Home TIPS KESIHATAN Apakah Itu Radikal Bebas Dan Apakah Kesan Kerosakan Radikal Bebas
Apakah Itu Radikal Bebas Dan Apakah Kesan Kerosakan Radikal Bebas

Apakah Itu Radikal Bebas Dan Apakah Kesan Kerosakan Radikal Bebas

0
0

Antioksidan, skor ORAC, radikal bebas dan tekanan oksidatif: Apakah itu radikal bebas? Semua ini telah mula hangat diperkatakan sebaik sahaja isu-isu berkenaan kesihatan mula diambil perhatian serius. Mungkin anda baru sahaja telah mengetahui tentang suplimen anti-oksidan bernama bandwagon atau mungkin anda masih lagi keliru dengan penggunaan antioksidan ini secara bebas, sehingga membuatkan anda tidak pasti samada ia selamat atau berkesan?

Apakah Itu Radikal Bebas

Ramai orang telah mengetahui bahawa makanan yang mengandungi antioksidan boleh melindungi kita daripada keosakan radikal bebas, yang menyebabkan kesan-kesan penuaan baik kepada tubuh badan dan juga minda kita. Namunm apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan radikal bebas itu? Mengapakah ia tidak baik untuk kesihatan dan dari manakah ia datang?

Apabila paras antioksidan dalam tubuh badan lebih rendah berbanding radikal bebas ini, disebabkan oleh faktor kekurangan nutrisi atau kemasukan banyak toksin, sistem imun akan mula menjadi terbeban dan penuaan pun terjadil lebih pantas.

Bagi mengetahui cara yang terbaik untuk melindungi diri anda daripada masalah kesihatan yang berkaitan dengan radikal bebas ini, adalah perlu untuk anda memahami bagaimanakah jenis tabiat gaya hidup atau pilihan diet anda kerana kedua-duanya menyebabkan bahan ini mula terkumpul.

Seperti mana yang anda akan pelajari kemudian, satu diet yang kaya dengan pelbagai jenis makanan berasaskan tumbuhan diikuti dengan senaman dan pengurangan tekanan, semua ini akan membantu bagi menyongsangkan proses oksidatif yang memusnahkan itu.

Radikal Bebas Bagaimanakah Ia boleh Menyebabkan Kerosakan?

Definisi bagi radikal bebas ialah “molekul yang tidak memiliki cas (kebiasaannya sangat reaktif dan berhayat pendek) serta tidak memiliki pasangan elektron valance.” Menurut the Pharmacognosy Review, “ia merupakan sejenis oksigen dan nitrogen yang reaktif dan dijanakan oleh tubuh badan kita melalui pelbagai proses dalaman, pendedahan kepada keadaan psikokimia atau keadaan patologi.”

Radikal bebas boleh menjadi membahayakan namun pengasilannya di dalam badan sudah tentu merupakan suatu perkara yang biasa. Selain daripada menjadi penyebab kepada proses penuaan, radikal bebas ini juga penting dalam sistem imun. Tubuh badan kita menghaislkan radikal bebas ini akibat daripada tindak balas sel, metabolisme makanan, pernafasan dan juga fungsi-fungsi yang lain.

Hati menghasilkan dan menggunakan radikal bebas ini untuk proses detoksifikasi, manakala sel darah putih akan menghantar radikal bebas ini untuk memusnahkan bakteria, virus dan sel yang telah rosak.

Radikal Bebas Ini Berbahaya Ke?

Jadi, mengapakah radikal bebas ini dikatakan sebagai berbahaya pula? Sebagaimana yang dijelaskan oleh Dr. Stephen Byrnes, radikal bebas merupakan molekul-molekul yang tidak stabil, bermakna ia sering kali mencari komponen kimia daripada sel yang lain namun dalam masa yang sama ia sendiri tidak memilikinya.

Elektron wujud secara berpasangan manakala radikal bebas pula kehilangan satu elektron. Ini merupakan senjata baginya: Ia akan bertindak balas dengan apa sahaja yang ia temui, merompak sel serta sebatian bagi salah satu daripada elektron sel tersebut.

Proses ini akan menyebabkan sel yang dirompak tersebut tidak dapat berfungsi dengan normal dan akhirnya mencuri sel yang lain pula sehingga menyebabkan wujudnya satu rantaian tindak balas dalam tubuh badan dan akhirnya kandungan radikal bebas pun bertambah. Sistem imun pula menjadi tidak mampu mengawal dan mengatasi keadaan ini sehingga akhirnya menyebabkan kemusnahan sel-sel dan tisu-tisu yang sihat.

Apakah Itu “Tekanan Oksidatif,” dan Bagaimana Antioksidan Mengatasinya?

Radikal bebas sememangnya berbahaya dan usia tubuh badan kita mula menua disebabkan ia merosakkan DNA, membran sel, lipid(lemak) dan juga enzim. Secara normalnya, radikal bebas ini  atau sering kali dirujuk sebagai oksiden reaktif dan nitrogen reaktif – berada dalam tubuh badan secara seimbang dengan antioksidan. Namun, apabila keseimbangan ini terganggu disebabkan oleh pengambilan antioksidan yang rendah dan pengumpulan radikal bebas yang mempercepat proses penuaan untuk berlaku.

Kerosakan yang dilakukan oleh radikal bebas dalam tubuh badan ini dikenali sebagai pengoksidaan.

  • Proses pengoksidaan ini merupakan proses yang sama berlaku kepada buah epal yang menjadi coklat atau yang mengaratkan logam. Jumlah pengoksidaan dalam tubuh badan diukur dengan tekanan oksidatif.
  • Semakin tinggi paras tekanan oksidatif boleh menjejaskan organ dan sistem dalam tubuh badan. Bahkan juga ia turut berkaitan dengan penyakit Alzheimer, arteriosclerosis, kanser dan serangan jantung. Selain daripada pempercepat proses penuaan, asma, diabetes dan sindrom kebocoran perut. Tekanan oksidatif dipercayai membawa kepada pembentukan penyakit kronik yang membunuh golongan dewasa kini terutamanya penyakit jantung, kanser dan diabetes.
  • Pengoksidaan ini menjadi asas kepada pembentukan radikal bebas yang merosakkan sel, otot, tisu, organ dan sebagainya.

Antioksidan melawan radikal bebas disebabkan oleh ia bertindak sebagai “tentera yang mengorbankan dirinya.” Sebagai mana yang dijelaskan oleh Byrnes, antioksidan mendermakan satu elektron kepada radikal bebas ini untuk “menenangkan” mereka .

Baca Sini :Olivie Plus 30x dengan 3o kali ganda AntiOksida

Tubuh badan kita menggunakan antioksidan untuk mengurangkan kesan daripada radikal bebas ini manakala diet kita pula memberikan kita alat untuk melakukannya. Glutathione merupakan antara antioksidan yang utama dan penting di mana ia menjadi senjata utama kepada hati. Ia dihasilkan daripada asid amino cysteine, glycine dan asid glutamik.

Antara antioksidan yang biasa anda ketahui seperti vitamin A, C dan E, beta-carotene; bioflavonoid; CoQ10; selenium, dan zink. Kuprum dan manganese juga memainkan peranan dalam menghasilkan antioksidan.

Banyak juga bahan pitokimia yang berasal daripada tumbuh-tumbuhan memainkan peranan sebagai antioksidan juga. Sebagai contoh lycopene, tannins, phenols, lignans atau quercetin sungguhpun tubuh badan tidak menghasilkannya sendiri. Semua ini berupaya untuk mengurangkan keradangan dan kesan-kesan daripada pengoksidaan.

Berikut merupakan beberapa peranan antioksidan:

  • Antioksidan asid lipoic membaiki enzim yang penting dalam tubuh badan.
  • Melatonion merupakan antioksidan yang penting berkaitan dengan kitaran tidur dan jaga.
  • Kolestrol juga memiliki faedah antioksidan. Kolestrol HDL yang baik juga kadang kala bertindak sebagai antioksidan yang berkuasa untuk membaiki salur darah yang rosak dan mengurangkan pengoksidaan. Ia bermakna pertambahan oksigen berbanding kolestrol jahat “LDL”. Ia membantu untuk menghentikan pembinaan plak lemak pada dinding arteri dan membiarkan darah terus mengalir ke jantung.

Keupayaan kita untuk menghasilkan antioksidan dalam tubuh badan berkurangan seiring dengan usia menurut Dr. Donald Hensrud. Puncanya ialah antioksidan sering kali bertindak sebagai sebatian “anti penuaan” di mana ia membantu untuk melindungi kita daripada penyakit yang melibatkan pertambahan usia. Oleh kerana kita tidak mampu untuk menghentikan proses penuaan secara sepenuhnya, diet yang mengandungi makanan antioksidan yang tinggi mampu menjadikan usia lebih panjang dan lebih sihat.

Sumber Utama Radikal Bebas

Jadi, apakah yang menyebabkan kemunculan radikal bebas ini? Secara umumnya adalah disebabkan oleh gaya hidup cara yang dipenuhi dengan makanan proses, kekurangan makanan yang menyihatkan, pergantungan kepada ubat-ubatan serta antibiotik, pengambilan alkohol atau dadah, pencemaran persekitaran dan tahap tekanan yang tinggi.

Radikal bebas ini muncul kesan daripada proses pengoksidaan dan apabila toksin dipecahkan di dalam badan. Hati pula menghasilkan radikal bebas ini dengan cara memecahkan sebatiannya dan akhirnya membuangnya keluar.

Sumber utama Radikal Bebas antaranya ialah:

  • Fungsi biasa tubuh badan seperti pernafasan dan pencernaan.
  • Pendedahan kepada radiasi.
  • Pendedahan kepada pencemaran.
  • Penggunaan rokok atau tembakau, dadah dan alkohol.
  • Penggunaan sesetengah ubat-ubatan seperti antibodi yang membawa kepada rintangan antibodi.
  • Diet yang tidak seimbang termasuklah pengambilan lemak yang tidak sihat, terlalu banyak gula, racun serangga ataupun penambah perisa sintetik. Banyak makanan proses mengandungi lemak yang teroksida di mana ia akan menambahkan lagi radikal bebas dalam tubuh badan. Kandungan gula dan pemanis yang berlebihan juga merupakan sumber lain yang membantu kepada pertumbuhan radikal bebas sehingga membawa kepada proses penuaan, pertambahan berat badan dan keradangan.
  • Tekanan yang tinggi dengan pertambahan hormon seperti kortisol juga boleh menjana radikal bebas.

Sudah faham apa itu radikal bebas? Jadi kita perlu amalkan pemakanan yang sihat dengan senaman yang konsisten serta menjauhi punca kepada radikal bebas ini.

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *