Home TIPS KESIHATAN 7 Khasiat Mentega Organik Untuk Di Amalkan Di Dalam Pemakanan Sihat Seharian
7 Khasiat Mentega Organik Untuk Di Amalkan Di Dalam Pemakanan Sihat Seharian

7 Khasiat Mentega Organik Untuk Di Amalkan Di Dalam Pemakanan Sihat Seharian

0
0

Mentega telah menjadi salah satu hidangan dalam diet di seluruh dunia sejak berkurun lamanya. Namun, masih ramai tidak tahu khasiat mentega organik atau merasakan adakah ia tidak baik untuk kesihatan anda? Ramai orang bahkan juga pakar perubatan akan mengatakan bahawa ia tidak baik untuk anda dan anda perlu mengurangkan pengambilannya terutamanya jika anda menghidapi kolestrol tinggi atau masalah jantung.

Namun, bagaimanakah jika saya katakan bahawa mentega yang berkualiti tinggi bukan sahaja baik untuk anda dengan jumlah yang munasabah bahkan ia juga boleh mendorong kepada kesihatan yang lebih baik dalam pelbagai cara.

Di Malaysia mentega tidak banyak digunakan di dalam diet seharian, kemungkinan penggunaan di dalam pembuatan kek serta makanan process yang lain. Tetapi mentega yang berkualiti tinggi yang di hasilkan secara semulajadi dan sumber yang organik bagus untuk di amalkan secara sederhana.

Bagaimanakah Mentega Dihasilkan?

Jika anda sudah biasa dengan mentega, namun adakah anda pernah terfikir dari apakah ia dihasilkan? Apabila melibatkan bahan-bahan untuk mengasilkan mentega, ia hanyalah satu sahaja. Mentega merupakan satu produk tenusu yang dihasilkan daripada krim yang ditapaikan untuk memisahkan lemak mentega daripada lemak susu. Ia mengandungi kira-kira 80% lemak dan mengandungi kira-kira 400 jenis asid lemak selain daripada vitamin yang larut lemak juga/ Mentega juga menggunakan sumber daripada lembut. Namun, boleh juga dihasilkan daripada susu selain daripada lembu seperti kambing, biri-biri, kerbau dan juga yak.

Warna mentega pula ada yang putih hingga ke kuning pekat. Teka yang mana satukan lebih sihat? Jawapannya ialah yang kuning di mana ia menunjukkan bahawa ia dihasilkan  daripada mamalia yang diternak secara semula organik. Apakah yang akan terjadi sekiranya lembut hidup dengan makan rumput ? Hasilnya ialah krim yang kaya dengan beta-carotene (sejenis bentuk vitamin A yang terkandung dalam tumbuh-tumbuhan).

Khasiat Mentega Organik

Ramai orang yang mengelak untuk menggunakan mentega kerana mereka bimbang dengan kandungan kalori dan karbohidrat yang terkandung di dalamnya. Perhatian: Mentega tidak mengandungi karbohidrat! Apabila berkaitan dengan kalori, mari kita lihat berapa banyak kalori yang terkandung dalam mentega organik ini.

Mentega organik ini bahkan lebih baik daripada mentega biasa. Sebagai contoh, 14 gram mentega yang kurang daripada satu sudu makan, mengandungi nutrien kira-kira:

  • 100 kalori
  • 11 gram lemak (dengan 7 gram lemak tepu dan 0 gram lemak trans)
  • 30 milligram kolestrol
  • 500 unit antarabangsa vitamin A (1o peratus DV)
  • 0.4 milligram vitamin E (2 peratus DV)
  • 0.8 microgram vitamin K (1 peratus DV)

Jadi, mentega bukan hanya memberikan anda protein atau serat, namun ia bahkan tidak mengandungi sebarang gula, karbohidrat atau lemak trans yang berbahaya. Kebanyakan orang ramai yang takuti lemak tepu namun apabila melibatkan lemak tepu, ia boleh diperoleh daripada sumber makanan yang sihat secara sederhana sebagaimana mentega organik dan minyak kelapa.

Ia juga memberikan tubuh badan dengan tenaga yang diperlukan selain daripada membantu menstabilkan kandungan gula dalam darah. Apabila melibatkan kolestrol, sebagaimana yang saya telah katakan sebelum ini, kandungan kolestrol yang rendah adalah lebih teruk berbanding yang tinggi kolestrol bagi kebanyakan orang.

Mentega Organik vs Minyak Sapi vs Mentega Biasa

Mari kita lihat bagaimana perbezaan jenis mentega seperti minyak sapi dan mentega biasa yang tidak bersumberkan lembu organik apabila dibandingkan dengan yang organik. Saya telah menulis tentang minyak sapi sebelum ini dan saya benar-benar menyarankannya. Minyak sapi memiliki profil nutrien yang unik disebabkan ia tidak mengandungi laktosa atau kasein namun sangat kaya dengan asid lemak rantaian pendek dan sederhana serta butirat.

Bagi mereka yang sensitif terhadap laktosa atau kasien, mereka boleh menggunakan minyak sapi kerana proses penghasilannya telah membuang bahan-bahan penyebab alahan tersebut. Jika anda telah diberitahu untuk menjauhi penggnaan produk tenusu dan mentega, saya secara peribadinya akan mengujinya dengan menggunakan minyak sapi organik ini.

Kedua-dua mentega dan minyak sapi mengandungi asid lemak rantaian sederhana dan pendek. Mentega mengandungi 12 – 15% asid lemak rantaian sederhana dan pendek manakala minyak sapu pula mengandungi 25% dan lebih. Tubuh badan pula sebenarnya menjalani proses metabolisme terhadap lemak jenis ini berbanding asid lemak berantai panjang. Hasilnya? Rantaian sederhana dan pendek tidak menyebabkan penyakit kardiovaskular.

Minyak sapi memiliki takap pengasapan yang tinggi berbanding mentega. Jadi minyak sapi lebih stabil pada suhu yang tinggi. Manakala, mentega organik pula sesuai untuk pembuatan kek dan memasak pada suhu yang rendah.

Bagaimana pula dengan mentega organik apabila dibandingkan dengan mentega biasa anda? Mentega organik mengandungi kaya dengan nutrien berbanding mentega yang dibuat daripada lembu yang diberi makan bijiirn.

Kajian telah menunjukkan bahawa susu daripada lembu yang makan rumput lebih kaya dengan asid lemak dan vitamin yang larut lemak. Hal ini bermakna bahawa mentega yang dihasilkan daripada lembu yang diternak secara organik ini juga kaya dengan khasiatnya.

Sains juga telah menunjukkan bahawa susu (dan juga mentega) daripada lembu yang diternak secara organik ini kaya dengan asid linolik, yang merupakan penguat sistem imun dan juga berupaya melawan penyakit. Secara keseluruhannya, mentega yang dihasilkan daripada lembu seperti ini merupakan pilihan yang lebih menyihatkan berbanding mentega biasa.

Apa Masalahnya dengan Margerin?

Margerin sebenarnya memiliki sejarahnya yang menarik. Sekiranya anda fikir bahawa margerin dan mentega itu kedua-duanya hampir sama, anda mungkin akan terkejut. Margerin sebenarnya tiada apa-apa berbanding mentega. Ia bukanlah dihasilkan secara organik dan mula-mula dicipta di dalam makmal seorang saintis Perancis bernama Michel Eugene Chevreul.

Sejak ia mula dicipta, margerin telah menjadi sumber kepada lemak trans yang tidak sihat. Hanya baru-baru ini sahaja para doktor dan sainstis mula sedar bahawa betapa berbahayanya lemak trans ini kepada tubuh badan.

Hakikatnya, lemak trans ini juga menjadi punca kepada masalah penyumbatan arteri. Lemak trans juga memberikan banyak kesan yang tidak sihat. Ia diketahui boleh meningkatkan kandungan kolestrol LDL dalam darah. Bukan itu sahaja, ia juga merendahkan paras kolestrol baik HDL.

Margerin dihasilkan dengan harga yang lebih murah untuk menggantikan mentega. Sekiaranya anda masih tidak yakin, berikut merupakan sebab mengapa anda perlu tinggalkan margerin dan kembali semula kepada penggunaan mentega organik.

7 Khasiat Mentega Organik

1.Anti-Keradangan

Anda tidak akan tahu hanya dengan membaca label pada mana-mana produk. Namun, salah satu khasiat utama bagi mentega organik ini ialah kandungan asid butirik yang tinggi. Asid yang menyihatkan ini hanya ditemui dalam beberapa jenis makanan sahaja dan mentega pula salah satu daripadanya.

Dengan menggunakan mentega organik ini, anda akan dapat meningkatkan kandungan asid butirik anda secara langsung. Sains pula telah menunjukkan bahawa ia berupaya mengurangkan keradangan. Salah satu buktinya ialah apabila asid ini telah berjaya mengurangkan keradangan usus para pesakit penyakit  Crohn’s disease.

Sebagaimana yang saya telah katakan sebelum ini, keradangan merupakan punca kepada pelbagai jenis penyakit. Hal ini menjadi sebab mengapa lebih banyak asid butirik yang diperlukan daripada mentega organik ini ke dalam diet anda. Dengan ini, masalah keradangan dapat dikurangkan.

2.Bagus untuk Kesihatan Jantung

Satu kajian berkenaan jantung telah diterbitkan di dalam jurnal berjudul Epidemiology yang melihat kepada kesan penggunaan mentega dan margerin terhadap penyakit kardiovaskular. Apa yang para pengkaji telah temui? Pengambilan margerin telah meningkatkan risiko penyakit jantung koronari manakala mentega pula langsung tidak ditemui sebarang masalah pada jantung.

Satu lagi kajian yang dilakukan selama 16 tahun telah diterbitkan di dalam the European Journal of Clinical Nutrition pada tahun 2010 telah menguji pengambilan produk tenusu atau nutrien yang berkaitan dengan kematian disebabkan oleh penyakit kardiovaskular.

Para pengkaji telah menemui bahawa secara keseluruhannya pengambilan produk tenusu tidak disertai dengan kematian disebabkan oleh penyakit kardiovaskular atau pun kanser. Membandingkan kajian terhadap subjek yang pengambil produk tenusu dengan jumlah yang sedikit, para subjek yang mengambil produk tenusu (secara purata 339 gram sehari) sebenarnya telah mengurangkan kadar kematian dibantu dengan pengambilan kalsium dan pemboleh ubah yang lain.

3.Sumber Vitamin A yang Terbaik

Salah satu daripada sekian banyak vitamin yang kita peroleh daripada mentega ialah vitamin A. Ia sangat diperlukan dengan banyak oleh tubuh badan kita. Mentega organik ini bahkan mengandungi lebih banyak vitamin A berbanding dengan mentega biasa. Terima kasih kepada diet lembu yang sihat ini.

Dibandingkan dengan mentega biasa, mentega jenis ini boleh memiliki 3% lebih banyak vitamin A bagi setiap sudu makan. Hal ini tidaklah banyak mana, namun ia tetap berguna  dan juga boleh ditambah dengan menggunakan suplimen.

Vitamin A memainkan peranan penting pembentukan dan pembaikan bukan sahaja kepada gigi anda, bahkan juga tulang rangka, tisu lembut, membran mukus dan kulit. Vitamin A juga diperlukan untuk mengekalkan tahap pengelihatan yang baik terutamanya pada waktu malam atau pada waktu pencahayaan yang rendah. Vitamin A merupakan bahan yang penting untuk sistem endokrin yang baik selain daripada pembiakan dan penyusuan bayi.

4.Meningkatkan Tenaga dan Mengurangkan Selera Makan

Anda boleh mendapatkan trigliserida berantai pendek dan sederhana daripada mentega yang mana sangat membantu bagi menyokong sistem imun dan meningkatkan metabolisme anda. Trigliserida yang terkandung dalam mentega (dan minyak kelapa) boleh ditukarkan kepada tenaga untuk otot badan dan organ anda.

Jadi, selain daripada lemak ini akan ditukarkan kepada lemak di dalam badan anda, ia boleh ditukarkan kepada tenaga yang berguna. Ia juga berupaya untuk mengurangkan selera makan yang mana sangat bagus untuk mereka yang mahu menurunkan berat badna atau ingin mengurangkan pengambilan kalori.

5.Tinggi dalam Bahan Antikanser CLA

Jika mentega anda berasal daripada lembu yang makan rumput, ia akan mengandungi conjugated linoleic acid (CLA) yang  tinggi. Sebatian ini sangat berupaya untuk memberikan perlindungan kepada pelbagai jenis kanser dan membantu untuk tubuh badan menyimpan lebih banyak otot berbanding lemak.

Dalam satu kajian pada tahun 1999 telah mendapati bahawa lembu yang diberi makan rumput mengandungi CLA yang tinggi. Lebih-lebih lagi lembu yang tidak diberikan apa-apa suplimen mengandungi sebanyak 500% lebih banyak CLA di dalam lemak susu berbanding lembu yang biasa. Begitu banyak kandungan CLAnya. Jadi, mentega organik ini merupakan makanan pelawan kanser yang berpotensi.

6.Kaya dengan Kolestrol yang Diperlukan

Antara sebab utamanya ialah kolestrol diperlukan untuk fungsi sel yang sihat. Ia juga diperlukan untuk penghasilan hormon dan sangat diperlukan kepada otak dan sistem saraf.

Ramai yang tidak bercakap soal bahawa sekiranya kekurangan kolestrol. Anda mungkin tidak sedar bahawa kekurangan kolestrol boleh menyebabkan penyakit yang serius seperti kanser, tekanan dan keresahan. Ia juga merupakan faktor yang berisiko untuk melakukan tindakan-tindakan yang diluar kawalan seperti bunuh diri dan kelahiran bayi pramatang bagi wanita yang hamil.

Pengambilan mentega organik ini jika dalam kuantiti yang sederhana menawarkan kolestrol yang diperlukan yang diharapkan dapat membantu mengurangkan masalah penyakit utama yang dihidapi kini.

7.Sumber Asid Arachidonic

Satu kajian yang telah dilakukan terhadap lemak mentega berlaku pada tahun 1934 di Makmal Kimia Psikologi Ohio State University telah menunjukkan bahawa bagaimana “asid yang sangat taktepu” dikenali sebagai asid arachidonic (ARA) ditemui dalam mentega. Mengapakah ia begitu signifikan? Kajian telah menunjukkan bahawa pelbagai faedah kesihatan yang boleh diperoleh melalui asid ini.

Satu kajian telah diterbitkan pada tahun 2016 di dalam jurnal Nutrients telah menumpukan kepada peranan utama asid ini dalam perkembangan bayi begitu juga dengan tahap keimunannya. Asid ini sangat penting untuk tindak balas imun yang optimum bahkan juga keseluruhan fungsi sistem imun. Tambahan pula, menurut kajian ini, “Terdapat bukti yang kukuh berdasarkan kajian terhadap haiwan dan manusia bahawa ARA sangat penting bagi pertumbuhan bayi, perkembangan otak dan kesihatan.”

Apakah Jenis Mentega untuk Dibeli dan Cara-cara Penggunaannya

Pada pendapat saya, mentega yang paling ideal ialah:

  • Dihasilkan daripada lembu yang diternak dengan makan rumput.
  • Organik.
  • Tidak dimasinkan.
  • Dihasilkan daripada susu mentah atau susu yang ditapaikan.

Tempat yang menjual mentega ini sudah tentu di kedai-kedai menjual makanan organik dan kini kelihatan sudah banyak cawangan kedai runcit yang menjual mentega organik. Mencari mentega yang dihasilkan daripada lembu organik ini mungkin agak sukar, namun anda boleh mencari mentega kultur yang dihasilkan daripada susu yang telah ditapai.

Mentega yang tidak masin sering kali digunakan untuk memasak manakala mentega yang masin biasanya digunakan untuk roti bakar. Menggunakan mentega yang masin ini dalam masakan boleh membantu anda untuk tidak menambah perisa yang lain.

Hal ini sebagaimana ketika ia digunakan untuk membuat kek, garam tambahan tidak lagi diperlukan. Anda boleh gunakan mentega yang masin ini untuk memasak ikan, daging, sayur-sayuran, stew dan sup. Pastikan untuk kurangkan penggunaan garam bagi menyeimbangkan garam yang ada dalam mentega tersebut.

Mentega berbentuk pepejal pada susu bilik dan cecair apabila ia dipanaskan. Ia tidak sesuai untuk masakan yang menggunakan api yang kuat kerana ia cepat mencair. Apabila anda gunakannya dalam masakan, mentega akan lebih menyedapkan makanan.

Ramai tukang masak menyarankan untuk diimbangkan mentega ini dengan penambahkan bahan yang berasid seperi jus lemon. Penggunaan mentega dalam masakan sangat kerap. Saya juga turut menyukai penggunaannya.

Langkah Berjaga-jaga dengan Khasiat Mentega

Ketidaktoleransian terhadap laktosa ialah ketidakupayaan untuk mencerna laktosa, gula yang utama terkandung di dalam susu dan produk tenusu yang lain. Ia adalah disebabkan oleh kekurangan laktase di dalam tubuh badan yang merupakan enzim yang dihasilkan oleh usus kecil untuk proses pencernaan laktosa.

Sesetengah orang yang mengalami masalah ini yang tidak teruk tidak menghadapi masalah apabila menggunakan mentega kerana ia hanya mengandungi sedikit sahaja laktosa. Sekiranya anda benar-benar tidak boleh menerima laktosa, adalah lebih baik untuk anda elakkan penggunaannya terus. Sebagai ganti, anda boleh menggunakan minyak sapi kerana ia kurang mengandungi laktosa berbanding mentega atau bahkan tiada langsung laktosa di dalamnya.

Rumusan

Mentega yang hasilkan secara organik melalui lembu yang diternak dengan pemberian rumput sebagai makannnya adalah sangat menakjubkan. Ia merupakan makanan yang menyihatkan dan memberikan banyak khasiat yang tidak pernah anda jangkakan. Terma “mentega yang menyihatkan” ini adalah sesuai jika anda menggunakan mentega organik ini.

Tambahan pula, ia dihasilkan daripada susu mentah. Mentega ini juga lebih baik berbanding mentega yang diproses dan juga margerin. Khasiatnya termasuklah anti-keradangan, kesihatan jantung, meningkatkan tenaga dan mengurangkan selera makan.

Sudah tentu anda perlu beli apa yang anda mampu sahaja. Namun, apabila anda berkemampuan, saya harap anda dapat mendapatkan mentega yang paling menyihatkan dan berkualiti seperti daging organik dan juga mentega organik ini. Semuanya adalah untuk mendapatkan khasiat yang sangat berharga ini.

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *