Home TIPS KESIHATAN 9 Khasiat Buah Barberi
9 Khasiat Buah Barberi

9 Khasiat Buah Barberi

0
0

Berberis vulgaris, kebiasaannya dikenali sebagai barberi merupakan sejenis tumbuhan renek yang memiliki buah beri berwarna merah. Pada asalnya ia merupakan tumbuhan yang berasal dari Eropah, Afrika dan Asia dan kini ia dapat ditemui hampir di seluruh dunia.

Buah berinya telah digunakan secara tradisional dalam bidang perubatan sejak berkurun lamanya bagi merawat masalah pencernaan, jangkitan dan masalah kulit.

Ia mengandungi beberapa sebatian berkhasiat dan yang paling utama iala berberina yang mana bertindak sebagai antioksidan. Ia mampu menangani masalah seperti diabetes, melawan jangkitan gigi serta merawat jerawat.

Berikut merupakan 9 khasiat buah berberi:

1. Kaya dengan Nutiren.

Buah barberi kaya dengan nutrien. Ia kaya dengan karbohidrat, serat dan beberapa jenis vitamin dan mineral. Secara khususnya, buah ini merupakan sumber vitamin C yang terbaik. Ia juga mengandungi antioksidan yang berupaya membantu memberikan perlindungan daripada masalah kerosakan sel yang membawa kepada penyakit jantung dan kanser.

¼ cawan buah barberi kering bersamaan 28 gram mengandungi:

  • Kalori: 89
  • Protein: 1 gram
  • Lemak: 1 gram
  • Karbohidrat: 18 gram
  • Serat: 3 gram
  • Vitamin C: 213% daripada nilai keperluan harian (DV)
  • Zat besi: 15% daripada nilai keperluan harian (DV)

Tambahan pula, buah barberi juga mengandungi zink, mangan dan kuprum. Kesemua mineral ini memainkan peranan yang penting dalam menguatkan sistem imun dan mencegah penyakit. Manakala, warna merahnya pula berasal daripada antosianin yang mana ia merupakan pigment tumbuhan yang dapat meningkatkan fungsi otak dan jantung.

2. Mengandungi Sebatian Tumbuhan yang Berkhasiat.

Buah barberi kaya dengan berberina yang mana merupakan sejenis sebatian tumbuhan yang unik. Ia dapat memberikan beberapa kesan kesihatan.

Berberina termasuk di dalam kumpulan alkaloid iaitu sejenis sebatian yang diketahui memiliki kesan teraputik. Kajian yang telah dilakukan menunjukkan bahawa ia bertindak sebagai antioksidan yang kuat bagi melawan masalah kerosakan sel yang disebabkan oleh molekul radikal bebas.

Bukan itu sahaja, berberina juga dapat membantu bagi mengurangkan paras gula dalam darah serta paras kolestrol. Juga, ia dapat memperlahankan perkembangan sesetengah sel kanser, melawan jangkitan dan memiliki kesan anti keradangan.

Selain itu, buah barberi juga mengandungi sebatian lain yang dapat memberikan kebaikan kepada kesihatan seperti bahan alkaliod dan asid organik yang lain. Ya kebanyakan kajian kini telah menemunpukan perhatian terhadap berberina ini.

3. Membantu Mengurus Diabetes.

Buah barberi secara khususnya kandungan berberinanya itu boleh memainkan peranan dalam mengawal masalah diabetes yang berkait rapat dengan peningkatan paras gula dalam darah. Secara terperincinya, berberina telah menunjukkan keupayaannya bagi meningkatkan bagaimana sel anda bertindak balas kepada hormon insulin yang meregulasi kandungan gula dalam darah anda. Akhirnya ia akan membantu merendahkan paras gula dalam darah anda.

Satu kajian telah dilakukan selama tiga bulan terhadap seramai 36 orang dewasa yang menghidap diabetes jenis 2. Hasilnya mendapati bahawa melalui pengambilan 1.5 gram berberina sehari dapat memberikan kesan 2% penurunan dalam hemoglobin A1c – satu ukuran purata kandungan gula dalam darah untuk tempoh tiga bulan lala – dibandingkan dengan nilai asas.

Tambahan pula, para pengkaji juga telah mendapati bahawa kesan daripada berberina terhadap kandungan gula dalam darah serta hemoglobin-A1c adalah serupa dengan sejenis ubat tradisional bernama Metformin.

Manakala, kajian selama lapan minggu terhadap seramai 30 orang pesakit diabetes jenis 2 mendapati bahawa mereka yang mengambil 2 mg ekstrak buah barberi sehari telah mengalami penurunan paras A1c serta berjaya merendahkan paras gula dalam darahnya jika dibandangkan dengan yang tidak ambil.

Sungguhpun begitu, kajian tersebut hanya menumpukan kepada suplimen berberina dan ekstrak barberi sahaja. Adalah masih tidak jelas lagi apakah melalui pengambilan buah barberi segar atau kering dapat memberikan kesan yang serupa.

4. Membantu Merawat Cirit Birit.

Buah barberi telah digunakan untuk merawat cirit birit sejak berkurun lamanya. Hal ini adalah disebabkan oleh kandungan berberina yang tinggi sehingga ia dapat membantu memperlahankan transit tinja menerusi usus anda. Jadi, ia akan merangsang sesetengah reseptor sekaligus mencegah cirit birit.

Terdapat satu kajian yang tertua dilakukan terhadap berberina mendapati bahawa ia juga berkesan untuk merawat cirit-birit yang disebabkan oleh jangkitan daripada sesetengah bakteria termasuklah E.coli.

Tambahan pula, satu kajian yang dilakukan terhadap 169 orang dewasa yang menghidap cirit-birit disebabkan oleh sindrom kelukaan usus (IBS-D) mendapati bahawa dengan mengambil 800 mg berberina hidroklorida sehari dapat mengurangkan kekerapan rasa nak ke tandas.

Memandangkan hasilnya cukup menarik, maka kajian perlu diperbanyak lagi bagi memberikan kefahaman yang lebih baik lagi kepada kita tentang bagaimana berberina dan buah barberi dapat merawat masalah cirit-birit.

5. Memberikan Perlindungan daripada Sindrom Metabolik.

Pengambilan buah barberi juga dapat membantu mencegah sindrom metabolik yang mana akan menyebabkan penyakit jantung dan diabetes.

Secara terperinci, buah barberi ini dapat memberikan perlindungan daripada obesiti dan darah tinggi  selain dartrigliserida kolestrol serta para gula dalam darah.

Dalam satu kajian selama lapan minggu terhadap pesakit diabtes jenis 2 mendapati bahawa dengan minum sebnyak 7 auns (200 ml) jus barberi sehari dapat menurunkan tekanan darah, trigliserida, kolesrol dan gula dalam darah.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                          Sebagai tambahan untuk mengurangkan risiko sindrom metabolik, buah barberi dapat membantu mengurangkan tekanan oksidatif bagi mereka yang sudah mengalami masalah tersebut.

Tekanan oksidatif adalah merujuk kepada kerosakan sel disebabkan oleh tindak balas molekul reaktif bernama radikal bebas. Terlalu banyak memiliki tekanan oksidatif serta tidak memiliki antioksidan yang mencukupi untuk melawannya boleh membawa kepada penyakit jantung dan masalah kesihatan yang lain.

Dalam satu kajian selama enam minggu terhadap 106 orang yang menghidap sindrom metabolik telah menunjukkan bahawa dengan mengambil 600 mg buah barberi kering sehari dapat menurunkan tekanan oksidatif.

Berdasarkan kepada keputusan ini, dengan makan buah ini dapat membantu menurunkan risiko bagi masalah sindrom metabolik sekaligus mengurangkan tekanan oksidatif. Sungguhpun begitu, lebih banyak kajian perlu dilakukan.

6. Baik untuk Kesihatan Gigi.

Kajian makmal menunjukkan bahawa ekstrak buah berberi berupaya untuk melawan keradangan. Hal ini disebabkan oleh berberina yang ada bertindak sebagai agen anti-keradangan yang kuat. Oleh itu, ia dapat membantu merawat masalah penyakit keradangan gigi seperti gingivitis yang disebabkan oleh pembentukan plak gigi, pembengkakkan serta gusi berdarah.

Satu kajian yang dilakukan terhadap seramai 45 orang budak lelaki lingkungan usia 11 hingga 12 tahun mendapati bahawa dengan menyapu gel barberi pada gigi selama 21 hari telah mengurangkan plak gigi dan gingivitis. Kajian ini juga mendapati bahawa gel barberi juga lebih berkesan berbanding ubat gigi anti plak tradisional.

Keputusan ini menunjukkan bahawa rawatan barberi dapat menyihatkan gigi. Walaubagaimanapun, lebih banyak kajian perlu dilakukan.

7. Mungkin Memiliki Kesan Anti-kanser.

Terdapat beberapa cara yang berbeza bagaimana buah berberi ini boleh dikatakan sebagai memiliki kesan anti-kanser. Semuanya adalah berkait rapat dengan kandungan berberina.

Memandangkan berberina ialah merupakan sejenis antioksidan, ia dapat membantu melawan kerosakan oksidatif yang dikaitkan dengan pembentukan kanser.

Tambahan pula, berberina juga boleh menyebabkan kematian sel kanser, mencegah sel kanser daripada membiak serta membawa masuk enzim tertentu ke dalam kitaran hidup kanser.

Beberapa kajian makmal telah menunjukkan hasil bahawa berberina berupaya untuk mencegah pertumbuhan tumor serta membunuh sel kenser tersebut di dalam prostat, hati, tulang dan payu dara.

Walaubagaimanapun, kajian ini masih lagi terhad kepada kajian makmal sahaja. Oleh itu, kajian lanjut perlu dilakukan bagi memahami secara lebih terperinci berkenaan penggunaan buah barberi dalam rawatan dan pencegahan kanser.

8. Mungkin Berupaya Melawan Jerawat.

Buah barberi boleh memainkan peranan yang penting dalam proses rawatan jerawat yang mana disebabkan oleh masalah keradangan kulit muka. Secara spesifiknya, kandungan berberina serta kandungan sebatian yang lain dalam buah barberi ini berupaya melawan keradangan serta jangkitan yang meliabtkan masalah ini.

Satu kajian terhadap golongan remaja yang mengalami masalah jerawat di mendapati bahawa dengan pengambilan 600 mg ekstrak buah barberi kering sehari selama empat minggu dapat mengurangkan masalah kulit mukanya.

Kajian ini menyimpulkan bahawa ekstrak daripada buah ini adalah selamat dan merupakan satu bentuk rawatan alternatif bagi golongan remaja yang mengalami masalah jerawat ini. Walaubagaimanapun, kajian lanjut perlu dilakukan lagi.

9. Mudah untuk ditambah ke dalam Diet Anda.

Buah berberi memiliki rasa yang manis dan boleh dimakan secara mentah, dijadikan jem atau sebagai bahan untuk menyediakan hidangan nasi dan salad. Ia juga boleh dijadikan jus atau dijadikan teh.

Barberi juga telah dijadikan di dalam bentuk suplimen seperti kapsul kering, ekstrak secair dan gel sapuan yang dihasilkan daripada buah yang asli atau ektraknya. Walaubagaimanapun, disebabkan oleh kajiannya terhadap manusia yang masih terhad, tiada sebarang dos tertentu bagi pengambilan buah barberi atau suplimen berberina.

Secara umumnya, buah ini adalah selamat bagi kebanyakan orang. Namun, terdapat juga laporan yang mendakwa bahawa pengambilan dalam dos yang banyak boleh menyebabkan sakit perut dan cirit-birit.

Tambahan pula, masih tiada lagi kajian yang dilakukan terhadap kesan buah barberi ini kepada kanak-kanak, wanita mengandung atau menyususkan anak. Tambahan pula, buah barberi atau suplimen berberina ini seharusnya dielakkan oleh golongan ini.

Bagi merasai khasiat penuh buah barberi ini, anda boleh cuba mencampurkannya di dalam masakan anda. Sekiranya anda juga berminat untuk mengambil buah barberi atau suplimen berberina ini, anda perlu terlebih dahulu mendapatkan nasihat daripada doktor atau pengedar suplimen dan dapatkan suplimen yang telah diuji oleh pihak ketiga.

KESIMPULAN

Buah berberi adalah merupakan sejenis buah beri merah daripada tumbuhan Berberis vulgaris. Ia mengandungi sebatian yang unik bernama berberina yang mana bertindak sebagai antioksidan. Ia juga dapat membantu meningkatkan pengawalan gula dalam darah, melawan keradangan yang berkaitan dengan jangkitan gigi, jerawat dan cirit-birit.

Menambahkan buah berberi ini ke dalam diet anda dapat membantu anda mendapatkan beberapa khasiat daripadanya. Namun, pastikan terlebih dahulu anda mendapatkan nasihat daripada doktor atau pengedar sebelum mengambil suplimen barberi atau berberina.

Sumber artikel di sini.

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *