Home Health 8 Khasiat Kubis Bunga
8 Khasiat Kubis Bunga

8 Khasiat Kubis Bunga

0
0

Kubis bunga tergolong dalam salah satu daripada makanan yang paling menyihatkan di bumi dan semuanya terdapat sebabnya yang tersendiri.

Dengan kandungan pitonutriennya yang kaya, sebatian antikeradangan yang tinggi serta keupayaannya untuk merawat kanser, penyakit jantung, penyakit otak bahkan juga masalah pertambahan berat badan menjadikan ia sebagai sejenis sayuran yang serba guna.

Kubis bunga tergolong dalam kalangan sayuran cruciferous dan juga dikenali sebagai keluarga Brassica oleracea seperti brokoli, kubis, kale, kubis Brussels dan sebagainya.

Semua disebabkan oleh perhatian yang diberikan kepadanya disebabkan oleh keupayaan yang dimilikinya untuk mencegah kanser. Tinjauan yang dilakukan telah mendapati bahawa penggunaan sayuran cruciferous ini sudah mula meningkat sejak dua abad lalu di Amerika Syarikat.

Apakah khasiat disebalik pemakanan kubis bunga? Kajian yang terperinci telah dilakukan dan mendapati bahawa sayuran cruciferous iini merupakan sumber antioksidan semula jadi yang baik.

Selain itu, ia juga membekalkan vitamin, karotenoid, serat, gula larut, mineral dan sebatian fenolik. Malah, ia juga dipercayai bahawa sayuran Brassica oleracea ini juga merupakan sumber utama sebatian fenolik dalam diet manusia. Selepas mengetahui khasiat yangt dimilikinya, sudah tentu anda akan tahu sebabnya.

Fakta Nutrisi Kubis Bunga  

Kubis bunga mula muncul di kawasan Asia sejak sekian lama sebagai salah satu jenis daripada pokok kubis yang sebelum ini tidak digunakan. Ia mula menjadi terkenal sebagai salah satu tanaman yang boleh dimakan di kawasan Mediterranean sekitar tahun 600 SM.

Hari ini, kita dapati ia masih lagi digunakan dalam pelbagai hidangan Itali, Sepanyol, Turki dan Perancis.

Dipercayai bahawa kubis bunga mula memasuki Amerika Syarikat pada pertengahan abad ke-16M. Ketika itu, ia telah menjadi salah satu sayuran yang sering ditanam dan digunakan dalam pelbagai hidangan.

Hari ini, kubis bunga telah digunakan di hampir setiap hidangan di dunia seperti Cina, Jepun, Itali, Perancis, India, Amerika dan sebagainya. Kebanyakan orang hanya memilih untuk masak dan gunakan bahagian yang berwarna putihnya sahaja.

Hal ini disebabkan oleh batang dan daunnya yang keras itu boleh menyebabkan sakit perut.

Juga dipercayai bahawa khasiatnya yang istimewa itu adalah disebabkan oleh kombinasi pitokimia yang dikenali sebagai tokoferol dan asid askorbik, Kedua-dua jenis antioksidan ini sedang dikaji dengan terperinci untuk memahami bagaimana kedua-duanya boleh menjadikan tubuh badan sihat.

Hasil daripada kajian terkini mendapati bahawa tumbuhan Brassica seperti kubis bunga didapati berupaya untuk mencegah palbagai penyakit kronik termasuklah penyakit kardiovaskular, diabetes, masalah saraf dan pelbagai jenis kanser.

Menurut USDA, satu cawan (kira-kira 100 gram) kubis bunga mentah mengandungi kira:

  • 25 kalori.
  • 3 gram karbohidrat.
  • 2 gram protein.
  • 1 gram lemak.
  • 5 gram serat.
  • 4 milligram vitamin C (77 peratus DV).
  • 16 microgram vitamin K (20 peratus DV).
  • 57 microgram folat (14 peratus DV).
  • 2 milligram vitamin B6 (11 peratus DV).
  • 303 milligram kalium (9 peratus DV).
  • 2 milligram mangan (8 peratus DV).
  • 7 milligram asid pantotetik (7 peratus DV).
  • 1 milligram tiamina (4 peratus DV).
  • 1 milligram riboflavin (4 peratus DV).
  • 15 milligram magnesium (4 peratus DV).
  • 44 milligram fosforus (4 peratus DV).

Sentiasa ingat bahawa nilai ini hanya untuk satu cawan kubis bunga sahaja. Walaupun jumlahnya banyak kandungan kalorinya masih lagi rendah.

Oleh itu, adalah mudah untuk makan dua cawan atau lebih kubis bunga yang dimasak dalam satu-satu masa terutamanya sekiranya anda menotongnya secara kreatif untuk pelbagai resipi.

Hal ini membolehkan anda mendapatkan sehingga dua ke tiga kali ganda khasiat kubis bunga tanpa sebarang masalah.

Adakah kubis bunga sumber karbohidrat atau protein? Memandangkan ia juga mengandungi sedikit protein sebagaimana sayuran lain ada, secara teknikalnya ia tergolong sebagai sumber karbohidrat memandangkan ia merupakan makanan yang berasal daripada tumbuhan.

Adakah kubis bunga bagus untuk diet-keto? Ya. Walaupun ia mengandungi karbohidrat, ia masih lagi rendah berbanding kandungan seratnya yang tinggi. Oleh itu, ia merupakan pilihan yang bijak untuk mereka yang mengamalkan diet rendah karbohdrat.  

8 Khasiat Utama Kubis Bunga

1. Membantu Mengurangkan Risiko Kanser.

Terdapat banyak kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang kuat antara diet seseorang dan risiko pembentukan kanser. Kajian tersebut juga menunjukkan bahawa sayuran cruciferous seperti kubis bunga sangat berguna untuk mencegah kanser payu dara selain daripada kanser kolon, hati, paru-paru dan perut.

Oleh itu, kubis bunga ini tergolong dalam makanan utama yang dapat melawan kanser. Mengapa kubis bunga tergolong dalam kalangan makanan superfood apabila melibatkan pencegahan kanser?

Adalah terbukti bahawa untuk pada permulaan peringkat kanser, agen kimopencegahan perlu untuk mematikan pertumbuhan tumor.

Kajian juga telah menunjukkan bahawa sayuran cruciferous seperti kubis bunga ini boleh mencegah tindakan bahan kimia karsinogen penyebab kanser dan juga bertindak sebagai anti-mutagen yang mematikan pertumbuhan sel kanser.

Kubis bunga juga memiliki kesan kimopencegahan disebabkan oleh keupayaannya dalam memodulasi enzim metabolisme karsinogen.

Selain itu, apabila sebut tentang pencegahan kanser, yang manakah lebih baik untuk anda, brokoli atau kubis bunga? Brokoli mengandungi lebih banyak vitamin C, vitamin A, vitamin K dan kalsium berbanding kubis bunga.

Walaubagaimanapun, kedua-duanya adalah merupakan sayuran cruciferous. Dengan makan sayuran daripada keluarga tumbuhan ini telah terbukti untuk membantu pencegahan kanser sebagaimana menurut the National Cancer Institute.

Sayuran cruciferous kaya dengan glukosinolat iaitu satu kumpulan sebatian yang mengandungi sulfur yang baik. Gabungan sebatian inilah yang menyebabkan sayuran seperti kubis, brokoli dan kubis bunga bau yang enak apabila ia dimasak.

Bahan kimia yang melindungi ini juga diketahui boleh hancur melalui proses kunyahan dan cernaan menjadi sebatian aktif yang membantu untuk mencegah sel kanser daripada terus tumbuh.

Glukosinolat juga bertindak sebagai racun serangga semula jadi bagi sel tumbuhan. Jadi, apabila ia dimakan oleh manusia, bahan tersebut akan digunakan untuk proses pembaik pulih DNA dan membantu mencegah kanser dengan cara memperlambatkan pertumbuhan sel yang terjejas itu.

2. Melawan Keradangan.

Keradangan merupakan penyebab kepada hampir kesemua penyakit kronik yang kita biasa ketahui. Maka, kubis bunga kaya dengan antioksidan serta anti keradangan yang mana dapat merendahkan tekanan oksidatif dan kehadiran radikal bebas di dalam tubuh badan kita.

Kandungan antioksidan yang terkandung dalam kubis bunga ini termasuklah vitamin-vitamin yang telah disenaraikan sebelum ini dan juga beta-karotina, beta-kriptoxiantin, asid kaffeik, asid sinamik, asid ferulik, kuersetin, rutin dan kaemferom semuanya membantu dalam mengurangkan tekanan oksidatif dalam badan.

Apabila tekanan oksidatif dibiarkan begitu sahaja, ia boleh menjadi penyebab kepada kanser dan pelbagai masalah kesihatan yang lain.

Hanya dengan satu cawan hidangan kubis bunga mengandungi kira-kira 77% daripada nilai harian yang disarankan bagi vitamin C. Ia dapat membantu mengurangkan keradangan, meningkatkan keimunan serta menjadikan tubuh badan bebas daripada sebaran bakteria berbahaya, jangkitan dan juga selesema.

Malah, menurut kajian pada tahun 2017 yang dilakukan di the University of Basilicata’s Department of Science di Itali telah mengkaji kesan antioksidan dan antikeradangan melalui diet yang mengandungi serbuk daun kubis bunga terhadap arnab.

Para pengkaji juga merumuskan bahawa “pemberian CLP boleh melindungi arnab daripada keadangan dan tekanan oksidatif yang dicetuskan oleh LPS.”

3. Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung dan Masalah Otak.

Para pengkaji juga sudah mengetahui bahawa paras keradaan yang tinggi bersamaan dengan peningkatan risiko pelbagai penyakit kronik seperti penyakit jantung, angin ahmar, diabetes serta penyakit melibatkan saraf seperti Alzheimer’s dan Parkinson’s.

Keupayaan antikeradangan yang dimiliki oleh kubis bunga, terutama melalui sumber vitamin K, vitamin C, antioksidan serta asid lemak omega-3 berupaya untuk mengekalkan arteri dan salur darah bebas daripada plak, mengurangkan risiko tekanan darah tinggi serta peningkatan paras kolestrol.

Semua ini boleh menyebabkan keradangan bertambah teruk, alahan, tindak balas autoimun dan juga serangan jantung. Khasiat kubis bunga juga membantu mengelakkan masalah autoimun yang boleh membawa kepada tekanan oksidatif sehingga boleh merosakkan sel otak.

4. Membekalkan Vitamin dan Mineral yang tinggi terutamanya Vitamin C dan Vitamin K.

Sebagai tambahan kepada vitamin C dan juga antioksidan yang lain, kubis bunga juga merupakan sumber vitamin K yang baik. Vitamin K merupakan vitamin larut lemak.

Hal ini bermakna ia dapat diserap di dalam usus bersama-sama lemak. Oleh itu, makan kubis bunga bermakna makan bersama lemak sihat adalah penting. Vitamin K penting untuk mengekalkan struktur rangka sihat dan mencegah masalah yang berkait dengan kehilangan mineral di dalam tulang seperti penyakit osteoporosis.

Tambahan pula, ia akan membantu membekukan darah serta kalsifikasi tulang. Walaubagaimanapun, mungkin yang lebih penting adalah vitamin K didapati dapat memberikan kesan positif dalam mengurangkan keradangan dalam tubuh badan.

Adalah dipercayai bahawa diet yang tidak sihat sebagaimana diet yang diamalkan oleh rakyat Amerika hari ini adalah punca utama penyebab masalah kekurangan vitamin K dalam kalangan ramai orang.

Antara punca lain mengapa masalah kekurangan vitamin K ini berlaku adalah disebabkan oleh penggunaan antibiotik jangka masa yang lama, masalah pencernaan dan usus seperti penyakit usus bocor serta ubat penurun kolostrol yang kini popular.

Mujurlah, kubis bunga berupaya untuk menyediakan vitamin yang diperlukan yang mana membantu untuk menyelesaikan masalah yang melibatkan diet dan gaya hidup yang tidak sihat.

5. Meningkatkan Pencernaan dan Detoksifikasi.

Sesetengah sebatian yang terkandung dalam kubis bunga seperti sulforaphane, glucobrassicin, glucoraphanin dan gluconasturtiian semuanya sangat berguna untuk membantu tubuh badan detoks disebabkan oleh kesemuanya menyokong fungsi hati.

Sayuran cruciferous juga bagus untuk kesihatan hati, pencernaan dan detoksifikasi disebabkan oleh ia kaya dengan sebatian yang mengandungi sulfur dikenali sebagai glukosinolat yang mana membantu penyerapan nutrien yang lebih baik serta membuang toksin.

Glukosinolat merangsang apa yang disebut sebagai enzim fasa II iaitu sistem antioksidan semula jadi manusia. Oleh itu, ia dapat merangsang hati untuk menghasilkan enzim yang dapat menghalang kerosakan radikal bebas.

Glukosinolat juga dapat membantu melindungi lapisan di dalam perut sekaligus mengurangkan risiko pembentukan sindrom kebocoran usus atau masalah pencernaan yang lain.

Dalam masa yang sama, sulforaphane pula membantu proses detoks dan pencernaan dengan mencegah pertumbuhan berlebihan bakteria di dalam usus serta menghalang bakteria jahat daripada tumbuh berlebihan mengatas bakteria baik untuk hidup.

6. Membantu Menurunkan Berat Badan.

Mengapa kubis bunga baik untuk penurunan berat badan? Ia disebabkan oleh kandungan kalorinya yang rendah (hanya 25% kalori bagi setiap cawan). Ia juga tidak mengandungi lemak, rendah karbohidrat, gula serta mengandungi serat.

Ia menjadikan kubis bunga sebagai salah satu pilihan untuk menurunkan berat badan walau diambil dalam jumlah yang banyak sehingga kenyang tanpa perlu mengambil kalori, lemak, gula atau karbohidrat berlebihan.

Adakah kubis bunga bersifat laksatif? Memandangkan kesan yang diberikan adalah lebih baik berbanding suplimen taksatif, kubis bunga dapat membantu mengurangkan sembelit dan memastikan air berlebihan dikeluarkan daripada tubuh badan sekaligus memberikan kelegaan kepada anda.

7. Membantu Menyeimbangkan Hormon.

Mengamalkan diet yang kaya dengan makanan sebenar serta sayuran yang mengandungi antioksidan seperti kubis bunga terbukti dapat membantu menyeimbangkan hormon dengan cara mengurangkan paras estrogen yang tidak sihat.

Makanan yang mengandungi estrogen yang tinggi boleh berbahaya kepada kesihatan disebabkan oleh ia akan memusnahkan keseimbangan hormon yang mana perlu diseimbangkan.

Diet dan gaya hidup yang tidak sihat boleh menjadi penyebab kepada ketidakseimbangan hormon. Makanan terproses seperti kacang soya, yis dan gula boleh menyebabkan kepada paras estrogen yang tidak sihat dalam badan.

Terlalu banyak estrogen dalam aliran darah boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan seperti hipotirodisme, penyakit autoimun, keletihan melampau dan kanser ovari.

8. Memelihara Kesihatan Mata.

Sulforaphane yang terkandung dalam kubis bunga telah didapati berupaya untuk melindungi tisu-tisu yang penting di bahagian retina daripada tekanan oksidatif yang boleh menyebabkan kebutaan, pereputan makular dan sebagainya.

RUMUSAN

Kubis bunga merupakan sejenis sayuran cruciferous yang juga dikenali sebagai Brassica oleracea seperti brokoli, kubis, kale, kubis Brussels dan sebagainya.

Ia juga dikenali sebagai salah satu daripada makanan yang paling sihat di bumi disebabkan oleh bahan pitokimia yang terkandung di dalamnya, paras sebatian antikeradangan yang tinggi, keupayaan untuk melawan kanser, penyakit jantung, penyakit otak dan juga dapat menurunkan berat badan.

Selain itu, kubis bunga juga berupaya untuk mengurangkan risiko kanser, melawan keradangan, mengurangkan risiko sakit jantung, membekalkan vitamin, mineral, meningkatkan pencernaan, detoksifikasi, menyeimbangkan hormon serta memelihara kesihatan mata.

Cara yang terbaik untuk memasak kubis bunga adalah dengan merebus atau menggoreng secara sederhana untuk memelihara nutriennya. Ia juga boleh dimakan secara mentah.

Adalah baik untuk untuk menggunakan kubis bunga dalam tempoh tiga hingga tujuh hari selepas dibeli bagi memastikan nutrien yang dikandungnya terpelihara.

Sumber artikel di sini. 

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *