Home TIPS TRAVEL Aku Tak Boleh Ke Luar Negara Apa Kes Ni
Aku Tak Boleh Ke Luar Negara Apa Kes Ni

Aku Tak Boleh Ke Luar Negara Apa Kes Ni

0
0

Stress rasanya bila dah buat segala perancangan tiba-tiba aku tak boleh ke luar negara apa kes ni , cuak dah rasanya tiket dah bayar beribu nak travel , dah siap berangan nak naik belon , jalan-jalan makan angin sambil berangan jadi mat salleh walaupun kulit ku macam orang afrika 🙂

Tiba di lapangan terbang anda terkejut kerana dihalang dari keluar dari negara atas alasan tertentu. Bagi mengelakkan kejadian seperti ini berlaku ada baiknya anda memeriksa status boleh keluar negara ataupun tidak sebelum duit hangus begitu sahaja.

Tak Boleh Ke Luar Negara Apa Kes ni !!

saya pasti situasi itu anda hadapi kan , saya juga saya pernah hadapi bila nak ke luar negara di halang kerana di senarai hitamkan oleh pihak imigresen. Untuk elakkan itu semua terjadi saya sangat nasihatkan kepada anda di luar sana sila buat pemeriksaan dahulu tentang status anda sebelum ke luar negara.

Ini boleh anda lakukan dengan melayari laman Semakan Status Perjalanan Jabatan Imigresen Malaysia. Anda hanya perlu memasukkan nombor MyKad anda ke dalam kotak yang disediakan.

Tekan butang semak. Jawapan akan diterima dengan pantas. Sekiranya tiada halangan, laman akan memberikan status “Tiada halangan”.

Kepada yang risau dihalang keluar dari negara akibat hutang semasa belajar ataupun bersalah mencerca kerajaan (boleh dihalang keluar negara selama tiga tahun), ini laman yang perlu disimpan di dalam senarai favourite pada pelayar web.

Layari Laman Semakan Status Perjalanan Jabatan Imigresen Malaysia

Sila Kongsikan dengan kawan-kawan dan sahabat ya agar mereka boleh buat semakan juga

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *