Home TIPS KESIHATAN Apakah Itu Ekzema & Simptom-simptom Ekzema Serta 5 Jenis Rawatan Semula Jadi Ekzema
Apakah Itu Ekzema &  Simptom-simptom Ekzema Serta 5 Jenis Rawatan Semula Jadi Ekzema

Apakah Itu Ekzema & Simptom-simptom Ekzema Serta 5 Jenis Rawatan Semula Jadi Ekzema

0
0

Antara simptom ekzema yang biasa berlaku ialah kekeringan dan kegatalan pada kulit yang mana telah dialami hampir 20% daripada jumlah kanak-kanak (secara kasarnya satu dalam lima orang) dan kira-kira 4% daripada jumlah orang dewasa.

apakah itu Ekzema? Ekzema sama seperti masalah kulit yang lain juga seperti dermatitis dan alahan lebih mudah untuk dijangkiti kepada mereka yang memang memiliki kulit yang kering, sensitif atau mengalami masalah sistem imun.

Manakala bagi orang dewasa pula, simptom-simptomnya akan lebih teruk berbanding yang dialami oleh kanak-kanak. Kajian juga menunjukkan bahawa bayi dan kanak-kanak biasanya dapat mengatasi ekzema ini secara normal pada awal usia mereka.

Memandangkan ahli dermatologi biasanya akan memilih untuk merawat ekzema dengan memberikan krim sapuan dan kadang kala menggunakan ubat untuk membunuh bakteria atau membetulkan semula tindakan sistem imun, terdapat juga rawatan ekzema yang berasaskan bahan-bahan semula jadi.

Antaranya ialah menggunakan pati minyak, mengurangkan pengambilan makanan penyebab alahan, memperbaiki diet dan mengelakkan daripada melukakan kulit dengan produk-produk penjagaan kulit atau produk kecantikan.

Apakah Itu Ekzema?

Ekzema bukanlah satu bentuk keadaan yang bersifat spesifik tetapi ia merupakan satu terma yang kolektif di mana ia berkaitan dengan masalah kulit yang menyebabkan simptom seperti keradangan, kemerah-merahan, kekeringan dan penggelupasan kulit. Seseorang yang didiagnos dengan ekzema boleh dikatakan mengalami mana-mana jenis dermatitis atau kegatalan kulit.

Memandangkan kira-kira 2 hingga 4% daripada seluruh golongan dewasa mengalami ekzema dan ia lebih biasa dialami oleh bayi dan kanak-kanak yang mudah mengalami kulit sensitif. Simptom-simptom ekzema berlaku pada permukaan atas kulit. Apabila sempadan lapisan kulit menjadi rosak dan kering disebabkan oleh kehilangan kelembapan atau alahan, ia akan membawa kepada tindakan imun, kulit sensitif dan luka yang sukar dikawal.

Beberapa Jenis Ekzema yang biasa dialami, yang terbentuk disebabkan oleh pelbagai punca dan juga dirawat dengan cara yang berbeza. Antaranya:

  • Ekzema tangan
  • Dermatitis atopik (berkaitan dengan alahan)
  • Dermatitis sentuhan (disebabkan oleh luka)
  • Dermatitis seborrheik (menyebabkan kulit kepala kering)
  • Ekzema disidrotik (menyebabkan bisul bernanah)
  • Ekzema nummular (menyebabkan bisul berbentuk syiling)
  • Neurodermatitis (kegatalan untuk tempoh masa yang panjang disebabkan oleh garuan)
  • Dermatitis stasis (berlaku pada bahagian kaki)

Simptom dan Tanda-tanda Ekzema

Simptom ekzema boleh jadi dalam bentuk jangka masa yang pendek ataupun berbentuk kronik. Simptom seperti kegatalan atau kulit menggelupas berlaku akibat daripada tekanan dan fungsi imun yang rendah.

Walaupun tanda-tanda keradangan mungkin akan hilang untuk beberapa ketika, kebanyakan pesakit mengalami simptom-simptom yang berlarutan kadang kala berterusan sehingga beberapa tahun sekirannya tidak dirawat. Bergantung juga kepada jenis yang spesifik bagi ekzema yang dialami oleh seseorang dan antara simptom dan tanda-tanda penyakit ini ialah:

  • Keradangan kulit seperti kulit menjadi kemerah-merahan dan membengkak. Penyakit ini biasanya menjangkiti kawasan tangan bagi golongan dewasa.
  • Kegatalan. Sekiranya kegatalan menjadi bertambah teruk, adalah dilarang untuk menggarunya kerana tindakan ini akan menjadikan keadaan lebih teruk.
  • Nanah atau kepingan kulit kering boleh tertanggal dan kulit menjadi bersisik.
  • Kekeringan menyebabkan kulit menjadi kering dan membentuk kelimumur di kepala.
  • Luka yang berpanjangan pada kulit disebabkan oleh kekeringan melampau yang kadang kala di sebabkan oleh jangkitan bakteria.
  • Perubahan warna kulit dan tekstur menjadikan kulit berubah menjadi kasar, gelap dan tebal.
  • Menjadi sensitif kepada produk seperti syampu, losyen dan pembersih.
  • Kulit menjadi melecur disebabkan oleh pendedahan kepada cahaya matahari.
  • Sekiranya kegatalan atau simptom yang lain menjadi bertambah serius, kadang kala pesakit menghadapi masalah yang lain pula seperti peningkatan tekanan, sukar untuk tidur, rasa hilang keyakinan diri dan sukar memberikan tumpuan kepada kerja atau sekolah.
  • Ekzema atopik disebabkan oleh alahan dan kadang kala boleh berlaku dengan simptom seperti demam, letih, asma atau masalah pernafasan.
  • Ekzema juga didapati biasa dialami oleh mereka yang mengalami masalah kulit yang lain sehingga menjadikan proses rawatan menjadi rumit seperti herpes atau ketuat.

Simptom Ekzema bagi bayi dan kanak-kanak:  

  • Apabila bayi atau kanak-kanak mengalami ekzema, mereka kebanyakannya akan mengalami kemerahan dan kekeringan pada kawasan pipi, kepala atau dagu selain daripada di bahagian belakang lengan dan kaki, dada, perut atau belakang badan.
  • Seperti bagi orang dewasa, kanak-kanak dan bayi juga mengalami pembentukan ekzema pada kulit yang sensitif pada kawasan badan yang biasanya lebih kasar dan kering. Sekiranya simptom tersebut berterusan sehingga usia remaja atau dewasa, mereka kemudiannya akan dijangkiti di bahagian tapak tangan, tangan, siku, kaki atau lutut.
  • Ekzema kebiasaannya akan berlaku kepada bayi pada usia enam bulan pertama namun akan hilang secara sendirinya disebabkan oleh sistem imunnya sudah tahu untuk mengatasi masalah ini.
  • Kira-kira 50 hingga 70% daripada seluruh kanak-kanak atau remaja mengalami ekzema, simptom-simptomnya pula akan mula hilang sebelum usia mereka mencecah 15 tahun.

Punca Ekzema dan Risikonya

Ekzema akan menyerang bagaian luar kulit yang kelihatan dikenali sebagai lapisan korneal. Lapisan ini berada pada bahagian epidermis kulit yang berada di atas lapisan tengah yang dipanggil sebagai dermis dan lapisan dalam.

Lapisan korneal ini sangat penting untuk memastikan tubuh badan terpelihara daripada serangan mikrob atau bakteria berbahaya yang boleh memasuki badan melalui luka dan akhirnya masuk jauh ke dalam kulit. Memandangkan ia merupakan satu lapisan yang bertujuan untuk melindungi, lapisan korneal ini akan sentiasa memperbaharu dirinya sendiri, membuang lapisan kulit lama yang rosak dan menggantikannya dengan yang baru.

Proses ini akan memastikan benteng pertahanan kulit anda sentiasa kuat dan berada dalam keadaan sihat tanpa ekzema dan manjadi rosak sekiranya diserang olehnya.

Apabila seseorang mengalami ekzema, proses pembuangan dan pembaharuan kulit akan terganggu. Puncanya adalah disebabkan:

  • Faktor genetik, termasuklah memiliki gen yang telah dimutasi yang membawa kesan kepada pengurangan dalam penghasilan protein yang dikenali sebagai filaggrin yang biasanya membantu mengekalkan lapisan korneal.
  • Pengurangan dalam menghasilkan minyak, membawa kepada kulit menjadi kering. Keadaan ini juga boleh berlaku disebabkan oleh genetik dan perubahan sistem imun.
  • Fungsi imun yang rendah dan memabwa kepada keradangan sebagai tindak balas kepada bahan seperti yis dan bakteria yang hidup dalam kulit. Fungsi imun yang rendah boleh berlaku disebabkan oleh faktor seperti pengambilan ubat-ubatan, masalah autoimun, jangkitan yang tidak dirawat, kekurangan nutrien atau usus yang tidak sihat. Kadang kala luka pada kulit disebabkan oleh ekzema juga boleh membawa kepada jangkitan apabila sejenis bakteria yang bernama Staphylococcus aureus yang terdapat pada kulit memangkin tindak balas keradangan bagi mereka yang disyaki menghidapnya.
  • Alahan (dermatitis atopik atau ekzema atopik), menyebabkan perembesan antibodi dan tindak balas imun yang berbahaya. Tindakan alahan ini boleh berlaku disebabkan oleh pengambilan makanan yang tertentu, pendedahan kepada bahan kimia atau bersentuhan dengan bahan toksik. Apa yang memeranjatkan, dermatitis atopik ini tidak dikaitkan pula dengan pendedahan kepada bulu haiwan peliharaan. Sebaliknya, ekzema didapati kurang berlaku bagi kanak-kanak yang memiliki ramai adik beradik atau binatang peliharaan. Hal ini menyebabkan sistem imun dan perlindungan menjadi lebih kuat.
  • Pendedahan kepada bahan toksik seperti merokok atau terlalu banyak terdedah kepada pencemaran yang memberikan kesan yang negatif kepada sistem imun.
  • Mereka yang tinggal di negara-negara yang membangun atau beriklim sejuk dilihat berkemungkinan untuk mengalami ekzema lebih berbanding mereka yang tinggal di negara yang kering dan beriklim sejuk atau faktor seperti pencemaran dan diet yang tidak seimbang.
  • Dalam kalangan kanak-kanak, mereka yang mengamalkan susu formula dilihat lebih berisiko untuk mengalami ekzema. Kajian mendapati bahawa bayi yang diberikan susu ibu akan memiliki lebih perlindungan daripada alahan yang boleh menyebabkan ganguan kepada sistem imun dan kulit.
  • Masih lagi menjadi satu isu yang kontroversi berkenaan adakah vaksin dikaitkan dengan ekzema atau tidak, sungguhpun begitu, masih tidak ada bukti yang jelas bagi menunjukkan perkaitan tersebut dan pihak-pihak berwajib juga masih lagi tidak mengesahkan perkara tersebut.

Ekzema vs. Psoriasis

  • Kedua-dua psoriasis dan ekzema menyebabkan kesan kepada kulit yang hampir sama termasuklah simptom seperti kegatalan dan kemerah-merahan. Ekzema lebih banyak berlaku kepada bayi dan kanak-kanak manakala psoriasis lebih banyak berlaku kepada mereka yang berusia 15 – 35 tahun.
  • Kedua-dua keadaan ini boleh disebabkan oleh fungsi imun yang rendah atau tekanan. Walaubagaimanapun, punca sebenar kepada ekzema masih lagi mengandungi kontroversi namun dipercayai bahawa ia disebabkan oleh kombinasi genetik, jangkitan, tekanan emosi, kulit sensitif disebabkan oleh luka dan kadang kala juga disebabkan oleh kesan pengambilan ubat.
  • Jika dibandingkan dengan psoriasi, ekzema boleh menyebabkan kegatalan yang menyebabkan sukar untuk mengelakkan diri daripada menggarunya. Kesannya akan menyebabkan ekzema boleh membawa kepada pendarahan akibat garuan berbanding psoriasis.
  • Walaupun kegatalan dan kulit terluka dengan sendiri adalah disebakan oleh ekzema, psoriasis juga biasanya menyebabkan rasa seperti disengat dan melecur. Rasa melecur ini juga boleh berlaku disebakan oleh ekzema namun, kemahuan untuk menggaru juga masih boleh berlaku juga.
  • Psoriasis juga boleh menyebabkan tompokan yang bersisik pada permukaan kulit yang dijangkiti.
  • Terdapat juga beberapa perbezaan dalam soal di mana simptom-simptom tersebut mula muncul. Ekzema biasnya biasanya berlaku dengan simptom pada tangan, muka atau bahagian tubuh badan yang membengkok seperti siku dan lutut. Psoriasis pula sering kali muncul pada bahagian kulit yang berlipat seperti muka, kulit kepala, tapak tangan dan kaki kadang kala pada dada, belakang badan dan kuku.

Berapa Kerap Ekzema Berlaku?

  • Ekzema dialami kira-kira 15 hingga 20% daripada jumlah keseluruhan kanak-kanak dan kira-kira 2 hingga 4% bagi golongan dewasa. Dianggarkan sebanyak 31.6 juta rakyat Amerika mengalami sekurang-kurangnya satu bentuk ekzema, kita-kira 17.8 juta mereka yang mengalami dermatitis alahan boleh menjadi bertambah teruk.
  • Ekzema berlaku pada lelaki dan wanita namun, golongan lelaki kelihatan lebih berisiko.
  • Ekzema didapati berkait rapat dengan alahan, terutamanya bagi kanak-kanak. Kira-kira satu dalam tiga orang kanak-kanak yang menghidap ekzema juga memiliki simptom alahan seperti asma.
  • Kira-kira 70% kes ekzema yang berlaku dalam kalangan kanak-kanak seawal usia lima tahun.
  • 60% bayi atau kanak-kanak yang mengalami ekzema akan terus mengalami simptom tersebut setidak-tidaknya sehingga mereka mencapai usia dewasa.
  • Bagi golongan dewasa Amerika pula, adalah dianggarkan bahawa kira-kira 80% daripada mereka mengalami dermatitis disebabkan oleh pendedahan kepada bahan kimia dan kira 20% pula berkaitan dengan alahan.
  • Sekurang-kurannya 11 masalah yang dikaitkan dengan fungsi imun dan alahan boleh menyebabkan ekzema.
  • Bahagian tangan merupakan kawasan yang biasanya dijangkiti dengan ekzema. Dermatitis tangan meliputi 20 hingga 35% daripada keseluruhan kes ekzema di A.S.
  • Hanya kira-kira 35 hingga 37% sahaja mereka yang mengalami ekzema berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan awal.

Rawatan Konvensional Bagi Ekzema dan Dermatitis Atopik

Sehingga kini masih lagi tiada penawar bagi ekzema, namun apa yang ada hanyalah cara untuk mengawal simptom-simptom ekzema. Ahli dermatologi hanya menyarankan supaya kawasan yang dijangkiti itu dibersihkan dengan lembut, mengelakkan sebarang produk yang boleh membawa luka dan boleh juga berbincang dengan doktor tentang perubahan diet yang boleh dilakukan atau pengambilan ubat sekiranya perlu. Apabila ubat-ubatan diperlukan untuk mengawal ekzema, maka ia biasanya merangkumi kombinasi antara:

  • Krim kulit: Ia bertujuan untuk menambahkan kelembapan kepada kulit yang kering dan biasanya disapu sekurang-kurangnya dua kali sehari.
  • Sabun dan syampu bagi kulit sensitif: Disebabkan oleh kebanyakan produk kecantikan kini mengandungi bahan yang mengakis, maka produk yang khusus diperlukan hanya untuk kulit sensitif.
  • Krim ubat steroid: Krim steroid (juga dikenali sebagai kortikosteroid) membantu mengurangkan keradangan dan sekaligus mengurangkan rasa gatal atau bengkak. Disebabkan oleh krim ini boleh memberikan kesan sampingan dan tidak boleh digunakan oleh semua pesakit, kadang-kala krim lain yang dikenali sebagai pimecrolimus dan tacrolimus boleh digunakan sebagai alternatif.
  • Terkini, para pengkaji sedang membangunkan rawatan-rawatan yang boleh mengawal sistem imun yang menjadi punca kepada keradangan kulit. Ia mensasarkan molekul-molekul ekzema yang tertentu termasuklah antagonis imun yang dikenali sebagai interleukin 4 receptor.

5 Rawatan Semula Jadi Ekzema

1.Biarkan Kulit Anda (Jangan garu)

Kegatalan yang disebabkan oleh ekzema boleh menyebakan kita mahu menggaru atau mengopek kulit yang kering tersebut. Namun, perbuatan ini didapati akan membawa kepada kompilasi yang lebih teruk kerana ia akan menyebabkan luka dan akhirnya memberikan peluang untuk bakteria masuk.

Disebabkan itulah kadang kala ia menyebabkan jangkitan terutamanya apabila sistem imun berada dalam keadaan lemah. Adalah lebih selamat untuk anda biarkan sahaja sambil anda mengubatinya. Gunakan balutan atau tuala lembap pada kulit yang kering itu boleh membantu anda daripada tidak mengopeknya.

Daripada anda menggarunya, antara tips yang lain termasuklah elakkan daripada terlalu banyak terdedah kepada cahaya UV atau matahari, berbincang dengan doktor anda sekiranya anda ada mengambil apa-apa ubat yang menyebabkan masalah bertambah teruk, jauhkan kulit anda daripada air yang terlalu panas, suhu yang sejuk serta menukar produk yang anda gunakan pada kulit anda sekiranya memberikan kesan yang negatif.

2.Kurangkan Alahan dan Keradangan

Msksnsn, faktor persekitaran dan produk penjagaan kulit juga boleh menyebabkan semua punca alahan untuk menyebabkan simptom ekzema berlaku. Alahan boleh berlaku dengan cara seperti:

  • Sabun, losyen, detergen dan sebagainya yang mengandungi bahan kimia.
  • Habuk, debunga, kulat atau bulu haiwan peliharaan.
  • Makanan seperti bahan perisa tiruan atau pengawet makanan yang terkandung dalam produk makanan bungkus, gluten, produk tenusu, makanan laut atau kacang.
  • Makanan yang membawa kepada keradangan antaranya seperti gula dan minyak boleh menyebabkan ekzema.

3.Dapatkan Susu Ibu dan Diet yang Menyihatkan

Kajian telah menyatakan bahawa risiko seorang kanak-kanak untuk mengalami ekzema dapat dikurangkan apabila kanak-kanak tersebut diberikan susu ibu. Bagi kanak-kanak dan dewasa, diet yang sihat dengan makanan anti-keradangan juga boleh membantu untuk meningkatkan imuniti. Antara makanan yang berupaya untuk merawat Ekzema ialah:

  • Asid Lemak –Lemak ini terdapat dalam makanan seperti ikan liar, minyak zaitun, kekacang dan bijian.
  • Makanan probiotik – Termasuklah sayuran kultur, yogurt, kefir dan amasai.
  • Makanan berserat tinggi – Dapatkan sekurang-kurangnya 30 gram serat setiap hari untuk menyihatkan usus anda.
  • Makanan anti oksidan – Ambil sayur-sayuran berwarna yang segar untuk mengurangkan keradangan dan mendapatkan vitamin, mineral dan elekrolit.

4.Suplimen untuk Meningkatkan Sistem Imun

Suplimen yang boleh membantu anda mengawal kesan ekzema ialah:

  • Probiotik (25-100 bilion organisme sehari). Kajian menunjukkan bahawa suplimen probiotik boleh memberikan kesan perlindungan dan pencegahan apabila melibatkan kesihatan kulit. Ia dikaitkan dengan penyihatan usus dan fungsi imun selari dengan faktor yang berkaitan seperti mengurangkan alahan.
  • Omega-3 (1000 miligram sehari): Membantu bagi mengurangkan keradangan.
  • Antioksidan (seperti vitamin E, C dan A): Antioksidan boleh membantu mengelakkan kerosakan kulit, mengurangkan keradangan dan memudahkan kulit untuk sembuh.
  • Vitamin D3 (2000 – 5000 IU sehari): Vitamin ini membantu meregulasi fungsi imun dan kebiasaannya ramai yang mengalami kekurangannya.

5.Menyapu Minyak yang Menyembuhkan pada Kulit

Sesetengah minyak seperti lavender memiliki sifat anti keradangan boleh membantu mengawal kulit sensitif. Anda juga boleh sediakan krim ekzema sendiri di rumah dengan mengambungkan bahan yang bersifat menghidrat, antibakteria seperti minyak lavender, daun teh, madu, kelapa dan mentega shea.

Langkah Berjaga-jaga

Koplikasi kadang kala boleh berlaku disebabkan oleh ekzema terutmanya apabia simptom mula menjadi teruk dan sering kali menggarunya. Kesannya akan menyebabkan luka, jangkitan dan simptom bertambah teruk. Jika anda mulai perasan simptom ini buat kali pertama dan masih lagi tidak pasti apa puncanya, berbincanglah dengan doktor anda.

Adalah penting untuk kita mengetahui tentang keadaan kulit kita bagi mengawal simptom-simptom yang berlaku dan merawat segera puncanya.

RUMUSAN

  • Ekzema merupakan satu terma yang bersifat kolektif bagi sekumpulan masalah kulit yang menyebabkan simptom seperti kegatalan, kemerahan dan kulit menggelupas.
  • Punca ekzema termasuklah alahan, kesan penggunaan produk, fungsi imun yang rendah, tekanan, cuaca yang terlalu sejuk dan kering sehingga menyebabkan kulit terluka.
  • Rawatan semula jadi bagi ekzema termasuklah menyapu minyak kelapa dan minyak pati menggunakan tuala yang suam pada kulit yang berkenaan, mengurangkan punca alahan dan mengambil suplimen untuk meningkatkan kesihatan usus dan keimunan.

 

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

EBOOK PERCUMA !

36 Tips Untuk Pastikan Azam Kurus Anda Berjaya!

Perkongsian ini akan membuka minda dan juga hati anda untuk melihat satu perspektif yang berbeza mengenai cara kuruskan berat badan
SAYA NAK EBOOK!
close-link