Home TIPS KESIHATAN 7 Panduan Peraturan Diet Bagi Masalah “Insulin Resistance”
7 Panduan Peraturan Diet Bagi Masalah “Insulin Resistance”

7 Panduan Peraturan Diet Bagi Masalah “Insulin Resistance”

0
0

Memahami mekanisme sel dalam masalah insulin resistance “rintangan insulin “membantu kita untuk memilih rawatan serta pencegahan yang berkesan untuk pra-diabetes dan diabtes jenis 2. Rintangan insulin ini wujud pada mereka yang mengalami obesiti dan diabetes mellitus. Beberapa kajian telah dilakukan mendapati bahawa diet yang dikhususkan untuk mereka yang mengalami masalah rintangan insulin serta senaman boleh mengubah laluan isyaratnya serta akhirnya melambatkan berlakunya masalah rintangan insulin ini.

Adalah dianggarkan bilangan mereka yang menghidapi diabetes di dunia akan meningkat kira-kira 190 juta orang kepada 355 juata orang pada 25 tahun akan datang. Hal ini amat jelas sekali memerlukan perhatian yang serius kepada gaya hidup kita supaya dilakukan sedikit perubahan.

Diet rintangan insulin, menyamai diet diabetik, membantu anda mengurangkan berat badan berlebihan dan meregulasi insulin dalam glukosa dalam darah supaya berada pada paras yang stabil bagi mengurangkan risiko menghidapi pradiabtes dan diabetes itu sendiri.

Diet bagi Masalah “Insulin Resistance” Kerintanganan Insulin

Kajian telah menyatakan bahawa punca utama kepada masalah kerintanganan insulin ini ialah berat badan berlebihan terutamanya lemak berlebihan yang terkumpul dibahagian pinggang. Apa yang baik adalah, dengan penurunan sedikit berat badan akan membantu tubuh badan anda untuk bertindak balas kepada insulin dengan lebih baik.

Program Pencegahan Diabetes dan juga kajian – kajian yang lain juga menunjukkan bahawa dengan masalah kerintanganan insulin dan prediabtes sering kali boleh dicegah dan dilambatkan dengan cara mengubah diet dengan mengikuti diet untuk masalah kerintanganan insulin itu sendiri di samping mengurangkan berat badan.

Berikut merupakan tujuh cara untuk mula mengamalkan diet tersebut:

1.Mengurangkan Pengambilan Karbohidrat

Satu kajian yang telah diterbitkan dalam jurnal berjudul Diabetes, Metabolic Syndrome and Obesity menyatakan bahawa melalui pengawalan pengambilan karbohidrat, menjadi kunci untuk mendapatkan kawalan glisemik. Sungguhpun semua karbohidrat boleh tergolong dalam jenis yang perlu dikurangkan, namun karbohidrat daripada sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin penuh, kekacang dan produk tenusu perlulah diberikan keutamaan berbanding sumber-sumber karbohidrat yan glain terutamanya yang mengandungi lemak tambahan, gula atau garam.

Apabila ia melibatkan kepada produk yang berasaskan tepung, adalah baik untuk mengambil bijirin penuh berbanding yang berasaskan tepung. Hal ini kerana, tepung boleh meningkatkan masalah kerintanganan insulin. Sekiranya anda perlu menggunakan tepung, pilihlah tepung yang dihasilkan daripada 100% bijirin penuh atau cubalah tepung kelapa atau tepung almond yang merupakan pilihan yang lebih menyihatkan.

2.Elakkan Minuman yang Manis

Semua jenis gula berupaya untuk meningkatkan paras gula dalam darah sehingga menyebabkan rintangan insulin. Namun, sesetengah sumber gula dan karbohidrat lebih memudaratkan berbanding yang lain. Buat pertama kalinya, ahli nutrisi daripada Persatuan Diebetes Amerika menyarankan untuk mengurangkan pengambilan minuman yang manis.

Ia termasuklah minuman ringan, jus buah-buahan, teh ais dan minuman tenaga yang mengandungi sukrosa, sirap jagung berfruktosa tinggi dan pemanis tiruan. Dalam satu analisis meta yang diterbitkan dalam the Journal of Clinical Investigation telah mendapati bahawa mereka yang mengambil minuman yang manis memiliki sebanyak 26% risiko untuk menghidapi diabetes.

Daripada terus mengambil minuman yang manis, lebih baik terus mengekalkan pengambilan air masak, teh atau kopi. Sekiranya anda memerlukan sedikit rasa manis dalam minuman atau makanan anda, pilihlah pemanis yang semula jadi seperti madu asli, stevia oraganik, kurma atau sirap maple.

3.Makan banyak Serat

Kajian telah menunjukkan bahawa diet yang mengandungi serat sebanyak lebih daripada 50 gram sehari adalah didapati berupaya untuk membantu mereka yang menghidapi diabetes. Menurut satu kajian dilaporkan bahawa pengambilan makanan bijirin penuh didapati berupaya untuk mengurangkan diebetes jenis 2 namun kita perlu mengehadkan pengambilan bijirin penuh yang diproses.

Pengambilan makanan berserat tinggi seperti artichok, kacang pis, squash, avokado, biji selasih, chia dan quinoa membantu untuk mengurangkan masalah kerintanganan insulin. Penuhkan pinggan anda dengan sayur-sayuran segar sebanyak yang mungkin – ia tinggi dengan serat, rendah kalori dan mengandungi banyak vitamin dan mineral di samping memiliki ciri-ciri anti keradangan.

4.Makan Lemak yang Menyihatkan

Kajian telah menunjukkan bahawa jenis asid lemak yang diambil adalah lebih penting berbanding berapakah jumlah lemak dalam diet kita. Mereka yang menghidapi masalah kerintanganan insulin adalah digalakkan untuk memilih lemak taktepu bagi menggantikan lemak tepu dan asid lemak trans.

Hal ini disebabkan oleh kesan jangka panjang pengambilan asid lemak tepu terhadap kerintanganan insulin ini adalah penting. Apabila seseorang yang menghidapi diebetes mengurangkan pengambilan karbohidratnya, dia akan meningkatkan pengambilan lemak pula terutamanya lemak tepu dalam bentuk makanan seperti kek dan daging lembu. Satu kajian yang telah diterbitkan dalam jurnal Public Health Nutrition menyatakan bahawa pengambilan lemak tepu sepatutnya kurang daripada 7 peratus daripada pengambilan tenaga anda setiap hari.

Pengambilan makanan yang kaya dengan asid lemak monosakarida dalam diet Mediterranean didapati berupaya untuk mengawal glisemik dan lipid apabila asid lemak monotaktepu ini menggantikan karbohidrat dan lemak tepu. Antaranya ialah lemak daripada minyak zaitun, avokado, kekacang dan bijian.

Mereka yang menghidapi kerintanganan insulin sepatutnya juga meningkatkan pengambilan makanan yang mengandungi omega-3, terutamanya dengan mengambil kira-kira 2 hidangan ikan salmon sebagai contoh setiap minggu sebagai satu bentuk diet bagi mengurangkan masalah kerintanganan insulin.

5.Dapatkan Protein yang Mencukupi

Dalam satu kajian pada tahun 2011 yang telah diterbitkan dalam in the International Journal for Vitamin and Nutrition Research telah mendapati bahawa pengambilan protein yang tinggi ketika proses diet bagi merawat obesiti telah memberikan hasil kepada penurunan berat badan yang besar berbanding pengambilan protein yang sedikit.

Para pengkaji telah mendapati bahawa protein secara relatifnya bersifat neutral berbanding glukosa dan lipid di mana ia membantu memelihara otot dan tulang dan berkemungkinan ia akan berkurangan bagi mereka yang menghadapi masalah kerintanganan insulin.

Makanan berprotein seperti ayam organik, ikan liar, lentil, yogurt dan almond juga membantu untuk meregulasi paras gula dalam darah anda.

6.Makan Produk Tenusu

Kini terdapat banyak bukti yang menunjukkan bahawa pengambilan produk tenusu ini dapat mengurangkan risiko diabetes jenis 2. Keupayaan ini termasuklah peranan produk tenusu dalam mengawal obesiti dan sindrom metabolik selain daripada perlunya kepada kalsium, vitamin C, lemak tenusu dan asid trans-palmitoleik.

Saintis di the Harvard School of Public Health juga telah menyarankan penggunaan asid trans-palmitoleik, sejenis asid lemak yang terkandung dalam susu, keju, yogurt dan mentega berkemungkinan berupaya untuk mengurangkan risiko kerintanganan insulin dan masalah kesihatan yang berkaitan dengannnya seperti pradiabetes dan diabetes jenis 2.

Apabila memilih produk tenusu sebagai sebahagian daripada diet kerintanganan insulin, anda perlu mencari produk yang organik berbanding produk konvensional yang sedia ada. Susu kambing merupakan pilihan yang terbiak begitu juga dengan keju mentah dan kefir.

7.Fikirkan Tentang Bahagian Anda

Apabila ia berkaitan dengan mengawal kerintanganan insulin, kita tahu bahawa menurunkan berat badan adalah kuncinya. Anda boleh melakukannya dengan cara mengurangkan bahagian dan jumlah pengambilan kalori anda untuk keberkesanan yang maksima. Kajian telah menunjukkan bahawa dalam dekad terkini, peningkatan dalam saiz bahagian pemakanan anda akan menyebabkan peningkatan dalam kadar obesiti.

Makan makanan yang bersaiz lebih kecil sepanjang hari dan jangan biarkan diri anda berasa terlalu lapar sehingga boleh menyebabkan anda akan terlebih makan pula. Mulakan makan dalam jumlah yang kecil, dan tambah sekiranya dirasakan perlu.

Hal ini mungkin akan sukar sekiranya anda makan di restoran. Dalam satu tinjauan yang dilakukan terhadap lebih seramai 1000 orang dewasa, 69 % menyatakan bahawa apabila makan di luar, mereka akan makan sehingga kenyang manakala baki 30% yang lain pula menyatakan bahawa mereka sudah cukup hanya makan dengan jumlah yang sedikit. Untuk mengelakkan diri daripada terlebih makan, cuba untuk pastikan anda tahu tahap kelaparan anda. Jangan habiskan semuanya sekali  atau bawa balik ke rumah pula.

Jadi, untuk mengelakkan anda daripada terlebih makan, anda bolehlah makan makanan yang kaya dengan serat, protein dan lemak yang sihat untuk membuatkan anda berasa kenyang dan tidak terlebih makan. Hal ini termasuk dalam amalan makan secara berhemah atau cakna terhadap selera makan dan jumlah makanan yang anda makan.

Apakah yang Insulin Lakukan?

Insulin merupakan hormon peptida yang dihasilkan di pankreas, suatu organ yang mengandungi kumpulan sel yang disebut sebagai islet dan sel beta. Melalui islet ini, insulin dihasilkan dan dirembeskan ke dalam darah. Insulin berperanan untuk mengekalkan kandungan gula dalam darah dengan membantu penggunaan gula dalam sel, meregulasi karbohidrat, lipid dan metabolisme protein di samping membantu kepada proses pembahagian dan pertumbuhan sel.

Ia memainkan peranan yang utama dalam keregulasi bahagaimana tubuh badan kita menggunakan dan mencerna makanan untuk mendapatkan tenaga. Dengan bantuan insulin, glukosa diserap oleh sel dan digunakan sebagai tenaga.

Apabila paras glukosa dalam darah meningkat selepas makan, insulin akan dirembeskan oleh pankreas ke dalam darah. Kemudian, insulin dan glukosa akan bergerak di dalam darah dan memasuki sel badan. Insulin bertanggunjawab untuk beberapa mekanisme dalam badan.

Ia membantu otot, sel lemak dan hati untuk menyerap glukosa daripada darah, sekaligus menurunkan paras gula dalam darah, merangsang tisu hati dan otot untuk menyimpan glukoasa berlebihan di dalam hati.

Jenis – jenis Insulin

Insulin buat pertama kalinya diasingkan pada tahun 1921 dan digunakan untuk merawat diabetes jenis 1 sejak 1922 lagi. Setelah itu, insulin kini telah mula digunakan untuk merawat penyakit diabetes jenis 2 pada pelbagai peringkat perkembangan penyakit tersebut.

Mereka yang mengalami diabetes jenis 1 dan 2 mungkin memerlukan suntikan insulin untuk membantu badan mereka menggunakan glukosa sebagai tenaga. Bagi mereka yang menghidapi diabtes jenis 1 pula, pankreas tidak lagi menghasilkan insulin dan sel beta pakreas telah pun musnah.

Jadi, mereka ini memerlukan suntikan insulin supaya glukosa daripada makanan mereka dapat digunakan. Bagi mereka yang menghidapi diabetes jenis 2 pula masih lagi menghasilkan insulin namun tubuh badan mereka tidak lagi bertindak balas dengan baik kepadanya. Jadi, terdapat mereka yang memerlukan suntikan insulin untuk menukarkan glukosa kepada tenaga.

Terdapat beberapa jenis insulin yang boleh disuntik ke dalam lemak yang berada di bawah kulit anda supaya ia masuk ke dalam salur darah. Menurut the American Diabetes Association, insulin dikelaskan berdasarkan masa tindak balasnya di dalam tubuh badan anda.

Masa permulaan adalah tempoh masa sebelum insulin memasuki aliran darah dan mula merendahkan paras glukosa. Masa puncak pula ialah masa ketika insulin berada dalam keadaan yang paling kuat dan tempoh masanya ialah berapa lama insulin akan berterusan menurunkan paras glukosa dalam darah.

  • Insulin yang bertindak segera – Ia mula bertindak dalam tempoh masa lima hingga 15 minit selepas disuntik. Mula mencapai waktu puncak kira-kira satu jam selepasnya dan mula bertindak untuk tempoh dua hingga empat jam. Insulin jenis ini digunakan untuk mengawal paras gula dalam darah ketika makan dan membetulkan semula paras gula dalam darah yang tinggi.
  • Insulin yang bertindak sementara— Ia mula mencapai aliran darah dalam kira-kira 30 minit selepas disuntik. Mula mencapai waktu puncak antara dua hingga tiga jam selepas suntikan dan berkesan dalam tempoh tiga hingga enam jam. Insulin jenis ini juga digunakan untuk mengawal paras gula dalam darah ketika makan dan membetulkan semula paras gula dalam darah yang tinggi.
  • Insulin yang bertindak sederhana — Ia mula mencapai aliran darah kira-kira dua hingga empat jam selepas suntikan. Mula mencapai waktu puncak sehingga 12 jam kemudian dan berkesan untuk tempoh masa kira-kira 12 hingga 18 jam. Insuli jenis ini diserap lebih perlahan dan bertahan lama yang mana digunakan untuk mengawal paras gula dalam darah dalam tempoh semalaman ketika berpuasa dan ketika waktu senggang antara waktu makan.
  • Insulin yang bertahan lama — Ia mula mencapai aliran darah beberapa jam selepas suntikan dilakukan dan berupaya merendahkan paras glukosa dalam darah lebih kurang dalam tempoh 24 jam. Insulin jenis ini diserap dengan perlahan, memiliki kesan puncak yang minimum sekitar penghujung hari. Ia digunakan untuk mengawal gula dalam darah untuk tempoh semalaman, ketika berpuasa dan ketika waktu senggang antara waktu makan.

Simptom-simptom Masalah Kerintanganan Insulin

Kerintanganan insulin didefinisikan secara klinikalnya sebagai ketidakupayaan untuk insulin eksogenous atau endogenous meningkatkan penggunaan glukosa dan menggunakannya secara normal. Dengan kata lain, apabila anda mengalami masalah ini, tubuh badan anda tidak memiliki keupayaan untuk bertindak balas dan menggunakan insulin yang dihasilkan. Otot, lemak dan hati tidak bertindak balas dengan normal kepada insulin dan kesannya akan menyebabkan glukosa tidak dapat diserap dengan mudah ke dalam aliran darah.

Mereka yang mengalami masalah ini memerlukan insulin dengan banyak bagi membantu glukosa tersebut memasuki sel. Apabila sel beta di dalam pankreas tidak dapat menghasilkan insulin yang diperlukan, glukosa yang berlebihan tersebut akan bertakung di dalam aliran darah yang mana kelak akan menyebabkan penyakit yang berbahaya seperti pradiabtes dan diabetes jenis 2.

Kerintanganan insulin biasanya tidak memberikan apa-apa simptom dan mereka bahkan akan mengalaminya sehingga beberapa tahun tanpa mereka sedari. Terdapat satu tanda yang menunjukkan apabila masalah ini telah teruk ialah acanthosis nigricans iaitu satu keadaan kulit yang biasanya akan terdapat tompokan-tompokan hitam pada bahagian leher, siku, lutut, buku lima dan ketiak.

Ujian insulin boleh dilakukan melalui ujian glukoasa dan C-peptida. Paras insulin juga boleh diukur dengan mengambil ujian ketoleransian glukosa untuk mengetahui kerintanganan insulin ini. Mereka yang mengalami simptom seperti hipoglisemia kebiasaannya akan mengalami simptom seperti berpeluh, penglihatan menjadi kabur, pening, pengsang, keliru dan lapar. Hal ini kebiasaannya berlaku apabila paras glukosa kurang daripada 70 miligram bagi setiap deciliter.

Paras insulin yang terlalu rendah dan terlalu tinggi kedua-dua akan memberikan masalah. Sekiranya paras insulin terlalu rendah, hati kita akan terus menghasilkan glukosa dan terlalu banyak glukosa yang akan dibuang ke dalam darah kita. Mereka yang mengalami paras insulin yang rendah berkemungkinan akan mengalami diabetes jenis 1.

Bagi kandungan insulin yang berlebihan pula, ia akan membawa kepada kerintanganan insulin dan pradiabetes selain daripada pertambahan berat badan dan keradangan. Terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk mengawal paras insulin ini namun kajian telah menyarankan supaya ia seharusnya berada di bawah lima mikrounit pagi setiap mililiter. Golongan lelaki dan wanita yang memiliki paras gula yang tinggi akan lebih berisiko untuk menghidapi pradiabtes dan diabetes.

Kerintanganan insulin ini lebih berkait rapat kepada obesiti, hipertensi dan kandungan lemak yang tinggi dalam darah. Lama kelamaan, masalah kerintanganan insulin ini akan menyebabkan sel beta pankreas itu akan mula mati.

Kesannya, pankreas tidak lagi menghasilkan insulin yang mencukupi untuk mengatasi rintangan sel yang akhirnya menyebabkan kandungan glukosa dalam darah yang tinggi (pradiabetes) dan kemudiannya diabetes jenis 2.

Langkah Berjaga-jaga Berkaitan dengan Kerintanganan Insulin

Kita sedia maklum bahawa kajian telah menunjukkan bahawa punca kepada masalah ini adalah berat badan berlebihan. Jadi, pastikan anda mengawal pengambilan kalori dan mengikuti diet yang disyorkan supaya anda dapat meregulasi paras insulin anda.

Sentiasa ingat bahawa diet seseorang tidak akan berkesan kepada orang yang lain. Jadi, ikuti panduan ini dan utamakan makanan yang kaya dengan serat, protein dan lemak yang sihat. Sekiranya anda mengalami masalah berkaitan dengan plan diet ini, carilah diet yang sesuai untuk anda dan dapatkan nasihat ahli nutrisi atau ahli pemakanan.

Kesimpulan

  • Insulin merupakan hormon peptida yang dihasilkan di pankreas, organ yang mengandungi kumpulan sel yang dikenali sebagai islet dan sel beta. Melalui islet inilah insulin dihasilkan dan dirembeskan ke dalam darah.
  • Insulin memainkan peranan yang penting untuk meregulasi bagaiamana tubuh badan anda menggunakannya dalam proses pencernaan makanan untuk mendapatkan tenaga. Dengan bantuan insulin, glukosa diserap oleh sel dan digunakan sebagai tenaga.
  • Tidak terdapat tanda yang jelas berkenaan masalah kerintanganan insulin ini dan ia boleh berlaku sehingga bertahun-tahun tanpa disedari. Mereka yang mengalami hipoglisemia atau tompokan hitam pada kulit mungkin mengalami masalah ini dan perlu diperiksa.
  • Diet kerintanganan insulin merupakan diet yang seimbang di mana ia mengandungi protein, lemak sihat, serat dan makanan tenusu yang berkualiti tinggi. Mereka yang menghidapi masalah ini perlu mengelakkan makanan yang bergula, minuman manis dan karbohirat yang diproses sebagai salah satu peraturan dalam diet ini.

 

 

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *