Home TIPS KESIHATAN Hypothyroidism : Apakah Itu Hypothyroidism Dan Puncanya
Hypothyroidism : Apakah Itu Hypothyroidism Dan Puncanya

Hypothyroidism : Apakah Itu Hypothyroidism Dan Puncanya

0
0

Apakah itu hypothyroidism (hipotirodisme) dan puncanya terjadi . Hypothyroidism ialah satu keadaan yang berkaitan dengan kelenjar tirod yang tidak dapat menghasilkan hormon tirod dengan baik. Kelenjar tirod kebiasaannya akan membebaskan banyak hormon yang penting bagi keperluan fungsi badan. Maka, ganguan terhadap fungsi tirod akan menyebabkan pelbagai masalah kesihatan yang lain.

Menurut kepada sesetengah penganggaran, 40% daripada populasi manusia mengalami kegagalan fungsi tirod. Golongan wanita terutamanya wanita yang berusia lebih mudah untuk mengalami gejala hypothyroidism.Mereka yang berusia atau yang menghidapi penyakit autoimun – seperti diabetes jenis -1, reumatiod arthritis dan penyakit seliak sebagai contoh merupakan terdedah kepada risiko yang tinggi.

Antara simptom hipotirodisme adalah perubahan metebolisme, fungsi jantung, pencernaan, tenaga, selera makan, tidur, perasaan – bahkan juga pertumbuhan rambut, kulit dan kuku.

Apakah itu Hypothyroidism Dan PuncaNya Serta Simptom

Langkah pertama untuk merawat hipotirodisme ialah dengan cara menghilangkan kesan-kesan dan penyebab-penyebab kepada kegagalan fungsi tirod seperti keradangan, penggunaan ubat-ubatan secara berlebihan, kekurangan nutrien dan perubahan hormon disebabkan oleh tekanan perasaan.

Diet hipotirodisme akan mengeluarkan makanan-makanan yang menjadi punca kepada keradangan dan reaksi imun dan melalui diet ini akan lebih mengutamakan makanan-makanan yang dapat membantu merawat saluran pencernaan, menyeimbangkan hormon dan mengurangkan keradangan.

Sebelum saya membincangkan cara-cara rawatan semula jadi untuk merawat hipotirodisme dan dietnya, anda mestilah perlu memahami dengan baik punca-punca penyebab berlakunya hypothyroidism serta simptom-simptomnya sekali.

9 Punca Penyebab Hypothyroidism

1.Keradangan tirod

Antara punca yang biasa menjadi penyebab kepada hipotirodisme dalam kalangan masyarakat di negara-negara membangun ialah satu keadaan yang dikenali sebagai Tiroditis Hashimoto. Keadaan ini terjadi apabila tirod mengalami keradangan yang mana berpunca dariipada ketidakaturan autoimun.

Apabila sesorang itu menghidapi gejala ini, tubuh badan mereka akan mula bertindak menyerang dirinya sendiri dengan cara menghasilkan antibodi yang cuba memusnahkan kelenjar tirod.

Mengapa keadaan ini terjadi? Hal ini disebabkan oleh sistem imun telah tersilap dengan menganggap bahawa sel-sel tirod adalah bukan sebahagian daripada anggota tubuh badan, maka ia berusaha untuk membuangnya sebelum sel-sel tersebut akan menyebabkan kerosakan dan kesakitan.

Masalah ini utamanya ialah gejala ini akan menyebabkan berlakunya keradangan dengan berleluasa yang mana akan menyebabkan kesan yang akhirnya menjadi pucna kepada pelbagai masalah lain.

Menurut Dr. Datis Kharrazian, 90% daripada mereka yang menghidapi hipotirodisme mengalami gejala Hashimoto ini yang menyebabkan berlakunya keradangan pada kelenjar tirod dan ia bukanlah juga satu-satunya penyebab kepada gejala hipotirodisme ini.

2.Diet yang tidak Seimbang (terutaman ya iodin dan selenium)

Diet yang mengandungi makanan yang rendah dengan nutiren terutamanya iodin dan selenium (merupakan mineral utama kepada fungsi tirod) akan meningkatkan risiko kegagalan fungsi tirod ini. Kelenjar tirod memerlukan kedua-dua nutrien ini untuk menghasilkan paras hormon tirod yang cukup. Nutrien-nutrien ini juga berperanan untuk melindungi tubuh badan.

Sebagai contoh, kekurangan selenium akan menyebabkan berlakunya peningkatan kepada gejala tiroditis disebabkan terhentinya aktiviti penghasilan antioksidan yang berkuasa yang dikenali sebagai glutathione yang mana kebiasaannya bertindak mengawal keradangan dan melawan tekanan oksidatif.

3.Ketidakseimbangan Hormon

Bagi sesetengah orang, disebabkan oleh kelenjar pituitari menghasilkan hormon yang dikenali sebagai hormon perangsang tirod (TST) yang mengawal paras hormon yang dikeluarkan dari tirod, masalah pada kelenjar pituitari boleh menyebabkan perubahan kepada fungsi tirod itu sendiri. Walaubagaimanapun, keadaan ini agak jarang berlaku; dan ia dipercayai hanya akan berlaku satu daripada setiap 100 kes yang dilaporkan.

4.Keradangan Isi Perut (Sindrom Kebocoran Isi Perut)

Keadaan isi perut yang tidak sihat boleh menyebabkan kekurangan nutrien dan menyebabkan berlakunya gejala autoimun di dalam tubuh badan. Keadaan ini boleh dicetuskan oleh makanan-makanan yang menyebabkan alahan termasuklah makanan yang mengandungi gluten dan produk tenusu.

Antara penyebab lain boleh menyebabkan kerosakan isi perut ialah tahap tekanan perasaan yang tinggi, kandungan toksin yang berlebihan serta ketidakseimbangan bakteria. Apabila keadaan ini berlakunya kebocorang pada isi perut ini, maka partikel-partikel kecil yang kebiasaannya terperangkap di dalam isi perut akan mula membocor dan memasuki saluran darah melalui bukaan-bukaan kecil pada lapisan saluran tersebut.

5.Genetik

Walaupun isu genetik bukanlah penyebab yang biasa, kadang kala bayi yang baru dilahirkan menghidapi ketidakfungsian kelenjar tirod yang dikenali sebagai hipotirodisme kognenital. Beberapa bukti daripada kajian menunjukkan bahawa mereka yang mudah dihidapi hipotirodisme ini sekiranya mereka memiliki ahli keluarga yang menghidapai penyakit autoimun.

Namun, menurut Institut Kesihatan Nasional (NIH), kebarangkalian untuk berlakunya gejala hipotirodisme yang disebabkan oleh genetik adalah sangat rendah dan hanya kira-kira satu daripada 4000 bayi yang dilahirkan menghidapi penyakit tirod.

6.Kehamilan

Ketika kehamilan, walaupun tidak diketahui dengan jelas mengapa, sesetengah wanita mula menghasilkan hormon tirod yang tinggi kemudian diikuti dengan penurunannya secara mendadak. Keadaan ini dikenali sebagai tiroditis pasca-partum. Kebiasaannya akan berlaku selepas proses kelahiran buat beberapa ketika.

7.Kesan Pengambilan Sesetengah Ubat-ubatan

Sesetengah ubat yang digunakan boleh menyebabkan hipotiroidisme, terutama dalam proses pemulihan daripada rawatan kanser, pembedahan, ataupun dalam pengambilan ubat untuk sakit mental atau sakit jantung.

8.Tekanan Perasaan yang Tinggi

Tekanan perasaan memberikan impak kepada hormon dan hasilnya akan menyebabkan gejala keradangan bertambah teruk. Tekanan boleh meningkatkan paras kortisol dan adrenalin yang mana akan mengganggu fungsi neorotransmitter dan memburukkan lagi keadaan penyakit tirod – termasuklah akan mengurangkan paras tenaga, tidak bersemangat, kurang tumpuan, selera makan terganggu, pertambahan berat badan serta tidak mampu mendapatkan tidur yang cukup.

9.Gaya hidup tidak aktif dan kurang bersenam

Senaman dan diet yang sihat sangat penting untuk mengawal tekanan perasaan yang kronik dan mengurus fungi hormon-hormon yang berkait dengan sistem saraf. Kajian telah menunjukkan bahawa mereka yang sering bersenam akan memperoleh tidur yang lebih baik, mampu mengawal tekanan perasaan dan kebiasaannya memiliki berat badan yang baik.

Apa yang pasti, cara ini dapat mengurangkan beberapa faktor yang berisiko besar untuk menyebabkan gejala hipotirodisme ini berlaku.

Simptom-simptom Hipotirodisme

Tirod dikenali sebagai kelenjar utama dalam tubuh badan manusia di samping peranannya menghasilkan pelbagai hormon yang penting. Ia juga membantu mengawal proses penukaran nutrien daripada makanan kepada tenaga yang boleh digunakan oleh tubuh badan.

Disebabkan oleh tirod memainkan peranan penting di dalam metabolisme badan, kegagalan fungsinya akan menyebabkan hampir setiap bahagian anggota badan akan terkesan termasuklah paras tenaga dan keupayaan untuk membakar kalori.

Hormon-hormon yang dihasilkan oleh tirod juga membantu hati untuk memecahkan kolestrol yang mengalir dalam salur darah. Tirod juga boleh merangsang enzim yang diperlukan untuk mengawal paras lemak trigliserida. Jadi, disebabkan itulah mengapa perubahan fungsi tirod ini boleh menyebabkan masalah yang melibatkan jantung.

Antara kesan hipotirodisme yang dapat dikenal pasti termasuklah kemurungan dan metabolisme yang tidak cekap. Secara asasnya, apabila tirod anda tidak aktif, maka metabolisme anda akan menjadi perlahan yang akhirnya akan menyebabkan anda berasa penat atau berusaha untuk mengurangkan berat badan anda.

Perasaan anda juga akan menjadi tidak terkawal lebih-lebih lagi apabila berlakunya perubahan mendadak kepada paras hormon. Maka, sesetengah orang yang menghidapi hipotirodisme ini akan mengalami kemurungan, keresahan, masalah untuk mendapatkan tidur yang cukup  dan imun yang rendah.

Kelenjar tirod membantu untuk meregulasi pesanan-pesanan kimia yang dikenali sebagai neurotransmitter yang mengawal emosi dan isyarat saraf anda. Maka, disebabkan itulah ketidak seimbangan hormon tirod akan menyebabkan perubahan yang mendadak kepada emosi anda dalam satu-satu masa.

Beberapa Tanda yang Memberikan Isyarat kepada Gejala Hipotirodisme termasuklah:

  • Keletihan
  • Tekanan dan keresahan
  • Pertambahan berat badan
  • Ketidaksuburan
  • Berasa dingin
  • Sembelit
  • Sakit otot
  • Bengkak sendi
  • Keguguran rambut
  • Kulit menggelupas
  • Kesukaran bernafas
  • Perubahan kitaran haid
  • Mudah sejuk disebabkan imun yang rendah

Untuk mendapat maklumat dengan lebih lanjut adakah anda menghidap hipotirodisme, doktor anda akan melakukan ujian darah untuk memeriksa paras hormon anda yang dikenali sebaagi hormon T4 (tiroksina) dan THS (hormon perangsang tirod). Hipotirodisme dikenal pasti sekiranya paras TSH tinggi. Kadang kala TSH boleh menjadi tinggi namun tirod masih lagi menghasilkan hormon yang mencukupi. Jadi keadaan ini dikenali sebagai hipotirodisme subklinikal.

Hipotirodisme ini kebiasaannya berlaku pada peringkat permulaan dan boleh meningkat sehingga hipotirodisme sekiranya perubahan di dalam diet tidak diadaptasi dan perubahan gaya hidup tidak berlaku.

Apabila keadaan tidak diperbetulkan, maka gejala autoimun akan menjadi lebih teruk – yang akan menyebabkan masalah yang lebih teruk seperti fungsi otak tidak seragam, ketidaksuburan, kandungan tidak sihat, obesiti, komplikasi jantung dan sakit sendi.

Sudah jelas tentang apakah itu hypothyroidism serta puncanya. Penting saya jelaskan di sini perubahan gaya hidup dan pemakanan adalah penting dan bukannya ubat-ubatan. Saya memetik kata-kata seorang Doktor

Ubat Bukan Merawat Tetapi Mengawal Penyakit, Tapi Untuk merawat anda perlu Ubah Gaya Hidup Dan Pemakanan

Its about time untuk berubah..Now not later …

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *