Home TIPS KESIHATAN Adakah Gula Menyebabkan Keradangan di dalam Badan?
Adakah Gula Menyebabkan Keradangan di dalam Badan?

Adakah Gula Menyebabkan Keradangan di dalam Badan?

0
0

Keradangan merupakan satu proses semula jadi tubuh badan. Ketika tercedera atau terkena jangkitan, tubuh badan akan membebaskan bahan kimia untuk membantu melindungi badan daripada serangan bakteria berbahaya. Masih lagi banyak didendangkan tentang adakah gula menyebabkan keradangan?

Kesannya, ia akan menyebabkan kemerah-merahan dan bengkakan. Sesetengah jenis makanan seperti gula juga boleh menyebabkan keradangan di dalam badan yang mana ia merupakan suatu yang normal.

Walaubagaimanapun, sekiranya makan terlalu banyak makanan yang menyebabkan keradangan boleh menyebabkan keradangan kronik grad rendah. Kesannya akan menyebabkan masalah kesihatan seperti penyakit jantung, diabtes, kanser dan alahan.

Adakah Gula Menyebabkan Keradangan di dalam Badan?

Artikel ini akan membincangkan apa yang perlu anda ketahui tentang peranan gula dan keradangan di dalam badan.

1.Terlalu Banyak Gula Tambahan Dikaitkan dengan Keradangan

Beberapa kajian haiwan mendapati bahawa diet yang mengandungi gula tambahan yang tinggi akan membawa kepada obesiti, kerintanganan insulin, penipisan dinding usus dan keradangan gred rendah. Manakala kajian terhadap manusia pula telah mengesahkan kaitan antara gula tambahan dengan gejala keradangan.

Satu kajian terhadap 29 orang yang sihat mendapati bahawa pengambilan 40 gram gula tambahan daripada satu tin 375 ml soda setiap hari boleh membawa kepada peningkatan tanda-tanda keradangan, kerintanganan insulin dan peningkatan kolestrol LDL. Mereka ini juga boleh mengalami pertambahan berat badan juga.

Satu lagi kajian yang melibatkan orang yang memiliki berat badan berlebihan dan obes mendapati bahawa satu tin soda setiap hari selama enam bulan boleh menyebabkan peningkatan tahap asid urik, pencetus untuk rintangan keradangan dan insulin.

Subjek yang minum minuman diet, susu atau air mempunyai tiada mencatatkan peningkatan tahap asid urik mereka. Minum minuman manis juga boleh meningkatkan tahap keradangan. Selain itu, kesan ini boleh berlarutan  untuk suatu tempoh yang agak lama.

Makan satu dos 50 gram fruktosa boleh menyebabkan peningkatan pada penanda keradangan seperti Creactive protein (CRP) hanya dalam tempoh 30 minit selepas itu. CRP juga akan kekal tinggi selama lebih daripada dua jam. Selain daripada gula tambahan, makan terlalu banyak karbohidrat yang diproses juga dikaitkan dengan peningkatan keradangan pada manusia.

Dalam satu kajian, makan hanya sebanyak 50 gram karbohidrat yang diproses itu dalam bentuk roti putih menyebabkan paras gula dalam darah menjadi lebih tinggi serta peningkatan dalam penanda keradangan Nf-kB.

Ringkasan: Pengambilan gula tambahan dan karbohidrat proses yang telalu banyak dikaitkan dengan peningkatakan keradangan di dalam badan sebgitu juga dengan kerintanganan insulin dan pertambahan berat badan.

2.Bagaimanakah Gula Tambahan Menjejaskan Tubuh Badan Anda?

Mengambil terlalu banyak gula tambahan dan karbohidrat proses boleh menyebabkan perubahan kepada tubuh badan anda yang mana dapat membantu menjelaskan kepada anda mengapa diet yang mengandungi gula yang tinggi boleh membawa kepada keradangan grad rendah yang kronik.

  • Penghasilan AGE yang berlebihan: Produk akhir glikasi berlebihan (Advanced glycation end products) yang merupakan sebatian yang berbahaya di mana ia terbentuk apabila protein atau lemak bergabung dengan gula di dalam salur darah. Terlalu banyak AGE akan membawa kepada tekanan oksidatif dan keradangan.
  • Menyebabkan Penipisan Usus: Bakteria, toksin dan partikel makanan yang tidak tercerna akan lebih mudah untuk keluar daripada usus dan memasuki salur darah sehingga menyebabkan keradangan.
  • Kandungan kolestrol jahat yang tinggi (LDL): Kolestrol LDL yang berlebihan diikuti dengan peningkatan protein C-reaktif (CRP) yang mana merupakan penanda kepada keradangan.
  • Pertambahan Berat Badan: Diet yang kaya dengan gula tambahan dan kerbohidrat proses boleh membawa kepada pertambahan berat badan. Lebihan lemak badan dikaitan dengan keradangan terutamanya melibatkan kerintanganan insulin.

Adalah penting untuk diingat bahawa keradangan bukanlah hanya disebabkan oleh gula semata-mata. Faktor lain seperti tekanan, pengambilan ubat dan pengambilan lemak yang berlebihan juga boleh membawa kepada keradangan.

Ringkasan: Pengambilan gula tambahan dan karbohidrat proses yang berlebihan dikaitkan dengan peningkatan dalam penghasilan AGE, penipisan usus, kolestrol LDL, penanda keradangan dan pertambahan berat badan. Semua faktor ini boleh membawa kepada keradangan krinik grad rendah.

Gula Tambahan Boleh Membawa kepada Masalah Kesihatan Jangka Masa Panjang

Kajian pemerhatian yang dilakukan terhadap manusia telah mendapati baahwa pengambilan gula tambahan dan karbohidrat proses boleh membawa kepada pelbagai penyakit yang kronik termasuklah penyakit jantung, diabetes dan sebagainya.

Penyakit Jantung

Beberapa kajian telah mendapati hubungan yang kuat antara pengambilan minuman bergula dengan peningkatakan risiko sakit jantung. Kajian yang besar telah dilakukan di mana melibatkan lebih daripada 75,000 orang wanita mendapati bahawa mereka yang mengambil diet yang tinggi dengan karbohidrat proses dan gula mengalami sehingga 98% risiko penyakit jantung berbanding dengan mereka yang tidak mengambilnya.

Hal ini adalah disebabkan oleh kesan daripada pengambilan gula terhadap penyakit jantung seperti peningkatan kolestrol LDL, tekanan darah, obesiti, kerintanganan insulin dan peningkatakan penanda keradangan.

Kanser

Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa mereka yang mengambil gula yang tinggi boleh mengalami risiko yang lebih tinggi untuk menghidapi kanser. Satu kajian telah mendapati bahawa apabila seekor tikus makmal diberikan diet yang tinggi dengan gula, ia didapati mengalami kanser payudara yang mana akhirnya merebak ke anggota badan yang lain.

Satu kajian yang lain pula melihat diet lebih daripada 35,000 wanita mendapati bahawa mereka yang mengambil makanan dan minuman bergula yang tinggi mengalami risiko kanser konlon sebanyak dua kali ganda berdanding mereka yang hanya mengambil diet yang mengandungi gula tambahan yang sedikit.

Tatkala lebih banyak kajian yang lain diperlukan, sehingga kini adalah diketahui bahawa peningkatan risiko kanser adalah disebabkan oleh kesan keradangan yang disebabkan oleh gula. Dalam satu tempoh masa yang panjang, keradangan yang disebabkan oleh gula boleh merosakkan DNA dan sel badan.

Sesetengah pakar percaya bahawa paras insulin yang tinggi di mana menyebabkan seseorang itu mengambil lebih banyak gula juga memainkan peranan kepada pembentukan dan perkembangan kanser itu sendiri.

Diabetes

Kajian-kajian yang telah dilakukan mendapati bahawa terdapat kaitan antara peningkatan pengambilan gula tambahan dengan diabtes jenis 2. Satu analisis yang besar telah dilakukan terhadap hampir 38,000 orang mendapati bahawa hanya dengan satu hidangan bergula setiap hari boleh menyebabkan hampir 18% risiko kepada pembentukan diabtes jenis 2.

Kajian lain mendapati bahawa pengambilan sirap jagung yang tinggi sangat jelas berkait rapat dengan diabtes. Sebaliknya, pengambilan serat dapat membantu melindungi diri anda daripada pembentukan diabtetes.

Obesiti

Obesiti sering kali dirujuk sebagai penyakit keradangan grad rendah. Makan terlalu banyak gula tambahan dikaitkan dengan pertambahan berat badan dan obesiti. Pakar mengatakan bahawa diet moden yang mana banyak mengandungi karbohidrat proses dan gula tambahan boleh membawa kepada ketidakseimbangan pada bakteria di dalam usus.

Hal ini menjelaskan bagaimana terbentuknya obesiti. Satu tinjauan terhadap 88 kajian pemerhatian mendapati bahawa pengambilan soda bergula yang tinggi diikuti dengan pengambilan kalori yang tinggi, berat badan yang berlebihan dan pengambilan nutrien-nutrien yang penting.

Satu kajian yang melibatkan tikus makmal mendapati baahwa diet yang mengandungi gula yang tinggi bertindak melawan kesan anti-keradangan pada minyak ikan dan akhirnya menyebabkan obesiti.

Penyakit Lain

Pengambilan gula tambahan dan karbohidrat proses yang tinggi dikaitkan juga dengan pembentukan penyakit yang lain seperti penyakit hati, keradangan usus, masalah mental, arthritis dan sebagainya. Jelasnya, pengambilan fruktosa yang berlebihan juga dikaitkan dengan penyakit hati berlemak.

Bagaimana ia terjadi tidak dapat diketahui dengan mendalam namun disyaki bahawa ia disebabkan oleh penipisan lapisan usus, pertumbuhan bakteria yang berlebihan di dalam usus dan keradangan grad rendah yang terus berlaku.

Walaubagaimanapun, bukti-bukti yang menghubungkan gula kepada masalah kesihatan kebanyakannya adalah berdasarkan kepada kajian pemerhatian. Sungguhpun begitu, mereka tidak dapat membuktikan hanya gula sahaja menjadi penyebab kepada masalah kesihatan ini.

Ringkasan: Melalui kajian pemerhatian mendapati bahawa pengambilan gula tambahan yang berlebihan boleh menyebabkna beberapa penyakit kronik seperti diabtes, penyakit jantung, obesiti dan kanser.

Gula Semula Jadi Tidak Dikaitkan dengan Keradangan

Adalah penting untuk diambil perhatian di mana terdapat perbezaan antara gula tambahan dengan gula semula jadi. Gula tambahan telah dikeluarkan daripada sumber asalnya dan kemudiannya ditambahkan ke dalam makanan dan minuman yang bertindak sebagai pemanis atau memanjangkan jangkah hayatnya.

Gula tambahan ini banyak didapati di dalam kebanyakan makanan dan minuman proses bahkan gula biasa juga dikira sebagai gula tambahan. Antara bentuk lain gula tambahan ialah sirap jagung tinggi-fruktosa (HFCS), sukrosa, fruktosa, glukosa dan gula jagung.

Dalam kalangan golongan dewasa A.S, kira-kira 13% daripada jumlah pengambilan kalori adalah datang daripada gula tambahan. Jumlah ini adalah tinggi di mana pihak kerajaan hanya menghadkan setakat tidak lebih 5% hingga 15% sahaja kalori yang seharusnya datang dalam bentuk lemak pepejal dan gula tambahan.

Jumlah gula tambahan dan karbohidrat proses yang berlebihan ini dikaitkan dengan keradangan. Walaubagaimanapun, gula semula jadi tidak ada kaitan dengan masalah keradangan. Hakikatnya banyak makanan mengandungi gula semula jadi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran boleh menjadi makanan anti-keradangan.

Gula semula jadi termasuklah yang wujud secara semula jadi di dalam makanan. Sebagai contoh ialah fruktosa daripada buah-buahan dan laktosa daripada susu dan produk tenusu.

Pengambilan gula semula jadi tidak perlu dirisaukan. Hal ini adalah disebabkan oleh ia sangatlah berbeza dengan gula tambahan apabila ia diambil dan dicernakan di dalam badan. Gula semula jadi kebiasaannya diambil bersama makanan yang asli.

Hal ini diikuti dengan nutrien yang lain seperti protein dan serat yang mana menyebabkan gula semula jadi ini diserap dengan perlahan-lahan. Penyerapan gula semula jadi yang tenang ini boleh mengelakkan daripada peningkatan paras gula dalam darah.

Diet yang mengandungi makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin penuh boleh mengelakkan masalah kesihatan yang lain juga. Maka, tiada had untuk mengehadkan atau mengelakkan  diri daripada mengambil makanan tersebut.

Ringkasan: Gula tambahan yang mana dikeluarkan daripada sumbernya yang asal dan ditambahkan ke dalam makanan dan minuman boleh menyebabkan keradangan. Adapun, gula semula jadi yang terkandung dalam makanan yang asli tidak menyebabkannya.

Perubahan Gaya Hidup Boleh Mengurangkan Keradangan

Berita baiknya ialah, melalui perubahan gaya hidup yang tertentu, seperti mengurangkan pengambilan makanan bergula dan diproses boleh membantu kepada pengurangan tahap keradangan dalam tubuh badan anda.

Sebagai contoh, pengambilan fruktosa boleh memberikan kesan kepada keradangan. Hal ini bermakna, lebih banyak anda makan, lebih besar risiko keradangan yang akan berlaku dalam tubuh badan anda. Tambahan pula, gaya hidup yang kurang aktif, merokok dan tahap tekanan yang tinggi juga boleh menyebabkan keradangan kronik grad rendah untuk berlaku.

Walaubagaimanapun, aktiviti fizikal juga terbukti dapat mengurangkan lemak di perut dan penanda keradangan dalam tubuh badan manusia. Sungguhpun begitu, adalah boleh untuk mengurangkan keradangan melalui perubahan terhadap diet pemakanan anda.

Satu kajian mendapati bahawa dengan menggantikan makanan proses dengan makanan yang semula jadi dan tidak diproses boleh mengurangkan kerintanganan insulin, memperbaiki paras kolestrol dan mengurangkan tekanan darah. Semuanya berkait rapat dengan keradangan. Kajian lain juga turut mendapati bahawa mengurangkan pengambilan fruktosa boleh mengurangkan penanda keradangan dalam darah sehingga hampir 30%.

Berikut merupakan beberapa tips mudah untuk membantu mengurangkan keradangan:

  • Mengurangkan pengambilan makanan dan minuman proses: Dengan cara mengurangkan atau meninggalkan pengambilannya, anda secara semula jadi boleh mengelakkan diri daripada gula tambahan seperti soda, kek, biskut dan gula-gula begitu juga dengan roti putih, pasta dan nasi.
  • Baca Label Makanan: Sekiranya anda tidak pasti tentang sesetengah produk, biasakan diri untuk membaca label pada makanan terlebih dahulu. Ketahui bahan-bahan yang digunakan seperti sukrosa, glukosa, sirap jagung tinggi glukosa, maltosa dan dekstrosa.
  • Pilih Karbohidrat Bijirin Penuh: Semua ini termasuklah oat, pasta bijirin penuh, beras perang, quinoa dan barli. Semua ini mengandungi serat yang tinggi selain daripada antioksidan yang mana membantu mengawal paras gula dalam darah dan melawan keradangan.
  • Makan Banyak Buah-buahan dan Sayur-sayuran: Buah-buahan dan sayur-sayuran mengandungi antioksidan, vitamin dan mineral yang mana memberikan perlindungan dan mengurangkan keradangan dalam badan.
  • Makan Makanan yang Kaya dengan Antioksidan: Penuhkan pinggan anda dengan makanan yang kaya dengan antioksidan yang mana membantu anda secara semula jadi bagi melawan keradangan.Antaranya termasuklah kekacang, bijian, avokado, minyak ikan dan minyak zaitun.
  • Kekal Aktif: Lakukan aktiviti fizikal yang mana boleh membantu anda mengelakkan diri daripada pertambahan berat badan dan keradangan.
  • Urus Tahap Tekanan Anda: Pelajari cara-cara untuk menguruskan tekanan melalui teknik penenangan diri dan senaman juga mampu mengurangkan keradangan.

Ringkasan: Menggantikan makanan dan minuman yang tinggi dengan gula tambahan dan kerbohidrat proses boleh membantu mengurangkan penanda keradangan. Hal ini termasuklah pengambilan makanan yang asli dan bukan makanan proses yang juga membantu anda melawan keradangan.

Kesimpulan

Kajian mendapati bahawa mengambil terlalu banyak gula tambahan serta karbohidrat proses boleh menyebabkan keradangan dalam tubuh badan anda. Sehingga kini, keradangan disebabkan oleh tabiat pemakanan yang tidak sihat sehingga membawa kepada penyakit seperti  penyakit jantung, diabtes, penyakit hati dan kanser.

Walaubagaimanapun, keradangan juga boleh disebabkan oleh pelbagai faktor lain seperti tekanan, pengambilan ubat, merokok dan pengambilan lemak yang berlebihan. Terdapat beberapa langkah yang boleh anda ambil bagi melawan keradangan ini seperti bersenam dan menguruskan tekanan dengan baik. Apa yang utama ialah elakkan daripada mengambil makanan dan minuman proses, pilih makanan yang asli dan hadkan pengambilan gula dan karbohidrat proses anda.

 

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

EBOOK PERCUMA !

36 Tips Untuk Pastikan Azam Kurus Anda Berjaya!

Perkongsian ini akan membuka minda dan juga hati anda untuk melihat satu perspektif yang berbeza mengenai cara kuruskan berat badan
SAYA NAK EBOOK!
close-link