Home Health 8 Khasiat Sayuran Akar
8 Khasiat Sayuran Akar

8 Khasiat Sayuran Akar

0
0

Setelah mengetahui jenis-jenis sayuran akar yang bagus untuk kesihatan, artikel kali ini akan membincangkan 8 khasiat utama sayuran akar yang perlu anda ketahui. Adalah penting untuk kita ketahui khasiat sayuran tersebut supaya kita tahu betapa pentingnya ia kepada kesihatan kita.

8 Khasiat Sayuran Akar

1. Memberikan Karbohidrat Kompleks dan Kanji.

Sayuran akar dan ubi merupakan sumber utama tenaga dalam bentuk kanji. Memandangkan purata kini ramai yang mengambil karbohidrat namun tidak berkhasiat namun tidak semuanya berkhasiat.

Begitu juga ada yang merasakan hanya sukup sekadar mendapatkan karbohidrat daripada sumber semula jadi dalam paras yang sederhana pun sudah mencukupi.

Sayuran akar merupakan sumber yang terbaik untuk mendapatkan serat serta nutrien. Juga karbohidrat kompleks dan ternyata rendah gula. Hal ini terutamanya berguna bagi golongan atlet, kanak-kanak, mereka yang ingin menambahkan berat badan atau sekiranya anda seorang yang sering bersenam.

Sayuran berkanji juga dapat membantu memenuhi keperluan karbohdirat anda tanpa perlu mengambil gula yang bersumberkan bijirin terproses.

Tetapi, bagaimana pula sekiranya anda mengamalkan diet rendah karbohidrat? Adakah sayuran akar ini rendah karbohidrat? Sayuran akar ini secara umumnya mengandungi karbohidrat yang tinggi berbanding sayur-sayuran yang lain seperti sayuran berdaun atau sayuran cruciferous.

Sungguhpun sayuran akar ini mengandungi gula semula jadi dalam bentuk kanji, ia juga kaya dengan serat bahkan juga masih lagi tergolong dalam makanan yang memiliki indeks glisemik yang rendah.

Sekiranya anda memasukkan sayuran akar ini ke dalam diet rendah karbohidrat anda, antara sayuran akar yang rendah karbohidrat adalah seperti parsnip, lobak merah, bit, rutabanga dan akar saderi.

2. Tinggi Serat.

Makanan yang tinggi serat akan tinggal lama di dalam saluran pencernaan anda. Sepanjang tempoh tersebut, ia akan menjadikan anda rasa kenyang.

Selain itu, kandungan serat tersebut juga memiliki polisakarida yang penting di mana ia hanya terdapat pada makanan yang bersumberkan tumbuhan.

Ia didapati dapat membantu pelbagai aktiviti biologi termasuklah miliki ciri-ciri anti-karsinogen, antipergumpalan, perangsang imun dan kesan antioksidan.

Diet yang tinggi serat juga bukan hanya membantu mencegah keradangan dan pembentukan penyakit namun ia juga dapat membantu proses pencernaan dan mencegah masalah IBS atau dengan kata lain melegakan masalah sembelit.

Memandangkan banyak jenis bijirin terutama sekali bijirin terproses dan produk berasaskan tepung yang rendah serat, ia juga tergolong dalam jenis “karbohidrat segera” yang boleh menyebabkan peningkatkan paras gula dalam darah secara mendadak.

Namun, sebaliknya bagi sayuran akar yang dikenali sebagai “karbohidrat lambat tercerna”.

Menurut pelbagai kajian yang dilakukan, seperti yang diterbitkan dalam European Journal of Clinical Nutrition tahun 2012, pengambilan sayuran akar yang tinggi didapati dapat mengurangkan risiko diabetes.

3. Sumber Vitamin A dan C yang Baik.

Sayuran akar merupakan antara sumber terbaik antioksidan karotenoid serta vitamin A dan C di dunia. Beta-karotina, yang tergolong dalam vitamin A aktif banyak terkandung dalam ubi keledek, lobak merah, bit dan juga sayuran akar.

Selain itu, beta-karotina juga penting bagi mengurangkan keradangan, melindungi kulit, menyihatkan mata dan melawan kerosakan akibat radikal bebas.

Makanan yang mengandungi vitamin A dan vitamin C sangat baik untuk sistem imun dengan cara mengurangkan keradangan yang mana merupakan punca bagi kebanyakan penyakit seperti kanser dan penyakit jantung.

Terdapat dua jenis vitamin A yang kita perlukan daripada makanan. Jenis vitamin A yang terkandung dalam sayuran akar serta buah-buahan dan sayuran berwarna dikenali sebagai “pro vitamin A” iaitu sejenis antioksidan karotenoid ang ditukarkan kepada retinol oleh tubuh badan selepas makanan dicernakan.

Manakala beta-karotina pula adalah sejenis karotenoid yang biasanya terdapat dalam tumbuhan dan perlu ditukarkan kepada vitamin A aktif terlebih dahulu sebelum dapat digunakan oleh tubuh badan.

4. Membantu Anda Mengurangkan Berat Badan.

Apakah rahsia untuk menurunkan berat badan dengan cepat dan mudah? Salah satunya adalah melalui pengambilan serat anda. Memandangkan anda rasa ragu-ragu untuk menambah sayuran akar ke dalam diet anda disebabkan oleh ia berkanji dan mengandungi karbohidrat yang tinggi berbanding sayuran lain, serat daripada sayuran akar ini sebenarnya dapat membantu anda menurunkan berat badan.

Hal ini disebabkan oleh sayuran jenis ini dapat mengenyangkan. Jika dibandingkan dengan bijirin, kebanyakan sayuran akar mengandungi kalori dan indeks glisemik yang lebih rendah. Hal ini bermakna ia tidak akan meningkatkan paras gula dalam darah anda secara mendadak.

Serat di dalam sayuran berkanju juga dapat memperlahankan proses penghasilan glukosa (gula) yang diperlukan untuk keseimbangan tenaga dan insulin.

Sayuran berkanji yang dimakan bersama hidangan yang seimbang dapat membantu mengawal selera makan dan melambatkan rasa lapar.

Hal ini penting dalam menguruskan berat badan, melawan rasa terliur untuk makan serta mengurangkan risiko kerintanganan insulin.

5. Membantu Mengekalkan Kulit dan Mata yang Sihat.

Jika anda mahukan kulit yang sihat dan licin, anda perlu makan lebih banyak sayuran akar. Hal ini disebabkan oleh kandungan beta-karotina serta vitamin C daripadanya dapat membantu membina dan mempertahankan sel-sel kulit.

Kandungan beta-karotina yang tinggi digunakan untuk menukarkan vitamin A di dalam tubuh badan anda yang mana akan merangsang DNA anda untuk menghasilkan sel kulit baru.

Selain itu, beta-karotina juga membantu mengsongsangkan kerosakan radikal bebas yang mana boleh menyebabkan masalah kerosakan mata disebabkan usia, kedutan kulit, kerosakan sinar UV dan juga kanser kulit.

Malah, diet yang mengandungi vitamin A dan vitamin C yang tinggi juga dapat bertindak sebagai rawatan semula jadi bagi masalah pereputan makular, katarak, glaukoma serta kanser kulit.

6. Mengandungi Antioksidan Antikanser.

Anda mungkin tidak terfikir bahawa ubi kentang dan turnip ini merupakan makanan yang kaya dengan antioksidan.

Kebanyakan sayuran akar merupakan sumber antioksidan flavonoid yang tinggi yang mana dapat dikenal pasti melalui warnanya seperti warna jingga bagi ubi keledek atau warna unggu bagi bit.

Juga tergolong dalam makanan yang mengalkali dan antikeradangan, hampir semua sayuran akan membekalkan sumber antioksidan karotenoid seperti lutein dan zeaxantin.

Warna unggu ubi keledek juga mengandungi antioksidan antosianin yang mana didapati berupaya untuk memelihara fungsi kognitf, menghentikan kerosakan oksidatif dan masalah otak. Selain itu, bit pula mengandungi betalain yang mana juga kaya dengan ciri antikeradangan.

7. Membantu Merendahkan Paras Kolestrol dan Meningkatkan Kesihatan Jantung.

Diet yang mengandungi makanan yang berserat tinggi terdiri daripada makanan yang asal mengandungi kedua-dua jenis serat iaitu serat larut dan serat tak larut. Ia merupakan kunci kepada kesihatan jantung, keseimbangan kolestrol dan paras trigliserida.

Pengambilan serat dalam makanan merupakan salah satu cara secara semula jadi untuk merendahkan paras kolestrol memandangkan serat akan meletak bersama dengan partikel kolestrol dan membantu mengeluarkannya daripada badan.

Hal ini bermakna, kolestrol akan kurang terbentuk di kawasan arteri sehingga membentuk plak. Kesannya akan menyebabkan risiko penyakit jantung, serangan jantung atau angin ahmar.

Terdapat banyak sayuran akar yang juga kaya dengan kalium. Ia sangat baik untuk tekanan darah yang sihat, fungsi sarat dan keseimbangan bendalir.

Dalam satu kajian pada tahun 2009 yang telah diterbitkan di dalam the Journal of Diabetes Science Technology telah mendapati bahawa diet jenis paleolitik dapat meningkatkan kesihatan serta mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular serta memberikan kawalan terhadap glisemik apabila dibandingkan dengan diet yang biasa.

Apabila diet paleo ini turut sama memasukkan sayuran akar, ia bahkan tidak melibatkan pertambahan sebarang jenis bijirin. Hasil pula menunjukkan bahawa kumpulan yang mengikuti diet tersebut untuk tempoh tiga bulan mengalami penurunan bacaan hemoglobin A1c, trigliserida, tekanan darah diastolik, barat badan, BMI dan ukur lilit pinggang.

8. Membantu Melawan Kanser dan Penyakit Kognitif.

Vitamin A terkandung dalam pelbagai jenis sayuran akar. Ia didapati berupaya untuk membantu fungsi otak yang lebih baik, kesihatan kognitif serta perlindungan kanser. Keradangan dan tekanan oksidatif merupakan dua punca utama penyebab kanser.

Namun, vitamin A, vitamin C dan juga antioksidan yang lain dapat meningkatkan kesihatan sel serta merendahkan tindak balas keradangan.

Hal ini bermakna, ia akan memberikan perlindungan yang lebih baik daripada kesan tindak balas berbahaya seperti diet yang tidak baik, senaman, sinar UV, pencemaran dan toksik dalam persekitaran.

Pengurangan kadar keradangan juga dikaitkan dengan penurunan risiko masalah saraf seperti penyakit Alzheimer’s, dementia dan Parkinson’s.

Di Manakah untuk Mencari Sayuran Akar serta Bagaimana Cara Menggunakannya?

Anda boleh mencari sayuran akar di pasar-pasar tani atau di kedai runcit. Kebanyakan sayuran akar yang segar seharusnya kelihatan licin, padat dan tidak memiliki sebarang bintik-bintik kulat.

Secara idealnya, kulitnya akan kelihatan cerah namun, jika terdapat sedikit kekotoran pada yang segar adalah tidak mengapa.

Cara yang tebaik untuk menyimpan sayuran akar ini adalah disimpan di dalam tempat yang bersuhu bilik yang mana ia dapat mengekalkan kesegarannya sehingga beberapa minggu dan bulan.

Sebagai contoh, ada yang gemar menyimpan kentang, keledek dan bawang di ruangan gelap di dalam almari dapur, di atas siling atau juga di bilik bawah tanah. Manakala bagi sayuran akar yang lain pula adalah bagus disimpan di dalam peti sejuk.

Berapa Banyak Sayuran Akar yang Perlu dimasukkan ke dalam Diet Anda?

Ia bergantung kepada keperluan seseorang itu yang melibatkan jenis bentuk badan, metabolisme dan tahap aktiviti fizikal. Sebagai contoh, bagi mereka kerap melakukan senaman memerlukan lebih banyak karbohidrat berbanding mereka yang kurang bergerak.

Amalkan satu atau dua hidangan kecil sayuran akar yang pelbagai sehari dan lihat bagaimana tubuh badan anda bertindak balas. Setiap hidangan sebanyak ½ cawan untuk dimasak.

Sebagai sebahagian daripada diet seimbang dengan jumlah protein, lemak dan sayuran tidak berkanji, jumlah ini tidak akan menyebabkan pertambahan berat badan bagi kebanyakan orang bahkan memberikan pelbagai nutrien baik.

Langkah Berjaga-jaga

Adakah semua sayuran akar tidak baik untuk anda? Walaupun ia kaya dengan khasiat, saiz hidangan juga penting apabila melibatkan sayuran akar.

Hal ini disebabkan oleh ia kaya dengan kanji terutama sekali sekiranya anda sedang berusaha untuk mengekalkan berat badan yang sihat, menstabilkan gula dalam darah, mengurangkan pengambilan gula ataupun menghidap diabetes.

Juga, sentiasa ingat walaupun sayuran akar boleh menjadi sebahagian daripada diet yang seimbang, adalah penting untuk tidak mengurangkan khasiatnya dengan cara penyediaan yang tidak menyihatkan seperti disalut dengan mentega, keju atau minyak terproses.

Kesimpulan

Sayuran akar juga dikenali sebagai ubi atau sayuran berkanji dan tergolong dalam kalangan sayuran yang tumbuh di bawah tanah.

Antara jenis sayuran akar yang biasa seperti ubi kentang, bit, parsnip, lobak merah, ubi keledek, Jerusalem artichoke, jicama, keladi dan turnip.

Khasiat pemakanan sayuran akar ini termasuklah kandungan serat yang tinggi, mengandungi nutrien penting, karbohidrat kompleks, membantu pengurusan berat badan dan juga ia kurang gluten.

Sayuran akar juga memberikan antioksidan yang penting, mineral seperti kalium dan magnesium, vitamin C dan vitamin A. Ia juga berupaya untuk membantu mengurangkan masalah kesihatan seperti kanser kulit, masalah penglihatan, kemerosotan kognitif dan penyakit jantung.

Sumber artikel di sini.

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *