Home TIPS KURUS Adakah Intermittent Fasting Atau Berpuasa Secara Berselang seli Berkesan Bagi Menurunkan berat Badan?
Adakah Intermittent Fasting Atau Berpuasa Secara Berselang seli Berkesan Bagi Menurunkan berat Badan?

Adakah Intermittent Fasting Atau Berpuasa Secara Berselang seli Berkesan Bagi Menurunkan berat Badan?

0
0

Sehingga kini, anda sudah pasti pernah mendengar kelebihan amalam intermittent fasting atau pun berpuasa  bagaimana ia menjadi cara yang terbaik untuk anda mula menurunkan berat badan, membantu menormalkan rangsangan kepada insulin dan menurunkan paras kolestrol jahat dalam tubuh badan anda.

Sungguhpun begitu, terdapat pelbagai jenis cara berpuasa dan cara berpuasa secara berselang seli kini semakin menjadi terkenal sebagai salah satu cara untuk menurunkan berat badan dengan cepat.

Adakah Intermittent Fasting Atau Berpuasa Secara Berselang seli Berkesan Bagi Menurunkan berat Badan?

Namun, para pengkaji masih mempertimbangkan lagi kenyataan tersebut dan keputusannya pula tidaklah begitu membanggakan. Terdapat satu kajian yang kecil dan panjang telah diterbitkan di dalam JAMA Internal Medicine mendapati bahawa cara berpuasa seperti ini tidaklah lagi berkesan untuk membantu mereka yang ingin menurunkan berat badan mereka berbanding dengan mengurangkan pengambilan kalori.

Kajian tersebut diikuti dengan 100 orang dewasa yang mengalami obes metabolik yang berusia antara 18 sehingga 64 tahun. Mereka dipecahkan kepada tiga kumpulan yang berbeza; kumpulan yang berpuasa di mana mereka hanya makan 25% daripada jumlah kalori yang diperlukan; pengurangan kalori, mereka yang makan 75% daripada kalori yang diperlukan setiap hari.

Pecahan diet yang digunakan sepanjang kajian ini mengambil masa selama enam bulan dan diikuti dengan enam bulan lagi fasa pemulihan. Setiap kumpulan kemudiannya diberikan maklumat tentang saiz pecahan diet, membaca label makanan dan pemahaman tentang kalori.

Memandangkan tujuan utama kajian ini dilakukan adalah untuk memahami dengan lebih baik tentang kesan-kesan bagi setiap kaedah dalam menurunkan berat badan. Ia juga turut mengenalpasti kepatuhan kepada kaedah-kaedah diet dan bagaimana setiap kaedah tersebut mempengaruhi faktor-faktor risiko terhadap penyakit kardiovaskular.

Di penghujung kajian ini, keputusan bagi kumpulan yang berpuasa dan yang mengehadkan kalori menjadi lebih kurang sama, namun kaedah perbuasa berselang seli tersebut tidak memberikan faedah yang besar untuk menurunkan berat badan, memberikan perlindungan terhadap penyakit kardiovaskular atau pemulihan setelah penurunan berat badan.

Apakah yang dimaksudkan dengan Intermittent Fasting atau Puasa Berselang seli?

Apabila anda sedang melakukan kaedah intermittent fasting, anda perlu tahu bahawa anda perlu mengehadkan pengambilan kalori daripada apa yang anda makan. Anda tidak perlu untuk tidak makan pada hari-hari berpuasa tersebut, tetapi cuma pemakanan anda menjadi lebih ketat sedikit seperti anda tidak makan makanan berkarbohidrat pada hari-hari tertentu dalam kitaran diet karbohidrat anda.

Jumlah yang disarankan adalah sebanyak 25% tidak kira dalam bagaimanakah diet yang anda ikuti. Sebagai contoh, sekiranya anda telah mengetahui bahawa sejumlah 2000 kalori setiap hari diperlukan untuk anda mengurangkan berat badan, maka ketika hari berpuasa anda perlu hanya sebanyak 500 kalori sahaja. Manakala pada hari yang bukan hari berpuasa anda kembali ambil kalori dengan jumlah 2000 tersebut.

Puasa secara bergilir-gilir vs puasa secara terputus-putus (atau pemakanan mengikut masa)

Secara teknikalnya, berpuasa secara bergilir-gilir hanyalah salah satu jenis berpuasa secara terputus-putus.  Bentuk yang lebih digemari ialah pemakanan mengikut masa. Apabila anda mengikuti kaedah ini, anda telah mengehadkan bentuk pemakanan anda sehingga masa yang tertentu ,  mungkin dari 12 ptg sehingga 6 ptg dan mengelakkan diri daripada makan pada waktu yang lain. Dengan mengikuti contoh ini, waktu berpuasa anda akan menjadi 18 jam sehari.

Cara sebegini kelihatan boleh memberikan kesan yang serius kepada paras hormon yang meregulasi metabolism, kandungan gula dan darah serta pembakaran lemak dengan cara yang baik. Ia sering kali digabungkan bersama diet berbentuk ketogenik untuk memberikan kesan kepada penurunan berat badan anda.

Lihat, tubuh badan kita lebih mudah bekerja dalam waktu  ditetapkan seperti berjadual untuk mengekalkan fungsi tubuh badan. Apabila anda makan, ia tidak pasti adakah anda akan makan semula beberapa jam kemudian atau adakah ia akan memulakan proses pemulihan sistem anda?

Namun, apabila anda mengamalkan cara pemakanan yang mengikut masa, tubuh badan anda akan mula membiasakan diri bahawa ia sedang mematuhi jadual yang telah ditetapkan dan akhirnya boleh memaksimakan waktu berpuasa anda sehingga selesai.

Hasilnya, kadar pembakaran  lemak yang tinggi, penurunan paras gejala keradangan (yang menjadi punca utama bagi kebanyakan penyakit) dan menjadikan paras gula dalam darah lebih stabil sehingga mengurangkan risiko penyakit diabetes.

Apa yang utama, apabila berkaitan dengan cara pemakanan ini, ia lebih kepada mengurangkan apa yang anda makan berbanding bilakah anda makan.  Hal ini tidak bermakna ketika waktu makan, anda boleh pergi ke pekan untuk membeli cip kentang dan makanan ringan.

Makanan seperti protein yang berkualiti, lemak yang sihat (ya, minyak zaitun dan minyak kelapa salah satunya), buah-buahan dan sayur-sayuran akan sentiasa membantu anda untuk memberikan prestasi yang terbaik untuk tubuh badan anda tidak kira samada anda pelan pemakanan yang manakah anda ikut.

Namun, hal ini tidak juga bermakna bahawa  anda perlu mengelakkan diri daripada makanan pencuci mulut ketika berada dalam majlis-majlis rasmi sehingga mengurangkan kalori anda.

Bagi sesetengah orang, cara berpuasa secara bergilir gilir mungkin merupakan pilihan yang terbaik. Mari kita lihat apa yang menjadikan cara ini berkesan bagi sesetengah orang dan mengapa cara ini bukan sentiasa yang terbaik.

Kebaikan & Keburukan Berpuasa Secara Berselang seli

Kebaikan Intermittent Fasting

  • Membantu mengurangkan berat badan. Sekiranya matlamat utama anda dengan cara berpuasa seperti ini adalah untuk menurunkan berat badan , maka tidak disangkal lagi bahawa cara ini merupakan salah satu cara yang berkasan.

Hasil daripada beberapa kajian yang telah dilakukan mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang ketara antara cara mengurangkan kalori dengan cara berpuasa sebegini bagi mengurangkan beberapa paun. Berpuasa secara berselang seli ini berupaya untuk mengurangkan jisim lemak melalui pengurangan kalori yang ketat. Hal ini sememangnya bermanfaat bagi mereka yang mengalami obesiti.

  • Membantu Mengelakkan Penyakit Kronik. Satu tinjauan yang menakjubkan terhadap manusia dan haiwan uji kaji tentang kesan cara berpuasa ini di mana ia boleh menjadi satu senjata yang kuat untuk mencegah pennyakit-penyakit kronik seperti diabetes, penyakit kardiovaskular dan kanser.

Bagi haiwan, cara ini membawa kepada penurunan kadar diabetes dan paras glukosa serta insulin. Bagi manusia pula, ia akan memerlukan paras kolestrol baik yang tinggi di mana ia boleh mengurangkan kadar risiko penyakit jantung.

Bagi haiwan sekali lagi, cara berpuasa ini boleh mengurangkan kadar limfoma, meningkatkan tempoh hayat selepas tumor dan mengurangkan kadar penggandaan sel kanser. Semua ini menunjukkan bahawa dengan cara ini berupaya untuk mengurangkan faktor-faktor yang berisiko membawa kepada kanser. Sementara itu, kajian-kajian lain terus dilakukan kepada manusia dan hasil-hasil awal yang diperoleh benar-benar positif.

  • Mudah untuk diikut  Mari hadapinya: berdiet adalah susah. Mengira kalori, mengetahui apa yang anda boleh makan, memencilkan diri daripada komitmen sosial dengan satu pelan pemakanan yang ketat semua itu sudah cukup untuk melemahkan semangat anda. Bagi sesetengah orang, inilah kelebihan cara berpuasa sebegini. Ia memberikan panduan yang mudah: makan secara minimum pada hari hari-hari berpuasa dan anda boleh makan apa sahaja yang sesuai dengan kadar kalori anda pada hari-hari yang tidak berpuasa.

Keburukan

  • Sukar untuk diteruskan untuk tempoh masa yang panjang. Terdapat juga kajian terkini yang menunjukkan bahawa cara berpuasa secara berselang seli ini memiliki kadar putus asa yang tinggi berbanding mereka mengikuti kaedah pengawalan kalori.

Bagi mereka yang kekal mengamalkannya untuk tempoh yang lama, di situ terdapat juga kadar “cheat meal” yang tinggi berbanding daripada kumpulan yang satu lagi. Mereka yang berpuasa akan berkemungkinan besar makan lebih banyak kalori daripada yang disarankan pada hari-hari mereka tidak berpuasa.

Terdapat satu kajian lain yang menyatakan bahawa, bagi mereka yang mengamalkan diet seperti ini, kelaparan pada hari berpuasa tidak kelihatan menghalang mereka daripada untuk terus dengannya.

Sekiranya matlamat utama anda adalah untuk menurunkan berat badan, cara ini sudah tentu dapat membantu. Namun, sekiranya anda mahukan cara pemakanan untuk tempoh yang lama, maka berpuasa seperti ini bukanlah jawapannya.

Amaran berjaga-jaga

Sekiranya anda mahu berpuasa, adalah penting untuk anda berbincang dengan doktor anda, terutamanya sekali apabila melibatkan pengambilan ubat-ubatan yang memerlukan makanan. Anda juga akan mendapati bahawa adalah sangat membantu untuk mengenalpasti menu makanan anda ketika anda tidak berpuasa untuk membantu anda kekal berada pada paras keperluan kalori yang diperlukan.

Hal ini bagi mengelakkan anda daripada terlebih makan sehingga membantutkan usaha untuk menurunkan berat badan anda.

Akhir sekali, ketika berpuasa, sekiranya anda mendapati diri anda tidak mampu memikirkan selain daripada makanan ataupun anda berasa terlalu lapar, maka anda perlu juga untuk mendapatkan hidangan bersaiz kecil.

Jika tidak, anda berkemungkinan akan melemahkan tubuh badan anda tanda memdapatkan tenaga yang cukup ketika itu terutamanya sekali pada peringkat permulaan. Adalah penting juga untuk anda apabila ingin menukarkan cara pemakanan tanpa memberikan tekanan yang kuat kepada diri anda baik dari segi mental dan fizikal.

Rumusan

  • Satu kajian telah menunjukkan bahawa apabila melibatkan penurunan berat badan, kaedah berpuasa secara berselang seli ini bukanlah cara yang lebih berkesan berbanding cara pengawalan kalori.
  • Cara berpuasa seperti ini adalah satu jenis daripada puasa secara terputus-putus tidak berterusan.
  • Dengan pengawalan waktu makan akan mengehadkan tempoh waktu makan anda, namun bagi berpuasa cara ini anda boleh mengawal berapa banyakkah kalori yang anda boleh makan ketika waktu berpuasa.
  • Dengan berpuasa seperti ini akan menjadi satu permulaan yang terbaik untuk menurunkan berat badan namun akan menjadi agak sukar untuk mengekalkannya dalam tempoh yang lama.
  • Minta nasihat doktor anda sekiranya anda bercadang untuk mengikuti pelan pemakanan seperti ini.

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *