Home TIPS KURUS Adakah Anda Membakar Lemak vs Membakar Karbohidrat?
Adakah Anda Membakar Lemak vs Membakar Karbohidrat?

Adakah Anda Membakar Lemak vs Membakar Karbohidrat?

0
0

Makanan memainkan peranan yang besar dalam budaya, masyarakat dan kualiti hidup ia sememangnya menyelerakan!Tapi, hakikatnya, makanan juga bertindak sebagai bahan api. Karbohidrat dan lemak yang terkandung dalam makanan kedua-duanya bertindak sebagai sumber bahan api untuk sel dan tisu, serta membantu anda memberikan tenaga untuk melakukan aktiviti harian, termasuklah apabila melibatkan senaman yang sukar.

Badan anda membakar lemak dan karbohidrat dengan kadar yang berbeza terutama sekali ketika bersenam di mana karbohidrat dibakar lebih apabila melakukan kerja yang berat. Tetapi ia adalah jumlah kalori yang anda bakar penting untuk mengawal berat badan tidak kira sama ada kalori itu datang daripada karbohidrat atau lemak.

Membakar Lemak vs Membakar Karbohidrat

Karbohidrat dan lemak kedua-duanya boleh dijadikan sumber tenaga dan kedua-duanya dijadikan bahan api untuk protein, yang anda boleh dapatkannya daripada diet anda atau dengan cara memecahkan tisu otot.

Anda akan mendapat karbohidrat untuk tenaga daripada glukos darah, gula ringkas atau simpanan glikogen molekul karbohidrat bersaiz besar diperbuat daripada beratus-ratus unit glukosa yang disusun dalam rantaian yang bercabang.

Otot dan hati anda menyimpan glikogen yang bertindak sebagai tenaga segera dan mula menggunakannya sebagai bahan api ketika anda melakukan kerja keras. Sebagai contoh, semasa bersenam. Sel-sel anda boleh juga menarik gula daripada aliran darah anda dan menukarkan kepada tenaga yang boleh digunakan.

Anda boleh mendapat tenaga daripada lemak juga. Selepas anda makan makanan berlemak, lemak akan dipecahkan kepada asid lemak, yang dapat diserap ke dalam aliran darah anda dan boleh digunakan untuk tenaga. Lemak yang tersimpan–seperti lemak badan anda–juga berkhidmat sebagai sumber bahan api.

Apabila anda memerlukan lebih banyak tenaga daripada apa yang anda dapat daripada makanan anda, sel-sel lemak anda mula memecah dan mengeluarkan asid lemak, untuk digunakan oleh tisu-tisu anda yang lain. Kerana sel-sel lemak yang tersimpan itu melepaskan lebih banyak lemak, ia bersaiz lebih kecildan kesannya anda akan mengurangkan berat badan dan kelihatan lebih ramping.

Membakar Karbohidrat dan Lemak Ketika Bersenam

Anda boleh membakar lemak dan karbohidrat semasa bersenam dan anda mungkin akan berakhir sehingga membakar kedua-duanya sekaligus. Glukosa darah dan glikogen menyimpan  tenaga segera yang ditukar kepada bahan api dengan cepat. Oleh kerana karbohidrat hanya mempunyai 4 kalori tenaga setiap gram, walau bagaimanapun, simpanan glikogen anda tidak akan bertahan selama-lamanya.

Apabila senaman anda berterusan, anda akan mula membakar lemak. Walaupun ia mengambil masa lebih lama untuk menukarkan lemak menjadi tenaga yang boleh guna berbanding karbohidrat, lemak mempunyai 9 kalori setiap gram, jadi ia berfungsi sebagai sumber tenaga yang lebih banyak.

Klik SIni : Untuk Tahu Apa Lemak Sihat Yang Saya Amalkan .

Karbohidrat dan lemak yang anda bakar semasa senaman bermakna anda sedang membakar kalori juga. Sebagai contoh, seorang yang memiliki berat 150 paun akan membakar sebanya 260 kalori dalam masa 30 minit dengan satu kayuhan sederhana  basikal pegun dan 391 kalori dalam masa 30 minit apabila benar-benar berbasikal.

Kadar pembakaran kalori individu mungkin berbeza-beza bergantung kepada berat badan anda–lebih berat anda, lebih banyak kalori yang anda akan bakar dan berapa banyak kalori yang datang daripada karbohidrat vs lemak semasa sesuatu aktiviti mungkin berbeza-beza dari seorang ke seorang yang lain juga.

senaman hula hoop

Hati-hati dengan mitos ‘Zon Pembakaran Lemak’.

Apakah peratusan karbohidrat vs lemak yang anda akan Bakar semasa bersenam bergantung berapa kuat anda bekerja. Lebih tinggi intensiti latihan yang memerlukan tenaga yang lebih cepat, maka anda akan menggunakan sebahagian besar daripada karbohidrat untuk bahan api. Senaman berintensiti rendah tidak memerlukan tenaga segera yang banyak, jadi anda akan membakar lemak dengan kadar asid lemak yang tinggi ketika anda bekerja.

Itulah prinsip di sebalik ‘zon pembakaran lemak treadmill’ zon yang biasanya yang ditunjukkan pada carta jantung dalam mesin kardio. Bekerja dalam zon pembakaran lemak bermakna anda mengekalkan intensiti anda dengan rendah supaya anda mempunyai kadar denyutan nadi yang rendah yang bermaksud, kebanyakan kalori yang anda bakar, peratusan lebih tinggi akan datang daripada lemak.

Bunyi hebat, bukan? Hakikatnya itu tidak benar. Ketika anda akan membakar kalori dengan kadar yang lebih tinggi yang berasal daripada lemak pada intensiti yang rendah, anda bahkan akan membakar lebih banyak kalori apabila anda bekerja pada tahap intensiti yang lebih tinggi. Hal ini bermakna anda akan kehilangan berat badan yang lebih apabila bersenam dengan lebih–dan membakar lebih banyak kaloridaripada hanya berada dalam apa yang dipanggil sebagai ‘zon pembakaran lemak.’

Membakar Lemak Badan; Bermula dari Bawah

Akhirnya,mengetahui sama ada anda sedang membakar karbohidrat atau lemak untuk tenaga adalah tidak penting untuk penurunan berat badan tidak kira apa yang dibakar adalah lebih banyak kalori berbanding tempoh anda makan.

Setiap paun lemak menyimpan kira-kira 3,500 kalori, jadi secara purata anda akan perlu untuk membakar 500 kalori tambahan sehari, untuk menurunkan 1 pound setiap minggu. Ketika itu, tubuh anda menggunakan lemak yang tersimpan pada masa itu–untuk membentuk ‘defisit’ tenaga–yang bermaksud anda akan mula ramping.

Daripada berasa bimbang terhadap bahagian lemak vs karbohidrat yang anda bakar, berikan tumpuan kepada hidup gaya hidup aktif dan mengikuti diet yang dikawal serta dipenuhi dengan makanan yang kurang diproses dan makanan berkhasiat fikirkan bijirin, protein tanpa lemak, kacang dan kekacang, sayur-sayuran dan buah-buahan. Anda bukan sahaja akan mencapai atau mengekalkan berat badan yang sihat tetapi bahkan juga meningkatkan kesihatan anda secara keseluruhannya.

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *