Home TIPS KERJAYA & KEWANGAN 5 Tips Bertahan Dengan Tekanan Kerja
5 Tips Bertahan Dengan Tekanan Kerja

5 Tips Bertahan Dengan Tekanan Kerja

0
0

Kadang-kadang kita dihimpit dengan pelbagai masalah hingga menyebabkan diri jadi tertekan. Sama ada masalah berpunca di rumah atau di tempat kerja, kesannya membuatkan anda stres dan sukar memberi sepenuh perhatian kepada tugasan. Lebih-lebih lagi apabila berhadapan dengan deadline kerja. Jadi ini saya kongsikan tips bertahan dengan tekanan kerja supaya anda dapat hadapinya.

Tips Bertahan Dengan Tekanan Kerja

1.Tarik Nafas

Ketika berada dalam tekanan atau sedang marah, nafas menjadi pendek dan akan membuatkan anda tidak terkawal. Bagi mengatasinya, keluarkan hormon stres ini dengan menarik nafas dalam-dalam. Fokuskan diri untuk mengecap ketenangan ketika anda menghembuskan nafas.

2.Luangkan Waktu Sejenak

Luangkan waktu seketika untuk keluar daripada tekanan. Berjalan-jalan atau mendengar muzik mungkin boeh menghiburkan hati anda. Mungkin juga anda perlu membasuh muka untuk kesegaran diri. Berjalan naik dan turun tangga juga dapat dijadikan pilihan untuk beroleh ketenangan.

3. Tetap Optimis

Masalah yang dihadapi tidak akan selesai begitu cepat. Jadi apa kata anda tidak memikirkan dengan serius. Sentiasa mempositifkan diri anda dengan sedikit keringanan ketika berada dalam tekanan. Guna kata-kata positif untuk membantu diri menjadi lebih tenang.

BACA JUGA :GEJALA STROK PERLU TAHU

4.Tidur Siang

Menggunakan waktu untuk tidur seketika. Ia membantu anda mengurangi tekanan. Tidur siang mungkin ketika waktu rehat dengan tidur selama 20 minit atau 30 minit, sangat membantu melepaskan tekanan. Tidur akan memberi ruang kepada otak berehat sejenak dan kembali semangat.

5. Berdoa

Berdoa dan merayu kepada Allah untuk membantu menyelesaikan masalah yang ada. Ingat segala yang datang semua daripada Nya. Mana tahu doa anda dimakbulkan dan ketenangan pasti menjadi milik anda apabila diluahkan dengan sepenuh keikhlasan.

 

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *