Home Health 7 Fakta yang Mengejutkan Tentang Multivitamin
7 Fakta yang Mengejutkan Tentang Multivitamin

7 Fakta yang Mengejutkan Tentang Multivitamin

0
0

7 Fakta yang Mengejutkan Tentang Multivitamin

Multivitamin merupakan suplimen yang sering digunakan di dunia. Popularitinya pula naik mendadak sejak beberapa dekad yang lain. Hal ini disebabkan oleh sesetengah orang percaya bahawa multivitamin dapat meningkatkan kesihatan, membantu masalah tabiat pemakanan yang tidak baik serta mengurangkan risiko penyakit kronik.

Walaubagaimanapun, anda sudah pasti terfikir bahawa adakah kebaikannya itu benar? Maka, artikel ini akan membincangkan beberapa bukti saintifik disebalik kebaikan multivitamin ini.

1. Apakah itu Multivitamin?

Multivitamin ialah sejenis makanan tambahan yang mengandungi pelbagai vitamin dan mineral yang berbeza. Kadang kala ia juga turut mengandungi bahan-bahan lain. Memandangkan masih tiada satu piawai khusus bagi kandungan multivitamin ini, komposisi kandungannya pula berbeza-beza mengikut jenama dan jenis produk.

Multivitamin yang juga dikenali sebagai multiminerals, multis, multiples, atau simply vitamins. Ia boleh didapati dalam pelbagai bentuk, termasuk tablet, kapsul, gula-gula kunyahan, serbuk, dan cecair.

Kebanyakan multivitamin perlu diambil sekali atau dua kali sehari. Pastikan anda membaca label dan mengikut arahan dos pengambilannya. Ia dapat diperoleh di farmasi, pusat beli belah bahkan juga secara atas talian.

2. Apakah Kandungan Multivitamin?

Terdapat 13 vitamin dan sekurang-kurangnya 16 mineral yang diperlukan untuk kesihatan anda. Kebanyakannya membantu tindak balas enzim dalam badan atau berfungsi sebagai molekul-molekul isyarat ataupun juga sebagai unsur struktur.

Tubuh badan anda juga memerlukan nutrien-nutrien ini untuk proses reproduksi, pemulihan, pertumbuhan serta regulasi sistem tubuh badan.

Multivitamin mungkin dapat memberikan kesemua vitamin dan mineral ini namun dalam bentuk dan jumlah yang pelbagai. Ia juga mungkin mengandungi bahan lain seperti herba, asid amino dan asid lemak.

Memandangkan suplimentasi diet tidak tertakluk di bawah urusan Food and Drug Administration (FDA), multivitamin berkemungkinan mengandungi kandungan yang tinggi atau rendah bagi sesetengah nutrien berbanding yang tertulis pada label.

Dalam sesetengah kes, sesetengah produk bahkan tidak mengandungi langsung kesemua nutiren yang telah disenaraikan. Memandangkan industri suplemen ini terkenal dengan penipuan mereka, maka adalah penting untuk anda mendapatkan produk daripada pengilang yang dipercayai dan disahkan.

Juga anda perlu tahu bahawa multivitamin ini boleh dihasilkan daripada makanan sebenar ataupun dihasilkan secara sintetik di makmal.

3. Multivitamin dan Penyakit Jantung

Penyakit jantung merupakan penyakit penyebab kematian yang utama di seluruh dunia. Ramai orang percaya bahawa dengan mengambil multivitamin, ia dapat membantu mereka mencegah penyakit jantung. Namun, bukti tentangnya pula bercampur baur.

Sesetengah kajian menunjukkan bahawa multivitamin dilihat mampu mengurangkan risiko serangan jantung dan kematian. Manakala, kajian lain pula memberikan hasil yang sebaliknya.

Lebih daripada sedekad lalu, pihak the Physicians’ Health Study II  telah mengkaji kesan pengambilan multivitami nsetiap hari dalam kalangandoktor lelaki yang berusia pertengahan seramai kira-kira 14,000 orang. Hasilnya menunjukkan bahawa tidak ada pengurangan serangan jantung, angin ahmar atau kematian.

Kajian terkini pula menunjukkan bahawa dalam kalangan wanita yang mengambil multivitamin selama sekurang-kurangnya tiga tahun dikaitkan dengan penurunan risiko kematian akibat sakit jantung sebanyak 35%.

4. Multivitamin dan Kanser

Manakala, bukti berkaitan pengambilan multivitamin dan risiko kanser juga bercampur baur.

Terdapat kajian yang menyatakan bahawa pengambilan multivitamin tidak ada sebarang kesan terhadap risiko kanser. Juga terdapat juga kajian yang mengaitkan pengambilan multivitamin dengan peningkatan risiko kanser.

Satu tinjauan yang melakukan lima percubaan rawak kepada 47,289 orang mendapati bahawa 31% kadar penurunan risiko kanser bagi golongan lelaki yang mengambil multivitamin namun tiada sebarang kesan pada golongan wanita.

Terdapat juga dua kajian pemerhatian yang dilakukan terhadap seorang lelaki dan wanita. Kedua-duanya mengamalkan multivitamin dan bertujuan untuk mengurangkan risiko kanser kolon.

the Physicians’ Health Study II pula menyatakan bahawa pengambilan multivitamin jangka masa panjang serta pengambilan setiap hari digunakan untuk mengurangkan risiko kanser bagi golongan lelaki yang tidak memiliki sejarah kanser. Ia masih lagi tidak memberikan kesan kepada risiko kematian sepanjang tempoh kajian dijalankan.

6. Adakah Multivitamin Memiliki Kebaikan Kesihatan yang lain?

Multivitamin telah dikaji untuk melihat fungsinya yang lain termasuklah kepada fungsi otak dan kesihatan mata.

  • Fungsi Otak.

Beberapa kajian yang telah dilakukan menunjukkan bahawa multivitamin boleh meningkatkan ingatan bagi golongan berusia. Suplimen ini juga dapat mengelokkan mood. Kajian yang dilakukan bukan hanya berkaitan dengan mood yang buruk dengan kekurangan nutrien sahaja bahkan kajian juga dilakukan untuk melihat kaitan multivitamin dengan mood atau mengurangkan simptom tekanan.

Namun begitu, kajian lain pula mendapati multivitamin tidak membawa kepada perubahan mood.

  • Kesihatan Mata.

Makular degenerasi berkaitan dengan umur merupakan penyebab utama masalah kebutaan di seluruh dunia. Satu kajian mendapati bahawa pengambilan vitamin antioksidan serta mineral dapat memperlahankan proses pembentukannya.

Namun, masih tiada lagi bukti yang menunjukkan bahawa sebatian-sebatian ini dapat mencegah penyakit ini sejak awal. Bukti lain yang ada juga menunjukkan bahawa multivitamin dapat mengurankan risiko katarak yang merupakan antara penyakit mata yang biasa dialami.

6. Multivitamin Mungkin Boleh Berbahaya dalam Sesetengah Keadaan

Dos merupakan faktor yang penting untuk dipertimbangkan apabila mengambil multivitamin. Sungguhpun pengambilan sesetengah vitamin dan mineral dalam dos yang tinggi tidak mengapa, namun sesetengahnya pula boleh membahayakan apabila diambil berlebihan.

Dos yang betul sering kali bergantung kepada keterlarutan vitamin tersebut yang mana dikategorikan kepada dua kumpulan:

  • Larut Air. Tubuh badan anda mengeluarkan vitamin ini sekiranya berlebihan.
  • Larut Lemak. Memandangkan tubuh badan anda sukar untuk mengeluarkannya daripada tubuh badan, kandungannya yang berlebihan boleh menyebabkan ia terkumpul untuk untuk jangka masa yang lain.

Vitamin larut lemak termasuklah vitamin A, D, E dan K. Manakala vitamin E dan K pula tidak bertoksik sebaliknya vitamin A dan D pula boleh menyebabkan toksis sekiranya ia diambil secara berlebihan.

Wanita hamil perlu untuk mengambil berat soal pengambilan vitamin A. Pengambilan yang berlebihan boleh menyebabkan masalah kelahiran kelak. Ketoksikan vitamin D jarang berlaku apabila diambil dalam bentuk multivitamin namun sebaliknya bagi vitamin A yang sering berlaku.

Jika anda mengambil multivitamin dan makan makanan yang kaya dengan nutrtien, anda dengan mudah dapat melebihi jumlah pengambilan harian bagi pelbagai jenis nutrien.

Perokok juga perlu mengelakkan pengambilan multivitamin yang mengandungi beta karotina atau vitamin A yang banyak. Hal ini disebabkan oleh nutrien ini boleh meningkatkan risiko kanser paru-paru.

Selain itu, mineral juga boleh berbahaya sekiranya diambil dengan sukatan yang tinggi. Sebagai contoh, terlalu banyak zat besi boleh berbahaya kepada mereka yang tidak memerlukannya.

Risiko lain pula adalah seperti masalah ketika memproses. Hal ini boleh menjadikan satu-satu multivitamin mengandungi lebih banyak nutrien daripada yang sepatutnya.

7. Siapakah yang Seharusnya Mengambil Multivitamin?

Multivitamin tidak baik untuk semua orang bahkan boleh jadi berbahaya kepada sesetengah orang. Antara mereka yang bagus untuk mengambilnya ialah:

  • Golongan Berusia. Penyerapan vitamin B12 akan menjadi berkurangan apabila usia meningkat. Golongan berusia ini juga memerlukan lebih banyak kalsium dan vitamin D.
  • Golongan Vegetarian. Memandangkan vitamin B12 hanya terdapat pada makanan berasaskan haiwan, anda terdedah kepada risiko jika anda mengamalkan diet vegetarian. Anda juga kekurangan kalsium, zink, zat besi, vitamin D dan asid lemak omega 3.
  • Wanita hamil dan yang menyusukan anak. Mereka perlu meminta nasihat doktor terlebih dahuluy sebelum mengambil multivitamin. Hal ini disebabkan oleh sesetengah nutrein adalah bagus dan tidak. Sebagai contoh, vitamin A berlebihan boleh menyebabkan masalah kelahiran.

Selain itu, anatara yang boleh mengambil multivitamin ini termasuklah mereka yang menjalani pembedahan untuk menghilangkan lemak, mengamalkan diet rendah kalori, kurang selera makan atau tidak mendapatkan nutrien yang cukup daripada makanan sahaja.

KESIMPULAN

  • Multivitamin bukanlah tiket untuk mendapatkan kesihatan yang optimum.
  • Bukti-bukti yang menunjukkan kebaikan multivitamin ini masih lemah dan tidak tetap. Dalam sesetengah keadaan ia boleh mendatangkan bahaya.
  • Jika anda mengalami masalah kekurangan nutrisi, adalah bagus untuk mengambil suplimen yang mengandungi nutrien yang spesifik. Memandangkan multivitamin kaya dengan pelbagai jenis nutrien, boleh jadi kebanyakannya tidak diperlukan oleh anda.
  • Tambahan pula, anda tidak boleh mengambil multivitamin untuk membaiki diet yang tidak elok. Anda perlu mengamalkan diet seimbang bagi memastikan kesihatan anda terjamin untuk tempoh masa yang panjang.

Sumber artikel di sini.

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *