Home TIPS KESIHATAN Apakah Itu Keradangan Dan Kenapa Keradangan Jadi Punca Kebanyakan Penyakit
Apakah Itu Keradangan Dan Kenapa Keradangan Jadi Punca Kebanyakan Penyakit

Apakah Itu Keradangan Dan Kenapa Keradangan Jadi Punca Kebanyakan Penyakit

0
0

apakah itu keradangan? Keradangan telah didapati sangat berkaitan dengan kebanyakan keadaan kesihatan kita. Para penyelidik semakin giat dalam menyiasat kesan-kesan kronik gejala keradangan ini terhadap kesihatan serta rawatan pencegahan yang boleh diaplikasikan.

“Ia merupakan satu bidang yang semakin mendapat perhatian,” Ulas Dr. David Heber. “Ia merupakan satu konsep baharu dalam dunia perubatan.”

Mengapakah ia merupakan satu konsep yang baharu ? Kerana perubatan moden hanya memberikan tumpuan kepada rawatan simptom bukan untuk menyelesaikan masalah utama yang menjadi penyebab kepada sesuatu isu itu.

Arthritis merupakan gejala keradangan pada sendi-sendi. Penyakit jantung pula merupakan gejala keradangan pada arteri jantung. Berbanding dengan mengambil ubat-ubatan untuk mengurangkan rasa sakit pada sendi atau mengurangkan kolestrol, adalah lebih baik kita mengurangkan terus gejala keradangan tersebut di dalam tubuh badan kita.

Dr. Tanya Edwards, pengarah the Center for Integrative Medicine mengulas, bahawa gejala keradangan kini telah dikenali sebagai “punca-punca kepada pelbagai jenis penyakit.” Sungguhpun keradangan sudah diketahui umum akan keterlibatannya dalam penyakit alahan seperti asma, arthritis dan penyakit Crohnm, Edward berkata bahawa Alzheimer, kanser, penyakit kardiovaskular, diabetes, tekanan darah tinggi, kolestrol tinggi dan penyakit Parkinson juga semuanya dikaitan dengan gejala keradangan yang kronik di dalam tubuh badan.

Apakah itu Keradangan ?

Keradangan bukanlah sentiasa memberikan kesan yang buruk; ia merupakan sistem pertahanan tubuh badan kita secara semula jadi bagi melawan sel yang rosak, virus, bakteria dan sebagainya. Ia bertujuan untuk membuang semua bahan-bahan yang berbahaya dan jangkitan luar dan memberikan kesan pemulihan kepada tubuh badan.

Keradangan kadang-kadang boleh disalahfahami sebagai satu jangkitan namun jangkitan dan keradangan itu tidaklah sama. Jangkitan sungguhpun boleh menyebabkan keradangan, namun keradangan sebenarnya merupakan satu tindak balas tubuh badan terhadap jangkitan. Dengan cara ini, keradangan itu adalah baik namun bukanlah selalu.

Terdapat dua jenis keradangan. Satu jenis yang bersifat sementara dan satu lagi bersifat kronik. Sebagaimana keradangan yang sementara ini bermula dengan pantas dan akhirnya lenyap dalam beberapa hari, bagi yang kronik pula boleh bertahan sehingga beberapa bulan atau tahun akibat kegagalan  tubuh badan untuk membuang punca serta sering kali terdedah kepada agen penyebab keradangan tersebut.

Diet yang tidak baik, tekanan, makanan yang menyebab alahan, gaya hidup yang tidak aktif dan banyak lagi juga merupakan punca-punca yang boleh menyebabkan keradangan yang kronik. Mari kita lihat bagaimana diet yang tidak sihat akan mempengaruhi gejala keradangan.

Apakah Penyebab Keradangan?

Apa yang menyebabkan para penyelidik percaya adalah satu keadaan di mana sistem imun yang terlampau aktif akan menyebabkan tubuh badan dipenuhi dengan sel-sel pertahanan dan hormon yang boleh merosakkan tisu.

Diet dan toksin boleh terbina di dalam tubuh badan sehingga mengganggu sistem imun dan mengekalkannya sentiasa tinggi dan reaktif.

Makanan yang boleh menyebabkan keradangan antaranya ialah :

Makanan anti-keradangan

Dr. Edwards telah menyenaraikan beberapa makanan anti-keradangan seeprti makanan yang mengandungi serat, buah-buahan, sayur-sayuran dan teh yang digunakan untuk melawan kanser, vitmain E, kurkumin (curcumin), asetilkarnitin (acetylcarnitine) dan katechin (catechin) memiliki kesan positif dan memberikan pencegahan terhadap kesan-kesan disebabkan oleh penyakit Alzheimer dan Parkison.

Makanan yang tinggi dengan antioksidan dapat membantu untuk mengurangkan kerosakan yang disebabkan oleh kesan keradangan. Profesor Greg Cole telah meneliti bagaimanakah cara untuk mengawal gejala keradangan dan berkemungkinan juga berupaya untuk pencegah penyakit Alzheimer dengan makanan yang mengandungi bahan seperti curcumin, flavonoid buah dan asid lemak omega-3.

Diet Mediterranean mengandungi banyak makanan seperti minyak zaitun yang bersifat anti-keradangan serta juga berupaya untuk menurunkan kadar kolestrol, trigliserida dan mengurangkan simptom-simptom arthritis rheumatoid. Diet ini juga dikaitkan dengan pengurangan risiko penyakit Alzheimer, kanser, kardiovaskular dan diabetes.

Sungguhpun ia tidaklah menjadi fokus, namun kebanyakan orang yang mengamalkan diet anti-keradangan ini turut mengalami penyusutan berat badan.

Dr. Andrew Greenberg dari Tuft University mengatakan, “Tiada keraguan lagi bahawa sekiranya anda kehilangan berat badan, gejala keradangan secara dramatiknya juga turut pulih.” Hal ini adalah disebabkan oleh asid lemak yang berlebihan yang mengalir di dalam aliran darah yang mana menyebabkan keradangan pun berlaku.

Diet makanan yang telah saya senaraikan sebelum ini juga bersifat anti-keradangan. Dengan mengurangkan keradangan, anda telah meletakkan tubuh badan anda dalam keadaan yang kondusif untuk mengubati penyakit dan juga masalah kesihatan yang lain.

Dr. Nicholas Perricone merupakan salah seorang daripada pengkaji diet anti-keradangan telah menulis beberapa buah buku tentangnya. Beliau mengatakan bahawa “semua makanan tergolong dalam tiga kategori: pro-keradangan, neutral ataupun anti-keradangan.”

Antara makanan anti-keradangan yang disenaraikan oleh beliau ialah:

  • Buah acai
  • Sayur-sayuran allium
  • Kekacang
  • Lada pedas
  • Biji-bijian

Dr. Andrew Weil telah mencipta satu piramid makanan yang mengandungi makanan anti-keradangan. Antara makanan yang beliau sarankan :

Sayur-sayuran

Hidangan yang mengandungi 4 hingga 5 hidangan ubi bit merah, lomak merah, sayur-sayuran kobis, bawang, kekacang, salad hijau serta squashes.

Buah-buahan

3 hingga 4 hidangan sehari yang mengandungi epal, beri hitam, ceri, oren, pear, anggur, plum, delima dan strawberi.

Air

Minum air yang bersih atau teh yang tidak manis.

Kekacang

1 hingga 2 hidangan sehari yang mengandungi kacang Ansazi, kacang adzuki, kacang hitam, kacang mata hitam dan kacang kuda.

Lemak Sihat

5 hingga 7 hidangan sehari buah acvocado, minyak zaitun, biji selasih, minyak kacang hazel, minyak bunga mata hari atau minyak bijan.

Herba dan rempah ratus yang sihat

Basil, lada, kayu manis, serbuk kari, bawang putih, halia dan kunyit.

Protein

1 hingga 2 hidangan seminggu telur, daging lembu organik, keju semula jadi atau yougurt organik.

Teh

2 hingga 4 cawan teh  organik setiap hari.

Suplimen

Co-enzim Q10, karotenoid, minyak ikan, selenium, vitamin C, D dan E.

Manisan Sihat

Coklat hitam, sorbet buah dan buah-buahan kering.

Sungguhpun terdapat banyak bijrin seperti gandum kuda dan barli, yang dikategorikan sebagai makanan anti-keradangan ia juga kaya dengan antioksidan serta pelbagai jenis nutrien yang lain. Saya tidak menyarankan agar mengambil bijirin dalam jumlah yang banyak. Bijirin masih lagi boleh ditukarkan kepada gula di dalam tubuh badan dengan lebih cepat dan secara umumnya mengandungi nutrien yang sedikit brbanding makanan seperti sayur-sayuran.

Bagaimanakah untuk Mengurangkan Keradangan

  • Buangkan kesemua sumber keradangan daripada diet anda. Hal ini termasuklah minyak, gula, daging konvensional, produk tenusu yang dipasturkan, lemak trans dan gula.
  • Mulakan dengan memasukkan satu makanan anti-keradangan yang baharu ke dalam makanan setiap hari. Jangan takut untuk mencuba perkara baharu.
  • Sekiranya diperlukan, ambil satu sudu makan minyak ikan kod sebagai suplimen tambahan.

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *