Home TIPS KESIHATAN 7 Khasiat Minyak Kelapa Dara Ketika Kehamilan
7 Khasiat Minyak Kelapa Dara Ketika Kehamilan

7 Khasiat Minyak Kelapa Dara Ketika Kehamilan

0
0

Anda sudah pasti sudah mengetahui tentang perkara yang boleh dan tidak boleh untuk dilakukan ketika kehamilan. Keluarga dan rakan-rakan anda juga sudah tentu telah membantu anda untuk menyediakan senarai tersebut dan sudah pasti minyak kelapa termasuk juga di dalam senarai tersebut. Kita tahu khasiat minyak kelapa dara sangat banyakkan.

Mereka juga sudah tentu menyuruh anda menggunakan minyak kelapa untuk kegunaan luaran dan dalaman. Namun, adakah anda akan melakukannya tanpa mengetahui adakah ia selamat atau tidak untuk bayi anda?

Khasiat Minyak Kelapa Dara Makanan Kehamilan Terbaik

Secara asasnya, makanan kehamilan terbaik ini merupakan jenis makanan yang memberikan nutrient yang diperlukan untuk tumbesaran, perkembangan dan kebaikan bayi di dalam perut anda. Makanan ini termasuklah telur, susu, kekacang, brokoli, daging lembu, buah beri, keju yang telah dipasturkan, ikan salmon, yogurt dan minyak kelapa.

Kelapa merupakan pilihan yang semakin popular dalam kalangan ibu yang hamil. Minyak kelapa dan santannya sangat berkhasiat bagi wanita hamil dan menyusukan anak. Berikut merupakan sebabnya:

  1. Pengambilan minyak kelapa ketika trimester ketiga boleh mengurangkan keguguran sehingga lebih daripada 50%
  2.  Minyak kelapa memiliki ciri-ciri anti-virus dan anti-fungus yang tinggi. Maka, ia sangat berkesan untuk mencegah demam, selesema dan jangkitan virus yang lain. Ketika kehamilan, ia merupakan bentuk perlindungan yang penting untuk anda memandangkan kehamilan telah menyebabkan sistem imun anda tidak stabil sehingga menjadikan anda mudah terdedah kepada pelbagai jenis penyakit.
  3. Dengan minyak kelapa, anda boleh meminimumkan pengambilan ubat-ubatan yang mana boleh memberikan kesan kepada anda dan juga bayi anda yang sedang membesar.
  4.  Minyak kelapa boleh membantu kepada perkembangan dan menguatkan sistem imun bayi anda. Apa yang menarik juga adalah minyak kelapa merupakan bahan asas kepada susu formula bayi. Hal ini berkemungkinan kandungan asid laurik yang ada di dalamnya.
  5. Minyak kelapa dan santan kini semakin diperlukan namun sebenarnya kedua-duanya memiliki sejarah yang panjang melibatkan kehamilan dan kesuburan. Di India, buah kelapa digunakan dalam penghasilan ubat semula jadi bagi ketidaksuburan manakala di Thailand pula buah ini dijadikan makanan pejal pertama bagi bayi.
  6. Air kelapa juga memiliki banyak khasiat. Kandungan elektrolit yang banyak di dalamnya melancarkan aliran darah dalam badan sekaligus mencegah kesakitan di bahagian kaki dan tapak kaki yang mana kebiasaannya dialami oleh ibu-ibu hamil.

Sejauh Mana Minyak Kelapa Selamat Ketika Kehamilan?

Minyak kelapa memiliki beberapa khasiat. Ia merupakan bahan alternatif yang baik untuk menggantikan krim-krim kulit dan perapi rambut yang mahal. Ia juga meningkatkan keimunan dan merupakan pengganti yang terbaik bagi minyak masak. Sungguhpun begitu, bagi seorang wanita yang hamil, adalah perlu juga untuk diketahui tentang kebaikan untuk kesihatan melalui pengambilan minyak kelapa. Anda juga sudah tentu ingin mengetahuinya sejauh mana ia baik untuk anda.

Bercakap tentang kuantiti, pengambilan minyak kelapa secara sederhana ketika kehamilan juga bagus. Minyak kelapa hampir 100% berbentuk lemak tepu dan adalah dinasihatkan untuk anda menghadkan pengambilan lemak jenis ini.

Namun, adalah penting untuk memahami bahawa tidak semua lemak tepu boleh memudaratkan tubuh badan anda. Persatuan Jantung Amerika menyarankan bahawa pengambilan lemak tepu hanya diambil tidak lebih daripada 5 hingga 6% daripada kandungan kalori anda.

Minyak kelapa mengandungi asid laurik yang merupakan asid lemak rantaian sederhana. Lemak ini memiliki kesan yang positif dalam meregulasi paras kolestrol anda. Ia juga memiliki ciri-ciri anti-mikrobial dan sekaligus boleh untuk mengatakan bahawa asid laurik ini merupakan sejenis lemak tepu yang ‘selamat’.

Pengambilan minyak kelapa dalam jumlah yang sederhana dapat memastikan tubuh badan yang hamil menyerap vitamin yang larut lemak dan sekaligus dapat membantu tubuh badan dan bayi anda mendapat nutrisi yang semaksimum mungkin.

Kesan Positif Pengambilan Minyak Kelapa ketika Kehamilan

  1. Anda seharusnya mengambil kira-kira dua sudu makan minyak kelapa muda setiap hari. Ia dapat membantu dalam pembinaan sistem imun anda dan bayi anda menjadi lebih kuat.
  2.  Minyak kelapa juga boleh membantu anda mengurangkan simptom yang berkaitan dengan kehamilan seperti mabuk hamil, pedih ulu hati dan sembelit.
  3. Dalam satu kajian melibatkan haiwan yang telah diterbitkan dalam the International Journal of Developmental Neuroscience pada tahun 2011 telah mendapati bahawa apabila tikus makmal yang sedang hamil diberikan suplimen minyak kelapa dalam diet mereka, bayi-bayi mereka dilihat cebut sembut berbanding tikus yang tidak diberikan suplimen ini.
  4. Minyak kelapa juga berkesan apabila digunakan secara sapuan. Ia merupakan pelembap semula jadi yang mencegah kesan-kesan negatif daripada pelembap yang berasaskan bahan kimia. Ia juga menghilangkan kesan tegangan pada perut.
  5. Samada anda mahu menggunakan minyak kelapa secara sapuan atau dimakan, wanita hami seharusnya memilih minyak kelapa muda yang asli (extra virgin). Ia dihasilkan secara semula jadi tanpa sebarang proses kimia sekaligus selamat untuk anda ketika kehamilan.

Khasiat Minyak Kelapa Ketika Kehamilan

Minyak kelapa memberikan pelbagai khasiat kepada wanita hamil. Berikut merupakan senarai tentang khasiat minyak tersebut kepada para bakal ibu.

1. Ciri-ciri Anti-Jangkitan.

Minyak kelapa sangat baik untuk mencegah kebanyakan jangkitan fugus, virus dan bakteria. Hanya kira-kira dua sudu makan sehari boleh memberikan anda perlindungan imun ketika kehamilan sekaligus melindungi bayi anda daripada selesema, demam dan masalah-masalah yang biasa dialami.

2. Sumber Asid Laurik yang Baik.

Selepas susu ibu, minyak kelapa merupakan sumber kepada asid laurik yang terbaik. Asid laurik membantu penghasilan susu ibu semasa dan selepas kehamilan. Jadi, bayi anda akhirnya akan dapat menikmati susu ibu yang berkualiti dan sekaligus menjadikan bayi anda sihat.

3. Boleh Menggantikan Produk Tenusu.

Semua produk tenusu memiliki kebaikan. Namun, tidak semua orang boleh mendapatkannya ketika kehamilan. Kehamilan boleh menyebabkan seseorang itu mengidam makanan yang pelik dan juga tidak suka kepada makanan tertentu. Gejala tidak suka kepada produk tenusu juga merupakan suatu kebiasaan dan bagi mereka yang tidak dapat mendapatkan khasiat susu dan produk tenusu yang lain, minyak kelapa boleh bertindak sebagai pengganti yang memiliki kualiti yang hampir sama.

4. Membantu Menangani Kesan Sampingan Kehamilan

Kehamilan boleh mendatangkan masalah kecil seperti mabuk hamil, sembelit atau pedih ulu hati. Minyak kelapa boleh bertindak sebagai penyelesai semula jadi bagi kesemua masalah tersebut. Minyak tersebut mengurangkan kesan asid dalam perut. Kehamilan juga menyebabkan anda tidak mendapatkan tidur yang cukup. Maka, anda boleh gunakan minyak kelapa sebagai krim mata bagi memudahkan tidur.

5. Bertindak Sebagai Penawar bagi Ibu yang Menyusukan Bayi.

Antara masalah yang biasa dihadapi oleh para ibu yang menyusukan bayi adalah masalah puting yang merekah dan masam. Maka, dengan sara menyapu minyak kelapa kepadanya boleh memberikan sedikit kelegaan.

6. Menyegarkan Kulit Kepala yang Kering.

Salah satu masalah yang biasa ketika kehamilan adalah kulit kepala mengering. Anda boleh mengatasi masalah ini dengan minyak kelapa. Hanya sapukan sedikit minyak kelapa pada kepala anda dan biarkan ia selama semalaman. Pada keesokkan harinya, anda boleh membasuh kepala anda dengan air suam. Ia dapat menyegarkan kulit kepala anda dan mengelakkannya daripada kering.

7. Menghilangkan Tanda-tanda Regangan.

Kehamilan akan meninggalkan kesan tanda-tanda regangan pada seluruh kawasan perut anda. Tanda-tanda regangan tersebut terjadi disebabkan oleh kulit dan otot anda yang menegang bagi membolehkan pembesaran bayi anda. Ia boleh menyebabkan kulit anda menjadi londeh selepas kelahiran dan menyebabkan timbulnya tanda-tanda regangan ini. Sapuan minyak kelapa ketika kehamilan boleh mengelakkan terbentuknya masalah ini memandangkan minyak ini dapat memberikan kelembapan kepada kulit dan sekaligus mengembalikan ketegangannya semula.

Apa yang paling menarik sekali adalah anda boleh terus menggunakan minyak kelapa ini walaupun selepas kelahiran bayi anda. Anda boleh gunakannya untuk merawat masalah kulit kepala bayi yang menggelupas dan juga ruam pada bayi. Ia boleh dijadikan sebagai minyak urutan bayi yang terbaik dengan nutrien yang akan menyerap masuk ke dalam kulit bayi dapat membantunya membentuk otot dan tulang yang kuat.

Bagaimana Minyak Kelapa Membantu Bayi di dalam Kandungan

Lemak tepu yang terkandung dalam minyak kelapa dapat membantu pergumpalan lemak yang akan memberikan tenaga yang cukup serta perjalanan fungsi tubuh badan yang baik sepanjang kehamilan. Ketika kehamilan, bayi anda akan mendapatkan nutrien yang diperlukan serta kalori daripada ibunya.

Setelah bayi anda mendapatkan apa yang diperlukannya, baki nutrien tersebut akan diserap pula oleh tubuh badan anda. Maka, baki lemak tersebut dapat menjadikan anda kekal bertenaga dan dalam masa yang sama memastikan bayi anda mendapatkan keperluannya.

Jadi, teruskan menggunakan minyak kelapa terutamanya selepas mendapatkan nasihat daripada doktor pakar dan gunakan ia ketika kehamilan. Sekiranya anda tidak pernah menggunakan minyak tersebut sebelum ini, teruskan membaca artikel ini memandangkan kami akan berkongsikan beberapa tips yang anda boleh jadikan ia sebagai sebahagian daripada hidup seharian anda.

Bagaimana untuk Menggunakan Minyak Kelapa

Terdapat banyak cara untuk menggunakan minyak kelapa dalam diet seharian anda ketika kehamilan. Kami kongsikan beberapa daripada cara yang anda boleh cuba. Antaranya:

1. Tambahkan Minyak Kelapa ke dalam Smoothies.

Anda boleh tambahkan kira-kira satu sudu makan minyak kelapa muda ke dalam smoothies anda. Ia dapat membekalkan anda dengan asid laurik sekaligus dapat mengisi perut anda dengan minuman yang memberikan tenaga.

2. Goreng Snek Menyihatkan Anda dengan Minyak Kelapa.

Sekiranya anda menyukai sayur goreng sebagai snek anda, anda boleh menggorengnya menggunakan minyak kelapa. Minyak ini memiliki sifat tahan haba yang tinggi dan sekaligus sangat sesuai untuk gorengan tanpa perlu risau terhadap toksin yang muncul akibat daripada minyak yang terlampau kuat dipanaskan.

3. Gunakan Minyak Kelapa sebagai Sapuan Coklat.

Anda boleh mencampurkan minyak kelapa dengan serbuk coklat dan gunakan ia bersama roti perang yang menyihatkan. Anda juga boleh lakukan perkara yang sama terhadap buah-buahan kegemaran anda di samping menikmati khasiat daripada minyak kelapa dan buah-buahan yang kaya dengan serat itu.

4. Gunakan Krim Kelapa Menggantikan Susu.

Krim kelapa juga boleh ditambahkan ke dalam teh anda selain daripada susu. Sudah tentu, anda perlu jauhi kaffein semasa kehamilan. Selain itu, selain bertindak sebagai bahan asas kepada smoothies anda, santan kepala juga sangat menyihatkan selain daripada susu biasa.

5. Krim Kelapa bagi Smoothie Tropikal.

Ambil setengah cawan mangga, nenas dan betik yang telah disejuk bekukan. Tambahkan 1/3 cawan krim kelapa atau kefir kelapa kepada buah-buahan tersebut. Anda juga boleh tambahkan bahan ini kepada makanan bagi meningkatkan kesuburan seperti maca, spirulina atau minyak biji rami. Kami sarankan anda untuk menggunakan bahan-bahan organik semaksima mungkin.

6. Kefir Kelapa.

Minuman probiotik ini dihasilkan daripada air kelapa. Anda boleh gunakan air kelapa organik ataupun yang telah dipek. Baca label dengan teliti apabila anda membeli air kelapa yang sudah dipek itu. Hal ini bagi memastikan bahawa ia tidak mengandungi bahan-bahan yang berbahaya.

Simpan air kelapa itu di dalam jag dan tambahkan sedikit bahan asas kefir. Satu liter air kelapa akan memerlukan kira-kira satu pek bahan tersebut. Biarkan campuran tersebut selama empat hingga ke lima hari. Ia akan menjadi keruh dan ketika itu anda boleh tambahkan sedikti perahan limau dan pemanis semula jadi yang lain.

Kegunaan Minyak Kelapa Ketika Kehamilan dari Segi Perubatan.

1. Minyak Kelapa Membantu Meningkatkan Kesuburan.

Salah satu perkara yang perlu diberikan perhatian serius adalah apabila anda hendak hamil adalah perlunya mengekalkan kandungan lemak badan yang optimum memandangkan ia mempengaruhi kesuburan anda. Adiposit atau sel lemak badan menghasilkan estrogen, yang sangat diperlukan bagi sistem reproduktif wanita.

Wanita yang kekurangan lemak ini akan mengalami masalah dalam proses ovulasi serta kesuburan. Bagi wanita yang obes pula, apabila penghasilan estrogen yang berlebihan juga boleh menjadi masalah kesuburan pula. Kelapa boleh memberikan kesan positif terhadap kesuburan.

Minyaknya yang mengandungi lemak tepu yang mana para pakar kesihatan sering beritahu supaya dielakkan. Namun, tubuh badan anda memerlukan juga sedikit lemak tepu yang tertentu untuk mengasilkan kolestrol dan mengekalkan keseimbangan hormon.

Maka, buah kelapa mengandungi asid lemak rantaian sederhana dan sekaligus tubuh badan dapat memetabolismekan minyaknya juga.

2. Merawat Jangkitan Yis Ketika Kehamilan.

Candida albicans merupakan sejenis mikroorganisma yang menyebabkan jangkitan yis pada golongan wanita. Ia biasanya hadir dalam badan kita dalam jumlah yang kecil dan di kawasan yang suam dan lembap. Sungguhpun jangkitan ini tidaklah begitu mengancam nyawa, namun ia tetap memberikan rasa tidak selesa sekiranya ia tidak dirawat.

Ketika kehamilan, beberapa perubahan hormon boleh menyebabkan perubahan pada paras pH bagi vagina. Hal ini menyumbang kepada gejala ini yang mana simptomnya seperti ia menyerang kawasan kemaluan, rasa sakit pada vagina dan cecair keputihan keluar daripada vargina.

Terdapat beberapa ubat yang boleh merawat masalah jangkitan yis ini. Namun, apabila anda hamil, anda sudah tentu mahu mengelakkan diri daripada mengambil ubat-ubatan itu memandangkan ia boleh menyebabkan kesan negatif kepada perkembangan janin.

Jadi, apakah alternatif yang ada pada anda? Jawapannya ialah minyak kelapa. Minyak kelapa memiliki sifat anti-fungus. Anda boleh menyapu minyak tersebut terus pada vagina anda ataupun anda juga boleh tambahkan minyak kelapa itu ke dalam diet harian anda. Tidak kira bagaimana anda menggunakannya, ia akan dapat membantu merawat jangkitan yis tersebut.

3. Merawat Masalah Seriawan.

Seriawan (penyakit mulut dan kerongkong pada bayi) yang merupakan salah satu bentuk jangkitan yis yang mengganggu proses penyusuan badan. Kebiasaannya masalah ini sering terlepas pandang terutamanya sekiranya anda pertama kali menjadi ibu.

Oleh itu, kebersihan diri sangat penting bagi mengelakkan masalah seriawan ini yang kebiasaannya dialami oleh mereka yang mengabaikan kebersihan. Sesetengah ibu-ibu baru yang menjalani terapi antibiotik atau kelahiran melalui pembedahan biasanya akan terdedah kepada masalah ini.

Amtara simptom biasa masalah seriawan ini seperti kesakitan pada payu dara, kegatalan pada puting dan kemunculan bintik-bintik putih di kawasan puting. Apabila anda mengalaminya, bayi anda tentu akan mengalami masalah untuk menyusu dan ia juga boleh dipindahkan kepada bayi anda.

Hal ini akan menyebabkan rasa sakit untuk bayi menyusu disebabkan oleh kegatalan pada mulutnya menjadi penghalang kepadanya untuk menyusu dengan bayi. Sapukan sedikit minyak kelapa pada kawasan puting bagi membantu melegakan simptom seriawan dan juga merawatnya.

Minyak Kelapa dan Susu Ibu

Para pengkaji dari seluruh dunia telah mendapati bahawa kandungan asid laurik yang ada pada buah kelapa juga turut ada di dalam susu ibu. Asid lemak tepu ini beserta dengan ciri-ciri anti-bakteria memberikan nutrien yang penting kepada bayi.

Satu kajian daripada the American Journal of Clinical Nutrition menunjukkan bahawa wanita yang mengambil makanan yang mengandungi minyak kelapa akan mengalami peningkatan kandungan asid laurik dalam susu badannya sebanyak tiga kali ganda sekaligus menjadikan susu ibu lebih berkhasiat kepada bayi.

Kajian ini juga mendakwa bahawa satu bahagian minyak kelapa boleh mempengaruhi susu ibu dalam tempoh tiga hari dengan peningkatan kualiti susu ibu dalam tempoh 10 jam selepas pengambilan.

The Western A Price Foundation, sebuah badan kajian nutrisi yang berusaha untuk meningkatkan nilai nutrisi dalam diet rakyat Amerika menyarankan agar wanita yang hamil serta wanita yang menyusu untuk mengambil sekurang-kurangnya dua sudu makan minyak kelapa sehari samada dicampurkan ke dalam smoothie, diminum begitu sahaja atau menggantikan minyak masak sawit.

Ingat bahawa apa sahaja yang berlebihan adalah tidak baik. Pastikan pengambilan minyak kelapa anda sederhana sahaja. Juga, dapatkan nasihat pakar sebelum mula mengambil minyak kelapa. Akhir sekali, pastikan hanya gunakan minyak kelapa asli sahaja yang mana ia tidak akan memberikan sebarang masalah dan laktasi.

Nakkan Minyak Kelapa Dara Yang berkualiti Dan Di jamin asli ?

Ini Minyak kelapa dara yang saya amalkan ,Brand Essens merupakan minyak kelapa dengan rasa yang lebih lembut, sesuai untuk di minum begitu sahaja ataupun dimasukkan di dalam smoothies. Essens merupakan fatburner semulajadi juga buat mereka yang nak turunkan berat badan secara sihat.

Buat bakal ibu boleh lah amalkan Essens Minyak Kelapa dara , nak dapatkan Mudah aje Klik Link di bawah

ESSENS Minyak Kelapa Dara 

Ada Promosi Berlangsung Sekarang dan setiap pembelian akan dapat percuma 1 sabun LULUR badan yang sangat best. Jangan Tunggu lagi dapatkan segera !

minyak kelapa dara 2

minyak kelapa dara 1

minyak kelapa dara

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *