Home TIPS KURUS Bagaiman Minyak Kelapa Dara Boleh Membantu Anda Menurunkan Berat Badan Dan Menghilangkan Lemak Perut?
Bagaiman Minyak Kelapa Dara Boleh Membantu Anda Menurunkan Berat Badan Dan Menghilangkan Lemak Perut?

Bagaiman Minyak Kelapa Dara Boleh Membantu Anda Menurunkan Berat Badan Dan Menghilangkan Lemak Perut?

0
0

Minyak kelapa dara merupakan sejenis lemak yang dapat menurunkan berat badan. Ia mengandungi satu kombinasi yang unik antara asid lemak dengan beberapa kesan yang penting dalam proses metabolisme. Beberapa kajian menunjukkan bahawa hanya dengan menambahkan minyak kelapa ke dalam diet anda sahaja anda boleh menghilangkan lemak khususnya lemak berbahaya yang ada di kawasan abdomen anda.

Maka, artikel ini akan cuba mengupas isu bagaimana minyak kelapa dara boleh membantu anda menurunkan berat badan serta menghilangkan lemak perut.

Bagaiman Minyak Kelapa Dara Boleh Membantu Anda Menurunkan Berat Badan Dan Menghilangkan Lemak Perut?

Minyak kelapa kaya dengan Trigliserida Rantaian Sederhana (Medium Chain Triglycerides) iaitu sejenis asid lemak yang dapat meningkatkan metabolisme berbanding kebanyakan lemak yang lain. Memandangkan kebanyakan makanan mengandungi asid lemak rantaian panjang, minyak kelapa pula sebaliknya.

Apa yang berbeza anda keduanya adalah kedua-duanya mengalami proses metabolisme yang berbeza.

Ia dihantar terus ke hati dari saluran pencernaan di mana ia samada digunakan terus sebagai tenaga atau ditukarkan kepada keton. Lemak ini kebiasaannya digunakan oleh pesakit epiliptik memandangkan mereka mengamalkan diet ketogenik bagi meningkatkan paras keton dalam masa yang sama mengambil lebih sedikit karbohidrat dalam diet.

Terdapat juga bukti daripada kajian terhadap haiwan yang mengatakan bahawa lemak rantaian sederhana ini disimpan secara kurang efisyen berbanding lemak yang lain. Manakala terdapat satu kajian yang lain, di mana tikus telah diberikan makan secara berlebihan dengan lemak rantaian panjang atau sederhana.

Didapati bahawa tikus yang diberikan lemak rantaian sederhana mengalami bertambahan berat badan sebanyak 20% lebih rendah dan 23% lebih sedikit lemak badan.

Bagaimanakah Minyak Kelapa Dara boleh meningkatkan Metabolisme dan Membolehkan Anda Membakar Lebih Banyak Kalori Ketika Rehat

Sesuatu kalori tidak semestinya merupakan kalori. Lain-lain makanan dan makronutrien melalui pelbagai proses metaboliknya. Perbezaan makanan yang kita makan juga boleh memberikan kesan yang besar terhadap hormon dan kesihatan metabolik kita.

Sesetengah laluan metabolik itu bersifat lebih efisen berbanding yang lain. Manakala sesetengah makanan pula memerlukan lebih banyak tenaga untuk dicernakan dan mengalami proses metabolisme. Antara salah satu ciri utama bagi minyak kelapa ialah ia bersifat “termogenik” iaitu memakannya akan meningkatkan penggunaan tenaga kita (pembakaran lemak) jika dibandingkan dengan jumlah kalori daripada lemak yang lain.

Dalam satu kajian, 15-30 gram (1 hingga 2 sudu makan) lemak rantaian sederhana setiap hari boleh meningkatkan penggunaan tenaga sebanyak 5% kira-kira sebanyak 120 kalori setiap hari. Manakala kajian lain juga telah mengesahkan penemuan ini.

Apabila manusia menggantikan lemak yang mereka ambil dengan lemak rantaian sederhana ini, mereka akan dapat membakar lebih banyak kalori. Sungguhpun begitu, kalori daripada minyak kelapa tidaklah sama denan kalori yang ada dalam minyak zaitun atau mentega (walaupun kedua-duanya merupakan sumber lemak yang menyihatkan juga).

Minyak Kelapa Dara Boleh Mengurangkan Selera Makan, Menjadikan Anda Makan Sedikit

“Penurunan berat badan adalah berkaitan dengan kalori yang diambil dan dikeluarkan.” Walaupun bagi saya kenyataan ini bersifat terlalu umum, namun ia masih lagi benar. Sekiranya tubuh badan anda menggunakan lebih banyak tenaga (kalori) daripada kalori yang diambil, maka anda sememangnya dapat mengurangkan lemak.

Namun, sungguhpun adalah benar untuk kita mengurangkan kalori bagi menurunkan berat badan, ia tidak bermakna bahawa kalori itu merupakan suatu benda yang perlu dikira secara teliti dan perlu diawasi.

Manusia sangat berupaya untuk kekal kurus dan sihat dalam suasana yang biasa. Adapun masalah obesiti pula bermula sejak tahun 1980 dan kita bahkan tidak tahu apakah itu kalori ketika itu. Apa-apa sahaja yang mengurangkan selera makan kita boleh mengurangkan kalori kita tanpa perlu memikirkan tentangnya. Ia terjadi melalui pengambilan minyak kelapa.

Banyak kajian terhadap rantaian asid lemak sederhana yang menunjukkan bahawa apabila dibandingkan dengan jumlah yang sama kalori daripada lemak jenis yang lain, ia dapat meningkatkan rasa kenyang dan secara tidak langsung membawa kepada pengurangan secara automatik terhadap pengambilan kalori.

Hal ini sangat berkait rapat dengan cara lemak ini dimetabolismekan. Adalah diketahui bahawa jisim-jisim keton (yang dihasilkan oleh hati apabila anda makan minyak kelapa) boleh bertindak sebagai pengurang selera makan yang berkesan.

Tidak kiralah apa jua mekanismenya, ia tetap berkesan. Dalam satu kajian terhadap 6 orang lelaki yang sihat, pengambilan lemak rantaian sederhana dalam jumlah yang banyak boleh menyebabkan mereka secara automatik makan sebanyak 256 kalori lebih sedikit setiap hari.

Dalam satu kajian yang lain pula terhadap 14 orang lelaki yang sihat, mereka yang mengambil makanan yang terdiri daripada lemak rantaian sederhana ini menunjukkan bahawa mereka akan makan sedikit kalori pada waktu makan tengah hari.

Jadi, dapat dikatakan bahawa minyak kelapa ini dapat bertindak bagi mempercepat pembakaran lemak (meningkatkan kalori yang keluar) dan ia juga dapat mengurangkan selara makan (mengurangkan kalori yang masuk).

Minyak Kelapa Dara Boleh Membantu Anda Mengurangkan Lemak Terutamanya Lemak Abdominal yang “Berbahaya”.

Jika minyak kelapa dara boleh meningkatkan metabolisme dan mengurangkan selara makan, maka ia sepatutnya dapat membantu anda mengurangkan kandungan lemak dalam tempoh masa yang panjang. Hakikatnya terdapat beberapa kajian yang mendokong perkara ini. Dalam satu kajian, seramai 40 orang wanita telah diberikan samada 30 gram (2 sudu makan) minyak kelapa atau minyak kacang soya selama 28 hari.

Mereka semua diarahkan untuk makan kalori secara sedikit dan berjalan setiap hari. Berikut merupakan hasilnya:

Kedua-dua kumpulan tersebut telah didapati mengalami penurunan berat badan (kira-kira 2 paun). Hanya kumpulan yang diberikan minyak kelapa sahaja didapati telah mengalami pengurangan ukur lilit pinggang manakala kumpulan yang diberikan minyak kacang soya pula didapati mengalami sedikit pertambahan.

Kumpulan yang telah diberikan minyak kelapa didapati telah mengalami peningkatan jumlah kolestrol baik manakala kumpulan yang diberikan minyak kacang soya pula telah mengalami penurunan kolestrol baik (HDL) dan mengalami peningkatan kolestrol jahat (LDL).

Dalam kajian ini, minyak kelapa tidaklah membawa kepada penurunan berat badan secara menyeluruh jika dibandingkan dengan minyak kacang soya. Namun, ia telah membawa kepada pengurangan secara signifikan terhadap lemak di bahagian perut.

Dalam kajian yang lain pula melibatkan kumpulan lelaki yang obes, sebanyak 30 gram minyak kelapa telah diberikan selama 4 minggu dan telah mengurangkan ukur lilit pinggang sebanyak 2.86 cm atau 1.1 inci. Terdapat juga kajian yang menunjukkan bahawa lemak rantaian sederhana ini membawa kepada penurunan berat badan, mengurangkan ukur lilit pinggang dan pelbagai lagi kesan yang meningkatkan kesihatan metabolik.

Kesan penurunan berat badan melalui pengambilan minyak kelapa ini didapati sedikit sahaja namun tidak bagi lemak di bahagian abdomen.

Lemak di bahagian abdomen juga dikenali sebagai lemak viskeral atau lemak perut. Ia merupakan lemak yang terkumpul di sekeliling organ anda dan boleh menyebabkan keradangan, diabetes dan penyakit jantung. Pengurangan lemak di kawasan ini sebenarnya memberikan kesan yang positif terhadap kesihatan metabolik anda, memanjangkan usia dan dapat mengurangkan risiko penyakit kronik secara drastik.

Semua ini bukan main-main dan bahkan betapa ramai orang yang menambahkan minyak kelapa ke dalam diet mereka.

Digabungkan bersama strategi penurunan berat badan (seperti mengurangkan pengambilan karbohidrat dan meningkatkan pengambilan protein), semua ini boleh membantu. Maka, minyak kelapa boleh membawa kepada penurunan berat badan yang menyihatkan namun jangan pula mengharapkan ia hanya akan terjadi dengan sendiri sahaja.

Bagaimana Dengan Kalori?

Adalah penting untuk sentiasa ingat bahawa minyak kelapa merupakan sejenis lemak. Lemak memiliki 9 kalori bagi setiap gram dan minyak kelapa juga tidak terkecuali. Sungguhpun begitu, sekiranya anda makan makanan dengan jumlah kalori yang tetap dan tambahkan sedikit minyak kelapa, ia akan membuatkan anda bertambah berat dan bukannya mengurangkannya.

Walaupun begitu, kebanyakan orang tidak mengira jumlah kalori dan makan kalori dengan jumlah yang tetap setiap hari.

Dalam kes ini, menambahkan minyak kelapa ke dalam diet anda boleh mengurangkan selera makan anda dan kebarangkalian dapat membuatkan anda makan makanan lebih sedikit. Maka, ia bukanlah berkaitan dengan penambahan kalori lemak ke dalam diet anda, bahkan ia melibatkan menggantikan sesetengah daripada lemak masakan anda kepada minyak kelapa.

Ia juga penting untuk tidak terlalu memikirkan bahawa anda perlu menambahkan banyak minyak kelapa ke dalam diet anda untuk mendapatkan khasiatnya. Kesemua kajian di atas telah menggunakan kira-kira 30 gram setiap hari yang bersamaan dengan 2 sudu makan.

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *