Home TIPS KURUS 8 Sebab Kenapa Diet Mediterranean Berkesan Dalam Menurunkan Berat Badan & Membantu Mencegah Penyakit Kardiovaskular
8 Sebab Kenapa Diet Mediterranean Berkesan Dalam Menurunkan Berat Badan & Membantu Mencegah Penyakit Kardiovaskular

8 Sebab Kenapa Diet Mediterranean Berkesan Dalam Menurunkan Berat Badan & Membantu Mencegah Penyakit Kardiovaskular

0
0

Sejarah dan tradisi diet Mediterranean ini muncul daripada gaya pemakanan dan corak sosial yang bersejarah meliputi kawasan-kawasan di sekitar utara Itali, Greece, Turki , Morocco dan Sepanyol. Bukan sahaja diet ini enak untuk diamalkan dalam pemakanan, minuman dan kehidupan seharian bahkan juga merupakan cara yang realistik dan berterusan untuk mengurangkan penyakit yang disebabkan oleh masalah keradangan serta membantu menurunkan berat badan juga (atau mengekalkan berat badan yang sihat).

Diet Mediterranean ini telah lama diketahui sebagai diet yang paling menyihatkan. Bukan hanya sebagai satu diet atau cara pemakanan bahkan juga merupakan satu gaya hidup yang terbaik. Disebabkan oleh masyarakat yang mendiami kawasan tersebut sejak beribu-ribu tahun lalu, mereka lebih selesa dengan diet yang berserat tinggi atau buah-buahan dan sayur-sayuran selain daripada turut sama memasukkan lemak yang berkualiti serta protein ke dalam makanan mereka.

Kini, diet ini mula mendapat perhatian kembali apabila ia diketahui membantu dalam mencegah penyakit dan bahkan juga merupakan cara pengurusan berat badan yang brsifat santai.

Bermula di Itali, beribu-ribu tahun lalu kemudiannya tersebar ke Greece, Sepanyol dan kawasan-kawasan yang lain di sekitar Mediterranean, diet ini telah berjaya dalam mempromosikan gaya hidup sihat dan mamanjangkan jangka hayat.

Memandangkan diet ini sudah pun wujud sebelum dikaji, ia mula mendapat perhatian seluruh dunia pada tahun 1990an apabila seorang doktor dari Universiti Harvard telah mempromosikan ia sebagai diet yang berguna untuk meningkatkan kesihatan jantung, menurunkan berat badan dengan pantas dan mudah serta menyelesaikan masalah-masalah kesihatan yang lain juga.

Apakah Khasiat dan Kebaikan Diet Mediterranean Ini?

Telah diterima oleh ramai pakar nutrisi yang mengatakan bahawa diet Mediterranean ini merupakan satu cara pemakanan yang paling menyihatkan di mana ia kaya dengan makanan anti-keradangan, makanan berasaskan tumbuhan dan lemak-lemak yang menyihatkan.

Berdasarkan kajian-kajian yang telah dilakukan, diet ini boleh memberikan perlindungan daripada pembentukan penyakit jantung, komplikasi metabolik, tekanan, kanser, diabetes tahap 2, obesiti, dementia, Alzheimer dan Parkinson. Apa yang menarik ialah disebalik semua kebaikan ini, ia masih lagi menyediakan anda untuk makan, minum dan gembira.

Pernah terfikir mengapa masyarakat di kawasan Mediterranean kelihatan begitu gembira dan hidup dengan penuh kenikmatan? Kita boleh katakan bahawa semua itu adalah disebabkan oleh kesihatan yang baik serta mood yang stabil kedua-duanya ada dalam diet mereka sebagai contoh.

Namun, hakikatnya adalah disebabkan oleh kombinasi antara faktor gaya hidup sihat mereka dan diet pemakanan mereka yang tidak mengambil makanan proses itulah yang menjadikan mereka hidup lebih lama selain daripada kadar penyakit yang rendah selama berabad-abad lamanya.

Menurut the Harvard School of Public Health, “Dengan mengamalkan aktiviti fizikal yang kerap serta tidak merokok, analisis kami mendapati bahawa ia dapat mengelakkan penyakit jantung koronari sehingga 80%, 70% angin ahmar dan 90% diabetes tahap dua juga disertai dengan pemilihan makanan yang sihat yang terdiri daripada diet Mediterranean tradisional ini.”

Apakah Makanan yang Terkandung Dalam Diet Mediterranean?

Antara makanan yang terdiri daripada diet Mediterranean ialah:

  • Buah-buahan dan sayur-sayuran segar (terutamanya sayur-sayuran hijau seperti bayam dan kale dan sayur-sayuran tanpa kanji seperti terung, kubis bunga, articok, tomato dan fenel).
  • Minyak zaitun
  • Kacang dan bijian (seperti kacang almond dan biji selasih yang digunakan untuk menghasilkan tahini).
  • Sayur kekacang (terutamanya lentil dan kacang kuda yang digunakan untuk menghasilkan hummus).
  • Herba dan rempah (seperti oregano, rosmary dan parsli).
  • Bijirin penuh.
  • Ikan luar dan makanan laut sekurang-kurangnya dua kali seminggu.
  • Ayam berkualiti tinggi, telur, keju, susu kambing dan kefir yang kaya dengan probiotik atau yogurt yang diambil secara sederhana.
  • Daging merah diambil ketika majlis rasmi atau kira-kira sekali seminggu.
  • Banyak minum air bersih dan sedikit kopi atau teh.

Kepentingan Minyak Zaitun

Hampir semua pengkaji nutrisi telah menyebutkan tentang khasiat diet Mediterranean termasuklah juga minyak zaitun yang digunakan pada hampir setiap hidangannya. Buah zaitun itu sendiri merupakan sejenis makanan purba dan pokok zaitun bahkan telah ditanam di sekitar kawasan Mediterranean sejak kira-kira 3000 SM.

Minyak zaitun merupakan sejenis makanan yang mengandungi omega-3 begitu juga dengan ikan salmon dan kacang walnut. Minyak zaitun telah banyak dikaji tentang khasiatnya. Satu bukti saintifik yang masih lagi terhad dan tidak diputuskan juga ada mengatakan bahawa pengambilan kira-kira 2 sudu makan (23 gram) minyak zaitun setiap hari boleh mengurangkan risiko penyakit jantung disebabkan oleh kandungan lemak monotaktepu yang terkandung dalam minyak zaitun tersebut.

Untuk mendapatkan khasiatnya, minyak zaitun hanya menggantikan jumlah lemak tepu yang sama dan tidak menambahkan jumlah kalori yang anda makan sehari.

Jadi, adakah minyak zaitun itu baik untuk anda?

Sebagai permulaan, minyak zaitun mengandungi satu sebatian dikenali sebagai phenol yang tinggi yang mana merupakan sejenis antioksidan yang berupaya untuk mengurangkan keradangan dan melawan  kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas.

Minyak zaitun juga mengandungi asid lemak monotaktepu dan yang paling penting ialah bahan yang dikenali sebagai asid oleik. Asid oleik ini diketahui sangat baik untuk kesihatan jantung terutamanya apabila dibandingkan dengan kebanyakan minyak sayur-sayuran, lemak-trans atau lemak terhidrogen.

Minyak zaitun bahkan juga lebih baik dalam soal kesihatan jantung jika dibandingkan dengan kebanyakan karbohidrat yang berasaskan bijirin. Seperti diet yang tinggi kandungan lemak monotaktepu rendah kolestrol LDL akan meningkatkan kolestrol HDL dan merendahkan kandungan trigliserida adalah lebih baik berbanding diet yang kaya dengan kerbohidrat, menurut sesetengah kajian.

Berapa Banyak Minyak Zaitun Perlu Di Ambil Sehari?

Berapa banyak minyak zaitun yang anda perlu ambil setiap hari? Memandangkan saranan tersebut juga berbeza bergantung kepada keperluan kalori dan diet anda, apa-apapun satu sehingga empat sudu makan masih lagi baik.

Dianggarkan bahawa diet Mediterrnean kebanyakannya memiliki tiga hingga empat sudu makan sehari minyak zaitun dan jumlah ini merupakan jumlah yang disarankan oleh beberapa pengamal kesihatan bagi para pesakit jantung mereka.

Minyak Zaitun Banyak Yang Dicampur??

Namun, perlu diingat bahawa tidak semua minyak zaitun dihasilkan secara sama rata. Malangnya, kebanyakan pengilang komersial sedang berusaha untuk mengejar populariti minyak zaitun yang kaya dengan khasiat sehingga akhirnya menyebabkan terhasilah pelbagai jenis minyak zaitun palsu.

Masalahnya adalah minyak-minyak yang tidak asli itu tidak dihasilkan dan diproses dengan baik sehingga boleh menyebabkan kehilangan banyak nutrien penting dan juga menukarkan sesetengah daripada asid lemaknya kepada toksik.

Kenalpasti Minyak Zaitun Asli?

Begini caranya untuk anda mengenalpasti perbezaan antara kedua-dua jenis minyak zaitun tersebut. Lihat label yang menunjukkan sama ada minyak zaitun anda “asli” (extra-virgin) dan yang idealnya ialah yang menjalani proses tekanan sejuk (cold-pressed). Minyak zaitun merupakan minyak yang paling unik dalam bentuk yang asli tanpa sebarang proses hanya semudah dengan cara anda memicit buahnya dan boleh terus mengambil minyaknya yang asli.

Ingin dapatkan Minyak Zaitun Asli & Diiktiraf Antarabangsa KLIK SINI

Minyak zaitun juga bukanlah minyak yang terbaik sekiranya digunakan untuk memasak. Ia tidak ditapis supaya mengekalkan kandungan vitamin semula jadinya, asid lemak, antioksidan serta nutrien yang lain dengan lebih baik. Minyak jenis ini juga diasingkan tanpa menggunakan haba yang tinggi, air panas dan dibiarkan tanpa ditapis. Manakala, terdapat pula sesetengah minyak yang dipanaskan pada suhu yang tinggi sehingga telah mengurangkan kandungan nutirennya.

8 Kenapa Perlu Amalkan Diet Mediterranean

1.Mengandungi Makanan Proses dan Gula yang Rendah

Diet ini secara asasnya mengandungi makanan dan bahan-bahan yang sangat dekat dengan alam sekitar termasuklah minyak zaitun, kekacang, buah-buahan, sayur-sayuran dan produk-produk berasaskan haiwan yang organik.

Jika dibandingkan dengan diet biasa Amerika, diet Mediterranean ini mengandungi gula yang sangat rendah dan bahkan juga bebas daripada makanan GMO atau bahan-bahan tambahan seperti sirap jagung berfruktosa tinggi, bahan pengawet dan perisa tambahan.

Untuk makanan yang manis, masyarakat Mediterranean akan makan buah-buahan atau sejumlah kecil pencuci mulut yang dibuat sendiri dengan bahan-bahan pemanis semula jadi seperti madu.

Selain daripada makanan yang berasaskan tumbuhan, antara makanan yang termasuk dalam diet ini ialah ikan tempatan yang ditangkap dan pengambilan keju atau yogurt yang berasal daripada lembu, kambing atau biri-biri yang menjadi sumber untuk mendapatkan lemak yang sihat serta kolestrol.

Ikan seperti sardin dan bilis merupakan sebahagian dariapda diet ini yang mana mengurangkan produk daging berbanding daripada kebanyakan diet masyarakat Barat kini.

Kebanyakan masyarakat di kawasan Mediterranean ini bukanlah vegeterian, namun mereka mengurangkan pengambilan daging dan hidangan yang berat dan lebih gemar mengambil hidangan berasaskan ikan. Hal ini sangat sesuai untuk mereka yang mahu menurunkan berat badan dan memperbaiki pengambilan kolestrol, kesihatan jantung dan pengambilan asid lemak omega-3.

2.Membantu Anda Menurunkan Berat Badan dengan Cara yang Sihat

Sekiranya anda mencari cara untuk menurunkan berat badan tanpa perlu berasa lapar dan mengekalkan berat badan yang realistik sepanjang hidup anda, cara ini mungkin boleh membantu anda. Diet ini telah digunakan oleh ramai orang di seluruh dunia dan juga telah mencapai kejayaan dalam soal penurunan berat badan di samping mengurangkan pengambilan lemak secara semula jadi melalui pengambilan makanan yang berkhasiat.

Terdapat banyak pilihan melalui pengamalan diet Mediterranean ini. Sama ada anda mahu makan makanan yang rendah karbohidrat, rendah protein atau antara kedua-duanya. Diet ini bahkan lebih menumpukan kepada pengambilan lemak yang sihat sambil memastikan pengambilan karbohidrat berada pada tahap yang rendah dan meningkatkan pengambilan protein yang berkualiti tinggi.

Sekiranya anda lebih menggemari protein yang berasal daripada kekacang dan bijirin, anda memiliki pilihan untuk menurunkan berat badan secara sihat, tanpa perlu mengurangkan pengambilan makanan laut dan produk tenusu yang berkualiti termasuklah sumber-sumber omega-3 dan probiotik.

Ikan, produk tenusu dan daging organik mengandungi asid lemak yang diperlukan oleh tubuh badan anda untuk menjadikan anda rasa kenyang, mengawal pertambahan berat badan, mengawal gula dalam darah dan memperbaiki mood dan tenaga anda.

Namun, jika anda lebih cenderung untuk mengambil makanan yang berasaskan tumbuhan, kekacang dan bijirin penuh juga boleh menjadi pilihan yang baik untuk membuatkan anda rasa kenyang.

3.Meningkatkan Kesihatan Jantung

Kajian telah menunjukkan bahawa pengamalan diet Mediterranean termasuklah pengambilan lemak monotaktepu dan omega-3 didapati berupaya untuk mengurangkan semua punca kematian terutamanya disebabkan oleh penyakit jantung.

Kesan perlindungan yang diberikan melalui pengamalan diet Mediterranean yang kaya dengan ALA daripada minyak zaitun telah terbukti dalam banyak kajian bahawa ia boleh mengurangkan risiko kematian yang disebabkan oleh penyakit kardiak sebanyak 30% dan kematian mengejut sebanyak 45%.

Manakala kajian daripada the Warwick Medical School juga telah menunjukkan bahawa apabila tekanan darah tinggi jika dibandingkan antara mereka yang mengamalkan pengambilan minyak bunga matahari dengan yang mengamalkan minyak zaitun, didapati minyak zaitun berupaya mengurangkan tekanan darah dengan jumlah yang lebih banyak.

Minyak zaitun juga berkhasiat untuk merendahkan hipertensi kerana ia menjadikan nitrik oksida lebih mudah diurai dan menjadikan saluran arteri bersih dan tidak tersumbat. Antara unsur perlindungan yang diberikan oleh minyak zaitun ialah berupaya untuk melawan penyakit dengan kesan-kesan antioksidannya dan memperbaiki fungsi endothelial.

Sentiasa ingat bahawa kadangkala paras kolestrol yang rendah adalah lebih buruk berbanding tinggi. Namun, masyarakat di kawasan Mediterranean biasanya tidak mengambil berat dalam soal mengekalkan paras kolestrol yang sihat memandangkan mereka sudah mendapatkan banyak lemak yang sihat.

4.Membantu Melawan Kanser

Menurut the European Journal of Cancer Prevention, “Mekanisme biologikal bagi pencegahan kanser pada diet Mediterranean telah dikaitkan dengan kesan terhadap keseimbangan nisbah omega-3, serat, antioksidan dan polifenol yang terdapat dalam buah-buahan, sayur-sayuran, minyak zaitun dan juga wain.”

Makanan yang berasaskan tumbuhan, terutamanya buah-buahan dan sayur-sayuran merupakan  ciri-ciri yang penting pada diet Mediterranean. Ia berupaya untuk melawan kanser hampir dengan pelbagai cara seperti memberikan antioksidan, melindungi DNA daripada rosak, memberhentikan mutasi sel, merendahkan kadar keradangan dan memperlahankan pertumbuhan tumor.

Banyak kajian telah menunjukkan bahawa minyak zaintun juga boleh menjadi penawar semula jadi bagi kanser dan mengurangkan risiko kanser kolon dan usus. Ia juga boleh memberikan kesan perlindungan kepada pertumbuhan sel kanser dengan cara mengurangkan kadar keradangan dan tekanan oksidatif ditambah pula dengan memberikan keseimbangan kepada kandungan gula dalam darah juga berat badan yang sihat.

5.Mencegah atau Merawat Diabetes

Terdapat bukti yang mengatakan bahawa diet Mediterranean ini boleh bertindak sebagai corak pemakanan yang bersifat anti-keradangan yang berupaya untuk melawan keradangan yang kronik, termasuklah sindrom metabolik dan diabetes tahap dua.

Satu sebab mengapa diet Mediterranean ini boleh menjadi sangat bermanfaat bagi mengelakkan diabetes adalah disebabkan oleh ia dapat mengawal kandungan insulin yang berlebihan. Insulin merupakan satu hormon yang bertindak bagi mengawal paras gula dalam darah, menambahkan berat badan dan mengekalkan berat badan kita walaupun sedang berdiet.

Dengan cara meregulasi paras gula dalam darah dengan makanan yang seimbang  seperti mengandungi asid lemak yang sihat, sumber protein yang berkualiti dan beberapa karbohidrat yang rendah gula tubuh badan akan dapat membakar lemak dengan lebih berkesan serta menambahkan tenaga juga. Diet yang rendah gula dengan diikuti dengan lemak yang sihat adalah merupaakn penawar semula jadi bagi penyakit diabetes.

Menurut the American Heart Association, diet Mediterranean mengandungi lemak yang tinggi berbanding diet piawai Amerika dan yang pasti rendah lemak tepu. Secara kasarnya dengan nisbah 40% karbohidrat kompleks, 30 hingga 40% lemak sihat dan 20 hingga 30% makanan berprotein yang berkualiti tinggi.

Keseimbangan seperti ini kadang kala sangat ideal bagi mereka yang mahu menambahkan berat badan dan mengawal rasa lapar. Adalah baik untuk menjadikan tubuh badan anda sentiasa berada dalam keadaan homeostasis hormon, supaya paras insulin dapat dinormalkan semula. Diet ini juga turut memberikan kesan kepada mood supaya kekal bersikap positif, tenang, menambahkan tenaga dan dapat melakukan aktiviti fizikal dengan lebih mudah.

Diet Mediterranean mengandungi rendah gula memandangkan gula yang ada hanyalah datang daripada buah-buahan, wain dan pencuci mulut yang dihidangkan ketika majlis. Berkaitan dengan minuman pula, mereka minum air masak, sedikit kopi dan wain juga. Namun, soda dan minuman manis yang lain tidak mendapat tempat dalam kalangan masyarakat Medirerranean sebagaimana masyarakat A.S.

Apabila sesetengah diet Mediterranean turut sama memasukkan karbohidrat  dalam bentuk pasta atau roti sebagai contoh  adalah perlu untuk kita menjadi aktif atau pun mengambil gula dengan kadar yang sedikit. Tabiat  pemakanan Mediterranean ini dapat mengelakkan berlakunya peningkatan tekanan darah yang bermakna di negara-negara ini sangat jarang berlaku masalah kerintanganan insulin.

Cara pemakanan Mediterrranean membantu untuk mengelakkan peningkatan paras gula dalam darah dengan cara menggunakan tenaga sebaik-baiknya sambil mengawal mood anda. Semua ini menjadi faktor kepada keupayaan diet ini dalam soal pencegahan diabetes.

Kebanyakan orang di kawasan Mediterranean makan sarapan yang seimbang dalam masa satu hingga dua jam selepas bangun daripada tidur. Mereka memulakan hari mereka dengan menyeimbangkan kandungan gula dalam darah apabila ia berada pada tahap yang paling rendah.

Mereka kemudian akan makan tiga kali sehari dengan makanan yang mengenyangkan diikuti dengan makanan berserat dan lemak yang sihat. Mereka lebih memilih untuk makan tengah hari dengan banyak berbanding malam kerana mereka dapat menggunakan tenaga dengan sebaiknya ketika mereka masih lagi aktif.

Anda juga boleh lihat bagaimana diet ini berbeza dengan diet yang diamalkan di Malaysia yang mana ramai masyarakat Malaysia sendiri tidak mengambil sarapan, mengamalkan snek sepanjang hari dengan makanan yang tinggi dengan karbohidrat dan gula dan makan pada lewat malam.

6.Melindungi Kesihatan Kognitif dan Boleh Membantu Meningkatkan Mood Anda

Mengamalkan diet Mediterranean ini mungkin boleh menjadi salah satu daripada penawar semula jadi terhadap penyakit Parkinson, cara yang terbaik untuk memelihara ingatan anda serta menjadi langkah yang terbaik untuk merawat Alzheimer dan dementia secara semula jadi. Masalah kognitif boleh berlaku apabila otak tidak mendapatkan dopamin dengan mencukupi, iaitu sejenis bahan kimia yang penting bagi pergerakan tubuh badan, mood dan proses berfikir.

Lemak yang sihat seperti minyak zaitun dan kekacang ditambah dengan sayur-sayuran dan buah-buahan anti-keradangan diketahui berupaya melawan masalah yang berkaitan fungsi kognitif. Semua ini dapat membantu melawan kesan buruk daripada pendedahan kepada bahan toksik, radikal bebas, diet yang menjadi penyebab kepada keradangan ataupun alahan kepada makanan. Ia menjadi salah satu sebab mengapa diet Mediterranean ini sering dikaitkan dengan penurunan kadar masalah Alzheimer.

Selain itu, makanan probiotik seperti yogurt dan kefir juga membantu untuk membina usus yang sihat yang mana sudah diketahui berkait rapat dengan masalah fungsi kognitif, ingatan dan mood.

7.Boleh Membantu Anda Hidup Lebih Lama

Diet yang mengandungi banyak makanan berasaskan tumbuhan dan lemak yang sihat dilihat menjadi kombinasi yang terbaik untuk hidup lebih lama. Lemak monotaktepu, sejenis lemak yang terkandung dalam minyak zaitun dan beberaja jenis kacang merupakan sumber lemak yang utama dalam diet Mediterranean.

Sehingga kini, kajian telah menunjukkan bahawa lemak monotaktepu dapat mengurangkan risiko penyakit jantung, kanser, tekanan, masalah fungsi kognitif, Alzheimer, keradangan dan sebagainya. Semua jenis penyakit ini merupakan penyebab utama kepada kematian di hampir kebanyakan negara terutama sekali penyakit jantung.

Dalam satu kajian Lyon Diet Heart Study mengatakan bahawa mereka yang mengalami serangan jantung antara tahun 1988 dan 1992 perlu mengikuti diet yang telah ditetapkan untuk pesakit jantung di mana ia mengurangkan lemak tepu dengan banyak ataupun perlu mengikuti diet Mediterranean.

Selepas kira-kira empat tahun, hasil menunjukkan bahawa mereka yang mengamalkan diet Mediterranean mengalami perubahan kira-kira sebanyak 70% dalam pengurangan risiko penyakit jantung  yang mana kira-kira tiga kali ganda daripada yang biasa dicapai oleh kebanyakan ubat-ubatan bagi mengurangkan kolestrol.

Selain itu, mereka yang mengamalkan diet ini juga  mengalami perubahan kira-kira 45% terhadap pengurangan risiko kepada semua jenis penyakit yang menyebabkan kematian berbanding mereka yang mengamalkan diet rendah lemak yang biasa.

Keputusan ini menjadi benar walaupun tidak banyak perubahan yang berlaku melibatkan paras kolestrol. Hal ini menunjukkan bahawa penyakit jantung bukan hanya sekadar melibatkan kolestrol.

8.Membantu Anda Mengurangkan Tekanan dan Lebih Bertenang

Salah satu faktor yang dipengaruhi oleh diet ini ialah ia dapat menggalakkan seseorang itu untuk lebih menghabiskan masa dengan alam sekitar, mendapatkan tidur yang mencukupi dan lebih menggemari masakan yang sihat di rumah.

Semua ini dapat membantu mengurangkan tekanan dan bahkan juga mencegah keradangan. Umumnya, masyarakat di kawasan ini akan banyak menghabiskan masa mereka di luar rumah; makan makanan bersama keluarga dan rakan berbanding makan secara bersendirian.

Kita semua tahu bahawa tekanan yang kronik boleh membunuh kualiti hidup serta berat badan dan kesihatan anda. Mereka yang menjalani diet ini memiliki lebih masa untuk bersantai ketika makan, makan makanan tempatan yang enak hampir setiap hari dan juga sambil melakukan aktiviti fizikal juga  yang menjadi salah satu faktor bagi mengekalkan mood yang gembira.

Tambahan pula, sejarah diet Mediterranean juga turut melibatkan penggunaan wain terutamanya wain merah yang dikira berkhasiat untuk diambil secara sederhana. Antaranya, wain merah boleh membantu melawan obesiti. Pilihan yang bijak ini membantu untuk mengelakkan daripada pelbagai penyakit kronik yang berkaitan dengan tekanan seperti ketidakseimbangan hormon, keletihan, keradangan dan pertambahan berat badan.

Kesimpulan

Sekarang anda boleh baca dan ketahui bahawa dalam diet Mediterranean penggunaan minyak zaitun sangat memberi kesan yang besar dalam pemakanan harian mereka. Kita boleh jadikan penggunaan minyak zaitun sebagai lemak sihat yang diperlukan dalam badan kita dan juga kepada makanan segar seperti sayuran dan buah-buahan.

Kita mampu mencegah penyakit dengan pemakanan yang betul dan sihat.

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

EBOOK PERCUMA !

36 Tips Untuk Pastikan Azam Kurus Anda Berjaya!

Perkongsian ini akan membuka minda dan juga hati anda untuk melihat satu perspektif yang berbeza mengenai cara kuruskan berat badan
SAYA NAK AKSES >>
close-link