Home TIPS KURUS Adakah Menyusu Badan dapat Membantu Anda Menurunkan Berat Badan?
Adakah Menyusu Badan dapat Membantu Anda Menurunkan Berat Badan?

Adakah Menyusu Badan dapat Membantu Anda Menurunkan Berat Badan?

0
0

Menyusu badan dapat memberikan pelbagai kebaikan kepada para ibu – termasuklah berupaya untuk menurunkan berat badan lebih cepat selepas memiliki cahaya mata. Hakikatnya, ramai wanita dilihat semakin mengambil berat soal ini.

Sungguhpun begitu, masa yang diperlukan bagi menurunkan berat badan selepas bersalin berbeza-beza mengikut wanita, namun ramai dalam kalangan ibu-ibu yang menyusu anak mereka melaporkan bahawa dengan perbuatan ini dapat membantu mereka mengembalikan semula berat seperti sebelum hamil dengan cepat.

Adakah Menyusu Badan dapat Membantu Anda Menurunkan Berat Badan?

Walaubagaimanapun, ramai juga yang mengatakan bahawa tiada sebarang kesan atau pertambahan berat semasa menyusukan anak. Maka, artikel ini akan meninjau semula sains disebalik penyusuan badan dan penurunan berat badan.

Bagaimana Penyusuan Badan boleh Membantu Anda Menurunkan Berat Badan

Penyusuan badan sering kali dianggap sebagai cara semula jadi untuk para ibu baharu untuk mengurangkan berat badan ketika hamil sebelum ini. Hal ini disebabkan oleh para ibu yang menyusukan bayi mereka membakar lebih banyak kalori setiap hari.

Kajian menunjukkan bahawa pembakaran kalori berlaku secara purata 500 kalori sehari bagi ibu yang hanya menyusukan anaknya yang bersamaan dengan tindakan meninggalkan hidangan ringan, snek besar atau melakukan senaman sederhana dalam tempoh 45-60 minit.

Para ibu yang menyusukan anak perlu sedar apa yang mereka makan. Hal ini boleh membantu kepada penurunan berat badan melalui pengurangan dalam pengambilan makanan diproses dan pengambilan protein yang tinggi, buah-buahan berserat, sayur-sayuran, bijirin penuh dan kekacang.

Kedua-dua faktor ini dapat menjelaskan mengapa kajian yang dilakukan secara konsisten menunjukkan bahawa ibu-ibu yang menyusukan anak mereka cenderung untuk mengalami penurunan berat badan mereka selepas melahirkan lebih cepat berbading yang tidak menyusukan anak.

Tambahan pula dalam satu kajian, wanita yang hanya menyusukan anaknya sekurang-kurangnya tiga bulan dapat menurunkan berat badan sebanyak 3.2 paun yang bersamaan dengan 1.5 kg pada tahun yang pertama berbanding mereka yang tidak menyusukan anak dan hanya mengambil formula atau suplimen tertentu. Lebih lagi, semakin lama seseorang ibu itu menyusukan anaknya, semakin kuatlah kesannya.

Wanita yang menyusukan anak mereka juga 6% lebih mudah untuk kembali kepada berat badan mereka sebelum kehamilan berbanding yang tidak menyusukan anak. Kajian lain juga telah memberikan laporan yang serupa dengan menambah bahawa para ibu yang menyusukan anak mereka kelihatan mudah untuk mencapai berat badan sebelum kehamilan secara purata enam bulan lebih awal berbanding mereka yang mengambil suplimen formula tertentu.

Penyusuan ibu juga memberikan kesan positif untuk tempoh yang lama terhadap berat badan anda. Dalam satu kajian, wanita yang menyusukan anaknya selama 6-12 bulan mengalami purata lemak badan yang rendah 5 tahun lebih awal selepas melahirkan anak berbanding yang tidak menyusukan anaknya.

Kajian lain juga telah mendapati bahawa wanita yang hanya menyusukan anaknya selama lebih daripada 12 minggu selepas kelahiran berada dalam lingkungan 7.5 paun (3.4 kg) lebih ringan dalam tempoh 10 tahun selepas kehamilan berbanding wanita yang tidak pernah menyusukan anaknya.

Ibu-ibu ini juga mengekalkan sebanyak 5.7 paun (2.6 kg) lebih ringan berbanding mereka yang menyusukan anak kurang daripada 12 minggu. Hal ini menunjukkan bahawa kedua-dua tempoh masa dan kekerapan penyusuan itu boleh mempengaruhi berapa banyak berat yang anda akan hilang selepas melahirkan anak. Walaupun begitu, tidak semua kajian menemui hubungan kuat antara satu sama lain. Maka, lebih banyak kajian diperlukan lagi.

Mengapa Sesetengah Wanita Tidak Mengalami Penurunan Berat Badan Walaupun Menyusukan Anak

Penurunan berat badan ketika penyusuan bayi mungkin tidaklah semuanya mudah bagi para ibu. Pengurangan kalori sebanyak 500 sehari mungkin secara teorinya dapat membantu para ibu yang menyusukan anak untuk kehilangan kira-kira 1 paun (0.45 kg) seminggu bagi jumlah kira-kira 4 paun (1.8 kg) bagi setiap bulan.

Sungguhpun begitu, para ibu yang menyusukan bayi yang mengalami pertambahan berat sebanyak 25-35 paun (11.5-16 kg) ketika kehamilan seharusnya berupaya untuk menurunkan berat badannya dalam tempoh 6-8 bulan pertama selepas kelahiran.

Sungguhpun begitu, ramai ibu yang menyusukan anak terpaksa mengambil masa lebih daripada ini untuk menurunkan berat badan ketika hamil mereka. Hakikatnya, kajian telah menunjukkan bahawa ramai wanita hanya akan kehilangan sehingga 86% daripada pertambahan berat badan ketika hamil sahaja dalam tempoh 6 bulan selepas kelahiran.

Tambahan pula, terdapat juga kajian yang menemui bahawa tiada perbezaan pun dari segi penurunan berat badan antara para ibu yang menyusukan anak dengan yang tidak menyusukan anak.

Hal ini menyebabkan mengapa sesetengah wanita terpaksa menghadapi saat-saat yang sukar untuk menurunkan berat badan ketika hamil mereka walaupun mereka menyusukan anak sebagaimana yang sepatutnya.

Mungkin bagi seseorang, penyusuan badan itu menjadikan dirinya bertambah lapar. Kajian menunjukkan bahawa sesetengah wanita akan makan lebih banyak dan kurang melakukan pergerakan ketika menyusukan anak. Ia akan menyebabkan pembakaran kalori hanya bergantung kepada penyusuan bayi sahaja.

Para ibu baharu juga mengalami waktu tidur yang tidak mencukupi dan gangguan tidur. Keadaan inilah merupakan antara faktor penyebab kepada peningkatan tahap kelaparan dan selera makan yang mana kedua-duanya itu boleh menyukarkan proses penurunan berat badan.

Cara yang Menyihatkan untuk Menurunkan Berat Badan ketika Menyusukan Anak

Penurunan berat badan ketika menyusukan anak merupakan satu tindakan yang memerlukan keseimbangan. Anda perlu menghasilkan defisit kalori untuk menurunkan berat badan namun, menurunkan kalori terlalu drastik juga boleh menyukarkan anda untuk mendapatkan nutrien yang secukupnya dan akan membiarkan anda rasa lapar dan penat.

Tambahan pula, makan terlalu sedikit juga boleh menyebabkan penghasilan susu menjadi sukar. Berikut merupakan beberapa tips bagi membantu anda menurunkan berat badan ketika hamil dengan cara yang sihat dan berkhasiat:

1.Makan kurang tetapi tidak terlalu sedikit.

Para ibu yang menyusukan anak seharusnya mengelakkan diri daripada makan kurang daripada 1500-1800 kalori sehari. Hal ini membolehkan anda untuk mendapatkan nutrien yang mencukupi dan mengelakkan penghasilan susu yang terlalu sedikit.

2.Makan makanan yang kaya dengan protein dan serat.

Gantikan makanan proses dengan makanan yang kaya dengan protein dan serat boleh membantu anda mengurangkan rasa lapar dan mengekalkan anda rasa kenyang lebih lama.

3.Melakukan senaman.

Sungguhpun ia merupakan suatu yang ditakuti oleh kebanyakan wanita, senaman secara sederhana tidaklah memberikan kesan negatif kepada penghasilan susu anda. Kombinasi antara diet dan senaman dapat membantu ibu yang menyusukan anak memelihara jisim otot mereka.

4.Pastikan makanan berkhasiat sentiasa kelihatan.

Kajian menunjukkan bahawa anda akan lebih mudah untuk makan makanan yang kelihatan oleh mata anda atau dapat dicapai dengan mudah. Jadi, simpan stok makanan anda dengan snek-snek yang berkhasiat dan pastikan sayur-sayuran dan buah-buahan juga turut ada bersama.

5.Kekal hidrat.

Mnum air secukupnya terutamanya air yang tidak manis seperti air masak. Ia penting untuk pembekalan susu anda. Ia juga dapat membantu anda menurunakan berat badan dengan menjadikan anda rasa kenyang dan bertenaga.

6.Cari alternatif untuk kekal menurunkan berat badan.

Satu latihan pemakanan yang di mana rakan-rakan dan saudara mara membantu anda bagi menyediakan makanan berkhasiat yang dimasak sendiri juga merupakan satu alternatif yang baik sambil membantu kepada penurunan berat badan.

7.Makan secara perlahan-lahan.

Makan dalam tempoh kurang daripada 20 minit atau ketika anda sedang tergesa-gesa boleh menyebabkan anda makan sehingga 71% lebih banyak kalori. Cuba untuk duduk dan cari masa yang sesuai untuk makan – terutamanya ketika bayi anda sedang tidur.

8.Tidur apabila anda berasa mengantuk.

Gangguan tidur boleh meningkatkan kelaparan. Cuba baiki masalah kekurangan tidur anda dengan merancang sekurang-kurangnya 30 minit untuk anda tidur sebentar semasa bayi anda sedang tidur.

Kebaikan lain bagi Penyusuan Ibu bagi Ibu dan Bayi

Antara kebaikan penyusuan ibu yang lain termasuklah:

1.Memberikan nutrien yang mencukupi untuk bayi anda.

Susu ibu mengandungi segalanya yang diperlukan oleh bayi anda di usia awal bulan kelahiran termasuklah imun yang menguatkan antibodinya.

2.Melindungi Bayi Anda daripada Penyakit.

Penyusuan ibu membantu anda melindungi bayi anda daripada jangkitan telinga, demam, diabetis, leukemia dan bahkan juga sesetengah bentuk alahan.

3.Dapat Mencegah Masalah Obesiti Ketika Kanak-kanak.

Penyusuan ibu dapat membantu bayi meregulasi sendiri pengambilan susunya sekaligus memdorong kepada pertambahan berat badan yang sihat dan juga boleh mengelakkan bayi anda mengalami masalah obesiti ketika usia kanak-kanak.

4.Membantu Perkembangan Otak.

Penyusuan ibu dihubungkan dengan skor kepintaran yang tinggi dan boleh menjadi sangat penting dalam perkembangan otak terutamanya bayi yang baru lahir.

5.Membantu Uterus Anda untuk Mengecut.

Penyusuan ibu menggalakkan pengecutan uterus yang mana boleh meminimakan pendarahan dan membantu uterus anda untuk mengecut dan kembali kepada saiznya yang asal.

6.Mengurangkan Risiko Tekanan Perasaan.

Para ibu yang menyusukan anaknya cenderung untuk mengalami risiko tekanan perasaan yang lebih rendah. Sungguhpun begitu, faktor lain juga memainkan peranan juga.

7.Dapat Mengurangkan Risiko Anda untuk diserang Penyakit.

Penyusuan ibu dapat mengurangkan risiko anda untuk menghidap risiko sindrom metabolik, tekanan darah tinggi, arthritis, serangan jantung dan diabetes begitu juga dengan kanser payu dara dan ovari.

8.Ia Menjimatkan Masa dan Wang.

Penyusuan ibu adalah percuma dan tidak memerlukan sebarang bentuk peralatan. Ia juga mudah tanpa perlu risau untuk membasuh atau membersihkan botol susu terlebih dahulu.

KESIMPULAN

Penyusuan ibu boleh membantu kepada penurunan berat badan selepas bersalin bagi kebanyakan wanita sungguhpun tidak semua ibu-ibu yang menyusu perasan akan kesannya. Bagi menghilangkan berat badan semasa kehamilan, makan makanan yang kaya dengan protein dan serat, kekal hidrat dan juga bersenam.

Selain itu, elakkan juga makan kurang daripada 1500-1800 kalori sehari memandangkan hal ini boleh menyebabkan ganguan kepada bekalan susu anda. Paling penting, sentiasa ingat baha penyusuan ibu memberikan banyak lagi kebaikan baik untuk anda dan juga bayi anda juga.

 

 

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *