Home TIPS KESIHATAN Adakah Harga Minyak Zaitun Dan Rasa Tentukan Kualiti Minyak Zaitun?
Adakah Harga Minyak Zaitun Dan Rasa Tentukan Kualiti Minyak Zaitun?

Adakah Harga Minyak Zaitun Dan Rasa Tentukan Kualiti Minyak Zaitun?

0
0

Seringkali kita sangkakan yang harga minyak zaitun serta rasa menentukan kualiti minyak zaitun. Ada yang beritahu saya harga minyak zaitun yang mahal sudah pasti berkualiti dan rasa yang pahit itu tinggi khasiatnya. Untuk rasa saya akan ulas kemudian, tetapi kali ini saya akan ulas serta berikan anda ciri-ciri yang sepatutnya anda lihat sebelum membeli minyak zaitun dan harga minyak zaitun bukan penentu aras.

saya kongsikan satu panduan buat anda semua bagaimana hendak memilih minyak zaitun yang berkualiti. Saya tahu banyak jenis dan jenama minyak zaitun di pasaran tetapi tidak semua adalah minyak zaitun yang sebenarnya.

Kita memang tahu minyak zaitun memang banyak khasiat tetapi adakah minyak zaitun yang kita amalkan sekarang ini adalah minyak zaitun yang sebenarnya atau kita telah ditipu ? Oleh itu dengarkan perkongsian dari saya agar anda terselamat dari ditipu dan pandai memilih minyak zaitun yang berkualiti

Adakah Harga Minyak Zaitun Dan Rasa Tentukan Kualiti Minyak Zaitun?

ok bagi menjawab persoalan ini saya akan berikan kepada anda apa ciri-ciri minyak zaitun berkualiti mengikut Olive Oil Council iaitu badan antarabangsa yang memantau kualiti olive oil seluruh dunia

1.Jenis Minyak Zaitun

Extra Virgin Olive Oil (EVOO) , Virgin Olive Oil (VOO) atau Olive Oil, PURE, Light, Extra Light atau POMACE Olive Oil..🤔🤔.. Selain dari EVOO dan VOO.. Tak Payah beli nanti boleh bahayakan kesihatan.

2. Cari Bacaan Acidity Minyak Zaitun

Tahap acidity adalah diantara penanda aras kualiti minyak zaitun. Acidity level adalah jumlah asid lemak bebas yang ada dalam minyak zaitun. Berapakah peratusan nya? Peraturan untuk EVOO adalah kurang dari 0.8% dan untuk VOO bacaan acidity adalah 0.8%-2.0%

3.Nama dan Alamat Syarikat Pengeluar

Kalau Tak Ada dan cuma setakat alamat Pengimport atau Pengedar di Malaysia sahaja Tak Payah Beli. Ini penting kerana ada syarikat yang mengimport masuk minyak zaitun dari pelbagai negara dan melakukan pembotolan secara sendiri. Pembotolan sendiri ini tanpa nitrogen filling akan menjejaskan kualiti minyak zaitun dan terdedah kepada oksigen yang menjadikan minyak zaitun teroksida.

4.Production Date dan Expiry Date

Boleh tahu Minyak Zaitun tersebut datang dari tahun bila dan bila akan tamat tempoh.Jika tiada maklumat ini jangan beli. Minyak zaitun tidak seperti “wine” yang makin lama dan makin berkualiti kerana proses penapaian. Musuh utama minyak zaitun adalah masa, lagi lama di simpan makan akan lagi cepat terdedah kepada agen-agen yang akan menjejaskan kualiti minyak zaitun.

5.Harvest Date atau tarikh dituai

Kenapa perlu ada tarikh buah zaitun dituai?kerana kita akan dapat ketahui bila ianya di tuai dan akan diperah untuk dijadikan minyak zaitun. Jika dituai lebih dari 6 bulan baru di proses makan akan terjejas kualiti minyak zaitun. Selalunya syarikat pengeluar besar akan mematuhi syarat dengan meletakkan maklumat ini, cuba cari memang ada di botol tertulis

6.Minyak Zaitun Wajib Dalam Botol Kaca Gelap

Mengikut standard yang telah ditetapkan oleh Olive Oil Council pembotolan minyak zaitun perlu menggunakan botol gelap. Ini bagi menghalang minyak zaitun teroksida dari terkena cahaya matahari dan juga cahaya dari lampu. Cahaya matahari dan lampu juga adalah antara musuh kepada minyak zaitun. Jadi minyak zaitun yang dibotolkan dalam botol kaca cerah dan plastik jangan beli kerana minyak zaitun telah teroksida.

7.Minyak Zaitun EVOO Dalam Botol Plastic

Pun Tak Payah Beli Sebab Minyak Zaitun itu juga akan TEROKSIDA kerana udara boleh meresap melalui botol plastik

8. Elakkan Minyak Zaitun yang ada kandungan Serdak Dan Hampas

Minyak zaitun yang ada kandungan serdak dan hampas buah zaitun dipanggil minyak zaitun tanpa tapisan jangan beli kerana serdak atau hampas buah zaitun di dalam botol tersebut akan menyebabkan berlakunya proses Penapaian atau Fermentation dan minyak aitun akan teroksida dalam tempoh tiga hingga enam bulan ianya di perah. Minyak zaitun teroksida akan menghasilkan Free Radicals atau Radikal Bebas

9. Jauhi Minyak Zaitun yang dibotolkan secara manual

Ramai pengedar minyak zaitun yang ingin mengaut keuntungan secara berlebihan akan menggunakan kaedah pembotolan secara manual dan tanpa adanya nitrogen injection. Pembotolan secara manual dan tanpa nitrogen injection akan menyebabkan minyak zaitun mengandungi udara atau oxygen di dalam botol tersebut dan ini akan menyebabkan berlakunya Oxidation kepada Minyak Zaitun. Kalau dah teroksida maka akan terhasilnya Free Radicals atau radikal bebas.

Maklumat Tambahan Berkenaan Minyak Zaitun

1. Minyak Zaitun yang Berubah Warna

Minyak zaitun akan berubah warna selepas beberapa bulan jika tidak diproses dengan standard yang telah ditetapkan oleh badan antarabangsa. Tolong jangan guna ianya berubah warna apabila ada kesan Oxidation dan perubahan sifat. Ini akan menjejaskan kesihatan kita jika digunakan.

2.Minyak Zaitun yang sudah Expired Jangan Guna

Minyak Zaitun Tidak Boleh Bertahan Lebih dari dua tahun selepas ianya dibotolkan Kandungan Khasiat sudah berkurangan atau tiada lansung dan lebih Memudaratkan jika ianya telah teroksida. Jika anda lihat tarikh tamat lebih dari 2 tahun, dinasihatkan jangan beli minyak zaitun. Ini biasanya di lakukan oleh pengedar yang melakukan pembotolan secara manual. Jangan jejaskan kesihatan anda hanya kerana nak dapatkan yang murah.

3.Minyak Zaitun yang baru dibuka penutupnya

Apabila anda telah membuka penutup minyak zaitun ianya hanya baik digunakan dalam tempoh 3 bulan Habiskan secepat mungkin kerana ianya akan mula teroksida sebaik sahaja terdedah kepada udara dan Oxygen yang masuk ke dalam botol

Apa yang saya kongsikan maklumat ini adalah bagi anda membuat pilihan yang betul sebelum membeli minyak zaitun. Kita memang tahu tentang khasiat minyak zaitun , tetapi yang saya risaukan adalah kita tertipu dengan memilih minyak zaitun yang salah dan akhirnya membahayakan kesihatan kita.

Misi saya jelas untuk”Saving Good People , From Bad Olive Oil”.

Semoga perkongsian saya beri manfaat dan elakkan anda semua ditipu, dan membuat pilihan yang tepat.

 

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

EBOOK PERCUMA !

36 Tips Untuk Pastikan Azam Kurus Anda Berjaya!

Perkongsian ini akan membuka minda dan juga hati anda untuk melihat satu perspektif yang berbeza mengenai cara kuruskan berat badan
SAYA NAK EBOOK!
close-link