Home TIPS KESIHATAN 8 Makanan Utama bagi Diet Penghidap Tekanan Darah Tinggi
8 Makanan Utama bagi Diet Penghidap Tekanan Darah Tinggi

8 Makanan Utama bagi Diet Penghidap Tekanan Darah Tinggi

0
0

Satu cara yang terbaik anda boleh lakukan untuk menurunkan tekanan darah tinggi anda ialah dengan cara makan makanan yang sihat yang mana terangkum di dalam diet berikut.

  • Makanan tinggi serat : Makanan yang tidak diproses sangat tinggi dengan serat seperti sayur-sayuran, buah-buahan dab bijian seharusnya menjadi asas kepada mana-mana diet yang sihat. Sekiranya anda memikirkan cara bagaimana untuk menstabilkan tekanan darah anda, maka dengan cara ini ia akan dapat membantu anda.
  • Makanan rendah natrium : Kandungan garam secara berlebihan boleh meningkatkan tekanan darah. Hadkan pengambilan natrium (garam) supaya tidak melebihi 1500 – 2000 mg sehari.
  • Makanan tinggi Kalium : Kalium boleh melawan tindak balas natrium dan membantu menurunkan tekanan darah. Makanan yang mengandungi kalium termasuklah tembikai, avokado dan pisang.
  • Makanan kaya omega-3 : Ambil makanan yang kaya dengan omega-3 seperti daging organik, ikan salmon, biji chia serta selasih untuk mengurangkan keradangan.

8 Makanan yang Mengurangkan Tekanan Darah Tinggi 

1.Coklat Hitam 

Dapatkan coklat hitam yang mengandungi sekurang-kurangnya 200 mg pinol koko yang mampu mengurangkan tekanan darah.

2.Bawang Putih

Bawang putih serta suplimennya mampu mengurangkan tekanan darah dan memberikan kelegaan kepada otot yang lembut.

Kajian terhadap khasiat bawang putih ini telah mendapati bahawa ia mengandungi pelbagai khasiat yang menakjubkan. Antaranya ialah membantu menipiskan darah, mencegah penyumbatan dalam salur darah dan akhirnya mengurangkan tekanan darah.

3.Bayam

Bayam sangat kaya dengan magnesium dan folat yang berupaya membantu mencegah tekanan darah tinggi dan penyakit kardiovaskular.

4.Biji Bunga Matahari

Kaya dengan kalium, magnesium dan lemak tumbuhan yang sihat. Ia mampu mengurangkan paras kolestrol, membuka salur darah dan memberikan tekanan darah yang sihat.

5.Pisang

Mengandungi kalium dan serat yang tinggi.

6.Tomato

Kaya dengan kalsium, kalium, vitamin A,C dan E serta lycopene. Sebatian di dalam tomato boleh merendahkan kolestrol di dalam salur darah dan melawan hipertensi dengan pelbagai cara.

Lycopene, merupakan salah satu daripada sebatian yang paling penting yang mana menjadi aktif dengan cara dipanaskan. Jadi, selepas ini tambahkan tomato ke dalam hidangan stew anda.

7.Brokoli

Brokoli didapati mampu untuk memberikan kesan kesihatan yang baik termasuklah ia mengandungi kandungan kalium dan kromium yang tinggi untuk melancarkan paras gula falam darah serta berat badan yang mana kedua-duanya sangat berkait rapat dengan tekanan darah tinggi.

8.Tembikai

Merupakan sumber kalium yang utama.

Makanan yang Perlu Dielakkan

  • Makanan tinggi Natrium : Natrium meningkatkan tekanan darah. Elakkan makanan berproses, jeruk atau makanan bertin.
  • Lemak trans : Semua ini meningkatkan keradangan dan tekanan darah. Terdapat di dalam makanan berbungkus
  • Gula : Pengambilan gula yang tinggi dikaitkan dengan tekanan darah tinggi.
  • Kafein : Terlalu banyak kafien boleh meningkatkan tekanan darah.
  • Alkohol : Menyempitkan saluran arteri dan meningkatkan tekanan darah.

Tips Gaya Hidup untuk Mengurangkan Tekanan Darah

Jadi, adakah anda tertanya-tanya bagaimana untuk menurunkan tekanan darah di samping mengubah diet anda? Mengurangkan tekanan boleh menurunkan tekanan darah.

Beberapa cara semula jadi yang lain untuk menurunkan tekanan darah termasuk mendapat tidur yang lebih baik, menjadualkan masa yang lebih bebas dan menyeronokkan selain bersama kawan-kawan dan bersenam setiap hari.

Senaman dan diet memainkan peranan yang besar dalam pembangunan (atau tidak) hipertensi. Salah satu komponen yang paling memudaratkan gaya hidup masyarakat  adalah tekanan. Pengursan tekanan termasuklah  teknik bersantai seperti pernafasan, yoga, journal atau terapi seni.

Anda boleh meningkatkan tekanan darah anda ke tahap membimbangkan hanya dengan berfikir sehingga ke tahap yang serius tentang sesuatu perkara. Malah, ini adalah asas kepada gangguan tekanan selepas trauma (PTSD), dan peningkatan prestasi dalam perniagaan dan keuntungan Atlet Olimpik adalah melalui visualisasi.

Langkah pencegahan bagi tekanan darah tinggi? Satu gaya hidup yang sihat sebagai mana yang sudah maklum.

Pati Minyak untuk Tekanan Darah

Antara cara lain yang boleh menurunkan tekanan darah ialah menambahkan pengambilan pati minyak tertentu ke dalam gaya hidup anda.

Minyak tersebut boleh merendahkan tekanan darah dengan melancarkan arteri yang bertindak sebagai antioksidan untuk mengurangkan tekanan oksidatif serta dengan mengurangkan tekanan emosi. Antara pati minyak yang berkesan ialah lavender, minyak zaitun dan sebagainya.

Peringatan

Berbincang dengan doktor tentang bagaimana caranya untuk menurunkan tekanan darah secara semula jadi dan selamat. Pastikan dengan doktor anda sebelum anda mengamalkan diet dan senaman tertentu.

Sekiranya anda mengambil sebarang ubat-ubatan, anda juga perlu pastikan bahawa tiada tindak balas dadah antara ubat-ubatan anda dengan suplimen yang anda rancang untuk ambil itu.

Rumusan

  • Tekanan darah terdiri daripada gabungan tekanan sistolik dan diastolik.
  • Tekanan darah tinggi terjadi apabila tekanan terhadap arteri menjadi terlalu tinggi dan dinding arteri menjadi sempit dan memberikan tekanan yang lebih kepada jantung.
  • Anda boleh memantau tekanan darah anda dengan menyukat denyutan nadi anda.
  • Cubalah cara semula jadi untuk merendahkan tekanan darah seperti perubahan diet, elakkan tekanan serta senaman.
  • Minta nasihat doktor sebelum melakukan perubahan diet atau semanan serta pengambilan suplimen baru.

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *