Home TIPS KESIHATAN Adakah Benar Makanan Sebagai Sumber Penyembuhan Penyakit?
Adakah Benar Makanan Sebagai Sumber Penyembuhan Penyakit?

Adakah Benar Makanan Sebagai Sumber Penyembuhan Penyakit?

0
0

Makanan sebagai sumber penyembuhan bukan hanya sekadar diet. Ia bagaikan satu alat yang membawa anda kepada satu perubahan kesihatan yang menyeluruh. Diet ini direka untuk membantu sesiapa sahaja yang mengalami penyakit seperti diabetes, obesiti, penyakit jantung, autism, masalah pencernaan, keletihan, tekanan, ketidakseimbangan hormon serta pencegahan kanser.

Diet ini mensasarkan kepada lima aspek kesihatan anda yang membantu anda sembuh daripada sebarang penyakit:

Makanan Sebagai Sumber Penyembuhan Penyakit

Makanan yang kita makan seharian mempunyai fungsinya tersendiri dari itu perlu kita membuat pilihan makanan yang lebih sihat dan seimbang agar dapat membantu badan melawan radikal bebas yang menyebabkan penyakit.

Oleh itu saya kongsikan dengan anda apa fungsi makanan yang kita amalkan seharian. Lebih sihat makanan yang kita makan lagi banyak kesannya pada kesihatan kita.

1.Mengurangkan Keradangan

Kebanyakan penyakit adalah disebabkan oleh keradangan. Keradangan akan merosakkan sel dan dinding artei anda sehingga menyebabkan tekanan darah tinggi, kolestrol tinggi, arthritis dan masalah pencernaan. Dengan mengurangkan keradanganm tubuh badan anda akan lebih berupaya untuk sembuh daripada sebarang penyakit.

2.Mengalkalikan Tubuh Badan

Tubuh badan anda seharusnya memiliki purat nilai pH 7.36. Satu tin soda mengandungi nilai pH 2.5 dan ia mungkin akan menjadi kira-kira 30 gelas air untuk menyeimbangkannya. Jus sayur-sayuran hijau seperti bayam boleh mengmbilan semula nilai pH anda. Semua penyakit yang berbentuk jangkitan, osteoporosis dan kanser adalah disebabkan oleh keadaan yang berasid. Dengan mengalkalikan tubuh badan anda, sel anda akan mula menyembuh dan kembali normal.

3.Merendahkan Glukosa dalam Darah

Dengan merendahkan paras glukosa dalam darah, resptor insulin akan mula merawat dan tubuh anda akan mula menghasilkan jumlah insulin dengan normal untuk merawat diabetes dan leptin untuk mengurangkan berat badan.

4.Membuang Toksin

Ketoksikan kini mula menjadi satu wabak yang melanda masyarakat kita hari ini dan menjadi penyabab kepada peningkatan masalah ketidakseimbangan hormon dan penyakit autoimun. Diet ini membantu bagi mengatasi masalah seperti ketidaksuburan, hipitirodisme, Alzheimer dan Autism.

5.Nutrien yang Optimum

Banyak penyakit hari ini adalah disebabakan oleh kekurangan nutrisi. Kebanyakan makanan yang kita makan hari ini adalah makanan yang diproses dan kurang mengandungi vitamin, mineral, antioksidan dan enzim . Diet ini akan memperlahankan proses penuaan, meningkatkan kekuatan mental dan meningkatkan paras tenaga kita.

Diet Makanan yang Menyembuhkan ini terdiri daripada pengambilan jumlah yang sama (33% setiap satu) protein, lemak yang sihat, serta kerbohidrat rendah glisemik dalam bentuk buah-buahan dan sayur-sayuran.

Bagaimana nak mulakan makanan sebagai sumber penyembuhan?

Anda boleh bermula dengan membuat perubahan kecil dahulu dalam pemakanan harian anda dan jadikan ini lebih konsisten dan istiqamah. Penyakit ada ubatnya dan ubatnya adalah apa yang kita makan seharian.

1.Membuang LEMAK “JAHAT” – Gantikan Ia dengan LEMAK “BAIK”.

Lemak “jahat” seperti minyak yang telah dihidrogen atau separa hidrogenkan, lemak trans, minyak kacang soya, minyak canola dan minyak sayuran menjadi penyebab kepada penyakit hati, stroke, diabetes, kanser dan sindrom neurotoksik.

Lemak “jahat” menyebabkan keradangan yang kronik sehingga menyebabkan penyakit. Manakala lemak “baik” pula sangat diperlukan bagi penghasilan hormon, pencegahan kanser, pembentukan otak, pengurangan berat badan, penyembuhan sel dan anti-keradangan.

2.Tukarkan Daging yang Anda Makan.

Terdapat beratus-ratus kajian yang berhubung berkaitan dengan daging komersial dengan kanser dan penyakit jantung. Haiwan ternakan yang diberikan makan bijirin yang pada asalnya makan rumput akan menyebabkan perubahan kepada nisbah kandungan asid lemak di dalamnya (terlalu banyak omega-6 dan kekurangan omega-3) sehingga menyebabkan pelbagai penyakit yang muncul kini.

Penggunaan racun perosak komersial, antibiotik dan hormon dalam daging boleh menyebabkan kemasukan toksik dalam banyak sehingga menyebabkan kanser, masalah saraf dan penyakit kronik yang lain. Daging organik mengandungi lebih banyak asid lemak seperti asid aracodonic, asid congegated linoleic, and asid lemak Omega 3.

3.Buangkan SEMUA gula yang diproses serta BIJIRIN daripada diet anda.

Semua ini termasuklah nasi putih, pasta putih serta roti putih. 1/3 daripada kandungan gula datang daripada minuman ringan, 2/3 daripada sumber-sumber yang tersembunyi seperti daging makan tengah hari, pizza, sos, roti, sup, biskut, minuman buah, makanan tin, yogurt, sos tomato, mayonis dan sebagainya.

Glisemik yang tinggi atau gula yang diproses boleh menyebabkan peningkatan kandungan glukosa yang mengakibatkan peningkatan kandungan insulin. Akhirnya akan menyebabkan penuaan pramatang dan penyakit seperti diabtes jenis II, penyakit jantung dan kanser.

Gula merupakan bahan anti-nutrien yang tidak mengandungi vitamin dan mineral yang cukup. Bahkan ia akan mencuri nutiren yang penting daripada tubuh badan anda. Hal ini menyebabkan pelbagai penyakit kronik seperti ADD, ADHD, penyakit jantung, diabetes dan kanser.

Karbohidrat yang mengandungi glisemik yang rendah dalam bentuk buah-buahan dan sayur-sayuran mengandungi serat yang tinggi, enzim, vitamin, mineral dan antioksidan yang membantu melambatkan penuaan, meningkatkan tenaga, menurunkan berat badan serta menjalankan proses detoksifikasi sel secara semula jadi.

Kita boleh mula buat perubahan dalam pemakanan harian kita dan jangan jadikan alasan kesibukan dan masa membataskan untuk kita lakukan.

Ubat hanya mengawal penyakit tetapi sumber penyembuhan adalah dari apa yang kita makan seharian dan apa yang kita lakukan seharian.

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *