Home TIPS KURUS 7 Tips untuk Menjadikan Rasa Sayur-sayuran Anda Lebih Baik
7 Tips untuk Menjadikan Rasa Sayur-sayuran Anda Lebih Baik

7 Tips untuk Menjadikan Rasa Sayur-sayuran Anda Lebih Baik

0
0

Tidak sukakan rasa sayur-sayuran? Tetapi tahukah anda bahawa sayur-sayuran merupakan serat yang sangat baik untuk anda amalkan di dalam pemakanan seharian.

Berikut merupakan tujuh tips yang akan saya kongsikan untuk jadikan rasa sayur-sayuran anda lebih enak.

7 Tips untuk Menjadikan Rasa Sayur-sayuran Anda Lebih Baik

Tidak kira berapa kali saya katakan anda perlu makan sayur-sayuran, sudah tentu amat sukar untuk dilakukan kerana rasanya yang tidak enak bagi anda.  Apabila ada orang yang memberitahu bahawa dia tidak menyukai sayur-sayuran, ia menggambarkan beberapa keadaan.

Ada sesetengah orang yang tidak menyukainya disebabkan oleh tekstur sayur-sayuran tersebut manakala ada pula yang disebabkan oleh rasa atau baunya. Ada kalanya pula yang tidak menyukainya disebabkan ketiga-tiga faktor tersebut.

Sekiranya puncanya adalah disebabkan oleh tekstur, bau dan rasanya itu yang kurang menyenangkan, ia adalah amat memalukan kerana apabila sayur-sayuran itu disediakan dengan baik, ia akan memberikan rasa yang sungguh enak sebenarnya.

Bagaimana untuk Menjadikan Rasa Sayur-sayuran Anda Enak?

1.Masak sayur-sayuran cukup sehingga lembut-rangup sahaja

Apabila sayur-sayuran terlebih masak, teksturnya akan terkesan sehingga boleh menyebabkan kehilangan rasa segarnya. Apa yang penting, sayur-sayuran yang terlebih masak ini juga boleh merosakkan warnanya yang cerah sehingga boleh menyebabkan ia kelihatan tidak menyelerakan.

Untuk memelihara rasa, tekstur dan warnanya, kebanyakan sayur-sayuran berada dalam keadaan yang terbaik adalah apabila ia dimasak sehingga menjadi lembut dan masih lagi rangup.

Hal ini bermakna, ia hanya dipanaskan dan dimasak sekali lalu sehinggakan anda mudah mengunyahnya serta rasa rangupnya masih terasa lagi.

2.Sedikit lemak sihat menjadikan sayur-sayuran rasa lebih enak

Kebanyakan sayur-sayuran adalah rendah kalori, jadi dengan menambah sedikit lemak sihat tidak akan menambah jumlah kalorinya terlalu tinggi. Anda boleh tambahkan sedikit minyak zaitun atau minyak bijau atau minyak walnut kepada sayur-sayuran yang telah distim.

Hanya dengan renjisan kekacang atau bijian boleh menambahkan banyak perasa juga. Cubalah biji bijan, kacang pain atau kacang walnut yang dicincang.

3.Memanggang sayur-sayuran boleh memperkayakan rasanya

Memanggang merupakan salah satu daripada cara kegemaran saya untuk memasak sayur-sayuran terutamanya lobak merak, kubis bunga, brokoli dan pucuk brussel.

Haba yang kering daripada ketuhar akan mencairkan kandungan gula semula jadi di dalam sayur-sayuran tersebut sehingga memberikan rasa yang menarik ditambah pula caranya yang begitu mudah.

Potong brokoli atau kubis bunga, potong pucuk brussel menjadi dua dan potong lobak merah yang dibuang kulitnya. Panaskan ketuhar anda dengan suhu 425F / 220c. Ketika ketuhar sedang memanas, tambahkan sayur-sayuran tersebut dengan beberapa titik minyak kelapa serta garam dan lada sulah.

Kemudian, tuangkan di atas kertas pemanggang yang telah disapu dengan minyak. Panggangkan ia selama 30 minit sambil balik-balikkannya sehingga menjadi perang dan lembut. Anda boleh gunakan cara ini untuk sayur-sayuran yang lain seperti asparagus atau kacang hijau. Rasanya juga enak juga.

4.Sayur yang lebih kecil memiliki rasa yang lebih lembut

Anak sayur-sayuran seringkali memiliki rasa yang lebih lembut berbanding yang telah matang. Jadi, anda mungkin lebih gemar sayur-sayuran versi ‘bayi’ seperti artichoke, squash, sengkuang dan pucuk brussel.

Daun hijau yang lebih kecil adalah lebih lembut berbanding yang telah matang. Jadi, dapatkan ia lebih-lebih lagi sekiranya anda ingin memakannya secara mentah.

5.Celurkan sayur-sayuran boleh meningkatkan rasanya

Celurkan sayur-sayuran anda di dalam air panas selama seminit akan menghilangkan rasa mentahnya namun, ia akan mengurangkan sedikit kandungan vitaminnya kerana proses tersebut sangatlah cepat.

Ia amat sesuai kepada sayur-sayuran yang memiliki rasa yang kuat seperti brokoli atau kubis bunga. Didihkan satu periuk air (tambahkan garam sebagai pilihan). Kemudian, letakkan sayur-sayuran tersebut dan biarkan selama 45 saat.

Angkat sayur-sayuran tersebut dan bilas dengan air sejuk dan sudah boleh digunakan untuk goreng atau dijadikan salad. Tips yang lain: sayur-sayuran yang panas akan menghilangkan bau. Jadi, sekiranya disebabkan bau anda tidak boleh memakannya, maka cara ini merupakan cara yang sesuai untuk anda.

6.Berikan kale atau kubis sedikit urutan

Saya amat menggemari salad kale dan kubis namun rasa dan teksturnya boleh menjadi agak kuat sekiranya ia digunakan secara mentah. Cubalah tips ini: Koyakkan sayur hijau anda berhati-hati dan letakkan ia di dalam bekas salad.

Kemudian, larikan air panas kepadanya dan dalam masa yang sama anda “mengurut” sayur-sayuran tersebut selama satu atau dua minit. Kemudian diikuti pula dengan bilasan air sejuk dan siap untuk disediakan.

Cara ini membolehkan anda menghilangkan rasa sayur mentah dan melayukan sedikit salad anda yang memberikan tekstur yang lebih baik kepada salad anda.

7.Perencah yang betul untuk menjadikannya daripada kelihatan pucat kepada menarik

Saya tidak pasti mengapa terlalu ramai orang tidak meletekkan perencah kepada sayur-sayuran mereka. Adalah sesuatu yang memalukan apabila ada yang mengatakan kepada saya bahawa mereka hanya makan sayur-sayuran begitu sahaja kerana bagi mereka itulah satu-satunya cara sayur-sayuran dimakan.

Penambahan herba, rempah, bawang putih, bawang merah, jus sitrus atau cuka boleh menambah pelbagai perisa tanpa kalori tambahan. Tidak ada satu peraturan yang tegas tentang hal ini, jadi anda bebas untuk mencubanya.

Cubalah  pasangan sayuran seperti basil dengan tomato, halia dengan lobak merah dan juga halia bersama sayur-sayuran berdaun hijau. Kadang kala sedikit rasa manis boleh menghilangkan rasa pahit juga.

Saya sering kali satukan salad kale bersama cuka teen. Namun, penambahan sesuatu bahan yang manis  seperti beberapa potong buah mangga, epal atau oren, atau kismis atau kranberi kering benar-benar sesuai.

Jangan takut untuk makan sayur-sayuran kerana khasiat yang terkandung di dalam sayuran teramat banyak dan rugi sekiranya anda tidak menikmati sayuran.

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *