda dalam pelbagai cara tanpa anda sedari:

  • Meningkatkan paras hormon tekanan “kortisol”.
  • Menyebabkan paras gula dalam darah meningkat.
  • Mengubah selera makan.
  • Menggangu proses pencernaan biasa.
  • Mengganggu cara kelennjar tirod dan hormon bekerja.

Semua ini bergantung kepada sistem metabolisme anda serta keupayaan untuk mengawal paras lemak badan. Jika anda banyak mengalami tekanan dalam hidup anda (daripada tempat kerja, kurang tidur, masalah perhubungan, kewangan dan lain-lain), kajian telah menunjukkan bahawa anda boleh menanganinya dengan melakukan aktiviti penenang tekanan seperti senaman berkala, bermeditasi, meluangkan masa untuk aktiviti luar dan melakukan hobi.

6.Dapatkan tidur yang cukup

Kekurangan tidur juga sering kali menjadi faktor utama yang menyebabkan pertambahan lemak di bahagian perut anda dan pakar telah mengatakan bahawa “tidur yang baik merupakan sebahagian daripada pendekatan untuk mengelakkan obesiti yang penting.”

Cara yang mudah untuk menghilangkan lemak di bahagian perut anda? Dapatkan tidur yang secukupnya boleh meregulasi hormon tekanan anda, mengawal selera makan anda dengan lebih baik, memberikan lebih banyak tenaga untuk melakukan aktiviti fizikal boleh mengurangkan keinginan anda terhadap manis manisan dan akan mengurangkan tabiat makan mengikut emosi.

7.Cuba Diet Rendah Karbohidrat atau Diet Ketogenik

Penurunan berat badan tidaklah semudah “kalori masuk vs kalori keluar.” Perubahan terhadap jenis kalori yang anda makan juga boleh meningkatkan penurunan berat badan dan mengurangkan lemak di perut.

Satu diet ketogenik merupakan diet rendah karbohidrat yang tegas dan mengandungi makanan yang mengandungi lemak dan sesetengah protein. Mengurangkan pengambilan karbohidrat boleh membantu tubuh badan untuk membakar lemak yang tersimpan untuk digunakan sebagai tenaga yang biasanya berlaku dengan cepat.

Cara ini mungkin kelihatan terlalu ekstrem untuk anda, kitaran karbohidrat merupakan pilihan yang lain, yang mana menggilirkan hari-hari pengambilan makanan rendah karbihidrat dengan pengambilan makanan tinggi karbohidrat untuk memastikan lapar dan penat sentiasa seimbang.

8.Dapatkan Makanan yang Meningkatkan Metabolisme

  • Lada cayenne: Lada pedas yang akan meningkatkan kadar denyutan jantung anda, menjadikan anda berpeluh dan juga meningkatkan metabolisme. Ia juga merupakan makanan yang terbaik untuk mengurangkan keradangan dalam tubuh badan anda. Capsaicin yang terkandung dalam lada tersebut boleh meningkatkan kalori yang dibakar. Satu kajian daripada the British Journal of Clinical Nutrition mendapati bahawa apabila peserta mengambil lada ini untuk memperbaiki berat badan, oksidasi lemak telah meningkat. Capsaicin juga boleh merangsang untuk penghasilan AMPK, yang membantu kepada pemecahan lemak lebih banyak. Tambahkan lada cayenne ke dalam resipi anda untuk lebih pembakaran lemak atau cuba juga minuman detoks yang mengandungi lada ini juga.
  • Teh Hijau Matcha: Apabila ia melibatkan peningkatkan metabolisme dan membantu menurunkan berat badan, sains telah menunjukkan bahawa dengan minum teh ini untuk tempoh 12 minggu boleh mengurangkan lemak badan.
  • Rumpai wakame: Anda mungkin tidak pernah mengetahui tentang makanan yang berasal dari Jepun ini. Dalam satu kajian di Hokkaido University yang diketuai oleh pengkaji Kazuo Miyashita, seorang pemegang PhD, focoxanthin yang terkandung di dalam wakame telah menunjukkan ia mampu untuk membakar sel-sel lemak di dalam haiwan. Fucoxanthin melawan lemak melalui dua cara: pertama, ia menggalakkan tindakan protein, UCP1 yang menyebabkan oksidasi lemak dan juga termasuk dalam bentuk lemak yang meliputi organ. Kedua, fucoxanthin membantu penghasilan DHA oleh hati. Peningkatan DHA yang merupkan satu jenis asid lemak boleh membantu mengurangkan kolestrol jahat atau LDL.

9.Senaman ABS yang berkala

Kebanyakan jurulatih persendirian mahupun atlet telah bersetuju bahawa kualiti diet anda merupakan perkara no 1 untuk menghilangkan lemak di bahagian perut anda. Apabila anda telah memperbaiki tabiat pemakanan anda, senaman abs hanyalah sekadar tambahan sahaja.

Lakukan 2 hingga 4 senaman abs seminggu boleh menguatkan bahagian perut anda dan juga membantu untuk menghilangkan lemak di samping diikuti dengan diet yang baik, tidur yang cukup serta kawalan tekanan.

10.Melakukan senaman dengan perut kosong

Sungguhpun ia bukanlah idea yang terbaik untuk semua orang seperti bagi mereka yang makan malam awal atau berasa lemah dan pening apabila melakukan senaman dengan perut kosong tindakan bersenam dengan keadaan perut kosong seolah-olah tidak memberikan sebarang manfaat daripadanya.

Ia mungkin membantu meningkatkan tindak balas anda terhadap insulin, memastikan pengambilan kalori yang rendah, meningkatkan prestasi anda dan meningkatkan pembakaran lemak untuk tenaga ketika bersenam.

Walaubagaimanapun, terdapat juga risiko pembakaran lemak melalui otot berbanding glukosa yang tersimpan yang mana merupakan perkara yang terakhir anda mahu apabila melakukan senaman yang berkala.

Semua orang akan merasai kesannya yang berbeza-beza namun kajian telah menyatakan bahawa bersenam dengan perut yang kosong mungkin berkesan untuk tempoh masa yang pendek namun tidaklah sebaik melakukan senaman yang lebih lama.

11.Pelan “Menghilangkan Lemak Perut Saya.”

  • Kurangkan pengambilan kalori daripada bijirin, gula, minuman dan karbohidrat proses. Makan lebih banyak sayur-sayuran, beri, anggur, kacang, bijian, daging organik dan produk tenusu asli.
  • Kurangkan saiz hidangan anda, berhenti makan apabila anda sudah berasa kenyang, jangan makan ketika sedang tertekan dan amalkan tabiat pemakanan yang berhemah.
  • Tidur 7-9 jam setiap malam. Uruskan tekanan dan dapatkan rehat yang cukup untuk mengurangkan kandungan kortisol.
  • Bersenam sekurang-kurangnya beberapa kali seminggu, lakukan latihan fizikal.
  • Tambahkan juga makanan pembakar lemak seperti lada cayenne, rumpai dan teh hijau matcha ke dalam diet anda.

Langkah Berjaga-jaga Ketika Menghilangkan Lemak Perut

Adalah baik untuk difikirkan terdapat satu pendekatan yang boleh digunakan untuk semua orang namun ia bukanlah semudah yang disangka. Terdapat pelbagai pemboleh ubah yang terlibat apabila melibatkan menghilangkan lemak di bahagian perut ini seperti faktor genetik, kesihatan, jenis senaman yang dilakukan, sejarah perubatan, hormon, umur, jantina dan sebagainya.

Selain daripada jenis senaman apakah yang diperlukan dan diet bagaimanakah yang anda pilih untuk menurunkan berat badan, terdapat beberapa perkara yang penting untuk semua orang:

  • Sentiasa memastikan tubuh badan anda kekal hidrasi sebelum, semasa dan selepas melakukan senaman.
  • Urus tekanan dalam hidup anda dengan cara yang berkesan untuk diri anda.
  • Ambil perhatian terhadap perbezaan tabiat dan kesannya terhadap paras tenaga anda.
  • Ketahui apakah yang membuatkan anda berasa gembira dan tidak beras penat.
  • Ketahui punca yang membuatkan anda mahukan makanan ringan.
  • Ketahui waktu tidur anda.
  • Mendapatkan nasihat daripada pakar sekiranya anda merasai tanda-tanda amaran tentang masalah kesihatan yang serius.

Rumusan

  • Menghilangkan lemak di perut bukan sahaja bertujuan untuk mendapatkan penambilan yang lebih baik, namun ia juga memiliki faedah kesihatan termasuklah mengurangkan risiko diebetes, penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan sebagainya.
  • Beberapa faktor penting yang perlu dipersalahkan ialah kurangnya aktiviti fizikal, banyak makan makan proses, makan banyak, kurang tidur, toksiti dan tekanan.
  • Beberapa cara yang sihat dan berkesan termasuklah makan makanan yang segar, banyak memasak sendiri, tidur dengan cukup dan lakukan senaman HIIT beberapa kali seminggu.

Secara kesimpulannya untuk membakar lemak di perut kembali kepada asasnya adalah 80% adalah kualiti makanan yang anda ambil dan amalkan serta senaman hanya 20% menyumbang dalam mengurangkan lemak di perut.

Perlu ingat pemakanan seharian adalah sangat penting dalam proses menurunkan lemak di perut dan berat badan secara keseluruhannya.

Perut Buncit itu seksi atau tanda awal penyakit?anda Pilih yang mana anda nak ?

Jika artikel ini berkesan dan memberi manfaat sila kongsikan dan berikan komen supaya saya dapat membantu anda semua.

Comment(2)

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *