Home KELAB DIET Alami Sembelit : Jangan Pandang Ringan Mungkin Punca Kanser Usus
Alami Sembelit : Jangan Pandang Ringan Mungkin Punca Kanser Usus

Alami Sembelit : Jangan Pandang Ringan Mungkin Punca Kanser Usus

0
0

 

Pernahkah anda meneran hingga merah muka atau mengetap gigi manakala kaki bersilang sambil mengepit punggung ketika membuang air besar? Jika anda perlu berdepan dengan kesukaran setiap kali berada di tandas, ini bermakna anda alami sembelit kronik.

Sembelit disifatkan sebagai gejala dan bukan sejenis penyakit yang merbahaya, setiap individu pernah mengalami masalah ini. Sungguhpun begitu, masih ramai yang menganggap sembelit sebagai isu remeh dan berpendapat ia boleh diselesaikan dengan banyak meminum air.

bahaya sembelit

Apa itu terjadi bila Alami Sembelit.

Menurut Pakar Perunding Bedah Am dan Kolorektal, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Prof. Madya Dr. Ismail Sagap, sembelit ialah situasi apabila individu membuang air besar kurang daripada tiga kali seminggu dan keadaan itu berlarutan sehingga beberapa bulan.

“Seseorang itu juga boleh memiliki gejala sembelit jika lebih 40 peratus najis yang dikeluarkan adalah keras. Lazimnya, individu normal akan mengeluarkan 75 peratus najis lembut dan proses pembuangan lebih lancar tanpa perlu meneran dengan kuat.

“Penghidap sembelit kronik biasanya tidak membuang air besar untuk beberapa hari. Malah terdapat juga kes membabitkan pesakit yang tidak membuang air besar dengan sempurna sehingga berbulan-bulan.

“Perut pesakit akan mengembung, kejang dan sakit serta kurang selera makan. Bagi kanak-kanak, sedikit cairan atau calitan najis lembut pada seluar dalam adalah petanda bahawa anak itu mendapat sembelit.

Golongan Yang Mudah Terkena Sembelit .

“Sungguhpun begitu, kebanyakan masalah sembelit membabitkan golongan usia pertengahan dan banyak terjadi kepada wanita muda,” ujarnya.

Jelas Dr.Ismail, wanita muda sering memilih untuk menahan air besar daripada membuangnya terutama jika berada di kawasan awam seperti kompleks beli-belah yang mempunyai tandas kotor.

“Ramai wanita muda berasa geli untuk membuang air besar di tandas awam. Mereka lebih rela menyimpan najis dan membuangnya apabila sampai di rumah daripada terpaksa mencangkung atau duduk di dalam tandas yang kotor dan berbau.

“Tetapi keadaan yang biasa berlaku adalah sebaliknya. Apabila sampai di rumah, perasaan untuk membuang air besar sudah hilang dan tiada sebarang najis dilepaskan walaupun menunggu lama di dalam tandas,” ujarnya,

Punca Terjadi Sembelit Bahan Toksik 

Sering sembelit dan tidak diatasi secara sempurna akan menyebabkan pengambilan makanan berkhasiat menjadi kurang bernilai. Toksin dalam aliran darah akibat sembelit menimbulkan beban kepada organ hati untuk menjalankan detoksifikasi secara berkesan.

Hasilnya nutrien tidak dapat sampai kepada sel yang memerlukannya.Sembelit juga menyebabkan bahan bertoksik tidak dinyahkan daripada tubuh secara cekap.

Ini akan menyebabkan peningkatan paras molekul radikal bebas. Najis yang mengeras akibat sering mengalami sembelit menyebabkan ia mudah melekat pada dinding usus besar dan boleh menyebabkan usus tersumbat.

Sembelit didapati mampu menyebabkan pembentukan kanser usus besar. Ia dikaitkan juga dengan pembentukan diverticulosis (kantung terbentuk pada dinding kolon tanpa berlaku keradangan) dan apendiks mengalami keradangan.

Pada pandangan pakar penjagaan kesihatan alternatif  sembelit bukan sahaja dipercayai boleh menyebabkan kanser kolon namun kanser pada bahagian tubuh yang lain. (RUJUKAN). Pihak Pakar juga  Pernah didatangi seorang penghidap kanser otak yang dipercayai berpunca tidak mengatasi sembelit yang dialaminya selama berdekad-dekad.

Seperti dinyatakan di atas, sering sembelit dan mengalaminya secara berpanjangan menyebabkan bahan bertoksin mengitari seluruh tubuh.

DNA tidak dapat berfungsi secara sempurna. Ia menyebabkan antara lain gangguan pembentukan pelbagai jenis enzim termasuk enzim detoksifikasi.

Detoksifkasi yang tidak cekap menyebabkan sel bersifat asid. Ia menyebabkan berlaku kekurangan oksigen di dalam sel di mana keadaan ini amat kondusif untuk pertumbuhan sel-sel kanser.

Punca pembentukan sembelit adalah pelbagai, antaranya apabila seseorang sering mengabaikan isyarat membuang air besar. Ia berlaku kerana terlalu sibuk melakukan sesuatu kerja atau memang sudah menjadi kebiasaan.

Kurang minum air dan makanan tinggi fiber juga boleh menyebabkan sembelit. Mereka yang mengalami hipotiroidism juga mudah mengalami sembelit. Hipotiroidism biasanya dialami individu obes (bukan semua).

Akibat Menahan Pembuangan Air Besar.

Tabiat melengah-lengahkan proses pembuangan air besar juga dipercayai menyebabkan perut gembung malah boleh mengakibatkan usus menjadi malas.

Keadaan tersebut menyebabkan pergerakan najis di dalam usus menjadi lambat atau tidak bergerak sekali gus menyebabkan usus tersumbat.

“Apabila najis sudah sampai di rektum, ia akan memberi signal kepada otak untuk memberitahu bahawa sudah sampai masa untuk ke tandas. Tetapi apabila kerap berlengah ke tandas, usus menjadi kurang sensitif dan otak tidak lagi boleh mencerna isyarat itu. Akhirnya individu tersebut lebih selesa untuk tidak ke tandas.

“Keadaan ini lama-kelamaan boleh mendatangkan masalah seperti perut kembung, muntah dan rasa sangat tidak selesa,” katanya.

Peringkat Sembelit.

Sementara itu, Pakar Gasteroenterologi, Pusat Perubatan Kampung Baru (KBMC), Dr. Ishak Mas’ud berpendapat, sembelit terdiri daripada tiga peringkat iaitu sembelit sejak lahir, pertengahan dan utama.

“Sembelit boleh menjadi gejala yang tidak merbahaya dan ia juga boleh menjadi sebaliknya.

“Sembelit yang tidak merbahaya hanya bersifat sementara dan disebabkan oleh pengambilan ubat-ubatan seperti ubat tahan sakit dengan dos tinggi sehingga boleh memperlahankan pergerakan usus.

“Sembelit jenis ini juga boleh terjadi kerana pertukaran cara pemakanan yang kurang serat. Turut menjadi punca sembelit ialah kehadiran luka kecil pada bahagian lubang dubur yang memberi kesan yang amat sakit apabila membuang air besar.

“Bagi golongan warga emas dan pesakit angin ahmar, masalah najis melekat pada usus juga boleh menyebabkan mereka terpaksa meneran sehingga kulit dubur merekah, pedih dan berdarah,” jelasnya.

Secara klinikalnya, sembelit hanya bersifat gejala dan bukan penyakit. Namun, itu bukan alasan untuk masyarakat terus menganggap ia sebagai isu ringan apatah lagi jika menghidap sembelit secara berterusan untuk tempoh dua hingga tiga minggu.

Ironinya, masih ramai menganggap kesukaran membuang air besar dan najis berdarah sebagai buasir sedangkan ciri itu adalah tanda-tanda yang menjurus kepada “Kanser Usus.”

Sembelit Merbahaya

sembelit bahaya

“Sembelit yang merbahaya terjadi disebabkan oleh kanser usus dan saluran najis yang tersumbat.

“Justeru, sekiranya anda mengalami sakit perut, sembelit dan najis berdarah serta kehadiran lendir yang berlarutan, jangan anggap ia adalah buasir. Seelok-eloknya, jumpa doktor dan lakukan pemeriksaan kolonoskopi.

“Ada beberapa kes yang pernah  kendalikan menganggap sembelit dan najis berdarah hanya sebagai buasir, hakikatnya ia adalah kanser usus yang sudah serius,”

SIMPTOM kanser usus sering dianggap gejala buasir kerana wujud persamaan iaitu sukar buang air besar.

 

“Ramai wanita malu untuk tampil berjumpa doktor kerana pemeriksaan sembelit melibatkan anggota sulit mereka. Sungguhpun begitu, malu bukan alasan untuk mereka tidak menjalani pemeriksaan.

“Sekiranya simptom sembelit dan najis berdarah itu hanya buasir biasa, tidak mengapa. Tetapi jika ditakdirkan itu adalah tanda-tanda kanser usus, tidak mustahil ia boleh mengancam nyawa jika lambat dikesan,”

Kesan Sembelit Kronik

pembedahan saluran usus akibat sembelit

Lihat, Najis Terpaksa Dikeluarkan Melalui Proses Pembedahan Akibat Najis Terlalu Keras dan Tidak Berupaya Membuang Air Besar Secara Normal.

Sekarang anda Faham kan kenapa masalah sembelit ini tidak harus dipandang ringan dan tidak di ambil mudah oleh anda.

 

 

 

 

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *